Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Perjalanan yang hanya memakan masa kurang dari satu jam tapi menjadi lebih 2 jam kerana keadaan jalan yang terlalu mecet. Dan pemandu grab bilang mungkin kami akan sampai ketika waktu sudah malam dan tiada harapan untuk kami melihat suasana cantik matahari terbenam di Tanah Lot.
|
Pemandangan Sunset di Tanah Lot Temple - Sumber Google. |
Dan di dalam kereta aku tanya pendapat semua nak terus ke Tanah Lot atau kita batalkan sahaja dan minta pemandu grab berhentikan kita di mana-mana sahaja. Lagi pun kami belum sempat solat jama Zohor dengan Asar ketika ini. Dan plan asal kami akan solat di musolla bila sampai di tanah lot nanti.
Oleh sebab kami semua belum solat maka terus search di mana masjid yang terdekat. Dan Masjid Al Hassanah Canggu Permai adalah yang paling dekat sekitar 20 minit dari tempat kami berada. Dan paling penting masjid itu berada di luar jalan utama yang mecet.
|
Masjid Al Hassanah Canggu Permai yang telah siap direnovasi pada tahun 2019. |
|
Bentuk asal Masjid Al Hasanah Canggu Permai sebelum dinaik taraf pada 2019 |
Alhamdulillah kami sampai di masjid setengah jam sebelum masuk waktu maghrib. Oleh sebab beg kami banyak maka aku inform pada yang lain untuk semua solat sendiri sebab ada yang nak ke tandas terlebih dahulu dan seorang kena jaga semua beg di satu tempat dan akulah yang volunteer kan diri.
|
Harga sepinggan IDR10,000 sahaja. Dimakan bersama sambal kuah kacang. |
Sambil aku menjaga beg di bahagia luar koridor masjid terlihat seorang pakcik berniaga sesuatu. Dan pondok kecil yang berada di atas motor beliau berniaga tertulis Batagor & Siomay Bandung. Aku pun tak tahu apa benda tapi nampak macam dimsum kukus dengan goreng. Maka aku pun order sepinggan sebab dah kelaparan yang amat time ni.
Harga cuma IDR10,000 sahaja sepinggan. Dan yang penting pakcik ini pakai kupiah dan berniaga di parking masjid insyallah halal. Elok ngam habis makan Cikgu Hani dengan wife aku keluar. Maka tidak mereka tahu aku dah makan sesuatu tadi hahaha.
|
Bentuk asal masjid yang mempunyai kubah sebelum diubahsuai menjadi 3 tingkat. |
|
Ruangan dewan solat utama Masjid Al Hassanah Canggu Permai. |
|
Selesai solat terus kami ikut supir untuk ke pantai yang berdekatan dan bawa kami ke hotel. |
Okay ada satu kejadian yang aku nak cerita ketika nak solat maghrib berjemaah di masjid ini. Sebelum masuk waktu magrib aku dengan ustaz anas letak semua beg di saf paling depan hujung kiri. Dan space untuk letak beg tu pun hanya untuk satu orang berdiri sahaja. Dan aku bersapa dengan para jemaah yang hadir menunggu maghrib.
Alhamdulillah disambut baik dan ramai yang bertanya dari mana. Bila disebut dari Malaysia ramai yang bercerita pernah ke Malaysia dan ramai yang berkata kitakan serumpun kalau perlukan apa-apa bagitahu aja kami para jemaah di sini. Setelah masuk waktu dan bersolat sunat tiba-tiba ada seorang pemuda datang dan berkata "Pak tas dan bagasinya minta tolong letak di luar ya".
|
Masa ni sampai di pantai amik gambar sekeping dua lepas tu terus gerak keluar. |
|
Finns Beach Club is one of the biggest club di Kepulauan Bali. |
|
Pemandangan Sunset di Pantai Berawa yang terletak tidak jauh dari Bandar Denpasar. |
Aku pun kata tak boleh ke letak sini dan dia kata lagi tas ini semua menggangu jemaah. Tiba-tiba salah seorang pakcik yang berbual dengan aku tadi kata "Biarkan aja tas nya di sini. Mau letak di mana? Di belakang? Kalau hilang kau mau ganti?". Masa ni suasana dan jadi senyap dan aku dah serba salah.
|
Warung Seafood Muslim yang kami berhenti makan. Disebabkan semua keletihan, exhausted, lapar maka tak ada seorang pun yang snap gambar makan malam tu. |
Oleh sebab dia seorang jer yang buat kecoh dan para jemaah lain semua setuju aku letak beg kat situ. Tiba-tiba aku bangun sambil memegang beg dan berkata "Kalau tak boleh letak beg di sini ngak apa saya solat aja di luar". Terus jadi kecoh sambil ada yang marah pemuda tadi. Dan tiba-tiba Pak Imam bangun "Biarkan aja beg di situ mereka kan musafir".
|
Alhamdulillah at last kami sampai di Anika Guest House. |
|
Lobi Hotel Anika ini cantik dan kemas. Reception pun sangat membantu :D |
Dalam hati aku padan muka kau dah sibuk kenapa, perasan bagus nak suh letak beg kat belakang pulak. Selesai solat ada yang bertanya nak ke mana, kami jawap tak tahu lagi mungkin ke pantai berdekatan dan kemudian ke hotel. Dan kemudian kami disapa oleh seorang jemaah "Saya bisa bawakan ke pantai dan kalau mau ke mana lagi dan kemudian ke hotel dengan harga IDR200,000".
|
Katil Queen lengkap dengan aircond, tab mandi dan ada ruang rehat di luar bilik. |
|
Dalam bilik Peti Ais dan Tv. Sangatlah berbaloi dengan harga RM44.00 semalam. |
Kami pun terus on sebab badan dah penat sangat. Kami terus ke Pantai Berawa yang tak jauh dari masjid. Tapi kami turun sekejap tak sampai 10 minit sahaja sebab pantai ini penuh dengan bar dan night club dari hujung ke hujung dengan orang macam tak berbaju bagai. Ditambah lagi dengn muzik yang kuat.
|
Unexpected ada swimming Pool yang cantik yang terletak di entrance gate utama. |
Terus aku cakap dengan yang lain "Jom la pergi kang mati kena bala kat sini sia-sia jer." Kami minta dengan pak supir untuk keluar dari area pantai dan singgah sebentar ke kedai serbaneka nak beli something untuk alas perut. Dalam perjalanan ke hotel pak supir kata kalau nak makan dia boleh berhenti di warung makan milik orang islam.
Selepas makan malam kami terus ke Hotel Anika. Kenapa stay di sini? Sebab ia terletak walking distance ke Ngurah Rai International Airport untuk kami balik esok malam. Walking distance ke Masjid Nurul Huda dan Bulatan Satria Gatotkaca Park. Walau murah bertaraf dua bintang tapi ada swimming pool yang cantik. Harga bilik kami cuma RM44.00 semalam.
Bersambung Indonesia Balik Part 16 : The Keranjang Bali - Nusa Dua Bali Collection (Under Construction)
Wow..Cantik view nih..Bleh la bgtau bos sy...Kot2 ade rezeki utk next company trip =D
ReplyDeletenice hotel laaa :)
ReplyDelete