Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia.
Baru-baru ini berkesempatan bersama seisi keluarga kecil kami menziarahi bumi Melaka selama dua hari satu malam. Dari dalam perjalanan lagi aku dah inform wife and the kids kita akan terus menuju ke Muzium Kapal Selam di Pantai Klebang. Sebab 4-5 kali datang Melaka sebelum ini tak berpeluang langsung nak masuk muzium ini.
|
Kapal Selam French Ships (FS) Ouessant Agosta 70. |
Info Sejarah Kapal Selam
Kapal Selam French Ships (FS) Ouessant Agosta 70 ialah kapal selam latihan bagi warga kapal selam KD TUNKU ABDUL RAHMAN dan KD TUN ABDUL RAZAK. Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanah air oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Muzium Maritim, Melaka.
Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam dari Perancis dilaksanakan pada 9 Oktober 2011 dan tiba di Melaka pada 12 November 2011. Tujuan utama pameran Muzium Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70 ini adalah untuk memperkenalkan sejarah kapal selam dan fungsi serta peranannya di negara kita - Sumber dari PUSMAS TLDM.
|
Ok jom masuk kapal selam ni :D |
|
Kami datang pagi pukul 10.00 orang belum ramai. |
|
Terdapat galeri pameran maklumat mengenai muzium kapal selam. |
Entrance fee bagi dewasa adalah RM10.00 seorang dan kanak-kanak 6 tahun ke atas adalah RM5.00 seorang. Masa nak bayar di kaunter aku bagitau dua dewasa dan dua kanak-kanak tapi belum sempat habis cakap wife tegur 2 dewasa 1 kanak-kanak sebab Afiya belum 6 tahun lagi.
And aku pun pusing semula ke arah kaunter bagitau 2 dewasa 1 kanak-kanak. Kaunter bagitau "Maaf bang saya dah print resit RM30.00 sebab abang mula-mula kata 2 dewasa dan 2 kanak-kanak". Aku pun "Eh macam mana boleh print resit kalau saya belum bayar". Mula la aku naik angin sikit dah la tengah panas. Dia sambung lagi "Abang kene bayar RM30.00 juga sebab saya dah print resit".
|
Bahagian paling depan bila kita masuk adalah Ruang Pelancar Torpedo. |
|
Terdapat katil di bahagian pelancar torpedo ini. Mungkin bagi mereka yang bertugas terus kekal di sini tanpa perlu ke tempat lain disebabkan ruang yang cukup terhad di dalam kapal selam ini. |
Selepas bahagian pelancar torpedo. Ruang kedua adalah bahagian pengendalian kapal selam. Seriously ruang memang cukup limited di dalam kapal selam ini. Bagi orang yang ada masalah Klaustrofobia aku rasa memang dia tak boleh masuk kapal selam ini. Confirm kena panik attack.
Klaustrofobia adalah takut berada di tempat kecil tertutup tanpa laluan keluar. Ia disenaraikan sebagai gangguan kegelisahan dan boleh dicetuskan oleh ruang kecil seperti lif, bilik tanpa jendela atau pakaian yang ketat. Klaustrofobia biasanya dianggap sebagai rasa tidak rasional dan boleh mengakibatkan serangan panik.
|
Patung meniarap tu aku tak sure kenapa. Memang gitu keadaannya atau terjatuh :P |
|
Ruang kawalan kapal selam selepas ruang torpedo tadi. |
|
Ruang utama di tengah kapal selam - Tandas dan dapur ada oven tau. |
Ada hampir 30 katil kesemuanya termasuk satu katil di bilik kapten kapal. Walau pun kapal selam ini besar dengan 30 orang krew dalam ini sahaja aku rasa dah cukup padat. Mesti sesiapa nak jadi krew kapal selam perut kena ramping. Apa pun memang aku respect tinggi pada krew kapal selam dengan ruang yang sempit di bawah permukaan laut pulak tu. Hebat betul.
|
Ruang tidur dan rehat krew kapal. |
|
Bayangkan katil tu ada 3 tingkat yang tidur bawah sekali tu tak tahu tidur macam mana.
