Monday, 4 December 2023

Iran Part 12 : Back To Tehran From Shiraz By Over Night Bus

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Sambungan Dari Iran Part 11 : Last Walk In Shiraz - Shah Cheragh - Traditional Vakil Bazaar

Musim hujan kian memburuk di bahagian utara Malaysia. Banjir telah berlaku di beberapa tempat dalam beberapa buah negeri. Semoga semuanya baik-baik terutama kepada yang menjadi pengunjung di blog ini. Aku doakan moga dipermudahakan urusan kepada mereka yang terkena kesan dari banjir pada kali ini.

Terjumpa satu lorong deretan kedai ni yang cantik. Selfie sikit :D
Selesai beberapa destinasi penting di Shiraz yang kami berjaya jejaki - Persepolis - Naqsh-e Rustam - Masjid Nasir Al-Mulk - Shah Ceragh - Vakil Bazaar. Kami meneruskan perjalanan pulang ke Tehran dari Shiraz dengan menaiki over night bus. Niat memang ingin jejakkan kaki pergi ke semua attraction di Shiraz namun apakah daya budget yang kecil dan masa memang tidak mengizinkan.

Last Walk In Central City Of Shiraz

Menghabiskan masa petang berjalan-jalan di sekitar Bandar Shiraz adalah sesuatu yang amat berbaloi dan menyeronokan apatah lagi berhadapan dengan masyarakat Iran yang sopan dan baik hati. Ada sahaja yang ingin membantu kami. Especially bila kami bertanya tentang arah jalan menuju ke sesuatu tempat.

Boleh bertanya dengan sesiapa sahaja di Shiraz. Mereka pasti akan membantu :D
Jika dibuat bandingan Tehran adalah sebuah bandar yang agak maju. Bandar Isfahan kurang 50% kemajuan dari Tehran. Dan Bandar Shiraz pula jauh lebih mundur dari Isfahan. Tiada bangunan tinggi yang mana rata-rata tinggi bangunaan di bawah 5 tingkat sahaja. Namun negeri yang mempunyai penduduk lebih dari 1.5 juta ini tetap menjadi destinasi kepada pelancong dari luar negara.


Mungkin kerana Shiraz terlalu banyak menyimpan peninggalan sejarah dari ratusan tahun sehingga ada yang beribu tahun lamanya. Pembangunan yang pesat kebiasaanya akan menyebabkan peninggalan sejarah akan dijadikan asbab kedua untuk dipertahankan. Macam Malaysia as simple comparison. Setuju tak? hahahaa.. :P

Kita shopping gudapan sebelum naik bas malam ni. Harga memang murah sangat.
Semua jenis kekacang dan buah kering di dunia ada di sini  kot.
Actually wanita jer yang nak beli sampai nak bagi sedara jiran officemate bagai hahahaa.
Selepas merayau-rayau di sekitar bandar sehingga lewat petang. Kami pun terus ke hotel untuk amik beg di lobi dan sebelum keluar hotel kami minta izin nak take five sekejap sambil guna air panas untuk buat coffee dan tea serta noodle cup. Cuaca musim winter ni bila nak ke sunset lagi sejuk jadinya.

Last moment di hotel ini. Alhamdulillah baik management hotel ni bagi rehat sekejap di lobi :D
Karandish Terminal Bus - Shiraz

Kami rehat sambil mengalas perut sedikit dalam setengah jam juga la dan kemudian bersiap-siap angkat beg backpack terus berjalan kaki ke arah terminal bas yang berada dalam walking distance kurang 200 meter dari hotel. Sampai di terminal keadaan sudah pun masuk waktu magrib. Kami bergilir pergi solat di surau yang disediakan.

Terjumpa nama sendiri di salah satu tempat attraction di Shiraz - Afif Park :D
Keadaan terminal yang agak sunyi. Mungkin winter maka tak ramai yang nak bermusafir.
Karandish Bus Terminal - Bersih - Selamat - Fasiliti yang lengkap -
Inilah rupa batu karbala yang digunakan oleh pengikut ajaran syiah dalam solat.
Perjalanan bas yang agak lama untuk sampai ke Tehran kerana harus menempuhi perjalanan sejauh 927 km dan memakan masa lebih 10 jam. Untuk kali ini kami tidak mengambil bas terakhir sebab kami plan kalau boleh nak sampai di awal pagi dan jika mengambil bas terakhir mungkin anda akan tiba waktu hampir tengah hari di Tehran nanti

Alhamdulillah kami sampai di Tehran dengan selamat keesokan paginya. Tapi kami bukan arrived di Beyhaqhi Bus Terminal (bas yang kami naik masa nak ke Isfahan dari Tehran). Bas ini berhenti di South Bus Terminal lebih kurang 14 km dari Beyhaghi. Namun ianya tidak menjadi masalah as long ada Metro Station kita gerak jer. 

