Saturday, 22 February 2014

Misi Menawan Gunung Ledang - Johor Darul Takzim

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Alhamdulillah pada tanggal 15 Febuari 2014.. Secara tak sengaja aku berjaya mendaki Gunung Ledang dengan ketinggian 1276 meter.. Mungkin ia biasa bagi mereka yang bergelar pendaki atau sudah berpengalaman.. Tapi bagi aku yang tiada pengalaman dan pertama kali naik gunung tanpa sebarang persiapan..  membuat aku tersenyum dengan agak lama hahahaa... 

Kenapa aku kata dengan tidak sengaja.. sebab persiapan hanya berlaku di dalam 10 minit.. Jumaat - 14 feb dapat call dari Kak Sharmine lebih kurang pukul 8.30 malam.. " fif, kitorang nak naik gunung ni.. nak ikut tak?" aku kata boleh jugak tapi bila.. Kak Min kata " kalau nak ikut cepat siap nanti akak ngan abang datang lagi 10 minit.. uihhh.. terus kalam kabut.. dengan gunung apa pun aku tak tahu hahahaaa..


Memang tepat 10 minit kemudian Kak Min dan suami beliau Abg Yahya dan Jayy dah sampai depan rumah aku dengan kereta G2 mereka.. Dalam 10 minit sempat la aku grab khemah, 2,3 pakaian, head lamp dan kasut serta pisau camping.. itu pun Kak Min kata tak perlu bawa apa2 hahaa..


Bro Loqman dari O.A.C
03.00 pagi.. Sampai di Pintu Masuk
Taman Hutan Gunung Ledang

Registration and
Declaration Form
Bersiap seawal pagi sebelum mendaki
Kami berehat dan mengalas perut di RNR Ayer Keroh.. sambil aku menjamah mihun goreng dan kopi segelas.. Kak Min kata kita nak naik Gunung Ledang ni.. aku dengan muka terkejut " Huh.. biar betul.. pastu Abg Yahya kata " Dan Gunung Ledang ke-6 paling susah di Malaysia.." haaa sudah mati aku huhuhu.. tapi tak pe layang jer.. Kami sampai di Tangkak, Johor lebih kurang pukul 3.00 pagi.. Berkumpul seketika menunggu ahli trip yang lain dan kemudian terus menuju ke pintu masuk Taman Hutan Lagenda - Taman Negara Johor - Gunung Ledang..

Trip mendaki Gunung Ledang ini dianjurkan oleh Outbound Adventure Crew - O.A.C.. Peserta seramai 47 orang dan hampir 98% berjaya sampai kepuncak gunung dan seramai 20 orang (termasuk aku) telah berjaya sampai kepuncak dengan menggunakan laluan K.F.C iaitu Killing Fitness Center.. Walau gayat dan beberapa kali terasa menyesal sebab ikut laluan KFC tapi tapi alhamdulillah berjaya sampai di puncak..

Taklimat dan penerang memang banyak
sebelum naik Gunung Ledang ni hahahaa..
Senaman sebelum pendakian di ketuai oleh Encik Mukhlis
Wajib ikut katanya kalau tidak boleh CRAM..!!
Sedikit taklimat oleh Bro Loqman.. Sebelum pendakian bermula..

Ketua untuk misi ini ialah Bro Loqman.. Membahagikan kami semua dengan 5 kumpulan dengan setiap satu kumpulan disertakan satu ranger dan satu guider.. basically kumpulan aku seramai 9 orang kesemuanya dari group Backpackers Buddies Malaysia - BBM.. Aku, Kak Min, Abg Yahya, Jayy, Mukhlis, Asyraf, Faiq, Adik, Ikhwan dan Emilia..

Setelah penerangan ringkas dari wakil Taman Hutan Johor serta penguat kuasa.. Kami memulakan pendakian pada pukul 09.15 pagi.. dan tiba di Check Point 5 - Simpang Pendita pada pukul 11.35 pagi.. Di sini akan berpecah kepada dua laluan.. Samada mengikut laluan senang atau laluan susah iaitu KFC..

Disebabkan masa dan juga beberapa perkara lain.. Maka sesiapa yang ada di check point ini yang nak ikut laluan KFC boleh teruskan dan sebaliknya haruslah mengikut jalan mudah.. sebab waktu terakhir untuk ikut laluan KFC ialah pukul 12.00 tgh hari dari Simpang Pendita ini.. jika tidak anda tidak dibenarkan untuk ikut lalun ini..


