Showing posts with label Australia. Show all posts
Showing posts with label Australia. Show all posts

Monday, 14 October 2024

Australia Perth Part 15 : Watertown Brand Outlet Centre - Final Moment

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Sambungan Dari Australia Perth Part 14 : Hay Street Mall - The Bell Tower - Elizabeth Quay 

Okay I'm back in front of my laptop. Its so nice to have time to write my travel journey in this blog. 

Let finish this final part at Perth, Australia. 

Dari pagi hari kami berjalan ke The Blue Boat House dan kemudian ke Kings Park & Botanical Garden. Dan terus sambung berjalan-jalan di Hay Street Mall sehingga ke The Bell Tower dan Elizabeth Quay. Dan kemudian kami menaiki CAT Bus pulang ke Apartment sebab dah tak larat nak menapak lagi.

Watertown Brand Outlet Centre - Dibuka setiap hari dari 9.00 pagi  sehingga 5.30 petang.
Sampai di apartment seperti biasa aku akan terus memasak. Menu untuk malam ini adalah Nasi Putih, Kari Ayam campur Kentang, Sayur Sawi Goreng dan Telur Dada. Dan aku tambah lagi extra menu iaitu Sandwich Tuna tapi buat tak banyak la. Sebab nak kurangkan segala makanan yang telah dibawa ke bumi Perth ini.

Menu untuk dinner Kari Ayam, Sayur Sawi Goreng dan Telur Dadar.
Alhamdulillah selepas kenyang makan kami semua lepak di ruang tamu tengok tv di sofa bed tempat di mana aku dengan abang wan tidur. Sambil semua berselubung dengan selimut akibat kesejukkan. Penat-penat pun gagah tengok movie Die Hard 4 sampai habis.

Habis movie yang perempuan masuk bilik tidur dan aku dengan abang wan sambung mengemas di dapur. Mungkin sebab semua kelaparan yang amat, sehari suntuk tak makan proper. Apa yang aku masak semuanya habis licin. Okay la syukur tak membazir. 

Menu breakfast hari ke 5 - Maggi Goreng Isi Ayam.
Dan second menu Sandwich Tuna yang dibakar dengan sopan santun.
Keesokan pagi aku buat breakfast maggi goreng dan sandwich tuna. Dan selepas breakfast kami keluar dari apartment berjalan kaki menujuk ke Hay Street Mall sebab nak ambil bas ke Watertown Brand Outlet Centre. Sempatlah aku membeli secawan coffee dari 7Eleven sebelum menaiki bas.

AUD 1.00 for a cup of coffee at 7Eleven. Travel budget kita layan coffee ni jer la :D
Menaiki bas dari Wellington Street ke Watertown Brand Outlet Centre.
Tak tau apa.. tapi Atiyya suka betul main pusing-pusing kat sini.
And the only reason kenapa kami ke sini sebab nak beli baju rompers baby jenama BONDS. Sebab personal shopper selalu update dia beli di sini. Kenapa nak beli? Sebab di Malaysia harga agak mahal berbanding di Perth, Australia ini. Lagi pun wife yang beriya nak membeli. Kita ikut jer lah :D

Untuk ke Watertown Brand Outlet kami berjalan kaki dari Hay Street Mall melepasi Murray Street sehingga ke Wellington Street - Route 65. Dan kemudian menaiki Yellow CAT Bus. Dan berhenti di Platform 9 - CAT ID 145 Stop ID: 28820. Dan berjalan kurang 5 minit atau 140 meter untuk masuk ke pintu entrance otlet centre ini.

Inilah dia BONDS Outlest yang dia nak sangat pergi tu. Senyum bukan main lagi. 
Ingatkan di Malaysia jer suami dengan anak tunggu di luar kedai.
Mall yang berkonsep open air walau di dalam bangunan dua tingkat.
Masa turun dari bas dah boleh nampak Watertown Brand Outlet Centre di seberang jalan. Di sini boleh dikatakan banyak outlet dari brand yang terkemuka di dunia. Masa ni memang wife beli BONDS untuk semua anak-anak saudara dia. Esok tu kami datang lagi sebab ada orang lain pulak yang order. Tak memasal jadi personal shopper sekejap hahaha.

Nenem's antara restoran halal di Watertown Brand Outlet Centre ini.
Watertown Brand Outlet is home to over 100 retailers, offering a diverse mix of International and Australian brands specializing in fashion, accessories, gifts, homewares, leisure and sportswear. Open 7 days per week and it has over 1,000 undercover car bays and offers easy accessibility for those arriving by public transport, taxi or free central area transportation services (Wikipedia).

