Saturday 30 December 2023

Pulau Batam Part 2 : Batam Centre Terminal - Mega Mall - Muzium Raja Ali Haji

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Perjalanan feri mengambil masa 1jam 30minit sehingga 2jam bergantung pada keadaan cuaca dan kesesakan lalu lintas feri yang keluar masuk. Masa aku balik ke Stulang dari Batam, feri delay almost sejam lebih sebab hujan lebat dan laluan keluar masuk feri yang sesak. Dari 11.45 pagi delay sehingga pukul 1.00 petang lebih.

Suasana di dalam Batam Centre Ferry Terminal. 
Sampai di Batam Centre Terminal Ferry dan selesai que immigration yang panjang. Kami cari toilet sebab nak fresh up, tukar pampers anak bagai dan terus ke tingkat 2 untuk ke jejantas nak ke Mega Mall yang berada di seberang jalan. Sebab Blogger Wak Lat kata makanan di Batam Centre ni mahal. Dan dari bacaan aku pun ramai suggest nak makan lebih baik ke Mega Mall ianya lebih enak, selesa dan murah.

Wednesday 27 December 2023

Pulau Batam Part 1 : Stulang Berjaya Waterfront Ferry Terminal (Johor)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah sekali lagi diberi peluang dan rezeki untuk backpacking bersama seisi keluarga kecil kami ke luar negara walau tak jauh mana cuma seberang sahaja iaitu Pulau Batam, Indonesia. So ini backpacking kali kedua bawa The Kids selepas percubaan pertama kali ke Singapore pada pertengahan bulan Jun tahun ini. Alhamdulillah semua yang dirancang berjalan dengan baik. Dan still The Kids cooperate dengan baik :D

Alhamdulillah at last selamat sampai. The Kids baru bangun dari tidur sepanjang perjalanan.
Rabu petang minggu lepas dalam pukul 2.30 petang aku whatsapp wife bagitau malam ni jom kita ke Batam. Wife aku kata ok jer sebab ada few thing yang aku dah pun study. So boleh la, yang lebih-lebih tu kita redah jer la like always :D

Friday 22 December 2023

Farewell Lunch At Sweet Tree Restaurant

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Somewhere in last week on normal working days. Time aku tengah buat kerja tiba-tiba wife aku Whatsapp bagitau nanti lunch jom makan sama. Aku pun awat tiba-tiba nak lunch sama hahaha. Ye la sebab kitorang kerja tempat yang berlainan tapi tak la jauh sangat kalau naik kereta. Most of the time dalam seminggu 2-3 hari dia pi kerja sendiri the rest aku yang kena hantar dia pergi kerja.

Sweet Tree Restaurant at Taman Putra Sulaiman, Ampang. 
Dalam kereta selepas wife pickup aku dia bagitau nanti Dr Atiqah, Dr Naizmah dgn Dr Mohaliza akan join lunch then aku pun hurmm okay jer. Masa ni dalam kereta si Affan pun ikut kitorang sekali. Sampailah kami di depan Sweet Tree. Aku pun "Makan sini ke?" Harga kayangan kat sini dah la tengah bulan pulak tu hahaha.. :P

Wednesday 20 December 2023

Kota Bukit Supai - Tapak Warisan Sejarah Di Melaka

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Setelah check out dari D'Rombang Baraqah Homestay di Pantai Puteri, Melaka. Kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur menggunakan jalan persisiran pantai. Perjalanan agak jauh dan panjang tapi amat berbaloi. Kami singgah di Teluk Bidara dan kemudiaan Pengkalan Balak dan terus ke Port Dickson. 

Kubu Pertahanan Belanda - Kota Bukit Supai, Kuala Linggi, Melaka
Sekadar mencari pengalaman baru kalau tak try jalan persisiran pantai sekarang ntah bila lagi akan ke sini. Pada kebiasaannya kalau ikut jalan dalam area kampung-kampung ni kita akan berjumpa tempat-tempat menarik atau tempat makan yang sedap-sedap. Sebab tu kalau ada peluang dan masa yang banyak aku akan prefer ikut jalan kampung. 

