Pages

Wednesday, 20 December 2023

Kota Bukit Supai - Tapak Warisan Sejarah Di Melaka

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Setelah check out dari D'Rombang Baraqah Homestay di Pantai Puteri, Melaka. Kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur menggunakan jalan persisiran pantai. Perjalanan agak jauh dan panjang tapi amat berbaloi. Kami singgah di Teluk Bidara dan kemudiaan Pengkalan Balak dan terus ke Port Dickson. 

Kubu Pertahanan Belanda - Kota Bukit Supai, Kuala Linggi, Melaka
Sekadar mencari pengalaman baru kalau tak try jalan persisiran pantai sekarang ntah bila lagi akan ke sini. Pada kebiasaannya kalau ikut jalan dalam area kampung-kampung ni kita akan berjumpa tempat-tempat menarik atau tempat makan yang sedap-sedap. Sebab tu kalau ada peluang dan masa yang banyak aku akan prefer ikut jalan kampung. 

Kalau bawa laju memang tak perasan Gerai Warisan KU-INI Kueh Bakar.
Masa ni aku nak Kuih Bakar Labu dah la tinggal satu jer tapi wife nak Pandan.
Sebelum bergaduh aku pilih Kuih Bakar Pandan hahaha. 
Sebelum kami sampai ke Kota Supai dalam beberapa kilometer, terlihat satu gerai di tepi jalan menjual Kuih Bakar. Dan nampak banyak kereta berhenti dalam hati pun berkata "Mesti sedap ni". Kami pun singgah dan selepas ditanya. Terdapat dua jenis iaitu Kuih Bakar Pandan dan Kuih Bakar Labu.

Kami pilih Pandan (actually bukan kami tapi wife aku). Walau aku nak Kueh Bakar Labu terpaksa la dengar cakap orang perempuan. Sebab nak beli dua takut tak habis membazir pulak. Okay rasa dia sedap dengan kulit crispy di luar cuma ia kurang manis. Bagus la untuk kesihatan :D

Jom kita ke Kota Supai. Seronok The Kids jalan-jalan atas air ni :D
Merentasi laluan terapung sehingga sampai ke entrance Kota Bukit Supai.
Mula-mula sampai kami langsung tak tahu tempat apa ini.
Dan dari Pengkalan Balak ke Port Dickson kami terjumpa satu tempat yang amat menarik di Kuala Linggi, Melaka. Iaitu Kota Bukit Supai. Asalnya masa ni ternampak dari jauh seolah-olah satu jambatan yang amat panjang menuju ke tengah laut. Maka terdetik dalam hati "Eh apa tu, Jom tengok".

Sebahagian besar kota pertahanan ini telah hancur. Hanya kurang 20% yang tinggal.
Info Sejarah Kota Pertahanan Belanda - Kota Bukit Supai

Kedudukan kota ini terletak di kawasan tebing tinggi di sebelah kanan muara Sungai Linggi di pantai Selat Melaka. Juga dikenali sebagai Kota Kuala Linggi. Ianya juga dikenali sebagai Kota Bukit Supai kerana setelah kota ini siap dibina, pihak Belanda telah menempatkan sepasukan tentera upahan yang dipanggil Sipoi (Supai).

Selain itu kota ini turut disebut sebagai Kota Meriam Patah kerana di lokasi ini turut telah ditemukan beberapa meriam yang telah patah setelah kota ini tidak lagi digunakan. Kota ini juga turut dikenali sebagai Kota Filipina sempena mengambil nama anak perempuan Gabenor pada ketika itu.

Kawasan lapang di atas bukit adalah kubu pertahanan tentera Belanda suatu ketika dahulu.
Seperti yang sedia maklum kota ini turut ditempatkan sepasukan askar untuk meninjau sebarang pergerakan di laut Selat Melaka dan sebagai kubu pertahanan serangan musuh-musuh Belanda. 

Disamping itu kota ini juga berperanan memungut cukai hasil bijih timah yang dibawa keluar dari pedalaman Rembau dan Linggi. Selepas Belanda tidak lagi memerintah Melaka kota ini telah ditinggalkan dan bangunan-bangunannya terbiar runtuh. - Sumber Jabatan Muzium Malaysia.

Berjalan keluar dari Kota Bukit Supai menghala ke sebuah restoran terapung di sini.
Restoran Ikan Bakar Terapung Fort Supai

Laluan ke Kota Supai dibina di atas air dan ia akan melintas sebuah restoran terapung di sini. Memang pandai marketing oleh kerajaan Negeri Melaka. Buat tempat attraction  macam ni di tempat bersejarah memang akan ramai orang yang akan menyinggah. 