Seafood seperti ketam, udang, sotong, ikan dan pelbagai lagi ada di jual di Woolworths.
Durian, Buah Berangan dan Durian Belanda ada dijual di pasaraya di tengah Bandar Perth. 
On the way balik kami singgah di area Murray Street Mall sebab nak cari beras di beberapa pasaraya yang ada di sini. Dan bila dah masuk beberapa pasaraya di sini. Baru tahu most of them banyak jer yang menjual barangan halal termasuk la daging dan ayam. If  korang nak beli barang basah halal tak perlu pergi jauh. 

Sebab pada mulanya aku baca banyak info yang mengatakan hanya pasaraya besar sahaja yang ada menjual barangan basah halal. Kalau outlet yang kecil tak ada jual daging atau ayam halal. Sebab mungkin pasaraya nak minimize kan ruang space yang mereka ada. Tapi ada jer kalau korang nak beli. 

Kita beli beras sekilo just enough nak makan malam dan buat nasi goreng breakfast last day.
Masa berjalan-jalan area Murray Street Mall ini. Sekali abang wan kata "Fif, malam ni ko tak yah masak la, kita makan luar". Aku pun macam aaa.. "Nak kena masak jugak Abang Wan sebab nak kena habiskan bahan masak yang kita bawa dari Malaysia. Tak kan nak bawa balik semula ke Malaysia".

Abang Wan bagitau ada nampak kedai halal Central Cafe.. Ada Burger, Fries, Ayam Goreng.. Coffee pun ada jugak. Aku pun "Jom la Abang Wan..". So kami pun masuk dan makan di dalam kedai buat kali kedua makan di luar. Lagi pun esok nak balik dah. Abang Wan kata tak kan nak bawa balik duit Aussie :D

Central Cafe Halal Restaurant di antara Murray dah Hay Street Mall.
Disebabkan dah makan di Central Cafe lewat petang tu. Maka malam tu aku tak masak tapi aku masak nasi sahaja sebab esok pagi aku nak masak nasi goreng untuk breakfast dan terus bekal untuk makan di airport sebelum flight takut si Atiyya kelaparan nanti. Dan kami kena check out awal sebab nak kena ke airport untuk catch flight Airasia.

Nasi Dagang By Santan in flight Perth, Australia to Kuala Lumpur, Malaysia.
Kak Ngah dah balik awal sehari sebab dia beli tiket sendiri. Sebab nak ikut tarikh sama dengan kitorang time dia nak beli tu dah jadi mahal. Tapi sempatlah Kak Ngah ke Watertown first day tu dengan yang lain. Second day tu dia dah berangkat ke airport seawal pagi. Nasib la ada public transport yang mudah dan murah nak ke airport. 

So far destinasi Perth ini bagi aku memang seronok dan keadaan bandar dia tenang-tenang jer. Sesuai la nak dijadikan desinasi release tension atau mencari ketenangan. Kalau nak enjoy lebih macam makan luar dan shopping etc. Just standby duit lebih jer la. Apa pun alhamdulillah selesai sudah cerita di Perth, Australia ini. 

Oh ya balik tu aku makan Nasi Dagang dalam flight AirAsia untuk reward diri hahaha.. The End.

Sunday, 22 September 2024

Australia Perth Part 14 : Hay Street Mall - The Bell Tower - Elizabeth Quay

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Mood nak update blog seperti hilang di tengah lautan Maldives pulak hahaa. Kepenatan, jatuh sakit, soal kerja, keluarga samada ibu dan juga anak-anak semuanya ada. Apa pun moga kita semua diberikan kekuatan dan tenaga dalam meneruskan kehidupan dengan sempurna dalam keberkatan Insyallah.

Dari Botanical Garden kami menaiki bas percuma menuju semula ke area city center. Dan kami berhenti tak jauh dari Perth Central Park untuk menuju ke Hay Street Mall. Untuk kali ini adalah yang ketiga kami menjejakkan kaki di Hay Street Mall. Walau tadi dah berjalan jauh di Kings Park & Botanical Garden, kami meneruskan lagi berjalan di sini.

Bangunan Perth Town Hall berhadapan jalan masuk ke Hay Street Mall.
Menaiki bas ke Blue Boat House dan dari Botanical Gardan ke City Center.
Masa di Hay Street Mall ni Kak Ngah beli dua handbag. "Ni satu handbag kak ngah beli untuk mama" katanya. Kita pun layan jer lah. Yer lah last minit bagitahu mama dia nak ikut abang afif dengan kak mia ke Perth, Australia. Kenalah beli souvenir bawa balik hihii.