Monday 18 December 2023

D' Rombang Baraqah Homestay Pantai Puteri - Melaka

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Ok kita sambung lagi perjalanan cuti-cuti Malaysia kita selama 2 hari 1 malam di Negeri Melaka Bersejarah ini. Actually bukanlah berjalan sangat ia lebih kepada Program Family Day. Tapi biasalah aku kan mana boleh ikut bawah orang sangat. Sebab tu tak pernah travel bawah agent, semua trip backpacker DIY kecuali pergi Umrah. Sebab Umrah tu ibadah bila ada Mutawif senang kita nak rujuk apa pun :D

Cantik tak homestay rumah kampung ini - Dalam ada dua katil queen :D
Panjang la intro nya hahaa.. Layan jer lah sape suh datang sini :P

Ok program family day bermula pukul 3.00 petang dengan check in di Puteri Qashrina Chalet. Tapi.. Bila kami sampai setelah penat berjalan ke Muzium Kapal Selam dan Masjid Tengkera. Kami dimaklumkan bilik sharing. Lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Aku pun eh aaa.. 

Friday 15 December 2023

Tempat-Tempat Menarik Di Bandaraya Melaka

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Adalah tidak lengkap sekiranya anda berkunjung ke Bandaraya Melaka dan tidak menjejakkan kaki ke Menara Taming Sari, Taman Bunga Merdeka, Dutch Square, Muzium Samudera, Medan Samudera, Muzium TLDM dan A Famosa. Yang kesemua ini terletak berdekatan antara satu sama lain memerlukan lebih setengah hari untuk berjalan-jalan ke semua tempat ini. Dan ada lebih banyak lagi attraction yang ada namun kita focus di tengah Bandaraya Melaka ini terlebih dahulu.

Jom kita jalan -jalan di Bandaraya Melaka Bersejarah ini :D
Setelah tiba Melaka dan berkunjung ke Muzium Kapal Selam dan Masjid Tengkera dan makan tengah hari di Medan Selera Persisiran Pantai Klebang. Kami singgah sebentar ke Bandaraya Melaka membawa The Kids berjalan-jalan memang rancangan utama hari ni nak bawa mereka naik Menara Taming Sari dan kemudian menaiki beca.

Melaka Chocolate House di kawasan Taming Sari.
Dari Menara Taming Sari kami berjalan ke Taman Bunga Merdeka.
Kami parking kereta di hadapan Menara Taming Sari dan membeli kupon parking kereta RM1.00 sekeping untuk satu jam di salah satu kedai menjual baju di sini. Kalau di KK Mart atau 7E mereka akan jual sebuku ada 10 keping di dalam. Rasa macam rugi pulak kalau beli sebuku dah la datang setahun sekali pun belum tentu :P

Bila sampai di entrance Menara Taming Sari aku tengok ada ramai pelajar rombongan sekolah tengah que bersama orang awam yang lain. Terus aku bisik kat telinga anak kalau kita nak naik pukul berapa boleh balik ni sebab ramai sangat orang. Terus cancel niat The Kids.

Terus kami berjalan ke arah Taman Bunga Merdeka tak jauh dari Menara Taming Sari. Di sini terletaknya beberapa buah kenderaan dan pengangkutan lama yang digunakan di dalam negara Malaysia antaranya kenderaan bomba dan beberapa buah gerabak kereta api lama yang telah ditamatkan perkhidmatannya. 

Dan terdapat sebuah pesawat TUDM Lang Rajawali iaitu sebuah pesawat pengangkut tentera Pioneer yang mempunyai 16 tempat duduk tekah berkhidmat bersama TUDM pada tahun 1958 dan diberi nama Lang Rajawali oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman dan telah ditamatkan perkhidmatan selepas 12 tahun kemudian pada November 1969.

Jom naik beca - Ada beberapa pakej. Kita amik yang RM25.00 per ride per beca.
Bersama pemandu beca kita saudara.... eh lupa tanya nama diorang :D
Kami ambil beca dari Taman Bunga Merdeka destinasi pertama singgah di A Famosa. Berhenti dalam 5 minit untuk kita bergambar dan kemudian naik semula beca ke Dutch Square. Tapi tak berhenti la di Dutch Square. Just duduk dalam beca dan mereka bawa kita pusing-pusing sahaja.

