Thursday, 7 November 2024

Bali Part 6 : Yarama Cottages - Monkey Forest - Pixelatte Cafe (Ubud)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Indonesia Bali Part 5 : Lunch Di Nasi Ayam Kedewatan Ibu Mangku - Pekan Ubud

Selepas makan dan berehat seketika akibat kekenyangan. Pak Supir terus membawa kami ke tempat penginapan kami iaitu di Yarama Cottage yang terletak betul-betul di dalam Pekan Ubud ini. Dari tempat makan tadi tidaklah begitu jauh namun keadaan macet menyebabkan Pak Supir beberapa kali menukar arah.

Inilah bilik kami di bahagian bawah. Very unexpected dengan harga yang murah.
Alhamdulillah sebelum jam 2.00 petang kami telah pun sampai di Yarama Cottage. Masa ni muka masing-masing semua dah exhausted. Masing-masing nak mandi dan tidur.

Terasa masa yang sangat berkat hari ini dari airport ke Kintamani dan meluangkan masa berjalan-jalan di Danau dan Gunung Batur. Kemudian ke Rice Terrace di Tegallalang dan lunch di Nasi Ayam Kedewatan Ibu Mangku.

Kami bernasib baik sebab staff di sini sangatlah baik, cekap dan bagus. Ketika kami sampai mereka dah pun menyebut nama aku dan memberitahu bahawa bilik telah pun siap untuk dihuni. Dan terus membantu angkat beg dari kereta Pak Supir dan meletakkan terus di dalam bilik. 

Katil king size yang teramat selesa. Dan bilik yang sangat kemas dan bersih.
Bilik yang teramat luas dilengkapi dengan Tv, Peti Ais, Kettle, Hair Dryer, Safety Box.
Drinking water, coffee and tea juga disediakan. Okla not bad RM85 per night.
Bayaran penginapan seperti biasa aku dah bayar dari Malaysia lagi di kedai serbaneka 7E menerusi aplikasi Agoda.com. Aku hanya perlu menunjukkan passport dan booking yang telah dibuat. 

Pada masa yang sama aku perasan staff di sini boleh bercakap Melayu Malaysia dengan fasih tanpa longat Indonesia. Bila ditanya bagaimana. Mereka menjawap kami tonton dan belajar dari Upin Upin. Terus kami semua ketawa. Ingatkan budak jer tengok, orang besar pun layan.

Jumlah bilik atau cottage tidak terlalu banyak so rasa sangatlah privacy.
Di bahagian hujung sekali terdapat sebuah gazebo yang disediakan. 
Lokasi Yarama Cottage ini tidaklah begitu susah untuk dicari. Selepas drop kami di pintu masuk kami bersalam dan mengucapkan terima kasih pada Pak Supir serta membayar IDR800,000 untuk kos perjalanan pada hari ini seperti yang telah dipersetujui di airport malam tadi. Dan Pak Supir kata harus pulang cepat ke Denpasar kerana rumah beliau di sana.

Sebelum check in kami round the area dulu. Okla suka dengan persekitaran di sini.
Sudah seharian tidak pulang melihat isteri dan anak di rumah. Tiba-tiba Pak Supir kata terima kasih pada kami. Aku pun tanya kenapa pula ucapkan terima kasih. Dia kata sebab belanja makan minum di sepanjang perjalanan dan pertama kali dia berhenti di Tegallalang. Katanya lagi nanti mahu bawa keluarga berjalan-jalan ke Tegallalang juga.

Ada 10 jenis bilik penginapan tapi in total cuma ada 12 bilik keseluruhan.
Yarama Cottage ini ada beberapa jenis bilik penginapan. Dan kami memilih Standard Room with Garden view berkeluasan 16 m²/172 ft². Harga termasuk segala extra charge dan cukai adalah RM85.00 semalam. Dan di dalam bilik disediakan juga dua botol drinking water, coffee & tea with sugar.

Alhamdulillah segala keperluan disediakan amatlah lengkap termasuk water heater untuk mandi, air conditioner yang berfungsi dengan baik, kettle, peti ais, hair dryer, tv, safety box dan kipas. Dan paling best ada kerusi meja di luar bilik untuk kita duduk santai menikmati udara nyaman.

Mata ralit melihat kedai-kedai di sepanjang perjalanan. Know-know dah sampai haha :D
Alhamdulillah akhirnya sampai juga di Sacred Monkey Forest Sanctuary :D
Disebabkan waktu masih awal sekitar jam 2.00 petang maka kami decide untuk berehat dalam dua jam sebab masing-masing nak berehat, mandi dan sebagainya. Ustaz Anas dengan Cikgu Hani terus uncontactable bila dah check in. Mesti diorang tidur mati ni sebab keletihan yang teramat. Kami pun mandi, solat dan terus tidur.

Alarm mengejutkan aku pukul 4.00 petang. Terus kalam kabut bangun sebeb dah janji nak jumpa dengan Ustaz Anas di pintu entrance Yarama Cottage. Terus kami siap-siap dan kunci pintu pi cari Ustaz Anas dengan Cikgu Hani. Sekali tak jumpa "Ah sudah". Wife aku kata cuba cari diorang kat bilik manalah tau kan.