CHECK POINTS OF GUNUNG LEDANG


Hentian Meranti - CP 2 ..  with Yahya, Faiq and Jayy..
Simpang Bukit Satu Dua
Simpang Pendita.. Faiq, Jayy, Asyraf, Adinda, Mukhlis.. :D
Sungai Segitiga - CP 5
Gua Kambing - CP  6
Killing Fitness Center a.k.a KFC
Senyum walau gayat tahap gaban hahaa..

Bukit Semput - CP 1
Anjung Mahligai - CP 8

Taman Bonsai - Setengah jam lagi untuk sampai puncak..
Puncak Gunung Ledang.. Setelah 4 jam lebih pendakian  :D

Masa ini juga aku berbelah bagi samada nak ikut KFC atau tidak.. tapi sebab yang lain kata best ada masuk gua bagai.. so aku pun decide ikut KFC yang menyebabkan beberapa kali terasa menyesal hahahaa.. sebab tahap gayat dan cuak yang tinggi.. Tapi alhamdulillah dorongan kawan2 Mukhlis, Jayy, Asyraf dan Faiq berjaya juga.. Thanks korang.. :D

Sampai di puncak lebih kurang pukul 2.30 petang.. sempat berehat untuk lebih setengah jam dan masak maggi huhu memang terbaik.. Selepas bergambar dan bertemu mereka di puncak yang tidak mengikut laluan KFC.. Kami memulakan perjalanan untuk turun mengikut jalan lain (bukan KFC).. Agak susah bagi aku pada mulanya yang menyebabkan lutut aku menggigil lebih setengah jam tapi masih meneruskan perjalanan  buat malu jer hahahaa..  Semasa turun 2 kali hilang dari group.. tak pasal2 aku berjalan seorang diri huhuu.. mengambil masa 3jam lebih untuk sampai ke kaki gunung.. 


Sumber Air Bersih di Gunung Ledang
Penuhkan botol air sebelum meneruskan pendakian..
Keluar dari Gua Kambing huhuu..
Antara part susah di KFC.. Rasa macam nak jatuh huhuu  :P

Pukul 6 petang lebih alhamdulillah aku sampai di kaki gunung.. Berhenti di surau untuk solat dan kemudian mandi dan memasang khemah.. pastu gotong-royong untuk siapkan makan malam (untuk geng BBM 9 orang ni je la..) walau dalam hutan kami dinner ikan pekasam goreng, ikan sardin, ayam sambal dan telur goreng.. Berborak sampai pukul 2.00 pagi.. bila tengok ramai tersadai kat atas kain kanvas aku pun lari masuk khemah.. sejuk kot huhuu.. :P

Ada statue di Puncak :P
Berehat di atas puncak.. dan ini sahaja satu-satunya pokok yang ada untuk berlindung dari panas terik matahari hehehee..
Asyraf happy
dengan makanan beliau
Masak dan makan Mee Maggi adalah
satu nikmat di atas puncak gunung :D

Kepada sesiapa yang teringin untuk join trip naik gunung silalah like fb atau Join Kelab O.A.C ni.. boleh di katakan sebulan 2-3 kali mereka akan anjurkan aktiviti.. Macam naik Gunung Ledang ni bayaran dikenakan OAC sebanyak RM 70.00 untuk permit, guide, ranger, tapak khemah etc.. tapi makan sendiri la.. buat aku yang pertama kali join dengan mereka.. amat berpuas hati dengan urusan mereka.. mengambil berat diantara satu sama lain.. :D


Abang Yahya sambung goreng
cucur.. :D
Faiq memulakan goreng cucur
seawal 6.45 pagi..

