Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Pulau Pinang : Part 3 - Bukit Bendera to Batu Feringgi
Hari ni pertambahan seorang lagi dalam group.. Baru sampai di Georgetown Bus Station tengah malam tadi... "Bun" - sekadar nama famous.. sila eja dalam bahasa melayu.. Di sebabkan bun ada kerje pada hari jumaat.. terpaksa bertolak lewat sket dengan bas.. tapi tak apalah terlepas aktivit Bukit Bendera jer.. sebab banyak aktiviti lagi selepas ni..
7 September - Time matahari baru nak naik.. kami geng lelaki.. tutup pintu apartment perlahan2 tak nak kasi orang perempuan tahu.. aku, bam, hadri, shaz ngan Fareez.. take a walk kat tepi pantai sambil buat sesi photography ala2 model gitu hahahaa.. actually kat depan Leisure Cove Resort ni tak di galakan sangat untuk mandi sebab dekat dengan rumah nelayan.. bak kata pak guard banyak obor-obor..
Sesi Model Bergambar di Pantai Tanjung Bungah
| Time : 06:59 am - Keindahan hembusan di pagi hari.. |
| Masjid terapung tu kalau air pasang mesti lawa kan.. Pastu kalau malam2 ada lampu lagi huhuhuu.. |
| Hadri : ISO rendah tinggi bla.. bla.. ke kiri sket bla.. bla.. |
| Senyuman seorang anak bangsa - Dalam hati ada pantai yang berombak halus.. |
| Persahabatan kami di tiru oleh bangunan tinggi belakang tu :P |
| Tajuk : Lompatan bintang Shazmin yang penuh riang dan ceria.. |
Dari kiri Farani, Hadri, Fareez dan Shazmin :D |
| Gaya bebas.. Ada yang baru nak bertukar jadi ultraman.. Ada yang baru nak jadi superman.. Yang seluar putih tu maintain |
So dalam pukul 08:45 pagi.. lepas breakfast sandwich yang disediakan oleh kaum ibu2 wanita.. kami semua berlari dengan laju bergerak dengan kereta ke kawasan pantai yang lebih mempersona untuk bermandi - manda.. destinasi pantai yang di pilih adalah di hadapan Hard Rock Hotel.. biasa lah kalau hotel mahal mesti lah pantai dia lawa kan huhuu..
![]() |
| Time : 09:00 am.. Pantai belakang hotel ni lawa sket nak mandi :D Tapi.. Guitar ni asal besar sangat.. Macam nak main ni.. ( Tiba - tiba.. ) |
Pantai kat area sini tak ada lah cantik mana.. tapi setakat nak mandi tu.. boleh laa.. air pun macam teh susu tawar.. tapi yang best nyer ombak dia yang besar.. seronok jugak layan ombak kat sini.. sekali kene pukul tolak dengan ombak sampai ke pantai semula.. kami mandi2 dan rehat2 dekat sejam lebih..
Time nak balik ada masalah sket.. sebab tak ada tempat nak tukar pakaian.. maklumlah kami bukan guest kat hotel2 sekitar ni.. tapi somehow semua pandai pulak buat muka kering tanpa rasa bersalah.. masuk guna washroom sebuah hotel ni bersebelahan Hard Rock Hotel.. semua selamat tak kantoi hehehee.. harap lepas ni kerajaan negeri dapat buat bilik salin pakainan di pantai demi keselesaan pengunjung macam kami ni.. :D
Jom Mandi Laut.......!!!!!!!!!!!!
| Fareez.. Bekas Juara Surfing Peringkat Sekolah2 Rendah.. :D |
| Alololooo.. comey nyer.. :D |
| Kanak-Kanak tadika seronok mandi laut.. Maklum la.. kat Ampang mana ada laut.. Kan..?? |
Kat sini lah Aizat and Aizu muncul.. diorang baru sampai Pulau Pinang.. bertolak dengan kereta Myvi Aizu dari KL subuh tadi.. on the way balik ke Leisure Cove Resort kami berhenti singgah alas perut di tepi Pantai Miami.. ada gerai rojak terbaik sebab cara makcik ni buat rojak tak kedekut nak letak bahan.. laksa penang.. dan cendol pulut beliau yang cukup memukau..
| Time : 11:15 am.. Baju merah tu aizat dan baju hitam sebelah kanan aku tu aizu.. |
| ( Tu yang hujung baju putih tu lah Bun..) Okay kat sini.. Alas perut kata Shazmin.. Laksa Tanjung Bungah dan Rojak Buah Special Tanjung Bungah.. |
![]() |
| Berehat sebentar.. Dengan angin laut yang bersipu2.. Mempersona :D |
Dalam pukul 01:50 petang.. kami semua bertolak dari Leisure Cove Resort menuju sebuah destinasi baru untuk makan tengah hari.. memang salah satu aktiviti kami pada trip Pulau Pinang kali ni ialah makan dan makan dan seterusnya makan sebab ada saka kot tu yg nak makan jer hahahaa.. dan nak di ingatkan di sini rojak, laksa dan cendol pulut tadi hanya sekadar alas perut.. quote kata-kata shazmin lagi hehehee..
Kota Lama - Fort Cornwaallis - Georgetown
| Pintu masuk Fort Cornwallis.. Historical Place ni.. since 1786.. |
| Meriam lama.. tapi rasa boleh guna lagi kot.. :D |
![]() |
| Taman Kota Lama di Fort Cornwallis.. Melompat memang kerja aku hahaha :P |
| Selamat Datang Taman Kota Lama - Georgetown Pulau Pinang.. |
![]() |
| Jika ke Kota Lama, Georgetown Pulau Pinang Selain dari Fort Cornwallis.. Cuba lah Mee Sotong nie.. |
Maka menu seterusnya Mee Sotong Penang dan Penang Coconut Shake Ori.. menjadi target kami.. lokasi food court bersebelahan Fort Cornwallis.. Di atas cadangan suhana, asma dan ikin.. sebab pengalaman diorang yang lepas mengatakan.. kalau makan mee sotong ni mesti teringat2 sampai seminggu sedap dia.. aku teringat pedas dia jer hahahaha..



