Ketika kami berjalan keluar ke arah parking dari exit Temple ini. Kelihatan Pak Supir sedang bersandar di kereta beliau sambil memandang ke arah telefon beliau. Aku pun menegur "Pak hantarkan kami ke Masjid Besar Al Hidayah di laluan datang tadi". Sambil aku menunjukan ke arah masjid yang boleh dilihat dari tempat kami berdiri.
Keadaan terkini Masjid Besar Al Hidayah Bedugul selepas dinaik taraf pada tahun 2016 |
Jarak ke masjid lebih kurang 80 meter sahaja dari pintu masuk ke kawasan Ulun Danu Beratan Temple ini. Dan ketika kami sampai di area parking kereta bersebelahan masjid. Tiba-tiba datang seorang lelaki berumur dan memperkenalkan diri sebagai petugas masjid dan meminta bayaran parking sebanyak IDR5,000 bersamaan RM1.40.
Aea parking kereta untuk ke masjid di hadapan kedai-kedai ini. |
Bayaran parking kereta untuk ke masjid IDR5,000.00 setiap kenderaan. |
Aku rasa parking di masjid ini berbayar sebab untuk mengelak orang ramai parking sebarangan untuk ke beberapa lokasi wisata yang ada berdekatam masjid ini. Tapi pada pengalaman aku di beberapa wilayah Indonesia memang ada beberapa masjid yang mengenakan bayaran parking kereta.
Selepas membayar duit parking kami berjalan kaki menaiki anak tangga yang agak tinggi disebabkan masjid ini terletak di lereng puncak gunung. Dan apabila sampai ke perkarangan laman masjid ini terus terpesona dengan panorama view kecantikan gunung dan tasik yang lebih jelas disebabkan kedudukan masjid ini yang tinggi.
Kena naik tangga agak tinggi untuk masuk ke masjid. |
Untuk muslimat cuma kena naik half way sahaja tangga ini. |
Nampak macam agak memenatkan tapi anda pasti akan teruja bila sampai di atas. |
Oh ya masa ini Mya dengan Cikgu Hani tak nampak lagi view panorama dari laman masjid ini sebab tempat wudhu dan tandas wanita berada di pertengahan tangga dan untuk lelaki berada di atas. Maka aku whatsapp dalam group nanti lepas solat kita kumpul di laman masjid. Dan masa ni cuaca memang sejuk sangat susah nak amik wudhu hihi :D
Inilah view yang sangat menerujakan bila sampai di perkarangan kawsan masjid. |
Pemandangan sejauh mata memandang. Gunung dan danau Bedugul. |
Masjid yang dibina pada tahun 1927 ini juga dikenali dengan nama Masjid Candi Kuning. Berdekatan masjid ini dikatakan terdapat dua makam purba yang dipercaya masyarakat setempat sebagai makam tokoh Islam di masa lalu iaitu di puncak pergunungan terdapat makam Syekh Hasan dan di bagian lereng terdapat Syekh Husein.
Masjid yang asalnya hanya sebesar 5x5 meter persegi ini telah diubah suai dan dinaik taraf sebanyak dua kali oleh orang tempatan iaitu pada tahun 1948 dan 1978 bagi menampung jemaah umat islam yang makin bertambah. Dengan menggunakan dana yang dikumpul dan disumbang oleh para umat islam setempat.
Ruang solat di dewan utama Masjid Besar Al Hidayah. |
Pada tahun 2009 dan 2016 masjid ini telah dibaik taraf dengan bantuan kerajaan Indonesia sehingga ia dilengkapi dengan pembinaan madrasah yang lebih elok, penambahan menara dan banguanan kediaman imam, guru serta beberapa buah kedai. Sehingga mendapat Masjid Percontohan Peringkat Dua Tingkat Nasional Masjid Paripurna dari Kementerian Agama.
Selesai solat dan bergambar di dalam ruangan masjid dan lama masjid. Kami turun semula ke bawah menuruni anak tangga. Dan berjumpa semula dengan Pak Supir di kereta beliau. "Pak kenapa tak solat sekali dengan kami tadi?". Terus dia cerita dulu masa kecil selalu ikut ayah pergi masjid untuk solat.
Aku pun tepuk bahu dia "Kalau ada masa lapang nanti solatlah.. Jangan ditinggal terus ya.. Solatkan bisa beri ketenangan pada kita". Dah tiba-tiba mata dia berair pulak. "Ibu dan ayah saya sekarang sudah sakit tua terbaring.. Isteri saya juga menghilangkan diri bersama anak ketika saya ngak punya pekerjaan sewaktu covid melanda".
Ah sudah panjang cerita ni. Aku pun terus menepuk bahu pak supir. Tak apa Pak saya mahu melihat jualan yang ada di sepanjang jalan di hadapan masjid ini dulu. Nanti dalam 15-20 minit baru kita bertolak ya. Terus semua tersentap dengar cerita pak supir tadi sambil kami berjalan ke arah jualan yang ada di depan masjid ini.
Antara yang dijual adalah buah-buahan termasuk Avocado, Strawberry, Salak, Manggis dan banyak lagi. Keropok dan Kerepek Ubi dan Pisang. Kami ada membeli sedikit untuk kudapan di dalam kereta. Dan disebelah masjid ini terdapat sebuah Cafe Qof Kopi dan kedai makan Warung Nurismu Al Hidayah dan Warung Muslim Depot Hidayah.
Warung Nurismu Al Hidayah terletak bersebelah Masjid Besar Al Hidayah Bedugul. |
Masa berjalan di hadapan Warung Nurismu ni terlihat masakan berlauk yang dihidangkan terus terasa lapar. Bila fikir balik patut la lapar sebab tak makan tengah hari lagi. Kami bagitau pak Supir kalau nak makan dulu dia kata kalau makan takut tak sempat nak pulang ke Ubud sebelum gelap sebab perjalanan agak jauh.
