Sambungan dari
Royal Belum Part 3 : Kampung Aman Damai - Orang Asli
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
Jom sambung baca kisah kami
Travelholic Awesome & Friends di Royal Belum Park, Perak Darul Ridzuan.. Semenjak dua menjak ni tetiba busy pulak naik turun pantai timur pastu nak kene setel beberapa perkara berkenaan diri sendiri tapi alhamdulillah semua mission berjalan dengan lancar.. Mission punya pasal terlewat pulak nak siapkan final entry
Royal Belum ni.. tapi tak apa kan.. semua nyer bersifat sabar menanti.. kan?? hahahaa.. :D
|
Ikan Toman Tasik Temenggor memang masih bersaiz giant hahahaa.. :D |
Tapi paling hiba ialah senduk acuan roti jala masih belum di jumpai.. agak2 orang dekat Ampang ni dah tak makan roti jala kot hahahaaa.. eh ko sibuk nak cakap pasal roti jala ni kenapa *Ni salah Kak Anash dengan Janggel la yang start hahahaa.. Hari ni pun Alhamdulillah dah baik demam maka boleh la siap kan entry Royal Belum yang tertunggak ni.. :P
Penginapan di Sungai Tiang
|
Keunikan penginapan di Sungai Tiang.. |
|
Di sebabkan generator rosak.. Kami semua tido atas houseboat jer.. |
|
Ada chalet, pondok dan cottage.. Ada yang bilik air di dalam dan ada yang di luar |
Okla baik kita terus pada cerita.. kang nanti aku melalut habis satu entry ni huhuhuu.. 13 April 2014 - Ahad.. Last day kami di sini.. Seawal pagi kami semua bangun untuk menyemai keinginan menikmati keindahan panorama yang menteramkan jiwa dan udara yang nyaman di Tasik Temenggor ini.. Di tambah dengan kesejukan pagi dengan kabus yang sayu menyentuh kulit.. fuh terbaikkk rugi kalau korang tak mai sini.. :D
Sajian kami di pagi ini ialah nasi lemak yang begitu sedap.. sekali lagi aku tak segan silu memuji pihak BOA yang menyediakan pembuka selera di pagi ini dengan makanan yang terbaik.. Dan acara pagi ini ialah terjun bermandi air di Tasik Temenggor.. boleh dikatakan semua orang terjun kecuali aku dan Kak Anash.. Aku sebab tengah layan casting sebab teringin nak merasa daging ikan sebarau.. Kak Anash.. sebab nak amik gambar tanpa henti kot hehehee..
|
Ustaz Mohd Issam masih mencuba di waktu matahari terbit |
|
Hang Dhamin mengaku sebagai orang terakhir yang bangun pagi tu hahahaa :P |
|
Wajah - wajah ceria kami di pagi hari.. :D |
|
Mula-mula cuak jugak tapi lepas dah masuk air tak tenggelam terus confident.. |
Tatkala ketika kami semua sedang berseronok dengan aktiviti sendiri.. Kedua2 enjin bot kecil di belakang houseboat dihidupkan.. Bagi membawa mereka yang ingin dan merasai sendiri melihat dan membuat trekking melihat kehijauan dan tumbuhan hutan rimba dengan lebih dekat di
Sungai Kooi..
Masa ni ada yang malas nak pergi sebab nak rileks atas hosueboat melayan angin yang bersipu2.. ada yang mandi-manda tak nak keluar dari air tasik maklumla kan sekarang ni musim kemarau huhuhu... Kak Anash antara orang dalam geng pertama yang pergi.. so kalau nak tengok apa yang ada kat
Destinasi Sungai Kooi tu sila terjah
Blog Kak Anash..
|
Perjalanan ke Sungai Kooi.. Merentasi kehijaun alam.. |
|
Terserempak pula dengan houseboat yang lain dalam perjalanan ke Sg Kooi. |
|
Ada yang cuak naik bot ada yang bersahaja.. Nak sakat orang memang best :D |
Aku pun pergi ke Sungai Kooi tapi lewat sket dalam second group.. sekali dengan Blogger Fadh dan Zara Ab tapi masa sampai jer hujan rintik mula membasahi bumi.. So bila bot kami sampai.. sempat la kami turun dan pijak tanah.. Amik gambar kiri kanan atas bawah - 360 degree.. tak sampai 5 minit pun terus naik bot nak balik heaq quarters..