Naik beca sebenarnya lebih kepada suka-suka nak bawa the kids jalan-jalan. Kalau nak berjalan dari Menara Taming Sari sampai ke Kota A Famosa sebenarnya tak la jauh dan kita berjalan pun bawah teduhan pokok-pokok. Okla seronok tengok anak-anak menjerit kegembiraan hahaha :D

Selepas Dutch Square atau juga dikenali sebagai Red Square kami di bawa ke Medan Samudera betul-betul berhadapan dengan Flor De La Mar atau Muzium Kapal Smaudera. Dan di sini adalah destinasi terakhir kami. Pemandu beca beritahu di sini boleh beli hasil tangan orang Melaka macam Cincalok, Dodol, Belacan dan pelbagai lagi termasuk souvenir dan baju serta pakaian lain boleh dibeli di sini dan boleh tawar menawar di sini. 

Last destination dengan beca ini di Medan Samudera. 
Pelbagai barangan dijual di medan ini. Termasuklah tempat makan di tingkat 2 medan ini.
Di Medan Samudera ini anda boleh melihat beberapa buah kedai memasak dodol dan boleh mencuba terlebih dahulu sebelum membelinya. Barangan kraftangan juga banyak dijual di sini. Dan dibahagian tingkat dua medan ini terdapat food court yang luas dan banyak kedai-kedai menjual makanan. Asam Pedas dan Masak Lemak yang dijual di sini boleh tahan juga rasanya :D

Muzium Kapal Samudera - Replika bentuk asal kapal layar Portugis Flor De La Mar.
Waktu operasi Muzium Kapal Samudera adalah dari jam 9.00 pagi sehingga 5.30 petang untuk Hari Isnin sehingga Khamis. Dan Jumaat hingga Ahad ia dibuka dari jam 9.00 pagi sehingga jam 9.00 malam. Bayaran tiket masuk adalah RM10.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak. 

Dan bayaran tiket masuk ke Muzium Kapal Samudera ini boleh digunakan juga untuk memasuki Muzium Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Muzium Kapal Samudera II yang dahulunya sebuah bangunan Guthrie yang telah diubah suai oleh Jabatan Kerja Raya. Makna kata dengan RM10.00 untuk dewasan kita boleh berkunjung ke 3 buah muzium sekali gus. Menarik kan? :D

Meriam kapal antara yang dipamerkan di Muzium Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).
Kapal Tentera Laut Di Raja Malaysia Ex- KD Sri Terengganu juga ditempatkan di sini.
Disebabkan kita berjalan-jalan dengan The Kids makanya bila selesai turun dari beca Affan dengan Afnan dah mula meragam. Mula lah aku rasa macam "Ah confirm tak jadi masuk Muzium Kapal Samudera ni". Kami cuba bawa masuk ke dalam Medan Samudera cuci mata sekejap dan beli sedikit gudap-gudap for the kids but still. Si Affan dah merengek sebab nak susu dan nak tidur. Jawapnya memang tak sempat la juga kali ini nak masuk muzium kapal ni. :D

Part 3 : D Rombang Barakah Homestay Pantai Puteri Melaka

Wednesday 13 December 2023

Masjid Tengkera 1728 - Masjid Tertua Negeri Melaka

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Selepas melawati Muzium Kapal Selam di Pantai Klebang kami meneruskan perjalanan ke Masjid Tengkera yang terletak di Melaka Tengah. Satu sebab aku nak sangat ziarah ke masjid ini ialah kerana senibina masjid ini telah diiktiraf oleh World Heritage Site UNESCO. Dan alang-alang azan Zohor akan masuk pada bila-bila masa sahaja moh ler kita solat terus.

Masjid Tengkera yang masih utuh berdiri setelah berusia lebih 320 tahun.
Nama Tengkera berasal daripada perkataan Portugis iaitu "Tranquerah" yang bermaksud benteng pertahanan. Ia dibina pada tahun 1141 Hijrah atau 1728 Masihi oleh seorang pedagang dan ulama dari India Haji Muhammad Salleh dan ia merupakan masjid bersejarah kerana dibina pada zaman pemerintahan Belanda. Masjid ini juga ialah masjid yang kedua tertua di Malaysia selepas Masjid Kampung Hulu di Melaka.

Pada asalnya masjid ini diperbuat daripada kayu dengan atapnya daripada daun nipah dan tiangnya daripada kayu belian atau ulin yang diimport dari Kalimantan, Indonesia. Masjid ini telah diperbaharui dua kali pada tahun 1890 dan 1910.

