Showing posts with label World Largest Man Made Hole In Kimberley. Show all posts
Showing posts with label World Largest Man Made Hole In Kimberley. Show all posts

Tuesday, 19 November 2013

The Kimberley Big Hole - South Africa

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

From Namibia - Moving to World Largest Man Made Hole - The Kimberley Big Hole South Africa..
Sambungan Dari Namibia Part 4 : Train Journey To Keetmanshoop City

The Big Hole of Kimberley - World Largest Man Made Hole..
Sumber gambar dari google..

Kami menaiki bas dari Bandar Keetmanshoop pada pukul 11.00 malam lebih.. naik bas memang terus tido.. memang tak sedar apa2.. kepenatan dari Windhoek memang terasa lagi.. kami hanya sedar apabila di kejutkan seawal 4:00 pagi untuk turun dari bas di Nakop Border Post.. antara Negara Namibia dan South Africa..

Selesai passport kami di cop.. kami menaiki semula bas dan meneruskan perjalanan.. dan kami turun di Bandar Upington, South Africa.. untuk penukaran bas.. kira transit la selama satu jam setengah.. sempat la kami bersolat subuh dan menjamah breakfast di KFC.. 


Bersama penumpang lain.. Menunggu bas ke destinasi masing2 :D

A men in black..
Mus'ab bergambar dgn abang angkat dia :P
Breakfast di KFC.. ada Wifi free lagi tu..
( dekat afrika susah nak dapat internet free yer.. )

Tepat pukul 8:30 pagi.. kami menaiki bas dan meneruskan perjalanan ke Kimberley.. sebuah Bandar yang wujud kerana terdapat lombong galian diamond atau lebih di kenali sekarang dengan nama Big Hole.. dan sekarang tiada lagi sebarang pencarian.. hanya menjadi sebuah kawasan Kimberley Mine Museum.. dan kerana apa ia patut di lawati.. kerana inilah The World Largest Man - Made Hole.. 

Diamond Mining Town.. itulah panggilan penduduk tempatan apabali kami bertanya.. bermula dengan pertemuan oleh Erasmus Jacob pada tahun 1866.. dia menemui sebiji  batu putih / white pebble.. dan setelah membuat kajian.. dia mendapati ia adalah sebiji diamond - measuring 21.25 carats..


Akhirnya kami sampai juga..
Sedikit info mengenai The Big Hole

Some of interesting place..
Sebelum masuk.. 
Antara peralatan yang masih di simpan..
Menara menggantung jambatan tinjau..

Walaupun benda ni besar..
tapi sebab tergantung ia tetap bergoyang sket :P
Jom usha kat hujung anjung tinjau nie.. Kalau gayat duk belakang..
Hampir 100 tahun telah di tutup lombong galian ni.. dah jadi tasik pulak..

Pada tahun 1871.. sebiji diamond yang lebih besar telah di temui measuring 83.50 carats.. di kawasan berhampiran.. maka bermulalah pencari diamond membanjiri kawasan ini sehingga terbinanya sebuah pekan dan kemudian menjadi sebuah bandar.. what would become know as the big hole.. dan pada 5 Jun 1873.. bandar ini telah di beri nama " Kimberley "..

Keadaan disekeliling.. Kedai lama masih di kekalkan ..

Pada waktu lombong ini di tutup pada tahun 1914.. keluasan lubang galian ini ialah 170,000 square meters... dan mencecah sedalam 1,097 meters.. dan telah mengeluarkan lebih dari 3 tan diamond.. Dan yang menariknya mereka mengekalkan hampir 100 meters kawasan sekekeliling pintu masuk The Big Hole ini seperti mana pada era kemegahannya..


Pekan Koboi.. Ada tram lagi tu.. Sigle trip R 7.00..
Comel jer rumah2 nie kan..
Sekarang dah jadi lodge untuk di sewa pelancong..

Harga Tiket Masuk : 
Adult : R 85.00 
Child : R 55.00 ( 2 - 12 years ) 
Family : R 280.00  ( 2 Adults & 3 Children 2 - 12 years )
Pensioners : R 65.00
Student : R 55.00 ( must provide valid student card to qualify for discount )


Jom Masuk Tunnel Under Ground

Suis untuk elektrik seluruh tunnel..
Ada jumpa berlian ker Mus'ab? :P

Diorang kata..
Kalau untung jumpa berlian.. sila amik masuk poket :P
Sedikit Info.. rajin boleh baca yer..

Lepas habis tour Kimberley Mine Museum ni.. kami bergegas semula ke perhentian bas... untuk membeli tiket bas ke Johannesburg.. Nasib agak tidak menyebelahi kami sebab semua tiket bas habis di jual untuk hari ni.. maka the only choice yang kami ada ialah bermalam dan amik bas seawal pagi esok..

Tapi nak bermalam kat mana.. kalau nak bayar hotel memang dah tak ada duit.. cukup2 jer nak beli tiket balik ke Johannesburg.. Sampai nak maghrib kami terserempak dengan seorang india muslim memakai kurta dan kupiah.. berjalan seorang diri..





Tak boleh amik gambar diamond kat sini.. but tangan gatal :P
Aku kata pada Anas dan Mus'ab.. ni mesti nak pergi masjid jom tanya dia.. mungkin ada hotel murah yg diorang tahu.. dia pula mengajak kami ke masjid dahulu.. sebab dia kata kat sana ramai orang.. mungkin ada yang tahu apa solution.. alhamdulillah kami di sambut baik oleh ahli masjid..

First ada yang bagi cadangan dan bawa aku ke train station.. nak tahu jika ada lagi train yang akan ke Johannesburg.. tapi tak ada luck.. than balik ke masjid.. diorang kata ada Combi ( Van / Bas Mini ) yang akan bertolak ke Johannesburg jam 9.00 malam nanti.. 


Antara alat pengangkut hasil diamond dari Big hole..

Selesai solat isya' kami di bawa terus ke lokasi combi berkumpul.. Alhamdulillah tak mahal seorang hanya R120.00.. berbanding dengan tiket bas paling murah R 200.00.. but naik combi ni risiko sket la.. membahaya sebab diorang suka bawa laju.. dan tak tahu kat mana dia akan stop di Bandar Johannesburg nanti..

Sebab nya satu dunia tahu Bandar Johannesburg adalah Top - 5 bandar paling merbahaya di dunia.. but alhamdulillah driver combi ni faham dan tolong kami.. aku minta dia tolong carikan kami teksi untuk balik semula ke Uni.. tepat pukul 4.30 pagi kami sampai ke di pintu gate uni.. tamat pengembaraan kami lebih 3500 km.. selama hampir 3 minggu.. Johannesburg - Cape Town - Windhoek - Keetmanshoop - Kimberley - Joahnnesburg.. :D