Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Tepat jam 4.30 pagi 01 Disember 2024 kami Team kedua dengan callsign Alpha 02 bertolak dari Ampang menggunakan sebuah kenderaan Isuzu D-Max 4x4 menuju ke Pantai Timur. Team Alpha 01 telah bertolak sehari awal iaitu pada petang hari jumaat pukul 5.00 petang menuju ke Pantai Timur.
Tugasan Team Alpha 01 adalah Misi Menyelamat Mangsa Banjir. Alhamdulillah lebih 14 keluarga telah berjaya dibawa keluar dari kawasan banjir dan kemudian di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Pasir Puteh, Ketereh dan Machang. Dengan bantuan aset 2 buah bot yang dibawa dari Ampang.
|
Bersama Ust Rodzi di PPS Kampung Gaal Tengah, Pasir Puteh, Kelantan. |
Oh ya aku adalah sukarelawan yang berdaftar di bawah Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Ampang sejak 6 tahun lepas. Dan misi banjir tahun ini kami dipermudahakan kerana telah menerima penambahan aset kenderaan kedua iaitu sebuah D-Max 4x4 pada bulan Januari 2024 dan juga dua buah bot 10 kaki yang telah berjaya dibeli.
|
Banjir seawal subuh di jalan utama Raub - Benta, Kampung Kuala Gali. |
|
Antara rumah penduduk di Kampung Kuala Gali yang dinaiki air. |
Dalam perjalanan menuju ke Kelantan kami dikejutkan dengan jalan yang telah dinaiki air yang deras berdekatan Kampung Kuala Gali, Raub (kalau tak silap aku). Kelihatan bomba dan polis sedang melakukan kerja-kerja menyelamat dan ketika ini waktu berada di hujung waktu subuh. Alhamdulillah kami berjaya melepasi kawasan yang dinaiki air.
Dan kami selamat tiba di Bandar Kuala Lipis jam 7.45 pagi selepas menunaikan solat subuh di Petronas R&R Bentong jam 6.10 pagi. Bersarapan terlebih dahulu di Kedai Kopi Stesen berdekatan dengan Stesen KTMB Kuala Lipis dan kemudian ke Supermarket BF Freshmart Kuala Lipis untuk membeli barang keperluan dan makanan.
|
Bersarapan di Kedai kopi Stesen, Bandar Kuala Lipis. |
Alhamdulillah duit sumbangan sebanyak RM1,400.00 telah kami gunakan untuk membeli barang makanan kering seperti 200 pack mi segera, 100 pack biskut pelbagai jenis, 300 botol air mineral, 2 kotak tepung gandum, 50 bungkus bihun, 50 pack kopi, kicap, minyak masak, sardin tin dan banyak lagi.
Selesai membeli dan menyusun semua barang di belakang 4x4, kami meneruskan perjalanan. Ketika ini hujan turun walau tak lebat tapi ianya berterusan agak lama sehingga boleh kelihatan di beberapa kawasan bersebelahan jalan telah di naiki air dan beberapa rumah kampung telah dimasuki air.
|
Membeli makanan untuk mangsa banjir di BF Freshmarket Bandar Kuala Lipis. |
|
First round membeli makanan kering untuk PPS. |
|
Selesai membeli moh ler kita ikat dengan selamat. Moga tiada yang terbang di tengah jalan :D |
Sambil memandu terus aku tanya Cikgu Nik "Kalau balik nanti semua jalan tutup macam mana..?" Cikgu Nik kata jangan risau air pasti akan surut dan tak akan banjir selamanya. Tinggi betul tawakkal Cikgu Nik hahaha. "Jangan risau kita selesaikan tugasan kita terlebih dahulu lepas tu baru fikir benda lain".