Suasana di dalam bas yang selesa dan nyaman. Seat 1 - 2 sahaja dalam satu line.
Pemandangan dari dalam bas ketika sunrise.
 Permukaan bumi Iran gurun, padang pasir atau gunung ganang sahaja.
Sampai di South Bus Terminal kami duduk sebentar untuk fresh up dan breakfast biskut dan roti fresh yang dijual di terminal ini dan buat noodle cup menggunakan air panas yang disediakan di kedai-kedai serbaneka dalam terminal ni. Memang layan makan noodle cup waktu sejuk winter ni :D

Dan kami plan hari ini nak cari hotel area tengah bandar dan akan berehat sebanyak yang boleh sebab esok kami akan ambil flight balik ke Malaysia. Tak nak terlalu exhausted lagi-lagi adik ipar aku tengah pregnant time ni. 

Masuk dalam terminal fresh up sambil perkena coffee and noodle cup :D
Insyallah lepas ni travel tak akan bawa Maggi dengan Nescafe. Boikot!!
Hampir sejam di dalam terminal barulah kami bergerak ke luar menuju ke South Metro Station untuk pergi ke arah tengah bandar dan mencari hotel sambil berjalan-jalan melihat sekitar Tehran. Lagi pun nak keluar terlalu awal pagi cuaca teramatlah sejuk sehingga mencucuk tulang hahahaa.. :P

Ketika kami berjalan keluar dan menghampiri pintu masuk station metro yang berada di luar pagar terminal. Kami disapa oleh sekumpulan orang muda yang aku rasa lebih kurang sebaya kami. Mereka boleh bertutur English walaupun agak gagap dan bertanya pada kami dari mana dan nak ke mana? Setelah aku explain mereka berlima kata kami akan bantu untuk dapatkan hotel dengan harga yang murah.

Bila nampak wife dengan adik ipar yang bawa beg yang agak besar. Mereka offer untuk tolong bawakan beg backpack kami. Aku dah mula rasa tak sedap hati, dah la jumpa tiba-tiba pastu sanggup nak tolong kami carikan hotel. Tolong bawakan beg lagi. Mungkin sebab dari day 1 lagi semua orang Iran baik dan suka membantu. Kami macam merelakan mereka membantu. 

Nak tahu kami kene tipu/scam atau tidak tunggu next Iran Final Part :D


31 comments:

  1. kiranya shiraz ni sesuai tak utk jadi bandar / penempatan bagi warga pencen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure la sbb "status nothing" melainkan peninggalan sejarah. But skrg dah ada metro line di Shiraz.. Nampak dah byk pembangunan..

      Delete
  2. jauh juga ya. ibarat JB-perlis juga tu...
    hahaha batu karbala tu mengingatkan sy cerita kat surau airport istanbul last year..
    kalau lalu kat kastam & imi batu mesin pengimbas berbunyi x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg agak jauu dari malam sampai ke pagi bru smpai..
      Tak bunyi pun sebab dalam tu ranah semata2.. Bukan ada besi ke apa ke..
      Tak tau la kalau ada version yg mahal ada besi dlm dia hahahah.. :D

      Delete
  3. Ohh camtu rupa Batu tu ya. Best nya baca trip ni. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah rupa batu karbala syiah.. Thanks for coming here too.. :D

      Delete
  4. waaa suspens plak ending entry niiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita lagi la cuak ntah baik ke tidak org nya.. Sbb bersungguh2 nak membantu kami.. :D

      Delete
  5. Alamak, suspens nak tunggu, apa berlaku seterusnya.
    Tertarik tengok macam-macam jenis kekacang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekacang di Iran mmg terlalu murah.. Mmg puas kami mengunyah setiap masa hahaha.. Tunggu Iran final part nanti.. Kami pun cuak siap bisik dgn abg ipar standby if diorang nak buat apa2 yg pelik hahahaa :P

      Delete
  6. Saya tuh masih terkagum-kagum dengan suasana indah di sana, dalam bayangan saya masih teringat saat peperangan dahulu,ternyata jauh lebih indah dari yang saya bayangkan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka mengalami perang dgn Iraq hampir 10 tahun tapi masih mampu membina semula negara dgn baik.. Mengekalkan suasana indah :D

      Delete
  7. bab shopping nk bli kekacang tu sure la kaum wanita ni byk fikir nk bg sedara, kwn2 hehe...tringt cite istanbul aku dtg yg ada org tlg bawakan beg smp otel tp ada muslihatnya...tk sbr tgu ending apa yg terjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg la pastu kita yg tlg angkutkan hahahaa... Oh ye citer istanbul aku dtg.. Aah dh sama pulak cerita nya hahaha..