Seronok berjalan-jalan cuci mata di Hay Street Mall ni. Tapi tak seronok untuk duit dalam wallet yang tak begitu tebal haha.. Hanya Kak Ngah dan Abang Wan sahaja yang berbelanja di sini. Kata Abang Wan pulak "Kenalah beli something di sini sebagai kenangan bila pulang ke Malaysia". Baiklah Abang Wan. Nampak la sehelai dua pakaian yang dia beli kat sini.

Jalan di antara dua bangunan putih dibelakang tu adalah permulaan Hay Street Mall.
Bangunan Wesley Uniting Church di penghujung Hay Street Mall.
Sedikit fakta berkenaan Hay Street Mall yang diperkenalkan pada tahun 1972 ini. Ia diberi nama sempena Robert William Hay iaitu Secretary of State for The Colonies atau mudah kita kata Menteri yang menjaga jajahan di bawah The Colonies - Yang pada ketika itu gabungan di antara British & Dutch pada waktu menjajah kawasan dari India sehinggalah ke Australia.

Antara bebeapa buah bangunan yang unik di sekitar area sini.
Aku pun dah lupa bangunan apa. Dah search pun tapi tak jumpa.
Berkonsep open air pedestrian mall dengan panjang kurang dari 600 meter. Basically dari Perth Town Hall sehinggalah ke Perth Central Park di situlah letaknya Hay Street Mall dan satu blok ke hadapan anda akan jumpa Murray Street Mall. Segala yang berada di antara kedua street ini adalah tempat shopping yang menarik untuk kita berjalan-jalan.

Mula-mula nampak satu beg jer diorang beli.
Lepas seketika Kak Ngah muncul penuh tangan kiri kanan beg dia shopping hahaha..
Even tak beli apa-apa di sini tapi memang recommended untuk take a walk di sini.
Kami spend lebih hampir dua jam berjalan-jalan di Hay Street Mall sehinggalah ke penghujung di mana letaknya Perth Town Hall. Hampir segala branded store ada di sini. Dan beberapa convenience store serta pasaraya juga ada di sini termasuklah yang menjual barang basah halal seperti ayam.

Toilet untuk anak kecil ada disediakan microwave dan air panas.
Antara restoran yang menjual makanan halal di area Hay Street Mall ini.
Dan restoran makanan halal pun agak mudah untuk ditemui termasuklah yang diusahakan oleh rakyat Malaysia iaitu D'Angkasa Malaysia Restaurant dan Ikhwan Cafe. Hampir semua dari tukang serve sehingglah tukang masak adalah orang Malaysia. Ada juga seperti M&J Chicken mempunyai sijil halal dari Australia Federation of Muslim Council.

Info Bell Tower: Dikenali sebagai The Bell Tower atau Home of the Swan Bells. Dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin dari jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang dan last entry adalah pada pukul 3.45 petang. Terdapat 18 buah lonceng yang dipasang pada menara yang berketinggian 82.5 meter ini. Dibina dengan kos sebanyak $5.5 million Australian Dollar.

Dari Hay Street Mall kita berjalan kaki ke Bell Tower yang terletak hampir 500 meter.
Jalan setiap 100 meter kita berhenti dan ambil gambar. Tak la penat sangat.
The Bell Tower  -  Here we are :D
Dari Hay Street Mall kami berjalan lagi ke arah The Bell Tower yang boleh dilihat dengan mudah dari Perth Town Hall dengan jarak 500 meter. Di sini tiada aktiviti yang boleh dilakukan kecuali layan pemandangan especially di area Barrack Street Jetty yang terletak 200 meter bersebelahan atau sekitar dengan Bell Tower.

Memang recommanded sangat untuk take a walk di sini sambil layan pemandangan dan layan perasaan sekali hahaha.. Lagi-lagi kalau korang datang waktu sunset di sini lagi cantik view. Dari sini juga adalah walking distance ke All Suite Perth - Apartment yang kami tinggal.

Pemandangan Bell Tower dari Barrack Street Jetty - Sumber Google Map.
Pemandangn di Barrack Street Jetty - Sumber Google Map.
Dari area Barrack Street Jetty ini kami berjalan kaki menuju ke Elizabeth Quay yang terletak kurang 250 meter. Tempat yang sama kami tuju pagi tadi bagi menaiki bas ke The Blue Boat House. Pagi tadi kalam kabut sebab nak kejar bas maka kita datang la semula sebab dah dekat kan.

