Sunday, 10 November 2024

Bali Part 7 : Self Dinner & Catching Sunrise At Campuhan Ridge Walk

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Indonesia Bali Part 6 : Yarama Cottage - Monkey Forest - Pixalatte Cafe (Ubud)

Dari Pixalatte Cafe kami berjalan pulang ke Yarama Cottage ketika waktu telah pun di hujung waktu maghrib. Selepas mandi dan solat Jama Maghrib Isya' kami dah mula memikirkan apa nak makan malam ni. Sebab kami makan nasi sekali sahaja tengah hari tadi. 

Trek Hiking Ridge Walk di atas Puncak Bukit Campuhan.
Disebabkan aku ada bawa beberapa lauk instant dari Produk Jasmani maka aku decide malam ni cari nasi putih sahaja. Lauk nanti panaskan dalam kettle sahaja dan layan coffee dengan tea 3 in 1. Kena berjimat duit sikit sebab hari ini sahaja dah 3 kali berbelanja makan minum di luar.

Lebih kurang jam 8.30 malam aku dengan Ustaz Anas berjalan ke pintu entrance dan bertemu dengan staff yang membantu angkat beg kami tadi. Terus aku tanya "Kalau mahu beli nasi putih di mana ya?" Dia kata kalau di sini ngak ada tapi kalau jalan jauh sedikit ke hujung jalan sana di Pertamina Gas Station ada ramai berjualan di tepi jalan.

Banyak gerai jualan makanan halal dari peniaga asal Padang dan Jawa.
Dan yang seronok di sin makanan semuanya murah-murah. 
Bila kami check di google map bukan jauh sikit tapi jauh banyak hampir 1km. Terus Ustaz Anas tanya kalau pinjam motor boleh ke? Terus dijawap "Bisa, boleh aja Pak" Maka Ust Anas memandu dan aku duduk di belakang. Katanya bawa motor strait sahaja dalam 2-3 minit udah sampai.

Masa kami sampai memang ramai orang berjualan dan boleh dikatakan yang berniaga ramai yang muslim dan tertulis perkataan halal. Kami beli 4 bungkus Nasi Putih (IDR20,000) dan Ust Anas beli Blended Jus Pepaya & Jus Buah Naga (IDR36,000) dan Ice Cappuccino (IDR5,000). Dan aku membeli 4 batang Jagung (IDR20,000).

Nasi Goreng IDR8,000-12,000 dan di sini kami membeli nasi putih IDR5,000 sebungkus.
Di sini kami membeli Juice Blended IDR12,000 dengan Ice Cappocino IDR5,000
Jagung Bakar atau Rebus IDR5,000 sebatang.
Dari Yarama Cottage ke Pertamina Gas Station sejauh 700 meter.
Syukur Alhamdulillah dapat pinjam motor 2-3 minit sahaja dah sampai.
Selepas makan malam berlaukan daging salai masak lemak dan ayam rendang dari pack instant Jasmani di meja luar bilik. Kemudian sambung bersembang mengarut dan refresh segala kejadian di siang hari. Akhirnya pukul 11.00 malam semua tewas masuk ke bilik masing-masing dan tidur sehingga subuh.

Campuhan Ridge Walk

Alhamdulillah kami bangun di awal waktu subuh dan setengah jam sebelum subuh kami dah bergerak ke jalan utama di hadapan pintu masuk dan memesan grab untuk ke Campuhan Ridge Walk salah satu dari 5 tempat menarik untuk melihat sunrise di Ubud. 

Kami mulakan perjalanan dari South Entrance Campuhan Ridge Walk
Dalam few second grab muncul di hadapan kami dan terus membawa kami ke entrance Campuhan kurang 10 minit perjalanan dengan harga IDR39,000. Ketika sampai kelihatan ada beberapa pelancong warga asing juga baru tiba. Dan selepas bergambar di entrance Campuhan Ridge Walk kami memulakan perjalanan.

Oh ya sebelum berpisah dengan pemandu grab tadi sempat aku tanya jika nak ke Bedugul dan pusing-pusing ke area Ulun Danu Temple, Danau Beratan, Bedugul Hill dan Traditional Market berapa? Dia kata dalam IDR800,000 all in. Dan aku amik nombor telefon dia dan aku kata kalau jadi nanti aku call semula.