      Delete
  8. Pastu next tu apa cite dia? Kene scam ke x? Atau tt yg scam depa? Hahahha..btw best baca cite org jalan jalan ni..lagi2 negara mcm rare nk pegi ni kan 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tahu kene tunggu next entry la.. Kdg2 ada je yg tak best hahaha.. Travel sendiri kan bukan ikut travel agent mesti ada masam majis nya.. :D

      Delete
  9. nanti nak kumpul duit utk pi jln2 di Iran pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best best.. Insyallah tak menyesal jalan2 Iran hihihii.. :D

      Delete
  10. Sekarang saya nampak dengan jelas rupa bentuk batu karbala yang digunakan oleh penganut Syiah sewaktu sembahyang. Selalu nampak mereka gunakan di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, tapi sekadar dapat melihat bentuknya yang bulat sahaja. Terima kasih perkongsiannya.
    Buah-buah kering dan pelbagai kekacang itu, kalau saya ada di situ, saya pun tak akan lepaskan peluang untuk membelinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu la if ada pelbagai bentuk namum yg pasti mereka menggunakan tanah karbala utk membuat batu sujud tu..
      Mesti la akan beli murah dan segar2.. Sbb itu makanan harian mereka.. :D

      Delete
  11. Saya suka bandar2 lama macam ni, cabaran juga tu untuk travel naik bas selama 10 jam. Ada berhenti2 tak? Tak sabar menunggu catatan seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan nampak lain dari yang lain bila bandar lama di timur tgh ini.. 10 jam bas ada berhenti2.. Cuma tgh malam semua org lebih kepada tidur sepenjang perjalanan.. Toilet mmg ada dlm bas..

      Delete
  12. Banyak sangat info..thanks tau sudi sharing...Tak tau bila nak sampai tapi memang ada keinginan nak jalan sampai ke iran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sekadar berkongsi pengalaman diri sendiri :D
      insyallah di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan.. Kita doakan semoga diberi rezeki dan kesempatan utk travel sampai ke Iran :D

      Delete
  13. Kekacang tu kalau suami nampak memang dia nak la tu. Saya dan Dania kurang makan kekacang....sesekali boleh la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy beli takat nak buat kunye kunye jer.. Diorng beli aduhai banyak nya sbb di Iran barang2 murah sgt..

      Delete
  14. 927 km ditempuh dalam 10 jam? Subhanallah. Tak terbayang seberapa kencangnya lari kendaraannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila perjalanan nya jauh maka seharusnya kita memilih bas yg selesa dan aman gitu supaya kita dapat berasa aman dan selesa sepajang perjalanan :D

      Delete
  15. Abang tak tanya harga shaffron di sana 😄? Memang lah, bagi kami wanita, dah lihat barang2 macam kacang dan souvenir lainnya, yg pasti teringat nak bagi utk sesiapa yg dikenal 🤣🤣. Kalo duit tak berseri, mungkin 1 lingkungan rumah dan kantor nak dibagi semua 😂.

    Next bawa apa sebagai ganti Maggie ni 😄?.

    Tapi lihat instan noodle, saya jadi teringin bawa pula untuk trip saya ke Belarus dan Caucasus countries January esok. Memang sedap kan, winter dengan suhu minus, makan Indomie atau instan noodle pedas dan panas😄😍

    Tak sabar baca cerita selanjutnya, saya belum pernah baca ada scam di Iran. JD biasanya masih positive thinking kalo dengar kebaikan orang Iran 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tanya tapi ingat berapa harga nya hahaha :P
      Hahaha itu lah yang kena sabar jika bawa wanita berwisata ke mana-mana.
      Boleh aja apa jenis noodle yang pasti bukan Maggi dari Nestle. Indo mee juga enak bangat.
      Kalau ke negara sejuk wajib bawa noodle yang bersup supaya ketika sejuk kita boleh memanaskan badan dengan sup noodle tu hahhaa :D

      Delete
  16. Tak sangka ada underground train di Tehran. Nampak maju juga Iran ni bukanlah mundur seperti yg disangkakan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...