Pak Supir pun kata nanti makan aja di Ubud dan nanti kalau berhenti di Traditional Market pun akan ada banyak makanan juga. Dan di sini rata-rata majoriti semunya oang islam insyallah makanan pun halal. Kami pun baiklah Pak sebab bapak juga yang bawa kereta kami ikut aja. Mudah bagi bapak insyallah mudah bagi kami.
Kami meneruskan perjalanan ke Bedugul Traditional Market yang terletak 3 km dari Masjid Besar Al Hidayah dengan masa perjalanan kurang 10 minit disebebkan hujan renyai mula membasahi bumi. Sampai sahaja di pasar Pak Supir memberhentikan kenderaan diluar supaya kita tak perlu membayar parking. Dan kami berjalan kaki masuk ke dalam.
Di sini ramai orang berjualan dan aku membeli beberapa biji Avocado dan Strawberry mungkin juga sebab mereka dah di hujung waktu sebelum tutup maka harga yang ditawarkan juga agak murah. Tak banyak tak sikit tapi penuh juga tangan kami membeli.
Mungkin sebab kelaparan kami membeli sejenis makanan yang diperbuat dari campuran telur dan sayuran seperti Takoyaki. Sekali di rasa enak bangat apa lagi bila dicicah sama sos cili. Pada ketika ini hujan dan lewat petang maka suku pedagang di sini telah pun tutup kedai. Dan kami antara beberapa pengunjung terakhir.
Selesai membeli kami masuk semula ke dalam kereta dan Pak Supir terus memandu pulang ke arah Pekan Ubud. Kami memakan segala apa yang telah dibeli tadi dan berkongsi bersama pak supir. Tapi tak lama sebab selepas makan kami berborak dan kemudian masing-masing tertidur dek kepenatan dan cuaca sejuk.
syukur yg amat sbb ada masjid n makanan halal utk kita org Islam yg melancong ke sana.
ReplyDeleteKalau ke Bedugul insyallah mudah jumpa makanan halal sebab ramai org islam di sana :D
DeleteMasjidnya luas dan sangat cantik bangunannya baik bangunan luar maupun interior bagian dalamnya.
ReplyDeleteSetelah dari masjid, kemudian ke pasar tradisional Bedugul. Belanja apa disana Mas? Sepertinya itu banyak makanan dalam kemasan yang ditawarkan.
Hehehe,,,akhirnya membeli makanan yang sedikit aneh ya. Apa ya disini namanya? Itu campuran telur dan sayuran ya?
Salam,
Alhamdulillah masjid nya luas dan punyai pemandangan yg indah. Makanan traditional tapi kami tak membeli sgt kerna mau makan nasi. Pulang ke ubud baru cari nasi. campuran telur sama sayur.. seperti makan telur goreng aja :D
Deletecantiknya view yg ada awan2 putih tu...jauh berjln luas pemandangan..suka baca pengalaman u di bumi indonesia ni
ReplyDeleteBedugul cantik dgn pemandangan dan cuaca yg sejuk.. Next time kalau ke sini sepertinya mahu menginap semalam dua sambil melayan pemandangan :D
DeleteSedih pulak baca citer pak supir tu, semoga Allah angkat kesusahan pak supir tu..
ReplyDeleteAvocado kat bali murah tak? Last year abang saya ada beli avocado kat bromo, murah2 harganya 😆 geram lak tengok
Amin semoga segala urusan pak supir tu dipermudahkan.. Avocado tu mmg murah dan di Bali mereka ada jenis avocado sendiri.. Mmg beli bawa balik Malaysia hihii..
DeleteMana-mana pun cantik view nya tu.
ReplyDeleteNampaknya avokado dan buah salak memang dijual merata di Indonesia.
Aah buah salak dengan Avocado 🥑 memang byk di Bali tempat lain tak sure tapi salak yer banyak di mana-mana.. :D
Deletewahhhh banyak syokkkk
ReplyDeletepegi masjid dpt tgk pemandangan yg cantikkkk
Kan... Kena masuk wishlist masjid ni.. kalau ke Bedugul.. view mmg cantik :D
Deletealahaiiii
ReplyDeletekesian pula dgn nasib pak supir tu...
Kan.. tak pasal pasal sedih sekejap kitorang huhu...
Deletemacam kuih cara berlauk ke tu?
ReplyDeleteGuna telur dan sayur semata2.. mkan dgn sos cili.. ok jer la..
DeleteMesjid ini memang terkenal sangat. Meski saya belum pernah masuk ke dalam, tp sering baca dari cerita teman2 yg mampir ke Bedugul.
ReplyDeleteLihat view danau dari atas, kalo tak ditulis ini di Bali, saya bakal pikir ini di danau Toba. Miriiiip sangat, danau dengan dikelilingi gunung 😍😍.
Memang paling mudah cari makan halal kalo ada mesjid. Krn biasanya disekitaran banyak halal. Penasaran pula rasa Snack telur dan sayur yg dijual bang. Belum pernah saya coba kayaknya 😄
Masjid ini dijadikan salah satu tarikan pelancong di Bedugul. Tourist juga memenuhi ruangan lama luar utk melihat keindahan danau dan gunung. Rugi jika tak singgah di masjid ini jika ke Bedugul.
DeleteMakanan halal juga mudah didapati dan banyak pilihannya. Dan cuaca sejuk memang suka bangat :D
takoyaki dia bukan ashe2 yer, lagi2 time tengah lapar.. sedapp! haha
ReplyDeleteTgh lapar apa pun makan jer hahaha.. sedap sebab telur dada yg dibulatkan hahahaha :D
Delete