Jam 10.45 pagi kami telah selamat tiba di Petron Gua Musang. Berhenti rehat seketika dan aku membeli 80 pack Roti Mighty White sebab masih ada lagi sedikit baki dari membeli barang di BF Freshmart Kuala Lipis tadi.
|
Team Alpha 01 yang sedang memindahkan mangsa banjir ke PPS. |
|
Bersama dengan salah seorang Team Alpha 01 - Captain Zainan. |
Dan akhirnya pada jam 3.00 petang kami berjaya sampai di PPS Kampung Gaal Tengah dalam Daerah Pasir Puteh. Secara kebetulan ADUN Gaal YB Ustaz Rodzi juga berada di tempat kejadian. Selepas menurunkan semua barang bantuan dengan dibantu oleh warga tempatan. Kami dijemput untuk minum teh dengan ubi rebus bersama YB Ustaz Rodzi.
|
Ust Rodzi ajak minum teh dengan Ubi Rebus bersama kelapa parut kukus. Time ni memang perut tengah lapar sangat huhuu. |
Duduk mengeteh tak sampai 15 minit kami memohon untuk mengundurkan diri sebab jauh nak balik ke Ampang semula. Dan still takut jalan tutup sebab dinaiki air. Dah la esok Isnin kerja pulak tu hahaa. Disebabkan aku yang memandu dari Ampang sehingga ke sini maka Cikgu Nik mengambil pemanduan. Dan aku? tertidur lena di sebelah hahaa..
|
Sesi memunggah barang makanan untuk mangsa banjir di PPS Kampung Gaal Tengah. |
Kami berhenti di Masjid Sultan Ahmad Mukim Paloh untuk bersolat jama Zohor dan Asar. Setakat ini Gua Musang dan Kuala Krai masih lagi selamat dari keadaan banjir yang melanda Kelantan. Keadaan akan susah jika Gua Musang dan Kuala Krai banjir dan akan menyebabkan lalu terputus dan bantuan susah nak masuk ke Kelantan.
Perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Lipis tidak kelihatan ada kejadian banjir. Dan juga cuaca yang baik tidak hujan. Sehinggalah kami sampai di Bulatan Benta. Terdapat papan tanda "LENCONGAN". Cikgu Nik tanya pada beberapa orang yang menjaga jalan. Katanya tak boleh masuk sebab air naik tinggi banyak kereta dah rosak.
|
Masa ni banyak kereta yang patah balik ke Benta sebab air naik tinggi di atas jalan. |
"Tapi kalau abang nak try redah boleh cuba sebab 4x4 mungkin boleh lepas kot". Cikgu Nik balas"Terima kasih bang" dan menoleh ke arah aku. "Macam mana nak redah ke atau nak ikut lencongan" Aku pun redah jer la insyallah lepas. Jam menunjukkan hampir 9.30 malam.
|
Selepas beberapa ketika kelihatan lampu di hadapan maka tanda nak sampai ke penghujung. |
|
Lega rasanya once dah boleh nampak no plat dan tayar kereta depan. |
Tak sampai 5 minit memandu dari Bulatan Benta kelihatan ada beberapa buah lori dan kereta yang berhenti ditepi jalan. Dengan keadaan yang gelap di kiri kanan kami hanya melihat jalan dihadapan yang telah hilang ditenggelami air. Tiba-tiba ada sebuah lori memandu ke aras jalan yang ditenggelami air dan diikuti oleh sebuah Mitsubishi Triton.
Cikgu Nik pun terus memandu ikut dibelakang Triton berkenaan dan hanya kami tiga kenderaan sahaja yang cuba meredah air. Yang lain hanya memerhati dari belakang. Kami memandu seolah-olah tiada kelihatan mana penghujung di hadapan. Dan lama ke lamaan Triton di hadapan semakin perlahan membuat aku lebih risau.
|
Alhamdulillah akhirnya kami berjaya meredah banjir. |
Apatah lagi pintu D-Max ni juga telah hampir separuh ditenggelami air. Dan keadaan menjadi lebih mendebarkan kerana air menjadi lebih deras seolah-olah menolak kerata yang kami naiki ke arah tepi. Dalam hati aku masa ni "Jangan la enjin mati". Dah la kiri kanan hutan gelap gelita. Aku dengan Cikgu Nik memang tak bersuara langsung.
Dalam keadaan gelisah tiba-tiba nampak cahaya di hadapan menandakan kami hampir berjaya melepasi banjir ini. "Ya Allah lepaskan kami dari banjir ini dan selamatkanlah kami.." Walau dalam keadaa risau sempat juga aku keluarkan HP amik gambar dan video ketika saat ini.
