Pages

Monday, 18 December 2023

D' Rombang Baraqah Homestay Pantai Puteri - Melaka

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Ok kita sambung lagi perjalanan cuti-cuti Malaysia kita selama 2 hari 1 malam di Negeri Melaka Bersejarah ini. Actually bukanlah berjalan sangat ia lebih kepada Program Family Day. Tapi biasalah aku kan mana boleh ikut bawah orang sangat. Sebab tu tak pernah travel bawah agent, semua trip backpacker DIY kecuali pergi Umrah. Sebab Umrah tu ibadah bila ada Mutawif senang kita nak rujuk apa pun :D

Cantik tak homestay rumah kampung ini - Dalam ada dua katil queen :D
Panjang la intro nya hahaa.. Layan jer lah sape suh datang sini :P

Ok program family day bermula pukul 3.00 petang dengan check in di Puteri Qashrina Chalet. Tapi.. Bila kami sampai setelah penat berjalan ke Muzium Kapal Selam dan Masjid Tengkera. Kami dimaklumkan bilik sharing. Lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Aku pun eh aaa.. 

Sebelum kita ke Pantai Puteri kami berhenti makan Cendol Tempuyung.
Ada jual Pau Anis, Laksa, Mee Kari dan Jagung Cup.
Moh kita makan Cendol Kacang Pulut dalam tempuyung kelapa :D
Tak salahkan pun mereka yang PIC. Silap aku sendiri tak pergi meeting sebab sibuk berkerja kadang sampai waktu malam pun masih on mood kerja. And whatsapp group pun selalu aku tak terkejar nak baca. Maka nya aku inform dengan PIC bilik time tu Cik Atikah "Tak apa saya check in luar, Silap saya tak amik tahu. Lagi pun saya ada dua anak kecil, saya mesti ada untuk jaga waktu malam nanti".

Unit Homestay 2 katil Queen 

So kami pun bergeraklah keluar dari Qashrina Chalet ini. Dan mula tanya dengan beberapa buah hotel yang ada disekitar termasuklah Puteri Bay Hotel. At last aku dengan wife setuju nak check in D'Rombang Baraqah Homestay. Satu sebab nak mandi pantai nanti pasir bagai so hotel macam tak sesuai. Dan homestay ni tak jauh dari Qashrina Chalet tadi. Nak ke pantai tu naik kereta sikit la.

Ada lagi bilik kosong di Qashrina tapi sebab harga dia mahal aku rasa macam tak berbaloi maka aku decide untuk check in di luar sahaja. Ok D'Rombang Baraqah Homestay ni ada 5 unit rumah. Sebuah Rumah Kampung Kayu (RM200.00) macam gambar mula-mula di atas. Dua unit rumah 2 katil Queen (RM200.00) dan Dua unit rumah 1 katil queen dan satu katil single (RM150.00).

Kami pilih rumah yang no 4 tu sebab ada pangku dengan meja di situ.
Ok ini homestay kami selasa dan bilik yang amat luas :D
Overall D'Rombang Baraqah Homestay ni bagi aku bagi rate 9.0/10. Kalau dia ada swimming pool walau pun kecil untuk anak-anak bermain air aku bagi 10/10. Sebab barang-barang dalam rumah mostly IKEA tau. Aircond sejuk, ada peti ais dan tv, bilik air bersih. Dan paling best bilik besar siap ada tilam lipat kalau nak tidur atas lantai. Kami pilih Rumah 1 Queen 1 Sinlge bed RM150.00.

Geram tengok ikan ikan ketam udang yang segar-segar ni.
Segala jenis ikan masin yang fresh juga ada dijual di sini. 
Di jalan utama tak jauh di hadapan homestay terdapat orang-orang kampung menjual hasil laut yang segar memang seronok mata melihat. Disebabkan hari ni baru check in dan esok petang baru nak balik maka sekadar mencuci mata nak beli tak boleh. Tapi tiba-tiba peniaga tu tegur "Bang boleh beli dulu bang kami ada freezer esok nak balik datang kedai kami tunjuk resit, Abang amik boleh terus bawa balik, Kami dah bekukan siap-siap". 

