Pages

Friday, 22 December 2023

Farewell Lunch At Sweet Tree Restaurant

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Somewhere in last week on normal working days. Time aku tengah buat kerja tiba-tiba wife aku Whatsapp bagitau nanti lunch jom makan sama. Aku pun awat tiba-tiba nak lunch sama hahaha. Ye la sebab kitorang kerja tempat yang berlainan tapi tak la jauh sangat kalau naik kereta. Most of the time dalam seminggu 2-3 hari dia pi kerja sendiri the rest aku yang kena hantar dia pergi kerja.

Sweet Tree Restaurant at Taman Putra Sulaiman, Ampang. 
Dalam kereta selepas wife pickup aku dia bagitau nanti Dr Atiqah, Dr Naizmah dgn Dr Mohaliza akan join lunch then aku pun hurmm okay jer. Masa ni dalam kereta si Affan pun ikut kitorang sekali. Sampailah kami di depan Sweet Tree. Aku pun "Makan sini ke?" Harga kayangan kat sini dah la tengah bulan pulak tu hahaha.. :P

First round grill ada telur kat longkang tu and bawang putih.
Campak jer la semua bahan-bahan steamboat ni. Meja tak muat dah hahaha :D
Second round grill Tel sekali nenas dengan mushroon kita grill.
Atiqah dgn Nazimah kawan kitorang sebab dulu Ex-MO di Hospital Ampang now dah jadi specialist di tempat masing-masing. So yang nak farewell nyer adalah Mohaliza sebab next week dia nak fly dah ke UK sambung study kat sana. Tak lama setahun lebih jer makanya husband and kids ikut sekali pergi sana.

Masa sampai Sweet Tree kami sampai dulu dan terus order makanan takut lambat so nanti diorang datang terus makan jer la. Okay di Sweet Tree ni ada dua bahagian tempat duduk. Section pertama untuk yang nak order makan biasa dan tempat duduk section kedua adalah untuk yang amik menu BBQ dan Steamboat.

Ini baru 1/4 daripada apa yang ada dalam set yang kami ambil.
Ada 4 jenis daging dan dua jenis marinate ayam.
Restoran Sweet Tree ini beralamat di No 12 L-1 and 13 L-1 & 2, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Kuala Lumpur. Dibuka setiap hari dari jam 10.30 pagi sehingga jam 10.00 malam dan order terakhir adalah pada pukul 9.00 malam. Dan satu perkara kena take note adalah pembayaran di kedai ini hanya Cashless sahaja yer.

Pada kebiasaannya restoran yang dimilik oleh orang luar ni jarang nak ada certificate halal BUT this restoran yang own by Korean ada certificate halal. So insyallah boleh makan tanpa was-was yer. Ini nombor HALAL Certified by JAKIM - Ref no: JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/2 070-12/2012. Untuk tempahan awal atau pertanyaan di Sweet Tree boleh hubungi +60 17-282 1550 atau email ke info@sweetree.net.

Honey Lemon Fridge Chicken kalau tak silap. (Rate - 9/10)
Side Order Sweet Potato Fries. (Rate - 8.5/10)
Side order Beef Kimbab. (Rate - 7/10)
Kami amik tempat duduk di section BBQ dan Steamboat. Sebab kalau makan makanan biasa kat tempat lain pun boleh kata wife aku la. So kami amik set RM400.00 lebih ada complete set untuk BBQ dengan steamboat sekali lepas tu add on air minum dengan few other thing macam chicken wing spicy, kimbab, Sotong goreng tepung apa ntah nama dia. In total kena RM600.00 lebih.  Nasib wife aku yang bayar hahahaa.. :P 


Makanan melebihi ruang meja so mana yang kena bakar dulu pinggan dia kita return semula.
Ruang dalam restoran ni memang bersih dan kemas :D
Duduk tak sampai 15 minit selepas order ahli makan lunch yang lain pun hadir dan lepas duduk tak sampai 5 minit makanan semua sampai. Alhamdulillah service tiptop jugak la Sweet Tree ni. Penghujungnya makanan yang tak habis kita bungkus bawa balik. Staff restoran packing cantik-cantik dalam transparent box.

