Showing posts with label Part 1 : Journey Stuck in Windhoek City - Train Museum. Show all posts
Showing posts with label Part 1 : Journey Stuck in Windhoek City - Train Museum. Show all posts

Friday, 18 October 2013

Namibia Part 1 : Journey Stuck in Windhoek City - Train Museum

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Entry ni patut aku tulis dari awal tahun lagi.. tapi sebab banyak perkara aku kene dahulukan.. dan juga sebab trip solo aku yang yang baru habis sebulan lepas.. maka terpaksa tangguhkan cerita aku di Namibia ni.. Lagi pun aku tension sebab member aku main setting date and time pada camera.. gambar semua ada date and time.. dah la salah lak tu.. habis hilang mood nak letak gambar.

Okay - sambil senyum sket.. Population 2.2 juta adalah amat sedikit untuk sebuah negara yang hampir 3 kali ganda besar dari Malaysia - 824,292 sq km.. bayangkan wild animal lebih banyak dari jumlah manusia di Namibia.. Tapi sebab itu juga negara ni terbaik untuk semua outdoor activity especially hunting..

Banyak kawasan yang masih tidak di sentuh.. anda mampu lihat pelbagai jenis rusa liar berkeliaran hanya 15 kilometer dari kawasan bandar.. termasuk wild Namibian Horse.. Oryx.. Duiker.. Zebra.. dan kalau Cheetah - only if u lucky la macam aku.. dan pelbagai lagi binatang lain..


Siapa sangka. Orang berhati baik itu ada di mana-mana sahaja.
Di hadapan Chameleon City Backpackers Hostel.
Kepenatan perjalanan di dalam bas selama 21 jam dari Cape Town masih kuat terasa.. Sampai je di Windhoek ada orang Namibia yang sudi tolong hantar kami ke hostel.. selepas check in di Chameleon City Backpackers Hostel.. dapat bilik terus mandi.. maklumlah 21 jam dalam bas.. campur waktu2 lain.. kira lebih sehari la tak mandi.. bau badan memang terbaik.. melekit bagai tak yah kata la hahahaa..

Rate yang kami dapat di hostel ni ialah private room for 3 people ialah ND 240.00.. so seorang ND 80.00 / RM 28.00 per night.. hostel dah fully book that why kami kene amik private room.. harga untuk hostel per person murah sket.. tak banyak beza.. basically untung jugak amik private kalau 3 orang.. ini afrika so korang boleh nak minta tawar.. :D  Currency time ni RM 1.00 / ND 2.50..

Tak tahu kenapa Mus'ab keriangan seperti ini..
Mungkin sebab dia belajar Politeknik kot dulu hahahaha :P
Kami sampai di Wernhill Park Mall

Kitorang shopping sakan jugak..
sebab murah dari South Africa
Barang mentah pun halal dan murah so decide malam masak Seafood Spaghetti :D 

ND 241.00 bahagi 3 orang = ND 80.00 / RM 28.00 seorang :D
For Dinner dengan Lunch esok.. Seafood lak tu.. murah la kan..


Antara yang di beli.. Udang 1 kg, Crab Finger 500 gram, Kupah 500 gram, Fish Ball 500 gram, Chicken Sosej 500 gram, Ayam 2 kg, Daging 750 gram dan Speghetti 1 kg..
Anas macam biasa la.. suka menyibuk dalam gambar hahaha..

Dekat hostel ni boleh masak sendiri.. semua perkakas boleh guna..
just make sure korang basuh dan susun balik.. tu jer..

Lebih kurang pukul 2:00 petang.. kami mula melangkah kaki ke centre city.. nak tinjau2 bandar Windhoek ni.. kata orang ia bersih dan yang paling penting selamat untuk merayau2 bagi traveller.. bukan macam di Johannesburg - bahaya giler kot.. Memang betul selamat dan bersih.. dan yang best ada pekerja berpakaian macam alam flora yang merayap2 seluruh bandar memegang plastik sampah hitam.. dan mengutip sampah2 yang ada di tepi jalan..

Jarak dari Windhoek City ke Walvis Bay hampir 400km.
Sepatutnya Windhoek ni bandar persinggahan kami jer.. sebab matlamat utama nak pergi ke Swakopmund dan Walvis Bay.. di bahagian barat Namibia.. ianya adalah sebuah kawasan tepi pantai yang cantik di Namibia.. di pantai Swakopmund terdapat beberapa bangkai kapal besar yang terdampar rapuh di tinggal begitu saja.. oleh sebab weather report memberitakan cuaca ribut petir dan hujan lebat di Swakopmund.. menyebabkan kami membatalkan hasrat dan hanya stay di Windhoek sahaja selama dua malam..
Muzium Kereta Api Windhoek
(Sila abaikan tarikh dan masa pada semua gambar)


Wild Wild West..
Afrika memang banyak peninggalan lama penjajah..
Hurmmm ... sape tahu sila share kat comment bawah ok :D
Gerabak untuk mengangkut pekerja buruh kulit hitam.. lebih 70 tahun dulu..
Ini adalah kepala kereta api tentera.. korang pernah tengok..??
Kat afrika jer ada.. jangan sangka tak ada ape di afrika tau :P

Ini pun aku tak tahu.. Mus'ab penat fikir :P
Mungkin peralatan ada kene mengena dengan kereta api.. maybe..

Memang old school.. besar sangat kepala kereta api nie.. :P
Di sebabkan rancangan awal dah di batalkan.. Kami pun menggunakan masa ni untuk merayau seluruh Bandar Windhoek.. Antara yang menarik di sini ialah Namibia National Museum yang menggunakan bangunan lama seperti penjara, balai polis, pejabat pos dan station kereta api lama.. yang di bina pada zaman pemerintahan sebelum merdeka.. memang unik.. dan ia juga agak menyeramkan.. dan kesemuanya museum berada di tempat berlainan di seluruh Windhoek..

 Jom layan gambar kami di Bandar Windhoek.. :D


Fidel Castro Street - Nama President Cuba

Kudu nama statue ni..
Robert Mugabe - President Zimbabwe



Seni bina German.. Sebuah church lama di Bandar Windhoek..
Cuaca kat Windhoek ini alhamdulillah okay.. 
Bandar kecik jer.. senang nak merayau2.. jalan kaki jer.. tak yah naik teksi..

Ada ramai orang jual kraftangan etc tepi jalan jer.. dan itu lah paling murah kalau nak beli.. basically rakyat Namibia memang friendly.. dan ada keunikan tersendiri..