Aku tak membeli apa-apa sebab harga di sini pun boleh tahan mahal cuma menang dengan kesegaran hasil laut. Kalau di area Pengkalan Balok, Kuantan memang aku akan beli penuh satu box polystyrene bawa balik KL sebab harga murah sangat berbanding KL. Kalau harga sama dengan KL baik beli kat KL jer yer dok :P

Dah datang pantai mandi laut la The Kids.
Family Day kan.. kita tolong-tolong la bakar BBQ.
Acara suka keluarga dari sekecil-kecil budak sehinggalah sebesar dan setua-tua org semua ada permaianan yang telah disediakan oleh PIC. Sukan di buat pada pagi Ahad. Alhamdulillah cuaca yang mula-mula terang kemudian agak mendung dan berangin dan bertukar cerah semula. Acara habis pukul 10.30 pagi. Aku kalah acara lelaki dewasa tapi wife menang no 3 acara wanita. :D

Pada pandangan aku Pantai Puteri Melaka ini agak tenang tak crowded dengan orang macam Port Dickson atau Pantai Pengakalan Balak, Melaka. Dan tak banyak benda boleh dibuat di sini. Tiada aktiviti air yang disediakan oleh mana-mana pihak. Kalau suka mancing boleh la jadikan ia satu aktiviti di sini. Nak tenang-tenang boleh ke sini. Nak enjoy boleh ke pantai lain yang menyediakan aktiviti air :D

31 comments:

  1. Not bad la homestay baraqah tu rm150 siap bg tilam lipat... best kan melaka mudah nk dpt homestay... kalau mahal org x cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok sangat sebab harga pun reasonable saya lebih prefer homestay dari hotel kalau ada activiti mandi laut ni. overall Melaka memang best :D

      Delete
  2. pntai puteri mmg x crowded sgt dah...lagi2 bila banyak pokok tebang nie...hihihi...sebab nk tambak semula, hakisan pntai kan..lamanya tak p pntai puteri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke nak tambak dah.. lagi pun di Pantai Puteri kurang aktiviti pantai dan hotel pun tak banyak mana.. Mostly homestay dengan chalet jer.. Tapi sesuai utk yg nak chil chil :D

      Delete
  3. Takde buaya ke kat pantai tu.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak la dgr pasal ada buaya kat Melaka.. Tapi alhamdulillah ok je time mandi hari tu syukur hahaha..

      Delete
  4. menariknya homestay tu with that rate, puas hati!! bestnya lepak2 tepi pantai, tenang2 ajer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okla homestay price acceptable.. Dan pling best selesa dan best :D

      Delete
  5. next time jangan x pi meeting ye..hahaha..apapun terbaik la homestay tu..nampak mewah, lagi best port org kampung jual ikan tu..kalau SA memang confirm memborong ..segar segar lagi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat la.. hadap jem balik keje lewat :P.. nak kena masak pastu tidur kan anak bagai.. bukan boleh tinggalkan rumah pi meeting mcm tu jer hahahah :P

      Delete
  6. rindu sungguh melaka ni... dah lama x pergi.. tapi melaka ni sesak sungguh... terutama kat a famosa tu..

    p/s ; kereta beca tu laju yg amat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berpeluang nk pergi waktu weekdays jgn la lepaskan .. kalau weekend mmg jalan jem je memanjang hahahaa..
      Kereta beca yg kami naik ok tapi tula sekejap sgt ...

      Delete
  7. rare cendol dlm tempurung....homestay melaka byk sgt...dpt yg dkt pantai syok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah presentation dia menjadi la cuma tu la kurang manis.. Kalau manis sket mmg sedap sbb santan dia padu. :D

      Delete
  8. Betul..kalau harga sama macam KL baik beli kat KL..hehehehe...takde la terkejar2 takut hasil lauk busuk walaupun dah dibekukan...maklumlah sepanjang nak balik sure banyak persinggahan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaaannn.... Ada juga yg setuju dgn saya hihii.. Itulah kalau murah tu boleh consider jugak la.. Tapi kalau beli hasil laut mmg tak singgah mana2 la...:D

      Delete
  9. Wahhh nampak bestnya. Last Tqa makan cendol dalam tempurung masa di Penang baru2 ni. Sedap juga. Tengok gambar terus teringat time makan dekat sana.

