Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Perjalanan feri mengambil masa 1jam 30minit sehingga 2jam bergantung pada keadaan cuaca dan kesesakan lalu lintas feri yang keluar masuk. Masa aku balik ke Stulang dari Batam, feri delay almost sejam lebih sebab hujan lebat dan laluan keluar masuk feri yang sesak. Dari 11.45 pagi delay sehingga pukul 1.00 petang lebih.
|
Suasana di dalam Batam Centre Ferry Terminal. |
Sampai di Batam Centre Terminal Ferry dan selesai que immigration yang panjang. Kami cari toilet sebab nak fresh up, tukar pampers anak bagai dan terus ke tingkat 2 untuk ke jejantas nak ke
Mega Mall yang berada di seberang jalan. Sebab
Blogger Wak Lat kata makanan di Batam Centre ni mahal. Dan dari bacaan aku pun ramai suggest nak makan lebih baik ke Mega Mall ianya lebih enak, selesa dan murah.
|
Terdapat banyak restoran di sini dan kesemuanya ada certificate by Indonesia Halal |
|
Menggunakan jenjantas melintasi jalan utama untuk ke Mega Mall dari Batam Centre. |
Hanya berbekalkan buah Epal, Roti dan Biskut dari rumah sehingga ke dalam feri kami semua dah kelaparan yang teramat ketika sampai di Batam. So first thing misi kami nak cari makanan. Dan bila tengok harga di Batam Centre Terminal ni Nasi Goreng biasa pun IDR50,000/RM15.00 sepinggan. Memang agak mahal.
|
So my suggestion nak makan better pergi ke Mega Mall memang banyak pilihan. Nak makan menu nasi, western, Chinese & Arab food semua ada. Cafe pun banyak.
|
Bila masuk ke Mega Mall ini suasana agak tenang kerana tiada kelihatan orang yang crowded nak departure atau arriving dan amat nyaman sebab sejuk aircond. Seriously tengah panas dapat duduk dalam aircond boleh hilang semua kepenatan hahaa. Kami berjalan dari satu restoran ke satu restoran yang lain mencari menu mana yang memikat hati dan pasti mencari yang murah hihihii :D
|
Suasana di dalam Malaya Cafe yang selesa, kemas dan bersih. Dan makanan sedap :D |
|
The Kids kata nak makan Nasi Goreng Ikan Bilis IDR12,900/RM3.90 sahaja sepinggan :D |
|
Aku order Nasi Uduk Malaya IDR33,900 Wife Nasi Goreng Seafood IDR36,900/RM11.00. Kita tambah Pisang Keju Susu IDR12,900/RM3.90 dan Es Kacang IDR28,900/RM8.62. |
At last kami masuk ke Malaya Cafe sebab kami lapar nasi dan di sini banyak menu yang tak jauh dari Malaysian Style. Dan paling penting harga consider murah untuk B40 macam kami. Nasi Goreng Ikan Bilis IDR 12,900 kami order 3 untuk The Kids sorang satu. Nasi Uduk Malaya dan Nasi Goreng Seafood, Pisang Keju Susu dan Es Kacang serta minuman 5 gelas. Total semua IDR 216,400/RM64.61. Patut seratus ribu lebih jer tapi Indonesia ada Tax 10% dan Service Charge 5%.
|
Bila The Kids suruh amik gambar mereka. Kita layan jer la :D |
|
Time Zone at Mega Mall. |
Alhamdulillah selepas kenyang makan kami mula berjalan-jalan dalam Mega Mall ni. Aku dengan wife cuba tengok harga-harga barangan di sini kot la murah dari Malaysia. Ada few yang murah dan banyak harga lebih kurang sama dengan Malaysia. By the way dalam Mega Mall ni ada Time Zone dan Kidz Station Play & Learn. Boleh la kalau nak bawa kanak-kanak. So kami plan last day balik nanti nak bawa The Kids bermain di sini sebelum naik feri.
|
Berjalan kaki melepasi Dataran Engku Puteri untuk ke Muzium Raja Ali Haji. |
Selepas rasa dah cukup memutar dalam Mega Mall ini, kami melangkah keluar dan berjalan kaki menuju ke arah Muzium Raja Haji Ali yang bersebelahan dengan Mega Mall ini. Tapi sayang pintu masuk yang berdekatan tidak dibuka dan kami kena berjalan jauh sedikit masuk ikut main entrance.
|
Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Muzium tapi tak tahu kenapa mesti masuk ikut main entrance. Kalau buka pintu pagar belakang ni kan senang :D |
|
Perjalanan sepatutnya 4 minit bertukar menjadi 15 minit :P |
|
Sampai di hadapan Muzium Raja Ali Haji setelah membuat pusingan besar. Nasib baru lepas hujan tak la panas sangat berjalan kaki. |
RAJA Ali Haji atau nama penuhnya Raja Ali Haji Bin Raja Ahmad lahir di Pulau Penyengat, Selangor pada 1809 dan meninggal dunia pada 1870. Beliau yang juga dikenali dengan panggilan Engku Haji Tua berketurunan keluarga diraja Bugis. Bapanya Raja Ahmad merupakan pembesar Riau.
Raja Ali Haji terkenal menerusi penghasilan karya penting alam Melayu seperti Bustan al-Katibin, Salasilah Melayu Bugis dan Sekalian Raja-Rajanya, Gurindam Dua Belas dan Tuhfat Al-Nafis. Pada 5 November 2004 pemerintah Indonesia menobatkannya sebagai Pahlawan Negara atas bakti yang dicurahkan kepada rantau Nusantara.
|
Pemandangan dari hadapan Muzium Raja Ali Haji. |
|
Replika Kapal Penjajah Belanda yang datang ke Batam. |
|
Meriam yang digunakan oleh Pemerintah Kerajaan Riau pada suatu ketika dahulu. |
Pengkaji ternama Harimurti Kridalaksana merupakan tokoh yang bertanggungjawab memperkenal Kitab Pengetahuan Bahasa kepada dunia akademik pada 1983. Pada 2009, tokoh pengkaji Malaysia, Profesor Emeritus Hashim Haji Musa, merumuskan bahawa Raja Ali Haji cenderung menggunakan sistem bahasa Arab bagi menyusun sistem bahasa Melayu.
Muzium ini juga menampilkan sejarah peradaban Pulau Batam dimulai dengan zaman Kerajaan Riau, Lingga, Pemerintahan Belanda, Temenggung Abdul Jamal, Zaman Penaklukan Jepun, Waktu Kemerdekaan Indonesia, Pemerintahan Daerah Kepri dan Khazanah Melayu sehingga Era Batam di masa kini. Telah dirasmikan pada 18 Disember 2020 sempena Sambutan Hari Jadi Kota Batam Yang Ke-191 Tahun.
|
Gambar dari Google. Kubah baru masjid tidak lagi berbentuk seperti piramid ini. |
Selesai meneroka Muzium Raja Ali Haji kami meneruskan berjalan kaki ke Masjid Raya Batam atau juga dikenali sebagai Masjid Agung Batam yang terletak di seberang jalan. Tapi telah ditegur oleh pak security yang mengatakan kubah masjid telah terbakar baru-baru ini. Dan pembinaan kubah baru sedang dalam pembinaan dan tidak dibenarkan untuk masuk ke perkarangan masjid.