Area di sini juga sama seperti di Barrack Street Jetty tadi. Memang best untuk take a walk di sini. Sometimes kalau ada even di sini lagi meriah. Pada pendapat aku kalau tak tahu buat apa di Perth maka boleh la datang ke sini especially kalau datang waktu winter lagi la best nak berjalan di sini. 

Here we are at Barrack Street Jetty. Muka semua dah kepenatan.
Layan view waktu awal pagi dan lewat petang di sini memang best :D
Kita stop beli coffee tapi terbeli nachos sekali pulak hihii.. 
Disebabkan kami macam terlalu penat sangat maka kami pun stop at one cafe nak beli coffee sebelum berjalan kaki pulang ke apartment. Lagi pun nak kena balik sebelum Maghrib sebab tak solat Jama Zohor dan Asar lagi ni. Nak dijadikan cerita lagi, makcik yang jaga kaunter masa nak beli coffee ni baik sangat. 

Macam-macam dia tanya dari mana dan halal food so on. Segala pastry dan sandwich yang dijual dia kata tak suggest untuk kita beli. Sebab ayam daging semua tu tak halal. But then dia kata "U can try our famous nachos". Dia kata jangan risau dia cuma letak sos dengan cheese sahaja. Kita pun layan jer lah :D

Friday, 6 September 2024

Australia Perth Part 13 : The Blue Boat House - Kings Park & Botanical Garden

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Selesai sudah cerita di Fremantle dan sekarang kita kembali menyambung kisah di Bandar Perth. Tak sangka sampai 5 entry aku tulis untuk satu hari perjalanan ke Fremantle disebabkan banyak tempat menarik untuk dikongsikan. Make sure jangan lepaskan peluang jika anda ke sana nanti.

Okay.. Pengembaraan kami diteruskan lagi pada hari keempat bagi menjejakkan kaki ke tempat-tempat menarik di Bandar Perth ini. Hurmm baru hari keempat tapi dah 12 entry aku tulis. Harap-harap tak ada la yang boring membaca yer. Insyallah ada lagi dua tiga entry nak habis cerita di Perth ini.

Here we are at The Blue Boat House.
Untuk hari ini adalah hari pertama bagi kami menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Dan destinasi pertama kami adalah ke The Blue Bout House. Satu destinasi wajib kalau berkunjung ke Perth. Kami telah berjalan kaki dari apartment ke Elizabeth Quay Bus Station dan menaiki Bus 950 yang menuju ke arah Mount Bay. 

Untuk ke Blue Boat House kita akan berhenti di perhentian no 12215 atau once u all nampak Blue House tu terus jer tekan bell. Driver bas memang faham sangat lagi-lagi kalau nampak muka foreigner dalam bas. Jarak dari Elizabeth Quay ke Blue House adalah 3.7 km.

Perjalanan mengambil masa 10-15 minit bergantung kepada keadaan lalulintas untuk sampai dihadapan The Blue Boat House atau juga dikenali sebagai Perth Crawley Edge Boatshed. Dan untuk ke sini anda tidak boleh menggunakan Bas percuma Central Area Transit atau dikenali sebagai CAT Bus. Sebab ia terletak sedikit di luar kawasan.

Nasib la tak ada orang langsung time ni boleh la spend masa bergambar di sini :D
Pada waktu bas berhenti memang dah boleh nampak Blue Bout House ini di sebelah kiri so memang tak susah mana. Dan pada masa yang sama orang tempatan tak kesah pun pasal tempat ini. Kebiasaanya hanya pelancong sahaja yang nak bergambar di sini. 

The Blue Boat House telah dibina pada tahun 1930an dan kemudian telah dibeli oleh Nattress Family pada tahun 1940an. Kemudian ia silih berganti hak pemilikan selama hampir 70 tahun. Namun ia berjaya bertahan sehingga ke hari ini dan menjadi salah satu icon tarikan di Perth terutama bagi pelancong dari Asia.

Dari The Blue Boat House kita berjalan ke arah jalan Kings Park Avenue.
Kita mulakan trekking dari sini sampai la ke Botanical Garden.
Disebabkan kami sampai awal pagi dan di sini hanya untuk bergambar serta tiada aktiviti lain maka kami decide untuk berjalan kaki ke Kings Park & Botanical Garden. Alhamdulillah perjalanan sejauh 3.0 km tidaklah memenatkan. Ditambah dengan environment yang cantik serta laluan trek yang tidak sunyi, banyak kali kami berselisih dengan orang jogging atau berbasikal.