Ketika kami sampai di waktu petang, restoran ini baru sahaja dibuka dan kelihatan para perkerja sedang sibuk mempersiapkan perniagaan pada saat ini. So kami decide akan ke Kota Supai terlebih dahulu dan kemudian duduk di restoran ini. Tengok lah nanti apa yang sedap dan harga dia macam mana :P

Para pekerja sedang sibuk mempersiapkan pembukaan restoran.
Terdapat tempat duduk dibahagian luar. Kalau malam mesti best ni :D
Nak duduk di bahagian dalam tertutup pun boleh. Bukan aircond yer kipas dan tingkap sahaja.
Lepas bertanya dengan seorang dua pekerja barulah kami tahu ini adalah sebuah restoran seafood dan masakan panas. Kalau nak makan seafood boleh masuk ke dalam dan memilih seafood antaranya pelbagai jenis ikan laut, ketam, sotong, udang, kerang, pepahat dan paling best aku nampak Belangkas.

Tak pernah makan Belangkas tapi memang teringin nak makan sejak dari dulu lagi. Tapi bila tanya harga sekor siap masak adalah RM40.00 maka aku kata "saya fikir dulu" hahahaa.. Than aku pergi semula ke wife yang duduk di meja luar tanya nak makan apa sebab kita baru makan je tadi, perut pun kenyang lagi.

Pelbagai jenis ikan ada antaranya Jenahak, Siakap, Sebelah dan Talapia Merah.
Nak try Belangkas tu tapi mahal sangat la pulak.
Dan kami decide nak makan kunyah-kunyah sambil order air sahaja sebab kepenatan naik ke Kota Supai tadi. So aku beli kerang bakar 500 gram RM17.50 dengan otak-otak 15 batang RM15.00. Dan order air Lai Chi Kang, Teh o Ais Limau dan Kopi Ais. Total semua RM48.00. Tiba-tiba aku rasa kenapa macam T20 ni hahaa.. :P

Kerang bakar 500 gram RM17.50.
Otak-Otak sebatang RM1.00
Minum petang sekejap hilangkan penat naik Kota Supai tadi :D
Memang cantik pemandangan dari sini di waktu petang. Keadaan tidaklah panas dan sekali sekali di pukul manja oleh angin laut. Dan ketika kami sedang minum kelihtan orang ramai mula memenuhi ruang tempat duduk di bahagian terbuka ini dan ada juga yang memilih untuk di dalam. 

Insyallah next time ada rezeki berkunjung lagi ke sini boleh la try makan pulak. Nampak sedap jer orang lain order siakap 3 rasa dan yang kat sana siakap stim. Nampak meja sana sotong goreng tepung dengan ketam masak telur masin pulak aishhh..!!! Hahahaa :P

Air ketika ini baru nak pasang. Kelihatan orang tempatan menjala ikan di sini.
Di sini dibenarkan untuk memancing yer tapi bukan dalam bahagian restoran. So boleh mancing dari bahagian jambatan titi tu. Nampak ada dua tiga pelanggan yang datang ke sini siapa bawa joran untuk makan dan memancing sekali. Tapi selepas restoran tutup pukul 12.00 malam boleh la memancing di bahagian restoran ini.

Dan waktu ini ternampak orang-orang kampung tempatan sedang sibuk menjala Ikan Belanak. Nampak pakcik dalam gambar ni penuh jugak sebaldi dia dapat. Alhamdulillah rezeki sungguh. Anak -anak aku pulak yang excited bila tengok dia dapat ikan :D

Jambatan Kuala Linggi sempadan yang memisahkan Melaka dan Negeri Sembilan.
Dalam pukul 6.15 petang kami bergerak keluar dari Restoran Ikan Bakar Terapung Fort Supai dan meneruskan perjalanan melewati Jambatan Kuala Linggi. Di muara inilah pada suatau ketika dahulu adalah antara pintu utama kapal-kapal pedagang berlayar keluar masuk terutamanya bagi membawa biji timah. Dan kerana itu juga beberapa kali peperangan terjadi bagi merebut kekuasaan terhadap muara ini.

32 comments:

  1. Nampak menarik sangat kueh bakar yang dijual tu.Selalunya memang perlu ikut apa yang isteri suka,para suami sila mengalah...Happy wife happy family ingat tu.haha

    pernah juga dari melaka balik kl ikut jalan belakang muara sg linggi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kueh bakar ni mmg kena beli dekat kg2 yg buat dia cara old school bakar pakai air sabut kelapa tu.. :D
      Mengalah je la tak de penghujung nak berlawan dgn kaum wanita ni hahahaha..

      Delete
  2. Bagusnya bawak anak2 ke tempat2 bersejarah supaya dieorg boleh tengok sendiri peninggalan zaman dulu. Kerang bakar tu nampak menarik 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti dan satu kewajipan bawa anak2 ke tmpt bersejarah mcm ni.. Biar tahu asal usul supaya tak jdi bdk tiktok hahaha :D

      Delete
  3. Dekat aje tempat ni dengan kampung Mrs. A tapi lalu-lalng aje kat tmepat ni singgahnya tak pernah huuuuhuuu...