|
|
|
|
|
Muzium ini dibuka setiap hari kecuali tutup pada hari Isnin. Dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Kalau hari weekend silalah datang awal kalau tak nak crowded. Masa aku dah selesai keluar dari kapal selam ini aku nampak rombongan pelajar sekolah 4 buah bas telah sampai. Aku tak tahu macam mana diorang nak masuk dalam kapal tu nanti.
|
Pesawat pejuang Douglas A-4 SkyHawk buatan Amerika |
|
Pesawat pejuang Northrop F-5E Tiger II buatan Amerika |
Selain kapal selam terdapat dua buah pesawat pejuang yang telah tamat tempoh perkhidmatan dari Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM). Iaitu pesawat Douglas A-4 SkyHawk yang telah diterima oleh TUDM pada tahun 1984 dan telah ditamatkan sebelum penerimaan Hawk 108 dan 208 dari Britain pada tahun 1993.
Dan sebuah lagi pesawat supersonik pertama TUDM iaitu Northrop F-5E Tiger II yang telah diterima dan memasuki perkhidmatan TUDM pada tahun 1975. Dengan batch pertama sebanyak 14 buah unit pesawat. Telah berkhidmat selama 40 tahun dan ditamatkan perkhidmatan pada tahun 2015.
|
Ada juga aktiviti berkuda comel jer Kuda Padi. |
|
Boleh menunggang atau naik kereta kuda. |
Estimate time to spend is 1 hour di Muzium Kapal Selam di pantai Klebang ini. Selepas turun dari kapal selam ini ada orang jual gambar dan souvenir yang dicetak dengan wajah kita dengan harga RM50.00 untuk satu set. Nak beli boleh tak nak beli pun boleh. Masalahnya mereka dah cetak siap-siap sebelum tanya kita nak atau tak nak. Tak ke rugi dibuatnya.
Selalu lalu tengok dari luar je kapal selam ni,,,boleh masuk untuk tatapan umum rupanya..nama pun muzium kapal selam ka..bab trauma dengan keadaan sempit (Klaustrofobia ) mak saya ada penyakit ni..parking bawah tanah pon xleh,jadi panic attact
ReplyDeleteKita dah berapa kali tgk drinluar but this time mmg kene masuk dlm tgk hahaha.. biasa org tua kdg terkena panic attact nie.. tak leh ruang kecil dan semput jdi nya..
DeleteKitorg hari tu tak singgah muzium ni wpun dah nampak signboard di main entrance Klebang Street tu. Rugi pulak rasanya 😅
ReplyDeleteRugi tak masuk.. Dulu fee RM5.00 jer dewasa skrg dah RM10.00..
DeleteBaru tau saya isi dalam kapal selam tu, sempit juga ya, tapi namanya petugas pasti sudah tau situasi dan kondisinya dan selalu siap dimanapun berada
ReplyDeleteSelama ini tak tahu keadaan di dalam seperti apa.. Petugas di alam mesti hanya yg terbaik di pilih..
Deletekalau saya pun tak boleh masuk melawat rasanya ni,mau pening termuntah
ReplyDeleteItulah rasanya yg tak boleh dgn ruang sempit ni kena fikir dua kali nak masuk huhuu
DeletePengalaman menarik ni.
ReplyDeleteMenarik sebab kita tengok-tengok je, kalau bekerja dan hidup tempat sempit gitu tak mampu rasanya. Stres 😄
Mmg pengalaman yg menarik masuk kapal selam ni.. Itulah kalau sy pun tak mampu rasa nya nak jadi krew.. Mesti kena panik attack..
DeleteHa ah yek, kena badan sekeping untuk kerja dalam kapal selam. :D
ReplyDeleteKaedah paksa beli tu, gambar sudah siap dicetak.
Mesti yg kurus2 jer blh keje dlm tu.. :P
DeleteMungkin dia nk guna cara terpaksa beli sbb rasa kesian diorang dah print out..
Rasa org tua mcm saya ni x sesuai masuk dlm kapal selam ni.. sempit dada jadinya hikss
ReplyDeleteSbb tu rasa nya yg keje dlm kpl selam semua org muda2 jer hahaha..
