Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.
Selepas melawati Muzium Kapal Selam di Pantai Klebang kami meneruskan perjalanan ke Masjid Tengkera yang terletak di Melaka Tengah. Satu sebab aku nak sangat ziarah ke masjid ini ialah kerana senibina masjid ini telah diiktiraf oleh World Heritage Site UNESCO. Dan alang-alang azan Zohor akan masuk pada bila-bila masa sahaja moh ler kita solat terus.
 |
| Masjid Tengkera yang masih utuh berdiri setelah berusia lebih 320 tahun. |
Nama Tengkera berasal daripada perkataan Portugis iaitu "Tranquerah" yang bermaksud benteng pertahanan. Ia dibina pada tahun 1141 Hijrah atau 1728 Masihi oleh seorang pedagang dan ulama dari India Haji Muhammad Salleh dan ia merupakan masjid bersejarah kerana dibina pada zaman pemerintahan Belanda. Masjid ini juga ialah masjid yang kedua tertua di Malaysia selepas Masjid Kampung Hulu di Melaka.
Pada asalnya masjid ini diperbuat daripada kayu dengan atapnya daripada daun nipah dan tiangnya daripada kayu belian atau ulin yang diimport dari Kalimantan, Indonesia. Masjid ini telah diperbaharui dua kali pada tahun 1890 dan 1910.
 |
| Alhamdulillah keadaan persekitaran yang bersih dan kemas. |
Di dalam kawasan masjid ini terdapat makam
Sultan Hussein Muazzam Shah dari Johor yang telah mengiktiraf perjanjian awal penyerahan Singapura kepada
Sir Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman pada 6 Februari 1819. Selepas penyerahan Singapura, baginda meninggalkan Singapura dan berpindah ke Melaka. Sultan Hussein Muazzam Shah mangkat pada 5 September 1835 lalu dimakamkan di perkarangan masjid ini.
 |
| Ruang di bahagian luar dewan utama solat. |
 |
| Terdapat kolam air dibahagian kanan masjid sebelum ke arah tandas. |
Okay mari kita sembang akan beberapa pendapat tentang sejarah masjid ini. Riwayat pertama adalah seperti di atas di mana ia telah dibina pada kurun ke 17 Masihi. Maka menjadikan ia bukanlah masjid tertua di Melaka. Tetapi riwayat kedua mengatakan masjid ini telah dibina lebih awal iaitu pada tahun 1687.
Parameswara iaitu Raja Iskandar Shah memeluk islam pada tahun 1400 Masihi dan merupakan pengasas kepada Kesultanan Melayu Melaka. Maka tidaklah mustahil jika ada masjid-masjid yang telah dibina seawal kurun ke 14 Masihi dan ia wujud sehingga ke hari ini. Dan menjadi adat di sesebuah penempatan orang islam bagi membangunkan sebuah masjid untuk kegunaan ibadah mereka terutama menunaikan Solat Jumaat dan Solat Aidilfitri & Aidiladha.
 |
| Jom kita masuk ke dewan utama solat. |
 |
| Beberapa binaan asal masih dikekalkan sehingga ke hari ini. |
Kesultanan Melayu Melaka hanya bertahan selama 100 tahun sahaja dengan dipimpin oleh 8 orang Sultan sehingga yang terakhir Sultan Mahmud Shah pada tahun 1511 Masihi. Setelah kalah diserang Portugis dan kemudian Belanda yang silih berganti menakluki Melaka. Dan bermulalah kesultanan Johor dan Pahang.
Bayangkan kalau Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka kekal lebih 200 hingga melebihi 300 tahun atau lebih tepat tidak dijajah. Mesti ia akan menjadi sebuah kerajaan yang pesat membangun sehingga menjadi kuasa besar dan mempunyai banyak peninggalan sejarah yang wujud sekarang ini.
 |
| Ratusan jemaah boleh memenuhi ruang dewan utama solat. |
 |
| Ada aircond yer. tapi time ni masjid lebih kepada open air. |
 |
| Hurmm macam mana nak naik atas tu :D |
Ruang solat untuk wanita berada di belakang kanan dewan solat utama. tidak jauh dari tempat berwudhu dan tandas wanita. Ia agak memudahkan untuk kaum wanita untuk terus ke ruang solat mereka. Time tengah solat ni memang dengar suara anak-anak aku jer yang bermain berlari ke sana sini. Sabar jer la hahaa.
 |
| Info mengenai sejarah masjid ada di perkarangan masjid ini. |
Masjid Tengkera pernah menjadi Masjid Rasmi Negeri Melaka sebelum ia beralih ke masjid yang baru iaitu Masjid Negeri Al A'zim di mukim sama sehingga ke hari ini. Masjid ini mempunyai sebuah menara bersebelahan masjid yang mempunyai 64 anak tangga. Dipercayai pernah menjadi "Watch Tower" pihak berkuasa ketika itu. Dan sebagai penunjuk arah bagi nelayan pulang ke darat pada ketika itu.