Alhamdulillah keadaan persekitaran yang bersih dan kemas.
Di dalam kawasan masjid ini terdapat makam Sultan Hussein Muazzam Shah dari Johor yang telah mengiktiraf perjanjian awal penyerahan Singapura kepada Sir Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman pada 6 Februari 1819. Selepas penyerahan Singapura, baginda meninggalkan Singapura dan berpindah ke Melaka. Sultan Hussein Muazzam Shah mangkat pada 5 September 1835 lalu dimakamkan di perkarangan masjid ini.

Ruang di bahagian luar dewan utama solat.
Terdapat kolam air dibahagian kanan masjid sebelum ke arah tandas.
Okay mari kita sembang akan beberapa pendapat tentang sejarah masjid ini. Riwayat pertama adalah seperti di atas di mana ia telah dibina pada kurun ke 17 Masihi. Maka menjadikan ia bukanlah masjid tertua di Melaka. Tetapi riwayat kedua mengatakan masjid ini telah dibina lebih awal iaitu pada tahun 1687. 

Parameswara iaitu Raja Iskandar Shah memeluk islam pada tahun 1400 Masihi dan merupakan pengasas kepada Kesultanan Melayu Melaka. Maka tidaklah mustahil jika ada masjid-masjid yang telah dibina seawal kurun ke 14 Masihi dan ia wujud sehingga ke hari ini. Dan menjadi adat di sesebuah penempatan orang islam bagi membangunkan sebuah masjid untuk kegunaan ibadah mereka terutama menunaikan Solat Jumaat dan Solat Aidilfitri & Aidiladha.

Jom kita masuk ke dewan utama solat.
Beberapa binaan asal masih dikekalkan sehingga ke hari ini.
Kesultanan Melayu Melaka hanya bertahan selama 100 tahun sahaja dengan dipimpin oleh 8 orang Sultan sehingga yang terakhir Sultan Mahmud Shah pada tahun 1511 Masihi. Setelah kalah diserang Portugis dan kemudian Belanda yang silih berganti menakluki Melaka. Dan bermulalah kesultanan Johor dan Pahang.

Bayangkan kalau Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka kekal lebih 200 hingga melebihi 300 tahun atau lebih tepat tidak dijajah. Mesti ia akan menjadi sebuah kerajaan yang pesat membangun sehingga menjadi kuasa besar dan mempunyai banyak peninggalan sejarah yang wujud sekarang ini.  

Ratusan jemaah boleh memenuhi ruang dewan utama solat.
Ada aircond yer. tapi time ni masjid lebih kepada open air.
Hurmm macam mana nak naik atas tu :D
Ruang solat untuk wanita berada di belakang kanan dewan solat utama. tidak jauh dari tempat berwudhu dan tandas wanita. Ia agak memudahkan untuk kaum wanita untuk terus ke ruang solat mereka. Time tengah solat ni memang dengar suara anak-anak aku jer yang bermain berlari ke sana sini. Sabar jer la hahaa.

Info mengenai sejarah masjid ada di perkarangan masjid ini.
Masjid Tengkera pernah menjadi Masjid Rasmi Negeri Melaka sebelum ia beralih ke masjid yang baru iaitu Masjid Negeri Al A'zim di mukim sama sehingga ke hari ini. Masjid ini mempunyai sebuah menara bersebelahan masjid yang mempunyai 64 anak tangga. Dipercayai pernah menjadi "Watch Tower" pihak berkuasa ketika itu. Dan sebagai penunjuk arah bagi nelayan pulang ke darat pada ketika itu.

Monday 11 December 2023

Muzium Kapal Selam Di Pantai Klebang - Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Baru-baru ini berkesempatan bersama seisi keluarga kecil kami menziarahi bumi Melaka selama dua hari satu malam. Dari dalam perjalanan lagi aku dah inform wife and the kids kita akan terus menuju ke Muzium Kapal Selam di Pantai Klebang. Sebab 4-5 kali datang Melaka sebelum ini tak berpeluang langsung nak masuk muzium ini. 