Menyiapkan sarapan pagi di waktu Subuh..
Cucur ikan bilis dan bawang dengan kopi panas memang terbaik :D

Antara perkara yang di titik beratkan oleh pihak Taman Negara Gunung Ledang ini ialah.. setiap benda yang kita bawa naik ke atas gunung mestilah di bawa turun semula seperti Botol Plastik, Kotak Rokok, Tin Minuman.. even pakaian yang kita pakai ada berapa helai semua kene declare.. dan bila kita turun dari gunung kita kene pergi ke kaunter untuk declare semula.. jika ada barang yang kita declare pada awalnya tidak ada maka kita akan dikenekan bayaran.. Bagus jugak buat macam ni barulah bersih kawasan gunung tiada orang akan buang sampah sesuka hati.. :D

Thanks korang.. Moga bertemu lagi in next mission :D

Di kawasan kaki gunung ini ada tempat penginapan bagi mereka yang mahu bermalam.. Anda boleh sewa tapak perkhemahan macam kami atau ada pondok, chalet, cottage, dorm tak tau ada ke tak.. Dan antara yang menarik Air Terjun Ayer Keroh dan sungai yang jernih.. ikan pun banyak tapi tidak dibenarkan untuk menangkap ikan tapi boleh bermain bersama ikan.. Fasiliti lain antaranya restoran, surau, bilik air, bilik mandi, dewan, taman permainan, paip air di kawasan perkhemahan dan sebagainya..  Sekian  :D

Thursday, 13 February 2014

Uncle Azizul dan Auntie Shal Yang Ku Kenali

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Hampir semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum mengenai pasangan warga Malaysia yang ditahan di Stockholm, Sweden. Mereka ialah Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal.. Dan anak-anak mereka Aisyah, Ammar, Adam dan Arif.

Alhamdulillah ramai insan di Malaysia memberi pandangan yang baik dan mendoakan mereka.. Aku ucapkan terima kasih dan berharap doa dan solat hajat diteruskan untuk kebebesan mereka.. Tapi pada masa yang sama ramai juga yang memberi pandangan negetif dan buruk terhadap mereka ini.

Maka hari ni Insyallah aku nak cerita pengalaman aku sebagai antara insan yang rapat dan amat baik dengan mereka.. Bagi memberi gambaran sebenar siapakah mereka ini yang dituduh suka mendera anak..


Gambar asal dari keratan akhbar.. Kenangan terakhir aku bersama Uncle Azizul dan Auntie Shal @ Stockholm, Sweden - September 2011..

Kepada mereka yang menfitnah pasangan baik dan prihatin ini.. Aku mohon berhentilah daripada berbuat dosa sedemikian.. Dan pada mereka yang terus memberi kata hina dan tomahan tanpa usul periksa apatah lagi tidak pernah berjumpa atau mengenali mereka.. boleh berhenti dari membuat perkara tersebut.. Dan sila berhenti dari share perkara fitnah di Facebook dan Twitter..

Aku mengenali mereka buat pertama kali di Johannesburg, Afrika Selatan pada tahun 2005.. Ketika itu aku menuntut di University Islam Darul Uloom Zakariya.. Encik Azizul atau dengan panggilan Uncle Azizul.. Seorang yang amat mesra dengan kami ( pelajar Malaysia ).. Kerana keprihatinan beliau dan isteri Auntie Shal selalu bertanya khabar dan memberi pertolongan kepada pelajar.. Membuatkan semua pelajar mengenali dan menghormati beliau.. Mahu pun pelajar dari Indonesia, Brunei, Singapore, Kemboja, Vietnam dan juga Thailand..

Uncle Azizul dan Auntie Shal tidak pernah lupa dan segan silu menjemput kami pelajar Malaysia untuk hadir kerumah beliau di Sandton City, Johannesburg.. Bagi memeriahkan suasana jika ada majlis makan2 dan BBQ sesama rakyat Malaysia.. Malah dalam majlis keagamaan seperti tahlil, doa selamat, awal muharram, dan sebagainya beliau bersama isteri tidak pernah lupa untuk menjemput kami hadir bagi mengimamkan solat, azan, memberi tazkirah ringkas dan sebagainya..


Senyuman terukir
dengan hasil tangkapan
Bersama warga Malaysia yang lain pada
Hari Raya Aidilfitri @
Di Kedutaan besar Malaysia Sweden..


Mereka selalu ceria
untuk ke sekolah :D
Bersama Ammar dan Adam..
Bukit belakang rumah di Spanga, Sweden

Bersama warga Malaysia yang lain di Afrika Selatan pada ketika itu Duta Malaysia Dato' Yahya (2004), Tim. Duta Tuan Ilham Ilyas, Kakitangan Wisma Putra Abg Rohaizat, Auntie Maznah, Kak Shima (2008), Uncle Kamaruddin (2004), Uncle Wan Aizan, Abang Isharudin (2008), Pengarah JPM Dato' Rani (Dec 2006), Abang Tasya JPM (2004) dan Abang Azrul JPM (Oct 2008)..

