Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Selesai sudah cerita di Fremantle dan sekarang kita kembali menyambung kisah di Bandar Perth. Tak sangka sampai 5 entry aku tulis untuk satu hari perjalanan ke Fremantle disebabkan banyak tempat menarik untuk dikongsikan. Make sure jangan lepaskan peluang jika anda ke sana nanti.
Okay.. Pengembaraan kami diteruskan lagi pada hari keempat bagi menjejakkan kaki ke tempat-tempat menarik di Bandar Perth ini. Hurmm baru hari keempat tapi dah 12 entry aku tulis. Harap-harap tak ada la yang boring membaca yer. Insyallah ada lagi dua tiga entry nak habis cerita di Perth ini.
 |
| Here we are at The Blue Boat House. |
Untuk hari ini adalah hari pertama bagi kami menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Dan destinasi pertama kami adalah ke The Blue Bout House. Satu destinasi wajib kalau berkunjung ke Perth. Kami telah berjalan kaki dari apartment ke Elizabeth Quay Bus Station dan menaiki Bus 950 yang menuju ke arah Mount Bay.
Untuk ke Blue Boat House kita akan berhenti di perhentian no 12215 atau once u all nampak Blue House tu terus jer tekan bell. Driver bas memang faham sangat lagi-lagi kalau nampak muka foreigner dalam bas. Jarak dari Elizabeth Quay ke Blue House adalah 3.7 km.
Perjalanan mengambil masa 10-15 minit bergantung kepada keadaan lalulintas untuk sampai dihadapan The Blue Boat House atau juga dikenali sebagai Perth Crawley Edge Boatshed. Dan untuk ke sini anda tidak boleh menggunakan Bas percuma Central Area Transit atau dikenali sebagai CAT Bus. Sebab ia terletak sedikit di luar kawasan.
 |
| Nasib la tak ada orang langsung time ni boleh la spend masa bergambar di sini :D |
Pada waktu bas berhenti memang dah boleh nampak Blue Bout House ini di sebelah kiri so memang tak susah mana. Dan pada masa yang sama orang tempatan tak kesah pun pasal tempat ini. Kebiasaanya hanya pelancong sahaja yang nak bergambar di sini.
The Blue Boat House telah dibina pada tahun 1930an dan kemudian telah dibeli oleh Nattress Family pada tahun 1940an. Kemudian ia silih berganti hak pemilikan selama hampir 70 tahun. Namun ia berjaya bertahan sehingga ke hari ini dan menjadi salah satu icon tarikan di Perth terutama bagi pelancong dari Asia.
 |
| Dari The Blue Boat House kita berjalan ke arah jalan Kings Park Avenue. |
 |
| Kita mulakan trekking dari sini sampai la ke Botanical Garden. |
Disebabkan kami sampai awal pagi dan di sini hanya untuk bergambar serta tiada aktiviti lain maka kami decide untuk berjalan kaki ke
Kings Park & Botanical Garden. Alhamdulillah perjalanan sejauh 3.0 km tidaklah memenatkan. Ditambah dengan environment yang cantik serta laluan trek yang tidak sunyi, banyak kali kami berselisih dengan orang jogging atau berbasikal.
 |
| Belum start trekking si Atiyya dah tertidur dalam baby carrier. |
 |
| Winter kan.. Seronok la melayan suasana yang tak berapa nak hijau di hutan kecil ini. |
 |
| Antara tumbuhan hutan yang mengeluarkan bunga yang kami temui. :D |
Sambil berjalan sambil bergambar dengan beberapa jenis tumbuhan yang aku sendiri tak pernah jumpa sebelum ini. Dengan cuaca yang agak sejuk kami jalan santai-santai sahaja sehingga sampai di beberapa check point yang ada di sini.
Hampir kesemua tumbuhan di sini diletakkan signboard nama scientific dan dari jenis apa dan ada yang diberitahu kelebihan kegunaannya especially pada orang zaman dahulu. Kalau jenis yang berbunga tu siap diberitahu pada waktu bila ia akan mengeluarkan bunga.
 |
| Beware dengan beberapa arahan seperti jangan memijak atau jangan menyentuh tumbuhan yang sensetif atau juga tumbuhan yang merbahaya seperti ivy. Memandai lak aku hahaa. |
Berjalan dan terus berjalan sehinggalah kami nampak bandar Perth dari jauh. Barulah lega sikit sebab bila dah penat tu mulalah ada sedikit perasaan menyesalkan hahahaha.. Dah la dengan tak prepare nak masuk trekking dalam hutan yang out off no where. Tapi somehow ia pengalaman yang menyeronokkan.
 |
Si Atiyya ni kejap bangun pastu penat tidur semula. Suh berjalan tak nak time ni. Bila kita berjalan lagi seronok dia dalam carrier tu. Rasa macam dalam buai kot :D |
 |
| Dari kawasan hutan tiba-tiba nampak park yang cantik dan orang yang agak ramai. |
Area Kings Park ni macam di atas bukit patutlah penat benar kami berjalan tadi rupanya trek mendaki. Tapi syukur view dari atas bukit di Kings Park ni memang cantik. Ada bandar dan sungai besar yang macam lautan (Swan River).
Once dah sampai area lapang dan kehadiran orang yang ramai di Botanical Garden. Kami pun berehat dan masa ni Atiyya mengamuk-ngamuk nak turun dari baby carrier. Dah nampak kawasan lapang dia nak main la apa lagi. Tadi masa dalam hutan suh jalan sikit pun tak nak huhu.
 |
| Kak Ngah di sebalik rumput-rumput yang dipijak. Cantik view Bandar Perth dari sini. |
 |
| Akhirnya kami berjaya mengharungi hutan yang tak rancang pada awalnya. |
 |
| So here we are Western Australia Botanical Garden. |
 |
| Time ni si Atiyya nak berjalan dan berlari sana sini. Lagi-lagi area tasik di taman ini. |
Bila dah sampai sini adalah beberapa signboard besar yang menunjukkan beberapa tumbuhan dan bunga yang harus kita jumpa kalau masuk ke Kings Park (area hutan tadi tu). Syukur juga most of them kami ada jumpa tadi. Kira berbaloi jugak lah jalan-jalan dalam hutan.
Dan ramai yang datang dari main entrance, kemudian berjalan masuk ke arae hutan dalam Kings Park & Botanical Garden dan kemudian keluar semula ke entrance. So at least kami sehala sahaja tak ada la jalan berpatah balik. By the way kalau korang datang pada musim spring aku rasa tempat ni mesti lagi cantik.
 |
| At last kami sampai juga di State War Memorial. View Bandar Perth dari sini memang awesome. |
 |
Dalam perjalanan ke arah CAT Bus Stop. Ternampak pondok macam kemelayuan sikit. Terus kami decide untuk berhenti sebab dah penat sangat ni jauh berjalan. |
Dari Kings Park & Botanical Garden ni kita boleh naik free bus iaitu Blue Cat Bus 995 untuk balik semula ke area Elizabeth Quay tapi kena berjalan sedikit la sehingga ke bus stop yang CAT Bus berhenti. So basically plan kami just nice la sebab hanya keluarkan duit untuk naik bas ke Blue Boat House sahaja.
Sepatutnya aku tulis dua entry untuk dua tempat ini tapi sebab aku rasa dah panjang sangat cerita di Perth, Australia ini maka untuk nak mengurangkan entry part yang dah masuk part yang ke-13 ni maka aku sekalikan jer lah dua tajuk ni. So sorry la ayat semua macam berterabur hahaha :D