Kapal Selam French Ships (FS) Ouessant Agosta 70.
Info Sejarah Kapal Selam

Kapal Selam French Ships (FS) Ouessant Agosta 70 ialah kapal selam latihan bagi warga kapal selam KD TUNKU ABDUL RAHMAN dan KD TUN ABDUL RAZAK. Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanah air oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Muzium Maritim, Melaka.

Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam dari Perancis dilaksanakan pada 9 Oktober 2011 dan tiba di Melaka pada 12 November 2011. Tujuan utama pameran Muzium Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70 ini adalah untuk memperkenalkan sejarah kapal selam dan fungsi serta peranannya di negara kita - Sumber dari PUSMAS TLDM.

Ok jom masuk kapal selam ni :D
Kami datang pagi pukul 10.00 orang belum ramai. 
Terdapat galeri pameran maklumat mengenai muzium kapal selam.
Entrance fee bagi dewasa adalah RM10.00 seorang dan kanak-kanak 6 tahun ke atas adalah RM5.00 seorang. Masa nak bayar di kaunter aku bagitau dua dewasa dan dua kanak-kanak tapi belum sempat habis cakap wife tegur 2 dewasa 1 kanak-kanak sebab Afiya belum 6 tahun lagi.

And aku pun pusing semula ke arah kaunter bagitau 2 dewasa 1 kanak-kanak. Kaunter bagitau "Maaf bang saya dah print resit RM30.00 sebab abang mula-mula kata 2 dewasa dan 2 kanak-kanak". Aku pun "Eh macam mana boleh print resit kalau saya belum bayar". Mula la aku naik angin sikit dah la tengah panas. Dia sambung lagi "Abang kene bayar RM30.00 juga sebab saya dah print resit".

Bahagian paling depan bila kita masuk adalah Ruang Pelancar Torpedo.
Terdapat katil di bahagian pelancar torpedo ini. Mungkin bagi mereka yang bertugas terus kekal di sini tanpa perlu ke tempat lain disebabkan ruang yang cukup terhad di dalam kapal selam ini.
Selepas bahagian pelancar torpedo. Ruang kedua adalah bahagian pengendalian kapal selam. Seriously ruang memang cukup limited di dalam kapal selam ini. Bagi orang yang ada masalah Klaustrofobia aku rasa memang dia tak boleh masuk kapal selam ini. Confirm kena panik attack.

Klaustrofobia adalah takut berada di tempat kecil tertutup tanpa laluan keluar. Ia disenaraikan sebagai gangguan kegelisahan dan boleh dicetuskan oleh ruang kecil seperti lif, bilik tanpa jendela atau pakaian yang ketat. Klaustrofobia biasanya dianggap sebagai rasa tidak rasional dan boleh mengakibatkan serangan panik.

Patung meniarap tu aku tak sure kenapa. Memang gitu keadaannya atau terjatuh :P
Ruang kawalan kapal selam selepas ruang torpedo tadi.
Ruang utama di tengah kapal selam - Tandas dan dapur ada oven tau.
Ada hampir 30 katil kesemuanya termasuk satu katil di bilik kapten kapal. Walau pun kapal selam ini besar dengan 30 orang krew dalam ini sahaja aku rasa dah cukup padat. Mesti sesiapa nak jadi krew kapal selam perut kena ramping. Apa pun memang aku respect tinggi pada krew kapal selam dengan ruang yang sempit di bawah permukaan laut pulak tu. Hebat betul.

Ruang tidur dan rehat krew kapal.
Bayangkan katil tu ada 3 tingkat yang tidur bawah sekali tu tak tahu tidur macam mana.

Muzium ini dibuka setiap hari kecuali tutup pada hari Isnin. Dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Kalau hari weekend silalah datang awal kalau tak nak crowded. Masa aku dah selesai keluar dari kapal selam ini aku nampak rombongan pelajar sekolah 4 buah bas telah sampai. Aku tak tahu macam mana diorang nak masuk dalam kapal tu nanti.

Pesawat pejuang Douglas A-4 SkyHawk buatan Amerika
Pesawat pejuang Northrop F-5E Tiger II buatan Amerika
Selain kapal selam terdapat dua buah pesawat pejuang yang telah tamat tempoh perkhidmatan dari Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM). Iaitu pesawat Douglas A-4 SkyHawk yang telah diterima oleh TUDM pada tahun 1984 dan telah ditamatkan sebelum penerimaan Hawk 108 dan 208 dari Britain pada tahun 1993.

