Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Alhamdulillah sekali lagi diberi peluang dan rezeki untuk backpacking bersama seisi keluarga kecil kami ke luar negara walau tak jauh mana cuma seberang sahaja iaitu Pulau Batam, Indonesia. So ini backpacking kali kedua bawa The Kids selepas percubaan pertama kali ke Singapore pada pertengahan bulan Jun tahun ini. Alhamdulillah semua yang dirancang berjalan dengan baik. Dan still The Kids cooperate dengan baik :D
|
Alhamdulillah at last selamat sampai. The Kids baru bangun dari tidur sepanjang perjalanan. |
Rabu petang minggu lepas dalam pukul 2.30 petang aku whatsapp wife bagitau malam ni jom kita ke Batam. Wife aku kata ok jer sebab ada few thing yang aku dah pun study. So boleh la, yang lebih-lebih tu kita redah jer la like always :D
Balik kerja petang tu terus aku buka laptop cari accommodation di Batam menggunakan Agoda. Pada kebiasaannya aku guna Booking.com tapi sebab kita nak boikot produk yang support Israhell maka aku tukarlah ke Agoda. Lepas confirm terus pergi 7E buat bayaran. Alhamdulillah dapat bilik Family Room RM74.00 semalam selepas diskaun. Campur tax bagai total RM179.60 untuk dua malam.
|
Masa datang tak tahu juga nak parking mana sebab di bahagian luar pun ada parking. Nasib baik ada seorang pakcik ni tegur "Masuk parking dalam murah dari luar" katanya. |
|
Selepas membeli tiket feri kita boleh ke ruang menunggu sebelum pintu boarding dibuka. |
|
Make sure makan sebelum datang ke sini sebab harga makanan kat sini T20 hahaha.. |
Plan nak gerak antara pukul 12.00 tengah malam - 1.00 pagi tapi terbantut sebab keletihan bagai maklum la last minute decide kan :D. At last kami gerak pukul 3.30 pagi ke Johor Bahru. Alhamdulillah sampai dalam pukul 7.40 pagi. Terpaksa hadap jem selepas tol kempas sebab hari ni Khamis last day orang Johor berkerja.
|
Feri hampir penuh tapi kami bernasib baik dapat duduk semua dalam satu baris. |
Kami terus menuju ke Stulang Berjaya Waterfront Ferry Terminal lebih kurang 8.25 pagi sampai dan parking bertingkat di Level 3A berhadapan entrance ke bangunan. Parking kereta di sini insyallah selamat security pun memang berkali-kali round naik motor dan ramai juga orang parking kereta di sini.
|
Feri ni dua tingkat dan ada tandas yang bersih. Area belakang ni port orang merokok. |
|
Dalam feri ada jualan Air panas, Keropok dan Pop Mee Cup IDR15,000/RM5.00 |
Kadar bayaran juga amat murah iaitu RM2.00 untuk sekali masuk dan RM1.00 untuk sejam berikutnya. Dan maximum adalah sebanyak RM5.00. Di mana RM5.00 itu dikira parking untuk sehari. So kami parking dari Khamis pagi sampai Sabtu petang total amount RM15.00. Dan bayaran parking adalah cashless yer so kami menggunkan kad Touch & Go. Tak cukup duit kad TnGo jangan risau di sini ada few kiosk reload Kad TnGo.
|
Stulang Berjaya Waterfornt.. Will see you in the next 3 days :D |
|
Pemandangan di belakang feri. Okla layan sekali sekala lenguh kaki sejem lebih duduk dalam. |
Disebabkan kami bertolak lambat dari rumah makanya kami terlepas feri pertama pada pukul 7.15 pagi dan sekarang kami cuba kejar feri kedua pada pukul 9.30 pagi. Terminal feri berada di Level 2 dan Mall Berjaya Waterfront ni tak la besar mana dan kebanyakan kedai-kedai sini kosong especillay tingkat dua ke atas.