Kakitangan MinDef DA Kolenel Dato' Ibrahim (2005), Sarjen Nazri (2004) dan Sarjen Yusoff (2008), TC Matrade Encik Mansor (2005), ATC Abang Norman (2007), Malaysia Airlines South Africa Manager Encik Yusno dan Encik Zulkarnain, Kakitangan Tourism Malaysia Abg Eddy Mazlan, Encik Rahman (2004) dan Encik Syahreem Tan (2007), Termasuklah ahli perniagaan Malaysia di Afrika Selatan Encik Wan Batu, Encik Wan Zul , Mejar (B) Amin dan bersama keluarga masing2.. 

Kesemua mereka ini mengenali rapat dan mengakui sifat baik ibu bapa yang ditunjukan uncle azizul dan auntie shal.. Tiada seorang pun dari mereka ini bersetuju dengan tuduhan pihak sweden.. Malahan Auntie Shal adalah seorang guru yang telah mengajar lebih 10 tahun di Sekolah Seri Putri.. Dikenali ramai pelajar dengan panggilan Ms Shal.. Kebaikan, keikhlasan dan keprihatinan Auntie Shal terhadap pelajar diakui oleh bekas2 pelajar Sekolah Seri Putri..


Hantar Arif sehingga kedalam kelas sekolah di pagi hari..

Sebagai pelajar paling rapat dengan family Uncle Azizul ketika di afrika selatan.. Aku selalu dipanggil oleh Uncle Azizul untuk hadir ke rumah beliau untuk mengajar Aisyah, Ammar, Adam dan Arif mengaji dan solat.. Dan pizza buatan aku amatlah disukai mereka berempat yang riang ini.. Sehingga ketika mengunjungi mereka di Sweden pada tahun 2011.. First thing yang Aisyah dan Ammar minta ialah " abang afif buatlah pizza.. kitorang nak makan pizza.."


Seminggu hampir 4-5 kali aku buat pizza untuk mereka..
Di Johannesburg, South Africa mahu pun Stockholm, Sweden..
Adam di rumah mereka di Sandton City, Johannesburg

Kadang2 hampir setiap weekend aku datang ke rumah mereka semasa di Afrika Selatan.. Alhamdulillah selama 5 tahun tak pernah aku lihat kanak2 ini dipukul seperti yang dituduh mahupun kesan pukulan apatah lagi deraan.. Sebagai seorang guru auntie shal sendiri tahu bagaimana mendidik anak2 beliau.. Dan aku pernah menjadi wakil keluarga untuk Aisyah, Ammar dan Adam di sekolah.. Alhamdulillah tak pernah dengar cikgu mengadu ternampak kesan deraan atau pukulan pada mereka..


Arif tertidur sewaktu
konvoi beraya..
Ammar dan Adam
selalu bermain dan tidur di bilik aku

Pada tahun 2011 sekali lagi aku berpeluang untuk menyambut ramadhan dan syawal bersama mereka sekeluarga di Stockholm, Sweden.. Selama lebih sebulan aku tinggal bersama mereka.. tiada banyak perubahan pada mereka sekeluarga.. Semua seperti biasa kecuali melihat aisyah, ammar, adam yang makin membesar.. dan arif sudah memulakan sesi persekolahan..

Alhamdulillah dengan cara didikan dari ibu bapa yang baik dan tanpa paksaan Ammar yang baru berumur 11 tahun mampu berpuasa di bulan Ramadhan yang pada ketika itu musim panas - siang selama 18 jam di Sweden.. Dan aku menjadi saksi melihat keupayaan ammar dengan secara rela walau beberapa kali auntie shal memberi nasihat supaya berbuka jika tidak dapat menahan puasa..


Sifat baik Uncle Azizul dan Auntie Shal memang disenangi ramai ketika di Johannesburg, South Africa.. Credit photo to - Uncle Wan Batu..

Solat adalah perkara utama yang diberi tumpuan oleh uncle azizul dan auntie shal.. Alhamdulillah selama sebulan ramadhan di Sweden.. Keluarga ini tidak pernah meninggalkan solat subuh, magrib, isya' dan terawih secara berjemaah.. Kemeriahan ramadhan bertambah lagi apabila seorang pelajar super senior auntie shal iaitu Kak Melati yang baru habis Master di Denmark datang menziarah untuk seminggu lebih..