    Ayah saya pun cakap benda yang sama kalau travel mana2 (domestic). Kalau harga hasil laut sama dgn KL, baik beli di KL, tak rugi apa pun unless ada yg rare tu lain cite lah but so far semua sama je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam dah jadi trend pulak makan cendol dalam tempurung kelapa kan :D
      Kena yang letak santa pekat dengan gula melaka dia tak kedekut mmg padu.
      Betul kalau rare boleh la pejam mata bawa balik KL mcm ikan Terubuk di Kuching, Sarawak tu :D

      Delete
  10. rezeki orang kampung kan,,, hasil laut boleh terus jual pada pelancong atau penduduk setempat.


    cendol dalam tempurung tu memang wajib rasa , nampak pun tau sedap..aihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu rezeki mereka ramai pengunjung yg dtg cuma harga agak mahal atau lebih kurang sama dgn di KL. Makan cendol dlm tempurung mmg nampak kelainan nya.. :D

      Delete
  11. cantiknya pantai! ikan-ikan pun looking fresh. comel betul family ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik dan kat sini famous aktiviti menjaring Udang Geragau :D

      Delete
  12. Di Manjung pun ada cendol tempurung.
    Seronok juga ada aktiviti family day. Anak-anak boleh main tepi pantai. Homestay pun nampak selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh di manjung pun ada.. Menarik tu kena try kalau ke sana.. Alhamdulillah dpt homestay yg selesa.. :D

      Delete
  13. qashrina tu memang maal. penah jg tanya utk buat seminar kat situ. fuhhhh... x pe laa saya pilih Puteri Bay...

    ikan2 mmg fresh. kdg yg dtg jauh pun sanggup trn ke pantai puteri ni sbb nak ikan fresh... salah seorg nya arwah mak cik sy laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mahal giler.. tak sanggup nk check in situ hahaha.. rasa mcm best lgi puteri bay..murah pun yer fari situ..
      Yes ikan yg dijual mmg fresh seronok tgk kalau rumah tak jauh mmg dah dibeli.. :D

      Delete
  14. Saya juga pilih pakai travel kalo terpaksa bang. Kalo negara tujuan sedikit berbahaya, atau tertutup atau memang diwajibkan pakai travel, seperti Korea Utara dan Bhutan, mau tak mau kan harus pakai. 🤭. Atau kalo suami tak bisa temankan pergi, tapi dia selalu izinkan saya pergi dengan teman2 atau dengan travel biar aman. Jadi tak boleh sendiri.

    memang kalo tidur dipisah antara lelaki dan perempuan, rasa tak selesa. Suami saya tipe yg tak bisa tidur hrs sharing dengan Orang2 lain. Karenanya kalo trip ramai, tetap harus pesan 1 kamar utk kami berdua atau dengan anak sekali. 😄

    Bagus tapi homestay nya 👍. Yg penting memang luas. Kalo nak main pantai, lebih bagus pilih homestay drpd hotel, biar pasir itu tak bikin berantakan yaa 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau udah ngak ada pilihan nya memang harus guna agent nya.. Kalau udah itu syaratnya.. Di ikutin aja.. Betul juga itu kalau wanita harusnya travel bersama buddy lbih baik dri travel seorang diri..

      Delete
    2. Kalau ada nak kecil harusnya jgn dipisahkan ibu dan ayah sama anak2 nya sekali.. Kerna di waktu malam suami harus membantu si ibu dalam urusin anak kecil..
      Selesa kalau duduk homstay juga.. Selesai mandi laut boleh terus membersihkan di luar homestay..

      Delete
  15. Oohoooo... rupanya tempuyung tu tempurung kelapa.... gelak sendiri saya!
    Nampaknya memang kena study betul-betul sebelum ambil keputusan untuk buat tempahan penginapan. Takut ada benda yang terlepas pandang selepas ditempah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tak tau kenapa dipanggil tempuyung mungkin sekadar produk sendiri kot ntah la hahaha :P
      Kan biasa kalau urus sendiri tak ada masalah.. Mungkin la sbb biasa semua buat sendiri.. bila join dgn org lain jadi huru biru sket hahahah :D

      Delete