Deletesaya pernah ke sini few yrs back. menarik jugak if 1st time dtg ;)
ReplyDeleteAah utk pertama kali dtg sbb teruja nk tahu dlm kapal selam tu mcm mana keadaan nya.. :D
DeleteDuh, saya pernah melanong ke Malaysia. Melaka salah satu objek kunjungan. Tapi rugi rasanya tak berkunjung ke museum kapal selam.
ReplyDeleteMuzium Kapal Selam ini hanya ada beberapa buah sahaja di dunia.. Jika ada peluang jangan dilepaskan.. Mengambil pengalamnan di dlm nya.. :D
DeletePernah masuk muzium kapal ni... maybe saya phobia ruang sempit, rasa nak cepat2 keluar hehe. Tapi tetap kagum pada mereka yg bertugas di dalamnya.
ReplyDeleteSaya bila org belum ramai rasa ok lagi tapi bia pengunjung dah mula ramai rasa dada pun sempit nak keluar cepat2 juga . betul kagum dgn mereka yg bertugs di dalam kapal selam ini :D
Deleteada bergmbr kt kapal selam ni tp tk pernah masuk dlm
ReplyDeleteAlaa rugi nya tak masuk dalam.. tapi yg minat jer akan masuk dalam :D
DeleteJadi tetap bayar tiket segitu ya bang 🤭? Saja dia tak nak reverse transaksi. Seharusnya kan bisa yaa. Cuma memang terkadang reversal itu mempengaruhi performa staff.
ReplyDeleteSaya pun nak bayangkan 4 school bus tuh ramai kan, macam mana bergantian masuk ke dalam kapal selam 🤣🤣.
Ntahlah saya nak lihat kapal selam ini atau tidak. Bukan klaustrofobia sebenarnya, tapi saya seram bayangkan cerita2 ttg kapal selam yg meledak dalam air atau hilang dari radar seperti kapal selam Indonesia yg trakhir kejadian. Masih takut bayangkan nya. Salut memang dengan semua angkatan laut yg berani mengoperasikan kapal selam besar begini.
Wife tarik tangan kata bayar saja jangan bergaduh hahaha., Mikirkan anak-anak yang sudah excited maka bayar aja jumlah nya. Nasib baik telah keluar dari Muzium Kapal Selam nya jika tidak pasti akan bersesak-sesak bersama para rombongan pelajar :P
DeleteSesuatu yang tidak mudah kita lihat jika ia bukan sebuah muzium maka bagi saya kalau kapal selam ini harus at least sekali dalam seumur hidup kita masuk gitu :D
DeleteIa masih ingat lagi kisah kapal selam Indonesia KRI Nanggala 402 yang tenggelam di perairan Bali suatu ketika dahulu. Memang sedih dengan cerita mereka. itulah bukan mudah menjadi krew kapal selam ini .
baca entry ni terus kepala sy teringat insiden capsule yg menjejaki titanic tempoh hari. sy x boleh byg kan mcm mn laa mangsa boleh bersetuju utk ikut misi tu. dgn keadaan sempit. tekanan bwh laut. kite yg lalu bwh terowong pun dah rs sebal telinga. yg pekerja2 dlm kapal selam sebegini? haihhh tak terjangkau fikiran sy
ReplyDeleteItulah.. kapal selam pun body dia tebal dan besar. dan sebesar kapal selam pun kdg2 boleh bawa tak smpai 30 org.. ini yg kecil tu boleh bawa 6 7 orang masuk dasar laut pulak tu.. Tapi for krew kapal selam mmg salute la mereka membahayakan diri demi keamanan negara :D
Deletebwt body kapal selam ni diperbuat drpd material apa ya? sebab dia sentiasa berada di bwh tekanan air. jd materialnya juga mesti kuat lg kukuh
ReplyDeleteItu diluar bidang pengetahuan saya hahaha.. tapi yang pasti membina kapal selam bukan mudah. sebab tu hanya beberapa negara sahaja yang berkemampuan membuat kapal selam ni.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete