Sunday, 15 December 2024

Bali Part 14 : Black Sand Beach & Swan Restaurant At Keramas Beach

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Dari Natya River Sidemen kami booking grab menuju ke Pantai Keramas dengan niat nak singgah sebentar sebab nak tengok Black Sand Beach sebelum menuju ke destinasi utama iaitu di Tanah Lot Temple Island yang berada di dalam Kota Denpasar. Kalau ditanya kenapa pilih Pantai Keramas? Jawapan - Aku tak pilih pun tapi lebih kepada random sahaja.

Pemandangan Black Sand Beach dari Swan Restaurant Keramas.
Sebab dari Sidemen nak ke Denpasar akan ada banyak pantai yang kita lalu just pilih salah satu pantai yang kita nak stop dan kalau order Grab kita mesti tahu destinasi yang akan dituju. Maka aku just pickup random dalam pinpoint untuk kami tuju maka sampailah kami di Pantai Keramas.

Kalau tengok video klip lagu Jiwa Yang bersedih dan last part dalam Movie Ipar Adalah Maut ketika Nisa dan anak dia berjalan di pantai yang berwarna hitam. Akibat terpegun dan teracun dengan kecantikan pantai yang berpasir warna hitam maka aku pun decide nak jejakan kaki. Dan di Bali antara destinasi yang mempunyai pantai hitam yang cantik.

Main area tempat makan. Kami duduk di sini. Okla at least ada kipas :D
Tempat duduk di bahagin luar. Kalau malam okay la. Waktu siang panas ini idok ler teman.
Pemandangan Swan Restaurant Keramas dari arah pantai.
Tapi Pantai Keramas bukanlah yang tercantik cuma itu sahaja peluang yang aku ada untuk melihat Black Sand Beach. Dan pada nasihat aku kalau nak tengok Black Sand Beach jangan datang ke Pantai Keramas. Sebab kat sini ada beberapa supir tempatan akan menghalang grab yang kita booking dari masuk ke kawasan pantai.

Dan kemudian memaksa kita untuk memilih perkhidmatan dari mereka yang jauh lebih mahal dari Grab. Disebabkan kami refuse untuk menggunakan perkhidmatan supir tempatan maka kami decide untuk berjalan kaki dari pantai menuju ke jalan besar dengan jarak lebih 500 meter.

Aku dengan wife menunggu arahan dari Cikgu Hani untuk bergambar.
Ustaz Anas dan cikgu Hani bersemangat nak bergambar dan buat video.
Okla itu cerita masa kami nak balik. Kita cerita keadaan di Pantai Keramas dulu. Bertolak jam sebelum jam 1.00 petang dari Natya River Sidemen dan mengambil masa hampir 30 minit untuk sampai ke sini. Ketika masuk menuju ke pantai dari jalan utama kami tidak mendapat sebarang masalah. 

Masih menunggu hasil edit video dari Cikgu Hani sampai sekarang tak dapat lagi hahaa.
Di sini terletaknya beberapa buah hotel dan chalet dan terdapat satu tempat makan yang dikenali Swan Restaurant Keramas. Agak mewah dan harganya pun boleh tahan mahal. Tapi disebabkan cuaca yang agak panas dan nak cari tempat untuk meletak beg kami. Maka kami decide untuk duduk minum sebentar sebelum turun ke pantai.

Bali Diamond Villas Keramas Beach. Rating 4.5 Star Hotel.
Desa Swan Villas And Spa. Rating 4.0 Star Hotel.
Kami spend IDR197,000 untuk 4 gelas air dan makanan di sini adalah tidak halal menyebabkan kami tidak order apa-apa makanan walau yang ringan seperti fries dan desserts. Dan bayaran Grab dari Natya River Sidemen ke Pantai Keramas adalah IDR123,000. 

Berehat sambil layan Tea, Ice Coffee and Coconut Shake.
Kami duduk tak lama di dalam restoran dan kemudian turun ke pantai. Alhamdulillah dapatlah pijak pasir hitam tapi tak lah secantik seperti apa yang dibayangkan mungkin sebab pantai yang tak berapa bersih dan tak la sehitam yang kami jangkakan. Dan cuaca yang agak panas sekitar jam 2.30 petang maka hanya kami berempat sahaja yang bermain dan mengilai di pantai ini hahahaa.

Di entrance Swan Restaurant Keramas ini kami order Grab.
Cikgu Hani macam dah tak larat nak berjalan tu. Ustaz Anas bawa semua beg.
Grab tak boleh masuk maka kita pun jalanlah kaki sehingga ke jalan besar nun di sana.
Selesai Ustaz Anas dan Cikgu Hani shoot video dan bergambar bagai maka kami pun bersiap-siap untuk beransur pulang. Dan masa inilah kami dapat tahu, selepas kami order grab dan kemudian pemandu grab call menerusi whatsapp bagitau dia tak dibenarkan masuk oleh beberapa orang yang menjaga jalan masuk menuju ke arah pantai.

Jalan kaki di area kampung yang penuh dengan tanaman kebun.
Inilah antara orang-orang yang menghalang Grab atau supir lain dari masuk ke Pantai Keramas.
Dan ketika ini juga kami beberapa kali didatangi oleh beberapa orang yang mengaku supir menawarkan perkhidmatan dengan harga yang lebih jauh mahal. Sambil berkata kalau mahu keluar dari sini hanya kami sahaja yang bisa bantu. Grab atau apa sahaja yang lain tidak dibenarkan.

Alhamdulillah at last kami sampai juga di jalan besar. Dan Grab yang kami order siap menunggu.
Aku pun cakap korang semua larat tak nak jalan sampai ke jalan besar sana dan dalam google map jarak lebih kurang setengah kilometer. Semua kata ok proceed jalan kaki maka kami memulakan perjalanan. Dan Grab yang kami order bagitau dia akan tunggu di jalan besar nanti sehingga kami sampai.

Bayaran Grab dari Pantai Keramas ke Tanah Lot adalah IDR216,000 separuh lebih murah dari apa yang diminta oleh supir tempatan. Ada yang meminta sehingga IDR500,000 dengan alasan jarak yang jauh dan jalan mecet sebagainya. Selepas naik Grab pemandu memberitahu next time turun aja di Pantai Saba. Di sana lebih public dan ramai pelancong.

Bersambung Indonesia Part 15 : Masjid Al Hassanah Canggu Permai - Berawa Beach - Hotel Aniki OYO (Under Construction)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...