Dan kerana kami decide trip ni very last minit maka duit pun belum tukar tapi dalam hati rasa pasti ada money changer di sini. Tapi masalahnya sekarang baru pukul 8.40 pagi kebanyakan kedai belum dibuka. Selepas tanya security kami diberitahu terdapat satu money changer yang dah buka seawal 8.00 pagi di ground floor. Tak jauh dari entrance mall.
|
Pemandangan dalam feri balik dari Batam. Lebih luas dan selesa dan aircond yang sejuk. |
|
Feri ni bahagian open air dia lebih luas dan selamat nak bawa kids ke sini layan angin :D |
|
Time balik ni kami duduk tingkat atas. Dan area belakang ni khas utk orang atas sahaja. |
Kadar tukaran yang kami dapat masa ini RM320.00 untuk IDR 1 juta so kami tukar RM480.00 untuk IDR1.5 juta. Duit hotel dah bayar dan tiket feri dah beli return siap-siap. So basically rasanya tak la banyak sangat nak pakai cash selain untuk makan minum dan duit supir (transportation) nanti. Dan kita standby debit card untuk emergency situation :D
Jadual Perjalanan Feri Dari Stulang ke Batam Centre Dan Harga Tiket.
|
Ada dua destinasi arrival di Batam - Satu di Batam Centre yang famous. Dan satu lagi di Harbour Bay berdekatan dengan city centre (Terminal Baru). |
|
Kadar bayaran feri ke Pulau Batam, Indonesia (2023). |
Okay satu info yang korang kena faham adalah harga tiket dan surcharge adalah berlainan. Contoh Harga tiket dewasa return adalah RM160.00 tambah surcharge jadi RM181.00 per person. Kat sini kami lari bajet sedikit sebab tak kira RM21.00 setiap orang tu. So aku dengan wife return tiket RM362.00. Tiket kanak-kanak yang berusia 2 - 12 tahun ada 3 orang. So RM100.00 seorang tambah surcharge RM21.00 = RM121.00 seorang darab 3 orang = RM363.00
Bagi yang berumur bawah 2 tahun tiket adalah percuma tetapi perlu bayar surcharge RM18.00 sahaja. So total tiket return kami sekeluarga adalah RM743.00. Dan satu lagi peringatan penting ialah balik dari Batam ke Stulang pun ada surcharge juga. IDR 135,000 atau RM45.00 seorang dan untuk bawah 2 tahun surcharge IDR100,00 sahaja.
|
Ini boarding pass dari Batam Indonesia ke Stulang Malaysia. |
Makanya jangan habiskan duit korang shopping di Batam. Make sure simpan duit siap-siap untuk bayar surcharge masa balik nanti. Surcharge ni ialah boarding pass kita sebab selagi tak bayar selagi tak dapat boarding pass. Masa aku bayar surcharge di Batam ada brother sebelah aku tak ada duit nak bayar surcharge tu. Dan kena ingat bayaran hanya boleh dibayar cash sahaja tak boleh guna QR Pay atau Kad.
Okey...SA follow rapat kat update entry Batam ni sebab plan nak pi tahun depan..x sabar nak baca lagi ni..cepat update...hahaha
ReplyDeleteOkay baik sila follow rapat yer.. Batam best sebab murah especially makan-makan di Batam .. shopping pun murah kalau di Nagoya.. ok tunggu update yer :D
Deletekami x pernah lagi ke luar negara kecuali ke Thailand. Alhamdulillah ada tandas bersih, lady kalau ke mana2 kalau xde tandas bersih sgt sukar untuk bermandiri.
ReplyDeleteKalau travel mmg kena hadap tandas bersih atau tidak..kalau sy kdg2 cucu dulu tandas tu kalau dh kotor sgt.. :P
DeleteSyukurnya dapat tempat bilas bersih...kalau ada yang kotor agak terpaksa juga ya kalau mau bersih"suka risih ...bagaimana rasanya naik kapal Fery ?..saya termasuk sering menggunakan kapal Fery/kapal laut,bisa sekitar 2 jam di penyebrangan.
ReplyDeleteDpt yg bersih bersyukur aja.. Kalau tak dpt yg bersih pejamkan mata asalkan hajat tercapai gitu hahaha..
DeleteSaya suka dan tiada masalah nak kapal feri.. Wife sahaja yg kurang selesa nak kapal feri..
W'salam TT..