Sampai di puncak Bukit Campuhan agak lewat matahari dah naik sikit.
Boleh dikatakan setiap seminit pasti berselisih dengan beberapa individu lain yang sedang berlari atau berjogging. Tak kurang juga yang berjalan-jalan santai menikmati pemandangan sunrise dan panorama landskap dari atas Bukit Campuhan yang menghijau di sini.

Alhamdulillah berjaya sampai ke North Entrance setelah 25 minit berjalan.
Untuk masuk ke Campuhan Ridge Walk ini tak ada bayaran dikenakan. Ianya satu trek hiking yang cukup santai. Untuk trip pergi balik kami hanya spend masa hampir satu jam setengah. Itu pun sebab kami sibuk ambil gambar dan video. Dan trek hiking boleh habis dalam 25 minit sahaja sehingga ke North Entrance.

Ada beberapa warung, cafe dan restaurant di area perkampungan ini.
Ada juga beberapa penginapan hostel, chalet dan hotel di sini.
Dan selepas North Entrance akan jumpa kawasan perkampungan yang cantik dan tenang kehijauan. Dan terdapat beberapa buah warung, gerai atau cafe tapi mostly semuanya masih belum dibuka. Dan paling best ada kawasan sawah padi yang menghijau sejauh mata memandang dari atas bukit sehingga ke lereng bukit.

Kawasan Sawah Padi di lereng bukit yang sejauh mata memandang.

Behind the scene - Memang orang lelaki selalu menjadi mangsa keadaan hahahaa..
By the way aku search meaning of Ridge Walk - A ridge walk is a hiking trail that follows a ridge. Which is a narrow, raised area on a mountain or hill. Ridge walks are unique because they offer views of the mountains on both sides and the trail feels like walking on a knife-edge.

At one time ada satu part tu ada sawah padi yang cantik sangat di celah-celah kawasan perkampungan selepas North Entrance. Diorang semua nak bergambar aku pun layan la. Sebab Ust Anas dengan Cikgu Hani ni suka buat video. Tak pasal-pasal bershooting sekejap kami di sini. Sampai terlupa pasal kena jerit dengan anjing tadi. :D

29 comments:

  1. Aktiviti2 gini mcm back to the nature๐Ÿคฉ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Memang tgk sunrise dari puncak bukit campuhan ni.. suasana dia mcm Kuala Lumpur di tahun 60an-70an :D

      Delete
  2. Di Bali memang banyak tempat yg menyuguhkan pemandangan masih alami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih suka di kawasan pendalaman dari kawasan pantai dan bandar di Bali :D

      Delete
  3. nasi goreng tu, nasi goreng yg macam mana tu? nasi goreng kampung? cina?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi Goreng biasa.. Ada sayur dan telur nya.. Sedap di makan panas2.. :D

      Delete
  4. pemandangan sawah padi mmg memukau pandangan. setiap tempat akan keistimewaannya.. kalau time padi tgh menuning pun mesti cantik kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengah menghijau atau tgh kuning waktu pada masak di atas pokok mmg best pemandangan :D

      Delete
  5. pemandangan desa yang masih tak terusik ni menjadi trade mark di sana kan, Alhamdulillah menu makanan pun banyak yang halal dan murah pula ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul trademark di sana dengan cara hidup yg masih traditional dan masih lagi ramai yang menagamalkan nya. So far kalau diluar bandar mmg murah klau compare harga di dalam bandar.

      Delete
  6. Cantik view sawah padi dlm video tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang cantik view masa matahari naik di area sawah padi yg menghijau :D

      Delete
  7. Seronok dapat teroka tempat cantik² begini. Memang healing tengok kehijauan dan keindahan alam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau tak dapat tengok dari awal matahari tu terbit tapi still dan view yg cantik dari atas Campuhan Ridge Walk ini.