Dan antara pelajar auntie shal yang lain iaitu Ilham Ainaa dan Nabila yang aku kenali.. yang sedang menyambung pelajaran di United Kingdom juga mengakui kebaikan dan keprihatinan "Ms Shal" semasa di Sekolah Seri Putri..


Uncle Azizul (Kanan).. Bersama Kakitangan dan pelajar..
Auntie Shal (kiri) bersama pelajar dan warga Malaysia
Di  Sukan ASEAN - Pretoria, South Africa

Aku bukan membuat cerita untuk menutup apa yang telah dituduh pada awalnya.. tapi semua terjadi adalah salah faham guru kelas Adam yang memikirkan bahawa ibu bapa mereka memukul dan mendera dengan teruk jika anak2 mereka tidak solat apabila adam dengan tidak sengaja dan tanpa niat memberitahu kepadanya..


Auntie Shal bertudung hitam.. Di senangi dan di hormati oleh warga dan pelajar Malaysia semasa di South Africa..

Mengharapkan doa dari semua warga Malaysia.. Semoga Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal dibebaskan secepat mungkin.. Syukur alhamdulillah anak2 mereka sudah dibawa pulang.. Solat hajat untuk kebebsan mereka masih diteruskan oleh pelajar agama yang mengenali mereka di Afrika Selatan, Zambia, Mesir, Yemen, Jordan, Saudi mahupun di Malaysia.. Moga hari ni kita doakan mereka yang susah dan insyallah bila kita susah  Allah membuka hati orang lain untuk mendoakan kita.. Sekian terima kasih..

Update 14 Febuari 2014 -  Di sebabkan ada juga yang tidak berpuas hati.. dan ada juga yang hentam saya kiri kanan atas bawah.. Maka insyallah akan buat Part 2 - Uncle Azizul dan Auntie Shal Yang Ku Kenali.. Saya memerlukan sekurang-kurangnya 10 testimony ringkas dari mereka yang kenal rapat dengan Uncle Azizul dan Auntie Shal ini.. Alhamdulillah ramai telah memberi sokongan dan mendoakan kepada keluarga ini saya ucapkan terima kasih..

Terutama kepada bekas pelajar dan guru Sekolah Seri Puteri, rakan sekerja uncle azizul dan rakan2 semasa mereka berkhidmat di Johannesburg, South Africa dan Stockholm, Sweden.. Dan bekas pelajar Malaysia di Afrika Selatan.. saya harap dapat memberikan testimoni.. Saya hanya perlukan nama, siapakah anda bagi mereka rakan sekerja atau bekas anak murid etc dan insyallah saya akan cuba jawap beberapa persoalan mengenai mereka.. Sila email di afif_4ht@hotmail.com..


Monday, 10 February 2014

Brunei Part 5 : Speed Boat dari Brunei ke Pulau Labuan

Sambungan Dari Brunei Part 4 : Bandar Seri Begawan - Gambar Berbicara


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia untuk semua..

Kita masih lagi di entry Brunei.. Nak tunjuk betapa best nyer Brunei ni.. sampai masuk entry ke-5.. Aku pun tak tahu kenapa boleh sampai 5 entry huhuu.. Apa pun aku memang tak setuju dengan mereka yang mengatakan tak perlu datang Brunei sebab tiada apa yang menarik..

Mungkin orang yang suka shopping dan suka pada kemodenan maka memanglah Brunei ini bukan destinasi yang sesuai bagi mereka.. tapi bagi mereka yang suka ketenangan dan keindahan alam sila lah ke Brunei..

oh tak lupa nak bagitau.. hari ni hari terakhir untuk mengundi di Malaysia Sosial Media Week 2014.. Kepada yang belum undi blog ini di ketegori "Best Travel Blog" di harap dapat mengundi yer.. jasa baik anda semua saya ucapkan jutaan terima kasih :D


Hanya Bas 36 dan 37 sahaja akan ke Muara dari Bandar Seri Begawan..

Jom hari ni kita amik tahu sedikit cara untuk ke Pulau Labuan dari Brunei.. Dari pengalaman aku sendiri.. Alhamdulillah ianya amatlah mudah.. dan orang2 di Brunei memang baik hati.. suka menolong bila aku bertanya bagai..


