Saturday, 21 December 2024

Bali Part 16 : The Keranjang Bali - Richeese Factory - Mandara Bridge Toll Highway

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Seawal pagi kami check out dan berjalan kaki sejauh 800 meter selama 15 minit dari Hotel Anika menuju ke Masjid Nurul Huda yang terletak bersebelahan dengan Satria Gatotkaca Statue Park. Sekadar nak ambil gambar sebab Satria Gatotkaca ini pun adalah one of the interesting place to see. 

The Keranjang Bali carries the concept of "Bali in One Basket".
Kami sekadar mengambil gambar Saria Gotatkaca Statue Park dari seberang jalan sebab cuaca masa ni sangatlah panas. Dan Masjid Nurul Huda pun tak masuk sebab plan nanti balik waktu Zohor insyallah barulah kami singgah. 

Dari sini kami sepatutnya ambil grab ke The Keranjang Bali dengan jarak 1 km tapi Ustaz Anas kata kita jalan kaki jer la sebab di sepanjang jalan ada banyak kedai jualan dan warung makan muslim. Boleh la tengok-tengok apa yang menarik.

Satria Gotatkaca Statue Park. Amik gambar dari jauh sahaja panas sangat waktu ni.
Masjid Nurul Huda yang terletak berhadapan Satria Gotatkaca Statue Park.
Memang betul kami stop di few kedai macam Alfamart dan Indomart sebab nak recharge dalam aircond pastu beli air memanjang. Sudahnya kalau naik grab pun sama jer harganya hahaha. Tapi tak apalah janji enjoy kan :D

Disebabkan kami kepenatan akibat berjalan kaki jauh maka perut mula berbunyi kelaparan dan dengan tidak sengaja terserempak pulak Richeese Factory terus kami terjah. Ini kali pertama aku try makan dan Ustaz Anas kata di Malaysia pun dah ada outlet ni.

Masa ni first time makan Richeese Factory. Tempat makan di sini selesa sangat.
Nasi dengan Ayam Goreng, Wedges, Air Bandung dan Teh O Ais.
Kami berempat makan nasi putih dengan ayam goreng tapi yang bestnya tak la mahal mana dan rasa dia pun okay sedap. In total IDR113,000 include air minum. Tempat pula selesa ada aircond dan boleh charge handphone lagi. Setengah jam juga kami duduk makan di sini dan kemudian terus sambung jalan ke The Keranjang Bali. 

Alhamdulilla akhinya sampai juga kami di The Keranjang Bali. Tempat shopping produk Bali.
The Keranjang Bali adalah sebuah tempat membeli barangan souvenir, kraftangan serta hasil produk makanan atau minuman yang semuanya diperbuat di Bali. Harga tidaklah murah tapi mudah sebab boleh dijadikan sebagai destinasi terakhir sebelum ke airport. 

Kalau perasan orang-orang Hindu di Bali ada memakai gelang tali di tangan.
Kesemua gelang itu berwarna dan ada makna dari bahasa Sanskrit Purba.
Contoh Bremantya bermaksud Kegigihan dan Darmalaksana bermaksud Adil.
Dibuka setiap hari - Isnin hingga Khamis 9.00 pagi - 9.00 malam. Dan Jumaat hingga Ahad 9.00 pagi - 10.00 malam. Kecuali pada Sambutan Hari Nyepi bermaksud "Day of Silence" pada 11 Mac setiap tahun. Semuanya yang ada di Bali akan ditutup termasuklah penerbangan, hotel dan tempat wisata dan lain-lain.

Di sini bukanlah menjual produk semata-mata tapi penuh dengan decoration.
Contoh macam Jambatan Antun Antun ini adalah jambatan traditional di perkampungan.
Decoration persembahan wayang kulit lengkap dengan alat muziknya sekali.
Sangatlah recommended untuk datang ke sini. Masuk adalah percuma.
Di sini kami terbeli beberapa keping fridge magnet, coklat dan teh buah manggis yang kami pernah minum di Hidden Garden At Tabahan tempoh hari. By the way Cikgu Hani ni hantu coklat asal nampak mesti nak beli. Nasib la Ustaz Anas pemurah orangnya - membeli setiap kali diminta oleh si isteri hahaha.

Section produk souvenir dan chocolate buatan Bali.
Lagi section produk candy, chocolate dan souvenir. Memang rambang mata dibuatnya.
Lama juga kami di Keranjang Bali sebab tempat yang besar dan luas ada 4 tingkat kesemuanya. Once masuk memang kita akan start dari tingkat 4 dan meneroka sampailah ke bawah. Lepas keluar aku tanya dengan semua nak balik hotel atau nak ke tempat lain sebab nanti dah balik mesti dah malas nak keluar lagi. 

Jambatan Mandara ini adalah yang ke 5 terpanjang di Asia Tenggara dengan panjang 8.3 km.
Satu-satunya tol yang ada di Bali adalah di atas Jambatan Mandara ini.
Dan aku bagi cadangan kita ke Bali Collection di Nusa Dua Jaya, Kuta Selatan. Sebab ia berada di pulau yang lain dan kita akan dapat pengalaman melalui Jambatan Mandara di atas laut dan di situ terletak satu-satunya tol di Bali. Dan Nusa Dua Jaya ini boleh dikategorikan sebagai kawasan elit. Dan persidangan G20 pun diadakan di sini.