ReplyDeleteThank you for the info.. Bila kerap pergi overseas, last minute plan pun jadi.. LZ ni ada plan ke overseas tapi memanjang overthinking, risau dengan banyak persoalan dlm fikiran akhirnya tak ke mana.. Bila dapat baca pengalaman TT dapatlah vibes melancong..
Thanks for coming here too :D
DeleteLast minute sebab itinerary dah study awal.. just tunggu masa jer bila perfect timing nak henjut terus ke Batam. Biasalah tu ada perasaan mcm2 bila nak travel but semua tu yg akan menjadikan warna warni time travel tu nanti :D
So far lom plan lg nak gi batam tp suka jer baca travel entry ni
ReplyDeleteBoleh la try ke Batam.. asyik ke selatan thailand je kan.. kita try ke bawh pulak Indonesia :D
DeleteAduh! kalau takde cash jugak macam mana tu brother tu terpaksa pinjam kawan ke
ReplyDeleteNtah la saya pun tak tahu apa penghujungnya.. sebab time tu saya macam dah selesai urusan bayara surcharge tu. just dengar je. Nak bantu pun duit kita cukup2 jer huhuhu :P
DeleteToilet bersin memang bagus lah. Thanks for sharing. Tunggu post baru. Hehe
ReplyDeleteKena pilih feri jugak kot. sebab feri balik lebih canggih bersih dan baru compare feri nak dtg yg agak kurang la berbanding feri balik gitu :D
DeleteWah saat akhir pergi!
ReplyDeleteBoleh tahqn harga tiket feri dengan surcaj.
Hahaha... Batam boleh la last minute pergi.. Tempat lain idok la berani mcm tu.. Harga feri mmg mahal.. Tunggu promo la kalau ada.. :D
Deleteharga makanan T20?
ReplyDeleteok saya bawa bekal megi je laaa
Terminal kan.. Harga ala-ala airport gitu hahahaha ... Baik makan kat gerai2 sebelum masuk Berjaya Waterfront tu puas-puas sampai kenyang :D
DeleteBaru tau surchargenya di bayar terpisah 😅. Saya dah lamaaaa tak ke Batam bangm trakhir pas usia masih 11 THN 🤣🤣🤣🤣. Batam masih gersang, blm banyak bangunan macam skr.
ReplyDeleteKalo sekarang katanya dah ramai kan. tapi tuhlah, belum kesampaian nak kesana. Saya lihat cerita Abang ajalah 😁
Iya.. nasib diberitahu oleh penjual tiket.. maka duit disimpan siap2 untuk bayar surcharge di Batam Centre Terminal. Sekarang Batam sudah maju sudah banyak pembangunan. Jalan raya ke Airport sudah ada 5 line :D
DeleteSurcaj dibayar asing x include sekali ngan tiket terus, bahaya la wat cmni...agak mahal plk tu surccajnya
ReplyDeleteItulah kalau tak tahu mmg cari pasal la bila nak balik ke Malaysia nanti kalau tak ada cash.. Tak tau nape mahal surcharge tu.
Deleteoh... pergi dr jb rupanya.. best jugak itenary ni... harga feri pun ada promo ke? sbb anak² sy x pernah naik feri jauh² mmg pengalaman baru jugak... nnt kalau nk pegi bolehla refer post ni.. yg surcaj tu wajib cash ek... nmpk fishy kat sini... peluang utk buat kantau tu besar
ReplyDeleteCousin bgtau kadang2 feri ada buat promo.. Tu dh pesan siap2 kalau ada promo bgtau hihii.. :D
DeleteBoleh try naik feri jauh2 ni tapi yg best kalau ke batam di lalu tepi2 jer tak lalu pun di open sea.. Itulah surcharge tu mahal sgt la..
Boleh baca pengalaman ke Batam dulu sebelum plan ke Batam....
ReplyDeleteOk baik nnti kita share semua pengalaman di Batam. Boleh buat baca2 dulu :D
Deleteokay bro, dh selamat smpi batam erk.. tp ms ni wak xde kt Batam lg.. hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat sudah sampai ke Batam.. Semua yg wak kongsi sy dah baca.. Cuma perkampungan vietnam dah ditutup tak dibenarkan masuk..
DeleteSesiapa nak ke Batam kena asing tepi siap siap cash untuk surcaj. Kalau yang tak tahu, kesian juga ye, nak nak bawak duit cukup cukup je.