Masa nak beli tiket tu tiba-tiba datang perasaan mengecewakan.
Jalan masuk ke Monkey Forest setelah membeli tiket masuk.
Kami pun balik ke bilik dan ketuk bilik Ust Anas. Sekali Ustaz Anas buka pintu sambil tersenyum baru terjaga katanya. Okla ingatkan kami dah kena tinggal hahahaa.. Lepas semua siap kami berjalan kaki menuju ke Sacred Monkey Forest Sanctuary yang terletak lebih kurang 500 meter atau dalam 8 minit berjalan.

Bila sampai di entrance Monkey Forest Sanctuary kami dimaklumkan oleh petugas di kaunter bahawa lagi setengah jam akan ditutup kepada para pengunjung. Masa ni hati dah berbelah bagi nak datang semula atau nak redah jer dalam 30 minit yang ada ni. Ustaz Anas kata masuk jer lah sebab dah sampai.

Tourist Center memang banyak di ini sebab Ubud ini berada di tengah-tengah Bali.
Coco Supermarket hanya 50 langkah dari tempat penginapan kami.
Di hadapan Coco Supermarket ada pulak CIMB dan Maybank ATM.
Aku dengan wife macam hurm kalau masuk dan rushing nak ke sana sini tak best la pulak. So lepas have a very short discussion. So kami decide akan datang semula esok pagi selepas catch sunrise di Campuhan Ridge Walk. Sebab esok pun macam tak ada plan sangat nak buat. Lebih kepada nak lepak santai-santai layan suasana di Pekan Ubud ni.

Pixalatte Cafe terletak tidak jauh dari Yarama Cottage.
Total our bill is IDR275,700 bersamaan RM73.00 for 4 person.
Sepanjang perjalanan balik ke Yarama Cottage memang terdapat banyak cafe yang best kalau nak lepak minum coffee waktu petang-petang macam ini. So kami pun decide nak lepak cafe yang indoor dan yang ada wifi sebab waktu ini cuaca pun agak panas juga. Tapi tak la sepanas tengah hari tadi seperti di Tegallalang.

Pixalatte Cafe ni memang best nak lepak tempat duduk yang selasa dan very limited.
Watermelon, Orange & Apple Juice. Aku sorang jer layan coffee time ni.
Dan akhirnya kami tertarik dengan Pixalatte Cafe ini sebab macam unik sikit compare dengan yang lain dan tempat lepak indoor sejuk ber air-cond itu yang paling penting. By the way wifi di sini tidak mengecewakan memang terbaik.

Dari nak lepak minum coffee sahaja tak pasal-pasal ter-order Loaded Fries, Fish and Chips, Gadoh With Ice Cream (Crispy Banana Fried with ice cream). Kami duduk di sini hampir sejam sehingga matahari terbenam. Sambil tu berbincang untuk next plan esok nak buat apa. 

Pagi esok lepas subuh memang nak tengok sunrise dan berjalan-jalan di area Pasar Rakyat Bali. Mungkin paling tidak akan tengok mana-mana pakej tour ke tempat-tempat attraction sama ada di dalam Ubud atau di luar.

37 comments:

  1. Wow..mmg menarik..Bleh masuk dlm wishlist nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yarama Cottage ni sanga2 lah recommended kalau nak stay di Ubud.. Harga marhain sangat..

      Delete
  2. Semua best, cottage cantik bersih selesa. Cafe pun cantik, food coffee nampak sedap semuanya, kena repeat Bali ni lah. Insyaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sgt cottage ni.. Staff semua baik.. Bilik bersih dan kemas, lengkap dengan banyak kemudahan dan peralatan. Pixalatte tu pun ok sgt sebab indoor sejuk je aircond dia :D

      Delete
  3. wah...harga lepas tukar ke RM...puas hati betul bilik penginapan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula redha je la sebab nak cari penginapan yang murah tapi tak sangka pula terbaik sgt Yarama Cottage ni :D

      Delete
  4. Ah sayang sekali ya Mas berada di monkey forest hanya 30 menit saja. Jadi tak banyak yang bisa di explore disana.
    Sepertinya sajuan menu masakan dan minuman di pixalatte cafe itu sangat menarik juga Mas.
    Ditunggu kisah perjalanan selanjutnya...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak banyak yg boleh di explore sebab tempat nya besar.. So kalau masuk dgn 30 minit nanti tak dpt byk yg boleh dibuat. Pixalatte tu mmg suka bangat. Ok sabar ya menunggu entry seterusnya :D

      Delete
  5. fuhh murah sungguh rate bilik tu..kat msia rasanya tak de kot below RM100 dan sgt cantik gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM85.00 tu pun dah termasuk charge Agoda dengan tax 10%. Kalau tak harganya cuma sekitar RM65.00 sahaja semalam.