Tapi yang best sempat juga la kami tengok drama mereka yang kene gigit pacat masa tu.. Rupa nyer banyak pacat kawasan tu.. kami tak masuk buat trekking so none of us kene pacat.. tapi geng pertama yang datang huhuu.. bagi kenduri kat pacat hahaha... *Hi Kak Anash.. kesan pacat kat kaki dah hilang ker? lariiikkk hahahaa.. :P
|
Sesi kelas photographer.. masing2 dengan wajah serius huhuhuu.. |
|
Perjalanan ke Santuari Ikan Sg Ruok dan Air Terjun.. |
|
Pemandangan yang memukau mata dan mempersonakan .. |
Kami mula bergerak dari Jeti Sungai Tiang.. menuju ke satu destinasi lain untuk bermandi mandi di sebuah air terjun.. perjalanan mengambil masa hampir sejam.. Masa inilah Saudara Hilmi dari BOA secara tak langsung membuka kelas khas pada geng Travelholic Awesome & Friend untuk memberi sedikit pengajaran dalam teknik mengambil gambar.. Tapi yang tak best nyer sebab aku tengah lepak kat bawah dengan Saudara Issam so aku missed 75% pengajaran dari kelas tu huhuhuu..
Houseboat berhenti di satu kawasan tebing tasik.. Kerana untuk ke pintu masuk air terjun yang juga Santuari Ikan itu hanya boleh di lalui oleh bot2 kecil.. time ni aku bagi laluan pada yang lain untuk pergi dulu sebab masih lagi nak try casting kot2 boleh dapat sebarau huhu.. giler betul aku ni kalau dah dapat batang pancing di tangan :D
|
Mencuba sebarau untuk saat-saat akhir huhuhuu.. Thanks Janggel :D |
|
Ikan biasa jer la.. tak la besar mana.. tapi memang banyak.. :D |
|
Kecerian terserlah di wajah masing-masing :D |
|
Pihak BOA kata kalau bukan musim kemarau air terjun dia akan lebih cantik.. |
Perjalanan dengan bot mengambil masa hampir 10 minit.. dan akhirnya kami sampai di penghujung Sungai Ruok iaitu Santuari Ikan dan juga terletaknya air terjun disini.. Dan aktiviti kami di sini tak lain tak bukan mandi lagi hahaha.. tapi kali ni mandi dengan air terjun yang sejuk huhuuu..
Masa nak pi Sungai Ruok ni Saudara Hilmi dari BOA bagi assignment pada semua Travelholic Awesome & Friend untuk amik gambar terbaik di Air Terjun Sungai Ruok ni.. Tapi di sebabkan aku tak la mengikuti kelas tu dari awal maka aku di kecualikan hahahaa.. ini sendiri buat decision hehehee.. :P
Selesai bermandi dan bermain air di air terjun kami semua kembali ke Houseboat.. dan ini bermakna tamat la semua aktiviti kami di sini.. tapi bila sampai houseboat jer.. ternampak ada lagi satu aktiviti terakhir yang belum sempurna.. MAKAN TENGAHARI..!!!!! Yang paling best bagi aku ialah ikan yang di pancing kami semua nyer di Masak Lemak Tempoyak Cili Padi dalam satu periuk.. fuh memang terbaik.. :D
|
Thanks to all of you Travelholic Awesome and Friend..
And Miss you guys.. Hope will gather again somehow someday.. |
Team Travelholic Awesome & Friends |
Sila Klik Link Di Bawah Untuk Entry Sambungan :
Royal Belum Part 1 : Calling From Travelholic Awesome Team
Royal Belum Part 4 : Chalet Sg Tiang & Ikan Santuari Sg Ruok