Dan sebuah lagi pesawat supersonik pertama TUDM iaitu Northrop F-5E Tiger II yang telah diterima dan memasuki perkhidmatan TUDM pada tahun 1975. Dengan batch pertama sebanyak 14 buah unit pesawat. Telah berkhidmat selama 40 tahun dan ditamatkan perkhidmatan pada tahun 2015. 

Ada juga aktiviti berkuda comel jer Kuda Padi.
Boleh menunggang atau naik kereta kuda. 
Estimate time to spend is 1 hour di Muzium Kapal Selam di pantai Klebang ini. Selepas turun dari kapal selam ini ada orang jual gambar dan souvenir yang dicetak dengan wajah kita dengan harga RM50.00 untuk satu set. Nak beli boleh tak nak beli pun boleh. Masalahnya mereka dah cetak siap-siap sebelum tanya kita nak atau tak nak. Tak ke rugi dibuatnya.

Friday 8 December 2023

Iran Part 13 : Nikan Hotel - Reza Great Bazaar - Haram Mohtahhar Khomaini (Final)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.


Kami telah dibantu oleh lima pemuda Iran yang secara tiba-tiba entah muncul dari mana membantu kami mencari penginapan untuk malam ini. Semasa kami memasuki South Metro Station, kami diberitahu oleh salah seorang dari mereka bahawa hari ini Metro percuma sebab sempena sambutan apa pun aku dah tak ingat. So hari ini adalah waktu terbaik untuk jalan-jalan guna Metro.

Inilah pemuda Iran itu dan at last kami check in di Nikka Hotel di tengah Bandar Tehran.
Memang cuak pada mulanya sebab tiba-tiba nak tolong sampai dekat sejam ikut kami semata-mata nak tolong carikan hotel yang harga berpatutan dengan budget kami. Takut juga lepas tolong nanti diorang akan minta duit atau paling takut kene rompak hahaa. 

So ending ceritanya lima pemuda Iran ni memang baik hati dalam membantu kami. Siap bagi kami duit dalam RM50.00 untuk kami spend nak beli barang ke atau nak makan apa-apa. Serius la aku rasa macam nak nangis pun ada unexpected sangat hahaha :P

Nikka Hotel - Central Tehran

Setelah beberapa hotel mereka tolong tanyakan dan akhir sekali kami setuju untuk check in di Nikan Hotel. Dengan harga RM120.00 untuk dua buah bilik. Satu bilik 2 katil single dan satu lagi bilik 3 katil single. Cuma yang tak best bathroom sharing di luar bilik. Tapi nak murah so kita hadap jer lah. Janji dapat tidur lena malam in. :D

Tak jauh beza pemandangan dengan hotel murah di Seoul, Korea Selatan :P
Dari South Metro Station kami ke Imam Khomeini Metro Station untuk mencari hotel. Kata mereka berlima sini kawasan tengah bandar dan mudah nak ke mana-mana termasuklah esok nak ke airport. Terdapat banyak kedai di sekitar hotel termasuk kedai serbaneka, farmasi dan kedai makan yang mana kami beli falafel dan fries di makan dengan roti. Ah rindu pulak falafel tu :P

Bilik 2 katil single tiada tv cuma ada heater.
Bilik 3 katil single tiada tv tapi ada fridge dan heater.
Dan satu lagi yang best berkenaan hotel ini ialah terdapat dapur untuk memasak yang disediakan untuk para penghuni yang menginap di hotel ini. Periuk belanga dan kuali bagai disediakan. Overall hotel ni ok sangat kena la dengan budget kami yang ciput ini.

Untuk makan malam kami habiskan sisa baki bekal yang tinggal. Sempat beli beras di kedai berdekatan dan masak nasi makan dengan sardin tin serta goreng telur + sambal ikan bilis dan serunding ikan. :D

Mungkin sebab orang silih berganti so memang banyak left over di dapur hotel ini. Termasuk minyak masak, garam, gula, cili, bawang, buah zaitun dan rempah ratus serta pelbagai bahan masak lain. Even beras lebihan yang kami beli kami tinggalkan di dapur hotel ini juga. By the way aku masak nasi pakai dapur gas okey hahaha..