Terdapat sudut untuk bergambar bersama piano :D
Ruang makan di bahagian tingkat atas. Tapi sini tak boleh BBQ atau Steamboat.
Owner Restoran ni Mr Pak Jin Sung hahaha tak la aku tibai jer nama dia.
Time bayar bill owner restoran ni orang korea ntah nama apa tak tahu sebab english dia bernadakan bahasa korea jugak so malas nak tanya lebih-lebih nama dia hahaha.. Owner tu ajak naik tingkat atas katanya dia sediakan banyak sudut-sudut bergambar yang cantik khas untuk post dalam Instagram katanya. By the way owner ni dulu ada pengalaman dalam bidang photography. That is why dia create sudut-sudat yang menarik untuk bergambar.

Owner tu boleh explain lak macam nak amik gambar dengan lighting yang betul.
Suka la makcik makcik ni semua jadi model sekejap hahaha.. :P
Dah la dia ajak tour restoran dia pastu siap jadi photographer kitorang pulak tu. Memandangkan aku sorang je lelaki maka aku kata pada owner tu amik gambar yang girl-girl ni je la. Yang girl-girl ni lak bukan main suka kena amik gambar macam model. Padahal tadi kata dah lewat nak kena balik masuk kerja hahaha :P  Womennn kaaannn..

49 comments:

  1. hahaha pompuan tak penah kalah 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah kalah dan jgn ditegur salah hahahaa.. :D

      Delete
  2. perempuan dah kamera...begitulah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. Perempuan dgn camera tidak blh dipisahkan :D

      Delete
  3. mmg best mkn sini....dh 3x mkn sini..owner tu mmg peramah...mmg kt atas tu disediakan tmpt bergmbr...dlu2 snap gmbr sdiri je...skarang owner tu jd photographer hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali dtg bgtau jer saya instafamous hahaha mesti dia kalam kabut nak promote kedai dia hahahaha... Dulu nak naik pun kdg2 dia tak bagi.. lg2 kalau bawa budak kecik :P

      Delete
  4. best tul dpt makan di posh restaurant... abe kie cuma mampu hadiri jamuan akhir tahun guru je di hotel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sekali sekala boleh la nak makan tmpt kayangan macam ni hihihi.. :D

      Delete
  5. kussss semangat tengok harga diaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekali dgn wallet kusss semangat jadi nya hahahaha :P

      Delete
    2. account bank is shaking
      kata bebudak skrg
      hahahahahahaah

      Delete
    3. Shaking pun dah tak dak apa dah hahahaha :P

      Delete
  6. Cantik restaurant ni. Harganya.....kalau sedap memang berbaloi la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okla makanan dia sedap2.. tapi tu la harga dia kayangan yg teramat hahahaa :p

      Delete
  7. wow boleh tahan harga kayangan juga tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana pulak.. itu tak boleh tahan harga kayangan dia.. hahahaa :D

      Delete
  8. sedap2 makanannya.. decoration kedai pun cantik.. seronok tengok gambar2 yg diupload..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap mmg kedai dalam dia deco cantik dan kemas tak sakit mata memandang.. :D

      Delete
  9. Salam sis.. di Terengganu, ni kami panggil belalang kacung

    https://www.flickr.com/photos/erieadn/5038055213

    hihihi.. kurus sesangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm ...ok ye ke.. Dipanggil belalalng kancung.. Menarik nak tahu lebih lanjut tu asal usul tu bila kurus sesangat hahaha... :D

      Delete
  10. menu yang cukup menyelerakan....dan cukup unik ada tempat khas untuk posing sakan...teknik bijak untuk promote tempat nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Set BBQ dan steamboat tu mmg amat menyelerakan.. tmpt berposing tu mmg strategik dia la kot nk bg org post byk2 psl restoran dia.. paling bagus ada sijil halal.. :D

