Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Indonesia Bali Part 17 : Bali Collection - Lunch At Bebek Tepi Sawah - Water Blow Nusa Dua
Sesampai kami di Anika Guest House dan mengambil luggage dan beg dari kaunter hotel. Kami duduk sekejap di lobi hotel menghadap kolam renang. Maka berbincanglah kami semua apa next move sebab flight dah delay ni. Pastu tadi lunch di Bebek Tepi Sawah bukan main nak habiskan duit hahaha :D
|
Eiger Flagship Store Bali - Produk asli buatan Indonesia - Establish in 1989. |
Aku pun suggest untuk kami semua ke Outlet Eiger yang tadi aku perasan dalam perjalanan Grab ke hotel. Eiger ini adalah brand outdoor dan adventure asal Indonesia yang ditubuhkan pada tahun 1989. Dan produk Eiger sangatlah berkualiti sebab ia turut membuat produksi pakaian dan kelengkapan serta accessory untuk military Indonesia juga.
|
Masjid Agung Asasuttaqwa, Kampung Bugis Tuban, Kuta Bali. |
Selepas say bye bye pada auntie di kaunter hotel kami pun naik grab ke Outlet Eiger yang terdekat. Dalam perjalanan kami sempat meminta pemandu grab yang beragama islam untuk berhenti solat di masjid seketika sebelum ke Eiger. Alhamdulillah pemandu pun berkata dia pun nak berhenti solat juga maka berjemaahlah kami masuk ke masjid.
|
Anything about outdoor, adventure, sport and travelling accessory. |
|
Suka dengan produk Eiger ini. Tahan lasak dan tahan lama. Design banyak yang cantik :D |
|
Sebuah kapal layar yang diletakan di tengah-tengah ruangan utama. |
Sampai di Eiger pemandu grab pun masuk sekali sebab katanya tak pernah tahu pun kewujudan Eiger ini. Aku rasa ini Outlet Eiger paling besar aku pernah masuk di Indonesia, ada kapal layar dan motosikal dalam outlet ini. Barang accessory untuk aktiviti outdoor, adventure dan military memang penuh.
|
Banyak yang berkenan tapi itulah. Jangan diikutkan amarah nafsu dalam membeli hihii. |
Kali ini aku terbeli wallet sebab ada promo 35% diskaun. Puas la wife racun dan pujuk aku untuk beli sebab wallet lama tu dah lusuh hahaa. Untuk Ustaz Anas dengan Cikgu Hani, ini adalah first time untuk mereka jejak kaki ke EIGER. Memang banyak barang dan gadget untuk traveler di sini kita boleh dapat di sini.
Untuk pengetahuan semua pembaca Eiger telah membuka 3 cawangan mereka di Malaysia. Pertama di Jalan Ampang dan kedua di MyTOWN dan yang terakhir di The Curve, Petaling Jaya. Apa pun membeli di Indonesia jauh lebih murah berbanding harga di Malaysia.
|
Boleh tahan besarnya outlet Eiger di Kuta, Bali ini. Dah la angin aircond sejuk sangat dalam ni. Memang best nak cuci mata hihii :D |
|
Moga satu hari nanti Malaysia akan ada produk outdoor dan adventure buatan tempatan. |
Dalam masa yang sama kami search hotel mana nak stay untuk malam ni sebab flight dah delay. Kami decide nak cari hotel yang selesa nampak mewah tapi dengan harga marhain sebab dah 3 malam sebelum ini kami memang tak cukup tidur.
Maka dapatlah satu hotel yang aku sangat recommended iaitu Hotel Santika Siligali Nusa Dua yang beralamat di Jalan Raya Kuta No 98, 80361 Kuta. Terletak tidak jauh dari Bali Collection dan agak mudah nak ke airport melalui Jambatan Mandara dengan jarak lebih kurang 13 km sahaja. Oh ya breakfast juga disediakan.
|
Reception Hotel Santika Siligali Nusa Dua. |
|
Ruangan lobi menunggu bersebelahan dengan ruangan breakfast. |
|
Decoration di sepanjang perjalanan dari entrance ke receptionist. |
Harga sebelum diskaun adalah RM170.00 per night. Dan selepas tolak point dari app bagai dan bayar menggunakan kartu yang boleh dapat diskaun maka kami dapat RM135.00 per night for two person. Bilik memang selasa luas dan lengkap dengan segala kelengkapan. My review is 10/10 sebab banyak benda is unexpected.
Kalau di Malaysia mesti harga lebih RM200.00 per night. Dan yang best di sini ada shuttle disediakan untuk ke Bali Collection for free untuk tetamu hotel. Dan kami diberitahu oleh staff hotel akan ada satu van yang boleh memuatkan 10 orang dengan harga IDR400,000 untuk bawa jalan-jalan sekitar Kuta. Jika berminat boleh la join the group.
|
Selesai urusan di kaunter receptionist. Moh ler kita naik ke bilik. |
|
Bilik yang bersih, luas dan kemas serta cukup dengan keperluan. Ada balkoni lagi tu. |
That is how secara kami tak sengaja boleh ke Uluwatu Temple dan melihat Patung Garuda Wisnu Kencana. Untuk bayaran masuk ke Uluwatu Temple - Dewasa IDR50,000 dan Children IDR 30,000 dari umur 6 sehingga 12 tahun. Bawah 6 tahun adalah percuma. Parking kereta IDR5,000 dan untuk melihat Kecak & Fire Dance IDR 150,000 seorang.