Ada dua cara untuk ke Pulau Labuan dari Bandar Seri Begawan.. Pertama menerusi penerbangan Royal Brunei Airlines, MAS Wings dan juga Airasia.. Kedua ialah feri besar di mana kereta dan motor pun boleh di bawa sekali.. Dan yang paling menarik ialah menaiki speed boat.. :D


Lebih selamat bertanya dengan orang ramai
atau pemandu bas untuk ke Muara.
.
Keadaan selesa  di dalam bas..
tapi bila orang dah penuh fuhhh :P
Undang-undang di Brunei untuk syarikat bas..
1 minit sebelum bertolak?
Amik seat second last
Sebab Muara jauh..
Kira duit dalam bas
cuak tak cukup huhu..

Cara menggunakan perkhidmatan air ke Pulau Labuan dari Bandar Seri Begawan ialah pertama anda perlu pergi ke Daerah Muara dengan menaiki perkhidmatan awam..

Teksi adalah paling cepat tapi agak mahal sedikit.. Jika tidak mengejar masa dan dalam keadaan bajet.. Maka boleh la menaiki bas Laluan Timur ke Muara..

Menggunakan bas mengambil masa 45 minit hingga 1 jam untuk sampai ke Daerah Muara.. Hanya dua bas yang akan ke Muara dengan jadual waktu tertentu.. Bas nombor 36 dan 37 berwarna unggu.. Dengan bayaran BD1.00 seorang.. Bas akan bertolak dari terminal bas berada di belakang The Brunei Hotel berdekatan Sungai Kianggeh..


Inilah pegawai yang
cop tiket bas anda..
Tiket hanya BD 1.00 sahaja
untuk terus ke Terminal Muara dari BSB
Perhentian Bas di
Pekan Muara..
Turun bas.. cop tiket..
Terus naik bas 33 parking sebelah jer..

Bas akan melakukan transit di Pekan Muara sebelum sampai ke Terminal Feri Penumpang Serasa.. Anda di kehendaki untuk turun dari bas dan dapat kat stamp dari pegawai bas yang duduk berhadapan dengan tempat bas berhenti.. Kemudian menaiki bas warna unggu nombor 33.. untuk ke terminal feri..


Akhirnya sampai juga di Terminal Feri Penumpang Serasa.. :D
Kaunter membeli tiket speeed boat..
Tiket dan juga tax permit terminal.. 

Dalam sehari hanya ada dua kali feri ke Labuan dari Muara, Brunei.. Pukul 10.00 pagi dan 13.30 petang.. Dan telah dinasihatkan oleh Faizal.. Feri pagi memang akan bertolak ke Labuan tetapi feri petang mungkin tidak sebab bergantung berapa ramai penumpang.. Jika tiada feri petang atau terlepas maka second choice ialah menaiki speed boat.. Perkhidmatan speed boat 3 hingga 4 kali sehari..


Ini lah dia rupa speed boat..
Mereka ambil peluang untuk hisap rokok sebelum masuk dalam..
First time naik memang cuak jugak la.. 
Alhamdulillah nasib tak kene mabuk laut.. :D
Sempat peace - Pegawai Immigration Brunei yang spotting :D

Jika tidak.. maka anda kene bermalam di terminal feri sehingga keesokan pagi nyer.. Bayaran untuk ticket speed boat adalah BD 15.00 dan tax untuk terminal perlabuhan BD 3.00.. maka jumlah yang perlu bayar adalah BD 18.00 untuk seorang.. speed boat mengambil masa 1jam untuk smpai ke Labuan..


Keadaan dalam speed boat yang bersih dan selesa..
 Seat lagi besar dari AirAsia hahaha.. 

Speed boat yang aku naik agak seronok dan menarik.. ia dilengkapi aircond yang amat sejuk, tandas, dua tv, ada cafe menjual snack dan minumam.. dan kalau tak silap aku ia mampu memuatkan hampir 90 orang di dalam speed boat ini..

Dari pandangan tingkap seolah-olah kita duduk betul-betul di atas paras air.. tapi bagi yang mabuk laut jaga2 sebab speed boat ni bergoyang-gayang je huhu.. Lagi-lagi bila keadaan ribut atau hujan.. ombak dia memang best hehehe.. :P

Untuk entry Brunei yang lepas.. Sila klik link di bawah :D

Brunei Part 1 : Jalan - Jalan Di Kuala Belait dan Seria
Brunei Part 2 : Perjalanan Miri ke Bandar Seri Begawan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...