Tuesday, 31 December 2024

Entry Penutup 2024 - My Best Year Of Blogging With 91 Entry

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah Syukur masih diberi keizinan dari Tuhan Yang Maha Esa untuk kita terus bernafas dan menghirup udara menyambung kehidupan menuju masuknya tahun 2025. Kepada semua yang membaca blog ini aku doakan agar diberi kesihatan dan kecerian sepanjang tahun 2025 nanti Insyallah.

Since memulakan penulisan di blog ini pada tahun 2012 sehinggalah tahun ini. Tahun 2024 adalah tahun penulisan paling berjaya dalam hidup aku adalah dengan 91 entry yang berjaya aku post. Walaupun agak sibuk dengan mengembara secara backpack ke beberapa buah negara pada tahun ini.

Dengan 64 entry mengenai kisah mengembara di luar negara dan 8 entry mengembara di dalam Malaysia. Dan 11 entry mengenai keluarga dan aktiviti. Selebihnya adalah entry merapu termasuklah entry luahan hati hahaha. 

Sofia City - Capital of Bulgaria - September 2024
Paling banyak aku pernah post dalam setahun adalah pada tahun 2013 dengan 58 entry diikuti 41 entry pada tahun 2023 dan 38 entry pada tahun 2014. Dari tahun 2017 sampai 2022 langsung tak hidup blog ni huhu.

Brasov City - 6th Largest City in Romania - September 2024
Dan somehow 2024 juga adalah tahun yang mana aku kembali aktif semula menjadi backpakcers dan syukur berjaya menjejakan kaki ke 8 buah negara dan 10 bandar baru di dalam list traveling aku. Untuk tahun 2025? Masih tiada lagi perancangan nak travel ke mana.

Kok Tobe Hill Park - Almaty, Kazakhstan.
Mungkin juga akan repeat rancangan yang sama iaitu mengembara secara backpack bersama anak-anak ketika Hari Raya Aidilfitri sama seperti ketika Raya Aidilftiri 2024. Because that the only time yang semuanya free tak perlu nak ponteng sekolah atau diganggu soal kerja. Sejarah telah membuktikan kejayaannya hahahaa :D

Moga-moga insyallah tahun 2025 akan dipenuhi dengan kerajinan dan kejayaan dalam dunia blog dan travel. Kisah pengembaraan yang tertunggak makin berkurang dengan hanya 17 negara lagi yang perlu di update di dalam blog ini. Insyallah next update kisah pengembaraan will be Central Asia :D

Insyallah Next Update - Kisah Backpack ke Almaty - Bishkek - Tashkent.
Almost 13 days trip to Central Asia. Touch down in Almaty, Kazakhstan with Airasia in the month of Ramadhan 1445 Hijrah (This year April 2024). Alhamdulillah dapatlah berpuasa 3 hari di Almaty, Kazakhstan and Bishkek, Kyrgyzstan. Solat Raya Aidilfitri di Bishkek dan menyambut raya di Tashkent, Uzbekistan. Well banyak kisah menarik yang aku nak kongsikan nanti. Stay tune tau :D

Ada dua posting aku buat semasa berada di sana. Salam Perantauan Aidilfitri Untuk Semua Dari Kyrgyzstan dan Sambutan Aidilfitri Dari Central Asia Pulang Ke Malaysia. Mungkin korang boleh have a look first sebab ada few gambar-gambar yang aku dah share dan serba sedikit intro. Sebab nanti bila aku dah start menulis nak skip intro dah hahahaa :D

41 comments:

  1. makaihhhhh.... ada lagi 17 negara belum update... maksudnya memang dah tulis note siap² lah eh... let say 1 negara ada 15 part. Fuhhhh... 255 entries. Respek betul dengan ketekunan TT menulis. Semoga terus berkarya๐Ÿฅฐ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal.. ntah mcm nak tulis semua tu... Larat ke tidak.. ada masa ke tidak hahaha.. Moga diberi kesempatan utk berkongsi semua pengalaman di blog ini insyallah.. :D

      Delete
  2. Blogger yang hebat.. rajin pulak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haishhhh tak ada la hebat mana .. biasa biasa jer... Kena rajin demi kenangan hihihi :D

      Delete
  3. 17 negara lagi belum ditulis. Fuh!!
    Raya 2025 nanti ke mana pulak tu? ๐Ÿ˜€

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raya 2025 tak tahu lagi ke mana tapi mcm dah nampak bayang2 hihii.. insyallah doakan byk2 miga menjadi kenyataan :D

      Delete
  4. Hello Kak Afif. Semoga 2025 makin rajin nulis di blog ini ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Amin... Moga kita semua sama sama rajin menulis di blog insyallah.. moga 2025 lebih menarik dan lebih rajin dari 2024 :D

      Delete
  5. Jauh perjalanan, luas pemandangan.
    Tahniah kerana menjadi salah seorang pemenang pengomen tegar blog abam kie. Maklumat lanjut di www.zukidin.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga dapat meneruskan lagi perjalanan dalam mengembara di seluruh dunia pada tahun 2025 dan seterusnya. Amin Amin.. Alhamdulillah terima kasih Abam Kie atas kemenangan yg tidak didiga itu hihi... Hadiah tahun baru :D