Pemandangan kawasan persekitaran dari Metro Station ke Nikan Hotel.
Untuk hari ini kami tak ke mana-mana memang habiskan masa banyak di hotel lagi pun dah petang dengan cuaca yang teramat sejuk sebab Tehran lebih sejuk dari Shiraz. Kami stay untuk malam ini sahaja dan kemudian check out seawal 9.30 pagi untuk take last walk in Tehran sebelum ke airport.

Reza Great Bazaar

Keesokan pagi dari hotel kami menuju ke Imam Khomeini Metro Station lebih kurang 250 meter dan kemudian menaiki train ke Panzdah-e Khordad Metro Station dan berjalan kaki ke Reza Great Bazaar ianya sebuah bazaar yang amat besar di Tehran. Boleh dikatakan segala jenis benda yang kita nak boleh dibeli di sini.

Terjumpa sepasang suami isteri rakyat Malaysia di Reza Great Bazaar
Dengan beg backpack kita teruskan perjalanan sekitar bazaar ini.
Perlukan masa lebih 2 jam untuk menerokai Reza Great Bazaar ini. Kalau tak pandai baca map pasti boleh sesat di dalam bazaar ini. Bayangkan dari menjual makanan dan peralatan dapur sehingga barang binaan bangunan juga dijual di dalam bazaar ini. Masa ini abang ipar aku tergoda dan terbeli sepasang kasut adidas. Murah dan ini last destination sebelum ke airport katanya.

Ada underground bazaar. Ingat kecik jer sekali masuk boleh tahan besar dan luas.
Kami redah je setiap lorong dan ter exit di sini. Almost 500 meter dari tempat entrance kami tadi.
Walaupun orang ramai tetapi kawasan sekitar tetap bersih tak sakit mata memandang.
Sila pastikan masuk dan keluar dari entrance yang sama. Dengan bazaar yang terlalu besar ini silap sedikit anda akan exit di pintu lain yang jauh dari tempat anda masuk tadi. Masa ni aku kata dengan yang lain kalau kita ter exit jauh dari entrance tadi and if ada Metro Station memang kita akan naik train terus la.

Panjang setiap lorong melebihi 100 meter dan ada berpuluh-puluh lorong.
Jika lorong menjual kain maka sepanjang lorong tu akan menjual kain sahaja.
Begitulah dengan lorong yang lain. So agak mudah kalau nak cari barang yang kita perlukan.
Golestan Palace - World Heritage Site UNESCO

Golestan Palace. Entrance fee 1,000,000 Riyals / RM110.00 (2023)
Dan di sini juga terletaknya Golestan Palace yang memakan masa selama 3 tahun untuk dibina di dalam kurun ke 16 Masihi. Dan ketika era Pemerintaha Raja-Raja Qajar selama 131 tahun meraka telah membina pelbagai sturktur lain di dalam kompaun istana dan menjadikan Golestan Palace sebagai Kediaman rasmi di Raja Iran. Terdapat 17 sturktur bangunan di dalam Golestan Palace ini termasuk istana, muzium, hall dan beberapa bangunan lain. 

Baloi tak bayar RM110.00 untuk entrance fee Golestan Palace ni?
One of main attraction Marble Throne - Tempat pertabalan Raja Pahlavi.
Selepas era Raja-Raja Qajar berakhir istana ini hanya digunakan untuk majlis majlis tertentu dan menyambut sesuatu keraian sahaja. Ini termasuk pertabalan Reza Shah sebagai Raja Iran juga telah dilakukan di Golestan Palace pada tahun 1925 yang memerintah sehingga 1941. Dan Reza Pahlavi juga ditabalkan di sini pada tahun 1941 yang memerintah sehingga 1979. Dan dari 1925 sehingga 1979 adalah dipanggil era Pemerintahan Pahlavi.

Terjumpa pakcik ni jual Nasi Safaran. Boleh beli nasi sahaja atau dengan ayam masak rempah apa ntah macam kari gitu. Tapi tau tak halal kita beli nasi tu sahaja sebab wangi sangat :D
Kami santai-santai lepak makan nasi tu di kawasan luar bazaar.
Sambil layan last view of Tehran sebelum kami bergerak ke airport. Cepat jer 9 hari berlalu.