      Delete
  6. ada lagi rupanya sambungan bali ni haha jauhhhh perjalanan. yg pentingggg seronokk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh mesti la ada.. Hari tu pun Puan CN comment sampai Part 3 sahaja.. ini dah Part 6 hihii :D

      Delete
  7. ohh.. ada versi upin ipin original rupanya di sana sebab pernah tengok yang sudah dialih bahasa.
    RM85 dengan bilik dan surrounding yang begitu sangatlah berbaloi2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ada versi ori tu yg ramai pandai loghat melayu Malaysia hihii..
      Yeap berbaloi sgt dan tak sangka accommodation ni very very good.. murah pulak tu :D

      Delete
  8. dgn harga sewa bilik rm85 semalaman memang berpatutan!

    ReplyDelete
  9. Rezeki sungguh dapat jalan-jalan dengan bajet yang sangat berpatutan.
    Tak apalah, redah jew walau hanya 30 minit daripada tak masuk langsung ke Sacred Monkey Forest Santuary tu kan.
    Makanan pun nampak sedap-sedap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena banyak buat study dan preparation sebelum travel insyallah kita boleh banyak berjimat wang dan masa. Kami tak redah sebab ada 30 minit dengan kawasan seluas tu mmg tak la kami masuk huhuu.. Alhamdulillah mkan mmg sedap di Pixalatte Cafe :D

      Delete
  10. Sy baca semua tulisan tuan dri prt1. sungguh penuh aktiviti dlm sehari brjln2 di bali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih membaca. Sekadar berkongsi pengalaman :D

      Delete
  11. Sukalah tengok pokok pisang banyak2 kat cottage tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada buah pisang yang dah masak di pokok lagi best uncle :D

      Delete
  12. Memang banyak kafe-kafe cantik dan unik ya....yang penting nyaman dan sesuai harga di dompet ya hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seharusnya dompet tidak bising kalau kita masuk ke cafe seperti ini hahahaa..

      Delete
  13. saya sula katil mcm tu
    tp kalu tersepak bucu katil
    perghhh
    mmg sedap🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn tersepak lah hahaha.. okla katil mcm tu tak ada kes terjatuh katil kalau jenis tidur lasak hahaha.. :P

      Delete
  14. 30 min tu singkat sangat
    kalu sejam.ok lagi
    nak merayau kat dalam tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. terlalu singkat utk nak explore tmpt sebesar forest monkey ini.. kena tenang2 baru best:D

      Delete
  15. menarik...
    nice sharing, lepas ni akak tau dah kalau ke sana wajib stay di ubud.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun first time ke Ubud.. Sebab banyak info bgtau Ubud ni center Bali.. mudah utk ke mana-mana sahaja.. :D

      Delete
  16. Nak menangis saya tengok hotel tu. Murah yakmatt, dahlah cantik T__T patutla ramai rakyat malaysia yg suka melancong di indonesia.

    Wah excited pulak nampak CIMB dgn maybank kt sana! Boleh jela kan cucuk kad maybank malaysia kita di mesin atm sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hotel itu dipilih sebab harganya yg murah tapi tak sangka pulak suasana dan persekitaran serta bilik dia mmg terbaik.. Indonesia mmg murah kalau nak berwisata. Aah boleh cucuk kad atm kita sebab bank yg sama. Kalau tak roaming pun boleh cucuk hihii :D

      Delete
  17. Fuh…murah sangatlah RM85 dapat bilik dalam suasana resort gini.

    Alhamdulillah Upin Ipin berjaya mendekatkan jurang bahasa dua negara 👍🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM85 selepas cukai dan charge agoda yer.. memang murah unexpected.
      Upi Ipin diminati di Malaysia dan Indonesia.. merapatkan saf kejiranan :D

      Delete
  18. Tergelak pula saya pas baca belajar dari Upin Ipin ya 🤣🤣. Bagus staff ini, bisa pula fasih belajar hanya dengan mendengar Upin Ipin bicara 🤭. Biasa aksen Indonesianya masih tetap terdengar.

    Saya memang tak pernah stay di Ubud, hanya main saja kalo ke Bali. Selalu stay di tempat yg lebih tinggi lagi supaya makin sejuk.

    Tapi baca ini jadi teringin kapan2 nak stay juga di Ubud. Memang banyaaak tempat wisata daerah sana, Krn lokasi dia pun strategis, tak jauh sangat dr Denpasar.

    Monkey forest tuh pun saya belum pernah DTG. Hanya sebatas tahu. Krn jujur takut dengan monyet 🤣🤣. JD cukup tahu sajalah 😅😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi in aksen nya hilang terus sepertinya berkata-kata dengan orang Malaysia. Rupanya belajar dari Upin Ipin hihihi... Ubud tidak lah sejuk seharusnya cari hotel yg ada air cond sejuk hahahah :D

      Delete
    2. Dari Ubud sebenarnya mudah untuk pergi ke semua tempat di Bali especially ke Kintamani dan Bedugul. Banyak aktiviti dan perkara yang boleh dilakukan di Ubud atau dari Ubud. Monyet di Bali agak luar biasa kedegilan nya buka boleh dibuat main :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...