Sambungan Dari
Jelajah Miri Part 3 : Gua Niah - Pekan Batu Niah to Bandar Miri
Assalamualaikum..
Hari ketiga aku di Miri.. Tak buat banyak sangat aktiviti.. maklum la menumpang rumah Pak Man.. tak kene bayar apa-apa.. dah macam rumah sendiri rasa malas jer.. Lynn dan Pak Man kata nanti petang kita pi tengok sunset di Canada Hills.. ok la tu sebab siang ni aku malas sket..
Canada Hills ni lebih kepada kawasan orang bersantai.. ramai yang datang pada waktu pagi dan petang untuk beriadah seperti bersenam, jogging, picnic bersama keluarga malah ada yang buat senaman Tai Chi.. Ada juga sebuah restoran di sini tapi tak ada tanda halal.. banyak alcoholic jer kat situ.. Canada Hills juga di kenali sebagai
The Grand Old Lady.. Dan juga di kenali sebagai
Bukit Telaga Minyak bagi masyarakat setempat..
|
The Grand Old Lady.. |
|
Gambaran bagaimana mereka membuat kerja penggalian.. |
|
Tengok macam tak cukup tenaga.. Jom tolak..!! |
|
Antara peralatan lama dalam penggalian minyak zaman dulu.. |
Fakta Sejarah - Apa yang menarik di Canada Hills ni.. di sinilah terletaknya
Muzium Petroleum.. dan kenapa muzium ini di bina di sini..?? jawapannya ialah.. di sinilah terletaknya telaga minyak pertama di Miri.. Bahkan yang pertama di Malaysia.. di gerudi dengan cara alat kawat.. atau kata lain manual..
Mula di gerudi pada 10 Ogos 1910 dan tamat pada 22 Disember 1910.. mengambil masa lebih 2 bulan untuk siap.. Kedalaman asli 452 kaki dan yang terakhir atau paling maksima 1096 kaki.. Di tutup setelah beroperasi selama 62 tahun.. pada tarikh 31 Oktober 1972.. dengan pengeluaran 7 tong sehari atau anggaran 660,000 tong sepanjang ia beroperasi..
|
Pintu masuk Muzium Petroleum - Sejarah minyak di Malaysia.. |
Dan baru aku tahu terdapat 624 telaga minyak di Miri.. dengan anggaran lebih 80 juta tong minyak telah di keluarkan dari dearah Miri.. Dan syarikat minyak pertama yang beroperasi di Miri atau di Malaysia ini ialah
Anglo-Saxon Petroleum Company.. daripada kumpulan
Shell Royal Dutch..
|
Pemandangan sebahagian Bandar Miri di waktu petang.. |
|
Matahari yang mula melabuhkan diri.. |
Syarikat Petroleum dan Gas Malaysia - Petrolium Nasional Berhad -
Petronas hanya di tubuhkan pada 14 Ogos 1974.. bertahun lamanya selepas syarikat lain menapak mengambil hasil di negara Malaysia.. apa pun sebagai rakyat Malaysia.. Aku bangga dengan pencapai Petronas pada masa kini.. di mana jua aku travel.. masyarakat luar kenal
The Twin Tower Petronas.. harap tak terkeluar dari tajuk lagi hehehehe..
|
Ada adik beradik ni sanggup jadi model camera aku hehehee.. :D |
|
Ikan bakar di mana aja.. laut kan sebelah jer kan :D |
|
Hati Buyah Berempah ( Beef Lung ) RM 5.00 |
Kek Lapis Sarawak pun ada jual dan murah sket.. even ramai bagi suggestion kalau nak beli Kek Lapis kene pi Kedai Siti Payung di Muara tapi aku tak kisah asalkan ia adalah kek lapis.. nanti dah ada bini baru kisah yer dok hahaa.. :P
Ok antara makanan yang menarik di sini korang kene rasa ialah Hati Buyah Berempah.. Satay Ayam dan Daging - Murah 4 batang RM 2.00 jerr.. memang di balun habis.. pelbagai jenis Ikan Bakar yang amat murah.. Nasi Ayam Berempah.. but yang best sangat ialah semuanya murah.. Continue Part 5..