      Delete
  11. Sesekali berkayang-kayangan apa salahnya... janji sodap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali tu yg sakit kdg2 hahaha... Betul la tu janji sedop kan :D

      Delete
  12. Alamak menyesal baca entri ni tengah malam..kelaparan daku melihat makanan enak2 belaka... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita kalau kat ofis tu tgh lapar.. tiba2 blog walking semua org post pasal makanan mmg menyesal hahaha :D

      Delete
  13. restoran utk T20 ni hehhe anyway, i baru tahu ur wife keje doktor yer...hebat tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa nice try.. wife bukan doktor.. tapi byk buat kerja dgn doktor.. :D

      Delete
  14. Restoran korea tapi halal
    Makan menu2 nya jadi tidak ada ragu
    Terima kasih rekomendasi restoran di kl nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap yg penting halal walau apa jua makanan nya :D
      Most welcome.. kalau mau steamboat dan seafood ada byk lagi kedai di sini agak mahal harga nya :P

      Delete
  15. salam .. nak tanya... dalam banyak2 negara yg pernah dilawati.. negara mana yang sangat sesuai untuk oku berkerusi roda travel sendiri? (boleh x balas di blog ldy sb kalau di sini kemungkinan besar lady xbaca atau terlepas pandang..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Actually mostly negara bersesuaian tapi bergantung ke mana kita nak pergi dlm sesebuah negera itu.. And blh ke negara membangun sbb fasiliti uk OKU tu ada dan dimudahkan.. Ok nanti sy replyt di blog LadyBird yer :D

      Delete
  16. Terbaekkkk kalau ade tempat makan baru jangan lupa belanja lagi HAHAHAHHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comment dia atas adalah saya 😂

      Delete
    2. Pemakan nasi tegar susah nak ajak makan selalu hahahaa..

      Delete
  17. Hahahaha sekalj jumpa spot foto bagus, plus bonus ada fotografer pulak, langsung semangat ya bang. Lupa dah Ama jam kerja 😂😂.

    Saya sukaaaa tempatnyaa, memang baguuus spot makan dan fotonya.

    Lalu makanan pun terlihat sedap.😍. Dah lama juga tak makan Korean grill begini. Tapi memang tak banyak yg pakai sijil halal. Di sini pun sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wanita sama camera kalau dah sekali memang lupa waktu dan keadaan sekeliling hahahaha.. Tmpat makan memang selesa dan bagus tapi cuma harganya keras sedikit :D
      Makanan lebih enak kalau restoran sediakan sijil halal :D

      Delete
  18. Alaaa..lambat sikit takpe kot kannnn.....bagi la chance..hahahaha...ok take note restoran ni..mcm menarik je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg bgi chance la ni kalau tak tinggal dh pi blaik dgn girl2 tu hahaha.. yeap agak menarik tapi T20 la sket harga nya.. :P

      Delete
  19. Haha harap ada orang bawa dan belanja makan. Sebenarnya tidak pernah makan masakan Korea. Samyang sahajalah yang pernah makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah moga dimurahkan rezeki.. Makanan korea biasa2 jer.. Nasi putih dgn masak lemak daging salai lagi sedap hahaha.. :P

      Delete
  20. ayam honey tu nampak sedaplah...
    terbayang2 4fingers hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Make sure amik set 400 lebih tu time betul2 lapar hahahah.. Biar boleh habis kan :P

      Delete
  21. Kaki bergambar boleh la datang sini.. kena ada orang belanja.
    Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kalau suka bergambar dan makan makanan ala korea boleh dtg sini :D

      Delete
  22. Memang harga kayangan langit ke tujuh ni hihihiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak pa.. Teringin mcm mana pun kena fikir 20 kali ni nak makan kat sini hahahaa. :D

      Delete