ReplyDeleteItulah sesiapa yg tak tahu pasal surcharge tu mmg sakit la time nak balik kalau tak ada cash di tangan..
DeleteSelesa feri nya...murah parking rate...surcharge mcm tax lah kan...
ReplyDeleteAah macam tu lah kiranya.. tax dan print boarding pass begitu lah.. Mmg selesa naik feri ke batam. Cuma feri balik lebih selesa yang teramat :D
DeleteParking rate tu pun tak sangka RM5.00 jer sehari .. alhamdulillah tak lah membebankan sangat .. :D
Saya tak tahu yang apps Booking tu support Israel. Terima kasih, kerana bagitau. Lepas ni, nak tukar app la. Luas feri dia. Terer aa, last minute plan boleh sampai luar negara. :)
ReplyDeleteItulah mula-mula berat jugak sbb dah selalu guna but insyallah Allah akan permudahkan urusan hamba nya :D
DeleteAla last minit plan ke Batam je bukan Amsterdam hahahaah :D
Bagusnya dapat bawa anak-anak travel. Kecik-kecik sudah ada pengalaman jalan-jalan tengok negeri orang.
ReplyDeleteTentang surcharge itu, kami pun pernah kena sewaktu hendak terbang balik dari Jakarta - Kuala Lumpur tahun 2011. Tapi, baru-baru ini (Og0s 2023) tidak kena pula. Kami dah sedia duit lebih hehehee... sampai KLIA saya terus tukar IDR ke MYR yang kononnya hendak bayar surcharge itu. Dapatlah pulangan RM64.00.
Itulah kita pun beberapa kali juga ke indonesia mcm ingt tak ingt pula pasal surcharge ni. Tapi tak apa la.. Pengalaman itu lebih mahal dari bayar surcharge tu.. :D
DeleteSaya baca habis dan layan dengan catatan perjalanan ke Batam... terbaik la bro
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih sudi membaca semuanya.. Sekadar berkongsi pengalaman :D
DeleteSalam Bro,
ReplyDeleteSaya nak ada 2 jenis feri ke Batam dari Stulang Laut. 1 Indomas satu lagi Gemilang Bestari tak silap saya.
Antara 2 jenis feri ni, yang mana lebih baik? Adakah saya patut beli melalui onlime atah sebaiknya beli walk in?
Waalaikumsalam..
DeleteSekiranya bukan pada musim cuti sekolah atau cuti umum boleh beli tiket walk in sahaja. even saya rasa kalau waktu cuti pun ada sahaja tiket yg boleh dibeli walk in. Sebab dalam satu hari akan ada banyak feri yang bertolak dari stulang ke batam.
Semasa membeli tiket kita tidak diberitahu feri dari company apa berlepas pada pukul berapa. Hanya pukul berapa sahaja yang kita boleh pilih.
Nk tanya duit byrn surcharge tu brp anggarannya
ReplyDeleteTiada anggaran.. Saya dah beri jumlah tepat berapa yang perlu dibayar utk surcharge dari Malaysia ke Indonesia dan dari Indonesia ke Malaysia. Boleh baca di atas yer :D
DeleteBayaran surcharge tu mcm menakutkan pulak
ReplyDeleteBetul.. make sure simpan siap2 amount surcharge tu.. sbb kena bayar cash...
DeleteHi, nak tanya parking dekat dalam tu rm5 untuk sehari kan?
ReplyDeleteYeap betul... RM5.00 untuk sehari.. jangan parking luar.. mahal huhuu
DeleteNak tanya... Feri tu naik yg mana ye.. Dolphin ke? Rate feri sama ke untuk semua company? Terima kasih info
ReplyDeleteRate feri semua sama sahaja.. just kita boleh pilih nak fery yg mana dan pukul berapa.. kena search sikit company mana yg guna fery baru dan lama.. sebaba sejam lebih atas tu.. dpt yg fery baru mmg best :D
DeleteMaaf nak tanya parking dekat dalam tu parking dalam mall tu kan?
ReplyDeleteYer betul.. dalam mall.. masuk gate terus ke kiri.. parking kat dlm.. murah jer dan selamat insyallah :D
Delete