Belum start trekking si Atiyya dah tertidur dalam baby carrier.
Winter kan.. Seronok la melayan suasana yang tak berapa nak hijau di hutan kecil ini.
Antara tumbuhan hutan yang mengeluarkan bunga yang kami temui. :D
Sambil berjalan sambil bergambar dengan beberapa jenis tumbuhan yang aku sendiri tak pernah jumpa sebelum ini. Dengan cuaca yang agak sejuk kami jalan santai-santai sahaja sehingga sampai di beberapa check point yang ada di sini.

Hampir kesemua tumbuhan di sini diletakkan signboard nama scientific dan dari jenis apa dan ada yang diberitahu kelebihan kegunaannya especially pada orang zaman dahulu. Kalau jenis yang berbunga tu siap diberitahu pada waktu bila ia akan mengeluarkan bunga. 

Beware dengan beberapa arahan seperti jangan memijak atau jangan menyentuh tumbuhan yang sensetif atau juga tumbuhan yang merbahaya seperti ivy. Memandai lak aku hahaa.
Berjalan dan terus berjalan sehinggalah kami nampak bandar Perth dari jauh. Barulah lega sikit sebab bila dah penat tu mulalah ada sedikit perasaan menyesalkan hahahaha.. Dah la dengan tak prepare nak masuk trekking dalam hutan yang out off no where. Tapi somehow ia pengalaman yang menyeronokkan.

Si Atiyya ni  kejap bangun pastu penat tidur semula. Suh berjalan tak nak time ni.
Bila kita berjalan lagi seronok dia dalam carrier tu. Rasa macam dalam buai kot :D
Dari kawasan hutan tiba-tiba nampak park yang cantik dan orang yang agak ramai.
Area Kings Park ni macam di atas bukit patutlah penat benar kami berjalan tadi rupanya trek mendaki. Tapi syukur view dari atas bukit di Kings Park ni memang cantik. Ada bandar dan sungai besar yang macam lautan (Swan River).

Once dah sampai area lapang dan kehadiran orang yang ramai di Botanical Garden. Kami pun berehat dan masa ni Atiyya mengamuk-ngamuk nak turun dari baby carrier. Dah nampak kawasan lapang dia nak main la apa lagi. Tadi masa dalam hutan suh jalan sikit pun tak nak huhu. 

Kak Ngah di sebalik rumput-rumput yang dipijak. Cantik view Bandar Perth dari sini.
Akhirnya kami berjaya mengharungi hutan yang tak rancang pada awalnya.
So here we are Western Australia Botanical Garden.
Time ni si Atiyya nak berjalan dan berlari sana sini. Lagi-lagi area tasik di taman ini.
Bila dah sampai sini adalah beberapa signboard besar yang menunjukkan beberapa tumbuhan dan bunga yang harus kita jumpa kalau masuk ke Kings Park (area hutan tadi tu). Syukur juga most of them kami ada jumpa tadi. Kira berbaloi jugak lah jalan-jalan dalam hutan.

Dan ramai yang datang dari main entrance, kemudian berjalan masuk ke arae hutan dalam Kings Park & Botanical Garden dan kemudian keluar semula ke entrance. So at least kami sehala sahaja tak ada la jalan berpatah balik. By the way kalau korang datang pada musim spring aku rasa tempat ni mesti lagi cantik.

At last kami sampai juga di State War Memorial. View Bandar Perth dari sini memang awesome.
Dalam perjalanan ke arah CAT Bus Stop. Ternampak pondok macam kemelayuan sikit.
Terus kami decide untuk berhenti sebab dah penat sangat ni jauh berjalan.
Dari Kings Park & Botanical Garden ni kita boleh naik free bus iaitu Blue Cat Bus 995 untuk balik semula ke area Elizabeth Quay tapi kena berjalan sedikit la sehingga ke bus stop yang CAT Bus berhenti. So basically plan kami just nice la sebab hanya keluarkan duit untuk naik bas ke Blue Boat House sahaja.

Sepatutnya aku tulis dua entry untuk dua tempat ini tapi sebab aku rasa dah panjang sangat cerita di Perth, Australia ini maka untuk nak mengurangkan entry part yang dah masuk part yang ke-13 ni maka aku sekalikan jer lah dua tajuk ni. So sorry la ayat semua macam berterabur hahaha :D