Alhamdulillah selepas melepasi banjir tadi kami meneruskan pemanduan dengan selamat sehingga selamat tiba di Ampang tanpa sebarang kejadian banjir lagi. Untuk trip ini, dua kali meredah banjir bagi menghantar bantuan ke PPS. Insyallah trip kedua menghantar bantuan makanan dan keperluan akan aku sertai pada hujung minggu ini. Doakan semoga semuanya berjalan lancar yer sahabat semua :D
Pernah merasa juga, masa tu naik Hilux. Air banjir tinggi menghampiri tingkap. Puas berzikir dan doa.
ReplyDeleteAlhamdulillah team Afif selamat balik Ampang. Moga Allah permudahkan untuk urusan bantuan trip kedua nanti.
Kann... Yg pernah mengalami jer tahu mcm mana berzikir dan berdoa dalam hati moga diselamatkan dri dibawa arus banjir.. Insyallah akan trip kedua menyusul dlm minggu ini juga :D
Deleteterima kasih sudi datang beri bantuan pada kami...
ReplyDeleteAlhamdulillah sekadar membantu menyampaikan sumbangan yg telah diberi org ramai kepada penerima.. :D
Deletehari ni hujan dah berhenti.. Alhamdulillah... air semakin surut..
ReplyDeleteAlhamdulillah semoga gelombang kedua tidak memudaratkan keadaan lagi insyallah.. amin..
DeleteDebar betul.. Alhamdulillah... Selamat... Semoga dipermudahkan segala urusan dalam membantu mangsa2 banjir.. Aamin2
ReplyDeleteMasa kereta jadi perlahan dipertengahan jalan tu mmg dah risau berdebar sgt. Bila lepas tu rasa Allah lega sangat huhuu.. Alhamdulillah berjaya utk misi pertama..
DeleteALHAMDULILLAH, tunggu next jika cukup dana dan barangan infak, kami gerak lagi, syabas komandan Afeef...semoga urusan kita membantu mangsa banjir di mana sahaja tanpa pilih kasih dipermudahkan ALLAH. TAKBIR 💪
ReplyDeleteInsyallah dana akan sentiasa cukup.. selama ni mmg tak pernah fikir.. ada jer dtg dari mana2 dana tu.. :D
DeleteAlhamdulillah terima kasih org baik 👍🏻
ReplyDeleteTumpang berdebar tengok air paras pintu 4x4 tu huhu... Semoga diberi kemudahan utk misi seterusnya
Alhamdulillah sekadar menyampaikan sumbangan org ramai kepada mangsa banjir. Ya Allah perasaan berdebar tu mmg tak terkata.. kalau siang ok lagi.. ni malam tak nampak apa..
DeleteSemoga dipermudahkan segala urusan misi bantuan yang akan dijalankan
ReplyDeletedan Allah beri ganjaran besar buat semua petugas dan sukarelawan.
Kecut perut nengok banjir tu, akak yang air takat separuh tayar kereta sedan pun dah takut nak lalu huhu...
Amin insyallah moga selamat pada semua petugas yg membantu di musim banjir yg melanda 9 negeri di Malaysia ini.. Bab redah air kalau malam mmg mengerikan..
Deletemudah-mudahan segala bantuan dapat disalurkan dengan jayanya...
ReplyDeleterabbi yassir wala tu'assir
Amin... Amin.. sebab tu kalau yg hantar bantuan kena kenal pasti tmpt dan penerima siapa incharge and so on.. insyallah moga semua bantuan dpt disalurkan..
DeleteAlhamdulillah..Semoga semuanya berjalan lancar..Kwn sy keje astro buat liputan dkt sana...Risau tengok keadaan banjir dkt area yg dia cover =(
ReplyDeleteSemoga semua frontliner dipermudahkan urusan dan diselamatkan dari dugaan dan ujian yg berat amin..air banjir yg dalam dan deras tu mmg menakutkan..
Deletelps habis misi ni akan ada misi susulan ke?
ReplyDeleteAda insyallah minimum seminggu sekali Misi Hantar Bantuan.. selesai surut banjir akan ada misi membersih rumah mangsa banjir insyallah..