Oh ya pada pendapat aku, bagi orang yang beragama islam tak perlulah melihat Tarian Kecak ini. Sebab ia penuh dengan pemujaan dan unsur yang tak baik dari segi syirik dan kekufuran. Dan kalau yang tak kuat tu mungkin akan dirasuk. Dan bagi aku tarian ini sangatlah menakutkan, waktu senja pulak tu. Pendapat korang pulak macam mana?
|
Perjalanan di sepanjang tebing setinggi 70 meter ini sangatlah cantik. |
|
Tarian Kecak & Api di Pura Luhur Uluwatu atau Uluwatu Temple pada waktu senja. |
|
Juga dikenali Ramayana Monkey Chant adalah sebuah ritual menggambarkan peperangan bersama Prince Rama menentang King Ravana. |
Bayangkan Tarian Kuda Kepang samada tarian biasa, tarian gelanggang dan dramatari pun difatwakan haram oleh Pihak Mufti Kerajaan Negeri Johor pada Mei 2009. Semua umat islam ditegah dari melibatkan diri sebab ia bercanggah dengan aqidah, syariat dan akhlak islamiah. Dan yang pernah terlibat dinasihatkan untuk bertaubat nasuha.
|
Permainan Kuda Kepang. |
Dan untuk masuk ke Patung Garuda Wisnu Kencana iaitu The Tallest Statue in Indonesia. Bayaran masuk adalah IDR125,000 per person. Nothing much to see dan pada pendapat aku boleh bergambar dari luar sahaja. And somehow ia bukanlah structure bersejarah seperti Uluwatu Temple yang telah wujud dari kurun Ke-11 oleh Dang Hyang Nirartha.
|
Patung Garuda Wisnu Kencana - Statue Ke-7 tertinggi dunia (76 Meter). |
Oh ya ketika berada di Uluwatu kalau yang pakai spek mata tu kena berjaga-jaga sikit takut ke curi dengan monyet. Sama jugalah yang pegang handphone dan kalau bawa makanan dalam beg plastik jangan pegang. Seeloknya simpan dalam beg dan jangan biar beg kita diletakan di mana-mana tanpa ada orang jaga sebabnya monyet di sini sangatlah nakal ya amat.
Alhamdulillah selesai final part cerita pengembaraan di Bali, Indonesia ini. Terima kasih pada semua yang dah follow dan baca dari first part especially yang meninggalkan comment. Banyak benda dan perkara aku dah cut of dari bercerita di blog ini namun masih lagi panjang sehingga 18 part. If any wrong info tolong inform supaya aku boleh betulkan semula. Again - Thanks semua :D THE END.
Bagus negara jiran kita ada produk outdoor buatan sendiri. Kita pun sepatutnya ambil peluang sbb skrg ni ramai suka aktiviti outdoor.
ReplyDeleteSepatutnya Malaysia yg dikatakan lebih maju patut ada dah produk outdoor/adventure sendiri tak perlu berharap dari negara luar. Btl skrg ramai suka aktiviti outdoor..
DeleteBanyak tempat yang dilawati nie... Bagus betul..
ReplyDeleteAlhamdulillah byk dpt cover walau cumi 4 hari plus sahaja berada di Bali.
Deletesejujurnya saya memang tak minat nak tgk apa2 benda yg ada unsur keagamaan/pemujaan etc.. so i agree with your viewpoint psl tarian kecak tu..anyway, rate hotel tu sgtlah murah...tak dpt lah kalau kat msia
ReplyDeleteSaya kalau dah bercampur pemujaan tu mmg tolak jauh jauh la.. Dah la pemain tarian tu akan macam dirasuk huhu.. Review org la.. sy tak tgk.. mmg unexpected juga harga hotel tu murah mcm tu sekali..:D
Deletecantiknye dinding mcm lubang2 tu kat dobi..
ReplyDeleteDobi ke Lobi? Hihii... Bali ada keunikan seni bina mereka tersendiri :D
DeleteKat Uluwatu ni la ada monyet notty. Dia curi cermin mata hitam pengunjung. Pengunjung tu bagi makanan....cermin mata hitam dia buang ke bawah. Kat sini monyet ni dikira suci jadi tak boleh diapa-apakan. Permandangan kat Uluwatu memang cantik sangat bagi saya.
ReplyDeleteMmg notty sangat2 monyet tu.. nasib kat Bali.. kalau kat kg saya mmg dah kena tembak satu puak dia hahaa.. boleh pulak nk kena bg makan bru dpt balik brgbkita eh kau... Hahaha..btw view kat Uluwatu mmg cantik..
DeletePasal Kecak tu memang kami tak tengok pun dah timing dia tu tak ngam. Senja kan....apa pun bab keagamaan ni memang saya pun tak akan pergi tengok. Kita tak tahu apa implikasinya pada kita dan mungkin tak faham pula tradisinya. Kalau boleh saya elakkan.
ReplyDeleteAah betul betul waktu syaitan berkeliaran (waktu senja). Betul tu tak tahu apa implikasi dia.. dari review di internet mmg ramai yg kena kacau atau kena rasuk ketika event atau selepas balik dari situ. Lagi pun benda syirik jauhkan je la ..
Delete