    Bagusnya ikut citarasa wife hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke dekat.. Mesti selalu turun menjala ikan mcm org2 kg dlm gmbr ni hihii..seronok kg dekat dgn laut.. :D
      Ikut je la citarasa org pmpn.. Kang tak berckp seminggu hahahaha :P

      Delete
  4. cantik tempatnya tak pernah sampai lagi..sonok bawa anak2 cuti sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun tak sengja terjumpa tmpt ni sebab mmg sengaja lalu dipersisiran pantai kot2 terjumpa tmpt yg menarik.. at last jumpa jugak :D

      Delete
  5. lovely holiday you got here with ur family! pernah pergi melaka tapi tak pernah sampai sini lagi. nanti boleh la plan dengan kawan ii datang sini hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila-sila jejak kan kaki ke sini.. Lepas naik Kota Supai terus ke Restoran Terapung Ikan Bakar Forte Supai.. Makanan namapak sedap tapi berharga tinggi sikit la :D

      Delete
  6. Klau tuan tak share psl kota supai ni mmg x tahu la kewujudnya utk org mcm kami yg di utara ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak tahu ini pun rezeki terserempak masa jalan di persisiran pantai Kuala Linggi.. :D

      Delete
  7. Kuih bakar tu sedap nampak. Masa anak2 kecik dulu, sempat jalan2 tengok attraction di bandar Melaka je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org kg biasa nya kalau buat dgn cara old school mesti sedap kan.. Saya berapa kali dtg melaka baru la dpt jalan byk tmpt.. :D

      Delete
  8. Baru tahu tentang Kota Bukit Supai ni.
    Lama tak makan kuih bakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Kita pun sbb terserempak jer.. Then baru tahu kewujudan nya.. Esok pagi boleh cari kueh bakar.. :D

      Delete
  9. kuih bakar tu menarik...ptt bole je beli dua2...labu & pandan hehe...tk pernh juga mkn belangkas...mh juga harga tu..ye la menu exotic kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut tak habis sebab banyak sangat tapi skrg rasa rugi pulak tak beli dua2 hahaha.. Benda yg nk cuba dirasa tapi RM40.00 kena fikir byk kali haha :D

      Delete
  10. Aroma Kueh Bakarnya sampai kesini kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa betul tu..kalau dpt yg wangi tu bau nya harum sungguh :D

      Delete
  11. zaman sekolah dulu pernah buat perkhemahan kat area2 bukit supai ni laa... ms tu keadaan kat sini tak mcm sekarang...lagi scary...
    dah laa yg g camping tu semua pompuan hahahaha
    paling tak boleh blah, kena gigit nyamuk walaupun dah duduk dlm khemah complete berzip sana sini hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius la ada buat perkhemahan atas bukit ni.. ermmm bukan ke keras tmpt nyer hahahaa.. org tempatan la bagitau :D
      Semua prmpuan lak tu..hebat la korang.. gigit nyamuk tu biasa la dlm hutam.. masa ktrg dtg pun nyamuk byk benar..

      Delete
  12. wahh menarik jugak tempat ni...mcm tak pernah tahu kewujudannya hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik sgt especially restoran terapung atas laut ni.. kita pun terserempak kalau tak mmg tak tahu :D

      Delete
  13. Saya lupa nama kue bakar itu di Indonesia. Banyak di jual di Banjarmasin Kalimantan. Sedaaap memang. Tapi tak sering beli, Krn yg jual tak banyak 🤭.

    Restorannya luaaas yg bagian dalam ya bang. Saya kalo makan seafood begini, prefer makan indoor. Krn kalo outdoor takut ada lalat yg sering ganggu, maklumlah bau ikan kan..indoor lebih aman.

    Semogalah kalo kesana bisa coba juga restoran ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. kalau nak beli harus dibeli di perkampungan sebab cara masaknya berbeda ..
      Oh di sini ngak ada lalat nya sambil makan sambil angin bertiup manja.. seronok makan di bahagian outdoor juga :D

      Delete
  14. Pernah makan kuih bakar pandan tapi yg labu tak pernah. Kerang tu nyum nyum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu kita nak beli yg perisa labu sebab nak merasa.
      kerang bakar always nyum nyum hahaha :D

      Delete
  15. Weyyy..apesal SA x tau kawasan ni erk..aduhai..nampak sangat x habis explore Melaka lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun nasib nasib jer terjumpa tmpt ni.. okla menarik sgt :D sila explore lagi Melaka yer..

      Delete
  16. Saya fikir tidak ada lagi tempat menarik boleh dikunjungi di Melaka. Rupanya tekaan saya silap, saya tak berusaha sungguh-sungguh untuk menambah info. Lain kali kalau balik bercuti di Malaya, bolehlah jelajah di kawasan ini. Terima kasih pengkongsiannya.
    Melihat kerang bakar harga RM17.50 500 gram itu teringat kerang bakar di Pantai Remis Jeram (tempat saya) RM15.00 dengan berat yang sama. Sekali kami pergi Penang, terjumpa kerang rebus / bakar 500 gram harga RM35.00! Adududu.....!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap tmpt pasti ada sahaja tmpt yg menarik yg perlu kita explore.. Kdg2 terjumpa menarik dgn tidak sengaja.. macam kota supai ini.. kerang bakar 500gram di sini mahal juga ..tapi kalau RM35 utk 500 gram tu mahal sgt tu huhuu..

      Delete