DeleteBarakallah fiikum jami'an. tq sbb menolong mangsa2 banjir..we need all good people to help our fellow Malaysians :) Allahumma yassir
ReplyDeleteSekadar membantu... Terima kasih byk yg menderma.. alhamdulillah org Malaysia ramai yg baik hati :D
DeleteAlhamdulillah.. ramai turun membantu mangsa banjir di serata tanah air, semoga usaha kalian semua di redhaiNya dan di kurniakanNya ganjaran pahala yang berpanjangan, aamiin
ReplyDeleteAmin Amin.. semoga semua yg membantu usaha baik mereka diterima dan mendapat blasan yg baik..
DeleteBetapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan sepanjang misi bantuan kemanusiaan ini.
Bayang kami bawa makanan tapi ada yg bertanya ada bawa pakaian tak.. kesian.. ada yg ke PPS sehelai sepinggang sahaja.. semoga semuanya dipermudahkan dlm ujian banjir kali ini..
Deletesalute team encik! terima kasih kerana membantu mangsa banjir. semoga dipermudahkan urusan mereka. tinggi betul tgok gambar air tu
ReplyDeleteAir tu mmg tinggi dah la malam.. seriau dibuatnya huhuu.. alhamdulillah selamat pergi dan balik.. moga cpt la banjir beransur pulih..
Deleteterima kasih orang baik,kami cuma mampu berdoa dari jauh..moga mangsa banjir selamat semuanya
ReplyDeletemoga baik2 juga untuk sukarelawan&petugas2 sentiasa sihat,selamat pergi&balik
Alhamdulillah sama sama.. sekadar menyampaikan amanah yg telah diserahkan oleh para penyumbang.. Moga semua yg berada di baris hadapan dilindungi Allah Taala..
DeleteSaya baca juga banjir di Kelantan ini, ya Allah sedihnya... 😔. Jalan jadi banyak ditutup yaa. Untung saja mobil yg Abang pakai termasuk tinggi, jadi bisa melalui banjir.
ReplyDeleteSemoga kiranya yg Abang dan teman2 lakukan, menjadi sukarelawan dan menolong para korban banjir, dibalas berlipat ganda oleh Allah. Saya juga berharap banjir di sana cepat surut.
Memang sedap hampir 100,000 orang terjejeas dan dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan. Kalau kereta biasa mmg susah untuk hantar bantuan ke kawasan banjir. mujur ada 4x4. Alhamdulillah selamat perjalanannya.
DeleteWah! Siap dengan uniform! Terbaik!
ReplyDeleteTengok bideo tu seriau jugak malam2!
Redah air waktu malam mmg menakutkan huhuuu..
DeleteOrganisasi lengkap mesti ada pakaian seragam. Ada jawatan walau dalam badan sukarelawan. :D
Seam plak SA tengok...team Malakoff hantar barang je..x tau la ada skuad yang memabntu ke tak...banjir kali ni yang terburuk kan?
ReplyDeleteAah banjir kali ini lebih teruk dari 10 tahun lepas. Byk kawasan yg tak banjir tapi tahun ni banjir. Insyallah Misi mencuci selepas habis banjir nanti.
Deletetahniah dan terima kasih. apa2 pun utamakan keselamatan k
ReplyDeleteAlhamdulillah kita membantu takat yg mana kita mampu.. insyallah keselamatan priority utama kami :D
Deletenasib baik ada kenderaan pickup ...kereta biasa memang suka meredah air banjir sebegitu...segak tuan pakai baju sukarelawan....dapat pahala besar tu...insha Allah
ReplyDeleteAlhamdulillah aset awal tahun hari tu.. senang nk buat misi especially ketika banjir.. Seronok join Sukarelawan ni.. mudah nak ke mana sahaja.. :D
DeleteAlhamdulillah, usaha murni kalian dalam menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir sangat mengagumkan. Semoga segala sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban mereka yang terjejas. Teruskan kerja keras ini dan semoga dipermudahkan dalam misi-misi seterusnya!
ReplyDeleteTerima kasih juga sudi datang membaca di sini. Alhamdulillah kami masih lagi dalam misi membersihkan rumah-rumah mangsa banjir. Semoga semua para sukarelawan diberi kekuatan dan semangat untuk meneruskan usaha baik tanpa mengharap balasan. :D
Delete