Lebuhraya Jambatan Mandara yang terletak berhampiran Ngurah Rai International Airport.
Harga Grab dari The Keranjang Bali ke Bali Collection adalah IDR108,000. Pemandu siap bertanya jika mahu jalan biasa atau melalui Jambatan Mandara. Terus aku kata ikut "Jambatan Pak". Nak tengok kecantikan jambatan di atas laut yang menghubungkan 3 destinasi yang jauh di pulau yang berbeza. Dan pasti lebih cepat hanya mengambil kurang 15 minit untuk sampai ke destinasi.

Siap dibina pada tahun 2013 selepas 20 bulan pembinaan yang bermula pada bulan Mac 2012 dengan kos pembinaan sebanyak USD220 juta bersamaan IDR2.48 trillion. Jambatan sepajang 8.3 km ini telah dirasmikan oleh President Susilo Bambang Yudhoyono. Mandara diambil dari perkataan Sanskrit membawa maksud maju, aman damai, dan sejahtera.

Bersambung Indonesia Bali Part 17 : Bali Collection - Lunch At Bebek Tepi Sawah - Water Blow Nusa Dua (Under Construction)

23 comments:

  1. Wahhh Jambatan Mandara cantik. Memang belum siap time kami pergi 2012. Aaihhh nampak The Keranjang Bali tu, lagi lah berkobar2 nak ke Bali lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah cantik view dari atas ni jambatan.. Ada satu port tu kalau bernasib baik kapal terbang nak landing akan lalu atas kepala kita.. tunggu la video dri cikgu hani nanti siap.. sebab tu keranjang bali tu kena pergi last just before nk ke airport. :D

      Delete
  2. Wow... Tol dia pun mengekalkan ciri2 tradisional sana... Nice!

    ReplyDelete
  3. Keranjang tu bakul kan?
    Richesse ni byk dah produknya masuk Malaysia kan...
    Jambatan tu cantik bangat ya 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanyalah Keranjang tu maknanya bakul la kot. Richeese Factory skrg dah banyak kat Malaysia. Jambatan tu menghubungkan beberapa destinasi.. Menarik :D

      Delete
  4. unik dan cantik jambatan tu :) jauh berjln luas pemandangan pastinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melangkah jauh melintasi jangkau mata yang memandang :D

      Delete
  5. Replies
    1. The Keranjang Bali boleh singgah sebelum ke airport nak balik :D

      Delete
  6. richeese tu betul sedap, haritu saya ada makan kat branch kota warisan. ayam besar dan harga pun tak mahal mana. best sebab ada pencicah cheese tu
    wahh baru tau ada jambatan panjang kat bali ni??? rupanya siap tahun 2013 haha saya dulu pegi tahun 2012. ni tanda nak kena jejak kaki kat balik lagilah. dah banyak kemajuan agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau 2012 tu dah lama sgt..wajib la repeat hahahaa.. dri airport nak ke Nusa Dua skrg ni sekejap jer sbb highway ni.. ada view kpl terbang landing pulak tu..
      First time mkn RF ni kat Bali.. sampai Malaysia terus cari huhuu..

      Delete
  7. Saya bahkan belum pernah mencoba jembatan itu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus cuba melewatinya... Kelima terpanjang di Asia Tenggara.. :D

      Delete
  8. Cepat juga siapnya pembinaan jambatan Mandara itu, hanya 20 bulan sahaja. Bagi saya itu suatu yang menakjubkan kerana jambatan itu boleh tahan panjangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bacaab dari sumber mengatakan memakan masa kurang 2 tahun untuk siap. 8.3 km panjang jambatan mandara ni. interesting.. :D

      Delete
  9. Abang tak coba firewings reechese? Saya underestimate awalnya, kira tak pedas sangat. LGS pesan level 5. Baru makan 1 wings, dah nak pingsan 🤣🤣. Malamnya habis gastric saya kumat sampai esok. Macam trauma hahahah. Sejak itu pesan firewings hanya sanggub level 2. 😄

    Jembatan ini saya blm pernah lagi. Krn waktu itu naik motor, jadi tak boleh lalu jembatan tol. Khusus bus dan mobil.

    Keranjang Bali saya juga belum pernah masuk. Tiap ke Bali, nak beli oleh2 selalunya di Krisna . Sebab lebih murah hahahaha.

    Tapi keranjang ini memang cantik walo mahal. Worth it juga belanja di sana. Banyak yg bisa dilihat kan. Dan lengkap isinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketika ini pertama kali mencuba Richeese Factory.. dan ketika kelaparan mmg cari nasi sama ayam goreng.. next time blh cuba lgi.. di Malaysia pun sudah byk outlet RF ini. Klu begitu pedas ngak mau cuba lah nanti sakit lgi teruk hahaha..

      Delete
    2. Oh baru tahu jambatan ini bgak boleh dilalui oleh motor.. patutlah ketika lalu keadaan tenang aja hihii..
      Selepas ke Keranjang Bali barubtahu ada Krisna itu. Tapi sudah berbelanja di Keranjang.. insyallah next time cuba ke Krisna pulak.. makasih infonya :D

      Delete
  10. Menarik juga apa yang dipertunjukkan di The Keranjang Bali itu, Mas. Dari berbagai souvenir sampai model jembatan dan alat-alat wayang terdapat disana.

    Jembatan Mandara ternyata cantik juga. Duh saya jadi penasaran, saya belum pernah kesana. Mungkin suatu saat nanti.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana itu slogan nya all in Bali in one busket. Tempat yg menarik dan sesuai mencari barangan terakhir sebelum pulang ke Malaysia. Dan lokasinya juga tidak jauh dari Airport. Insyallah moga sampai nanti di Bali jua :D

      Delete
  11. Menarik tu dari pulau ke pulau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Bali pun terdapat banyak pulau-pulau kecil yang lain. Klu dpt explore semua mesti best :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...