      Delete
  6. Semoga terus istiqamah dgn travel & blogging ๐Ÿ’ช๐Ÿป
    Tak dapat nak travel jauh² baca blog ni pun dah okay hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah moga diberi lagi kesempatan utk terus mengembara di atas dunia ini pd 2025 dan seterusnya.. btw terima kasih selalu dtg membaca dan mengomen di sini :D

      Delete
  7. Syukur Alhamdulilah dikurniakan rezeki untuk berjalan-jalan ke luarnegara.
    Moga seketul saya juga dapat berjalan2 melihat negara orang satu hari nanti... Aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan moga cuya juga dikurniakan rezeki dan masa utk berjalan jalan ke luar negara amin... Terima kasih kerana menjadi pembaca blog ini juga :D

      Delete
  8. Entry pertama saya di blog ini, Umrah Mantop Travel. Suka sangat membacanya. Untuk entry2 seterusnya, InsyaAllah.. perlahan-lahan akan ku tinggalkan jejak di sini (siap ku letak link blog ni di Berita Purba di dalam blogku).

    Selamat Tahun Baru 2025

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih sudi bertandang ke sini membaca kisah pengembaraan saya dan paling best rajin mmberi comment di sini.. terharu sbb letak blog ni dlm list di blog purba :D

      Salam Tahun 2025 juga :D

      Delete
  9. Alhamdulillah ...
    Entrinya 91 tetapi the real memory tidaklah terhitung...Semoga sucses di tahun 2025 dan Alah temukan kita dengan bulan Ramadhan Al Mubaraq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul real memory and story lebih byk.. yg menulis ni pun dah potong banyak benda nak bagi pendek huhuu.. terima kasih.. insyallah semoga terus menerus berjaya dalam apa jua yg kita lakukan.. Amin..

      Delete
  10. Hebat 91 entries! Bravo. Keep writing and share every moment. Semoga lebih sukses dan semua yang indah-indah di tahun 2025 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis perah otak dah tu menulis berkongsi di blog ini.. moga menjadi bahan bacaan yg baik kepada yg hadir ke sini :D
      Insyallah moga 2025 lebih hebat daru 2024 :D

      Delete
  11. Alhamdulillah di beri kesehatan dan rejeki bisa keliling dunia... moga-moga tahun ini daftar keliling dunianya kesampaian ya...amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah moga diberi rezeki utk menambah daftar keliling dunia dan dipermudahkan segala urusan.. Makasih ya :D

      Delete
  12. 91entries??good job...semoga entry tertunggak tu dapat dipublish segera..x sabar nak baca...hahahha.....cepat update...all the best for 2025

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn la suh cepat2.. penat oo nak update cerita travel ni hahaha.. tapi seronok bila org membaca dan meninggalkan comment :D
      Same to you too.. all the best for 2025.. :D

      Delete
  13. Alhamdulillah diberi rezeki dan kesihatan yang baik .Hebat TT. Ciku nak update satu pun terkedekkedek..hiks. Baru balik Canada and Sawara Japan Oct - Nov 2024 (nak citer jua..hihi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowww Canada tu... Seronoknya.. teringin sangat nak ke sana tapi itulah budget nak ke sana boleh pergi 2 3 negara lain hahaha.. moga kita sama2 diberi kesihatan all the best for 2025 :D

      Delete
  14. Replies
    1. Alah tak ada apalah 91 tu.. Uncle lgi power tiap tiap hari update hahaha.. power la :D

      Delete
  15. A funtastic job! Congratulations!
    Terimakasih sudah membawa kita orang, readers, travel menjelajahi dunia.
    Salutt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga sudi dtg yyk membaca dan memberi comment di sini . :D

      Delete
  16. sedang kumpul duit utk buat haji. lps naik haji nanti buleh la mengembara ke mana2 negara lain asalkan sihat. BTW, jgn lupa tuntut hadiah pengomen tegar blog abam kie ye? maklumat lanjut di www.zukidin.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan moga dipermudahkan segala urusan abam kie utk menunaikan ibadah haji dlm masa terdekat insyallah amin . Nanti nak sy jdi guide percuma bagitau jer kalau nk travel mana2.. :D ok nanti weekend ni sy tuntut.. Bz kerja weekdays huhu.. :D

      Delete
  17. tq for sharing byk tmpt travel tu...kami yg tk dpt pi travel dpt baca & tgk gmbr kwn2 share pn dh seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome.. and thank you so much for always coming here too.. insyallah selagi diberi izin selagi tu kita akan berkongsi travel journey di sini :D

      Delete
  18. wah...betul2 macam drama TV nie...sambut raya dekat luar negara...apa-apa pun, yang penting kita bahagia dengan cara kita...tahun nie nak sambut raya dekat mana pulak? mesti seronok anak2 nie

    ReplyDelete
  19. Salam tahun baru 2025. Semoga dimurahkan rezeki dan sihat sokmo untuk terus mengembara ke seantero dunia ye. KSarie tumpang gembira membaca coretan pengembaraan yang penuh maklumat dan gambar. Teruskan berkongsi cerita ye

    ReplyDelete
  20. tahun ni nak puasa kat mana pula?
    ;-)

    ReplyDelete
  21. p/s selamat tahun baru untuk en afif sekeluarga....

    ReplyDelete
  22. 17 negara belum update. Woww banyak tu. Takpe slow2. Seronok baca trip Afif.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...