Haram-e Mohtahhar Imam Khomeini 

Setelah hampir 3 jam kami berjalan-jalan di area Reza great Bazaar dan Golestan Palace. Kami terus menaiki train ke Haram Mohtahhar Khomeini Metro Station. Tempat destinasi terakhir dan juga sebab nak murah ke airport. Kalau dari Tehran City Center naik teksi ke airport akan dikenakan charge yang agak mahal. 

Dari Panzdah-e Khordad Metro Station ke Haram Mohtahhar Khomeini Metro Station.
Station terakhir dan paling dekat dengan airport. 
Walau kawasan luar dan jauh dari bandar train kesemuanya underground.
Tapi kalau kita naik train ke station yang paling dekat dengan airport dan kemudian naik teksi ke airport total cost tak sampai separuh dari naik teksi dari Tehran ke airport. Tapi sekarang anda dah boleh naik train dari Tehran City Center terus ke Airport menggunakan train. So tak perlu susah payah macam kami :D

Kawasan ni besar sangat. Dari Metro Station kena jalan kaki sikit ke nun jauh sana tu :D
Tengah winter kan jalan jauh bawa beg backpack pun tak la terasa penat sangat :D
At last sampai juga kita di sini tapi macam tak ada apa -apa pun di sini.
Setelah sampai di last metro station kami pun berjalan ke sturktur bangunan Haram Mohtahhar Khomeini ini tapi bila sampai nampak macam kosong tak ada orang. Even ada la satu dua cafe, restoran, kedai serbaneka dan kedai souvenir. 

Disebabkan ianya sebuah kompleks yang attach dengan masjid di bahagian belakang kami terus decide untuk mengambil teksi dari sini terus ke airport. Sebab nak berjalan lagi ke arah depan macam dah tak larat haha. Sebelum naik teksi kami memulakan sesi tawar menawar sehingga dapat harga IRR 250,000 bersamaan RM27.00. 

Well yang boleh telan makanan yang pelik-pelik ni memang aku sorang jer. 
Sebelum sampai di Airport driver teksi ni berhenti sekejap di tepi jalan katanya ada orang sedekah makanan. So dia kata nak makan sekejap sebab dia lapar belum makan. Pastu dia ajak kitaorang makan sekali. Aku pun turun dan tengok makanan apa tu. Sejenis bubur campuran kekacang dan di makan dengan spaghetti macam tu. Semua makan tak habis kecuali aku :P

At last alhamdulillah kami sampai semula di Imam Khomeini International Airport.
Ok dah check in ticket dan kami terus menuju ke departure dan melepasi immigration.
Overall semua orang Iran yang aku jumpa selama 9 hari ini semua baik-baik belaka kecuali driver teksi sorang ni. Aku baru nak declare orang Iran ni semua baik berbudi bahasa dan suka membantu. Teksi ni boleh berhenti tepi jalan lagi 300-400 meter dari nak sampai airport dan minta extra duit pastu aku kata aku tak nak bagi. 

Dia boleh balas pulak kata kalau tak bagi dia tak nak drive kereta. Aku pun mengamuk la time ni, abang ipar aku dah cuak jugak tapi aku kata nak takut apa. Aku cakap dengan driver teksi tu "kalau tak nak drive kitaorang boleh jalan kaki la ke airport". Memang time ni aku dah buka pintu (duduk sebelah driver). Dan nasib baik kami belum bayar apa-apa lagi.

Penerbangan Air Asia ke Iran makanan disediakan yer tak perlu beli.
Struggle nya seorang ayah menjaga anak dalam flight hahahaha :P
Bab-bab bergaduh time tengah travel ni alhamdulillah aku tak pernah kalah lagi. Bukan nak berlagak tapi kalau kita betul kenapa nak kena tunduk pda orang jahat yang menipu kan. Dulu aku belajar pun dalam kelas ada 55 nationality so bab nak bertengkar mulut selagi di pihak yang benar Insyallah ok la :D

At last si driver teksi ni geleng kepala dan ajak aku masuk kereta dan diam terus bawa terus ke airport. Dan bila sampai airport lepas keluarkan barang dari bonet bagai barulah aku bayar pada dia dan aku pesan kat dia "Never do that again and u dont even know who you face with". Actually aku pun ada juga la rasa takut sikit-sikit. Kot la dia bawa pisau tikam kita ke. But then that is the way i travel. TAMAT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...