      Delete
  8. bestnya view sawah padi tu. kakLM ni kalau jalan suka santai santai lepas tu mula la tak sukup masa. tak pernah ke sini lagi. 3 kali ke bali tetap tak habis mutar,huhu. bab lauk instant tu menariknya. lepas ni kena bawa juga lauk apa apa kot malas nak keluar makan boleh tapau nasi je . kadang bila anak dah mengantuk akak pun malas nak keluar takut anak moody bila bawa makan luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami memang santai santai sebab plan asal trip bali ni mmg nak santai jer.. tapi tak boleh jugak .. kejap kejap jumpa benda baru hahaha.. semua nak diperginya. Lauk instant tu mmg setiap kali travel kami bawa.. senang beli nasi je boleh makan.. paling tidak makan dgn roti :D

      Delete
  9. Travel begini dapatlah hiking santai, keluarkan peluh sambil layan view.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niat asal nak kejar sunrise tapi terlewat sikit.. dpt jugak la sunrise tapi matahari dah lepas level pokok hahaha :D

      Delete
  10. Best sangat trip ni, thanks for sharing. Best jugak sebab dah banyak kedai halal. Cantik Bali ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gerai jualan di pertamina gas station ni mostly semua halal.. seronok bila jumpa makanan halal di Bali huhu..

      Delete
  11. Celah2 jagung tu kacang rebus ke?

    ReplyDelete
  12. Cantiknya view sawah padi tu. Tapi kalau datang tengahari mesti terbakar kepala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Ubud mmg terbakar sikit la kepala kalau tgh hari.. tapi Kintamani dgn Bedugul cuaca sejuk nyaman jer :D

      Delete
  13. Ooh…boleh ambik Grab je ke mana-mana. Mudah gini, tak perlu sewa kereta dan driver.

    Menarik ni, jalan-jalan menikmati alam semula jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Bali ada Grab tapi kalau jalan mecet atau jauh Grab Driver akan cancel kan trip kita.. Tak berbaloi katanya hahaha.. Boleh try la sbb dpt juga naik grab dari luar kawasan smpai ke Denpasar.

      Delete
  14. Next ke Bali saya mungkin akan visit beberapa tempat yg memang destinasi turis sangat macam campuhan ridge walk ini ๐Ÿ˜.

    Terkadang karena saya tahu Bali itu ramai oleh turis, jadi lebih suka menuju tempat yg sepi, yg bukan tujuan utama turis. Makanya saya banyak blm visit tempat2 macam Campuhan, monkey forest, nasi ayam Bu mangku etc.

    Kalo ada Pertamina Bali, memang di sekitar situ ada banyak kedai makan halal biasanya. Saya pun kdg cari daerah situ juga. Paling enak cari makan di daerah Denpasar, lebih banyak halal ๐Ÿ˜….

    Terakhir ke Bali, saya stay di Adiwana Dara Ayu, daerah Payangan, 1 jam ke atas lagi dari Ubud. Memang tak bisa cari makan, Krn ini resort utk tamu yg nak cari sepi, honeymoon atau rileks. Grab dan gojek pun tak ada di atas ๐Ÿคฃ. Mau tak mau pesan dari hotel memang ๐Ÿ˜…. Tak best nya di situ. Kecuali suami lagi rajin naik motor sewa turun ke bawah ๐Ÿ˜.

    JD terkadang kalo lagi di luar, kami sekalian beli makanan utk dibawa ke hotel. Biar tak payah kluar lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus ke tempat yang alami baru seronok menikmati keindahan di Bali. Campuhan Ridge Walk ini mmg recommanded sangat. Kalau di ubud waktu ptg dan malam memamng penuh dengan tourist. sampai jalan sesak yang amat.

      Kalau udah banyak kali ke Bali harusnya terus menuju ke tempat yag belum dikunjungi setiap kali datang hihii :D

      Delete
    2. Di Ubud itu memang sukar bangat mencari makanan halal. tapi ada dikejauhan sedikit. Kalau 1 jam ke Ubud itu memang agak jauh .. dan biasa kawasan pendalaman di Bali memang ngak ada langsung makanan halal nya. tapi kalau mahu tenang-tenang mmg harus pergi sejauh mungkin hihii.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...