Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Tak dapat nak sambung cerita Bali Part 10 sebab kena ke Temerloh di atas urusan kerja. Entry dah nak siap just nak kena edit dan final check huhu.. Tak apa la.. Dah alang-alang kena ke Temerloh kita bawa la The Kids sekali jalan-jalan Temerloh.
Si Abang Affan tanya kenapa tak bawa mancing sebab nampak sungai. "Ayah kerja nak" kalau bawa batang joran tapi tak boleh mancing lagi la sakit jiwa hahaha..
|
Cafe Kopi Tiga berdekatan dengan Hospital Temerloh. Cantik tapi makan 4/10 jer. |
|
Tapi yang best di Kopi Tiga ini ada banyak permainan disediakan. |
Semalam lunch di Cafe Kopi Tiga. Tapi agak mengecewakan sebab spaghetti Beef Bolognese dia kering dan agak salty. Coffee Latte Hazelnut extra shot add on RM3.00 pun tak rasa dan tak sedap. Nugget yang di order dah campur Mayo dgn Cili Sos so lembik bila nak di makan huhuhu.. Pizza Beef Pepperoni dan Keropok Lekor okay sedap.
Ada menjual pastry tapi tak order sebab semua kelaparan so kita order proper food tapi agak mengecewakan. Oh ya Bebola daging dalam spaghetti pun agak liat dan tasteless huhuu.. Harap akan ada improve kualiti makanan di masa akan datang yer Kopi Tiga.
|
Antara sebahagian pastry yang ada di Kopi Tiga nampak nyummy :D |
Malam pertama check in di Apsara Hotel. Saja check hotel berbeza untuk dua malam supaya dapat buat review hahaa. Tak ada la just nak tukar-tukar rasa sebab boleh claim kan. Nanti bila nak bercuti betul tahulah hotel mana yang best nak duduk. Betul tak? :D
Keadaan yang hujan selalu di Temerloh tak boleh nak bawa anak-anak berjalan sangat huhu. Tapi malam tadi sempat juga bawa mereka jalan-jalan di kawasan bersebelah Sungai Temerloh dan Semantan Walk.
|
Malam di hari weekdays agak sunyi dan tak ramai orang. |
|
Alhamdulillah dapat beli baju dengan seluar untuk the kids. |
Sempatlah beli baju dan seluar untuk The Kids masa berjalan-jalan di Semantan Walk. Tak murah tak mahal tapi okla kita tolong warga tempatan berniaga. Atiyya dengan Ateera dah besar dan dah pandai pilih tudung. Tak nak pakai tudung sarung macam makcik-makcik katanya.
|
Sempat solat Asar di Masjid Baharu Temerloh bersebelahan Jambatan Temerloh. |
|
Ruang solat utama di dalam Masjid Baharu Temerloh. |
|
Hotel Apsara di Bandar Temerloh. My review is 5/10. |
Bilik bersih di Hotel Apsara ni cuma bilik kosong tiada coffee & tea yang disediakan. Sehinggalah keesokan hari aku bertemu dengan staff mengemas bilik dan bertanya memang tiada coffee atau tea dalam bilik ke? Dia kata ada bang maaflah saya lupa nak letak. Terus dia bagi aku segenggam teh dan gula. Coffee kami tak provide kat sini.
Lewat malam tadi lepas balik jalan-jalan. Anak-anak nak mandi tapi air slow sangat-sangat sampai tak boleh nak guna shower. Dan air panas pun macam ada tak ada. Okla first and last la check in Apsara Hotel ni. Nak try check another place to stay iaitu Big Tree Hotel a new hotel tapi bukan dalam area tengah Bandar.
alamak kesiannya dapat yang tak sedap ye..kena explore lagi tu actually Temerloh byk tmpt mkn sedap2
ReplyDeleteSebab baru smpai Temerloh nak cari indoor sebab kepenatan dan nak yg sejuk.. Biasa ok jer dtg Temerloh makan Patin Tempoyak huhu.. :D
DeleteBegitulah kids nowadays..nnt Shawl ibu adalah shawl mereka jgk =D
ReplyDeleteBetul tu.. Dah nampak berebut pin tudung.. curi curi pakai makeup ibu nya hahaha.. bertabah la.. :D
Deletesedap2 pulak nampak kuih2 tu
ReplyDeleteItu lah kena dtg lagi utk rasa pastry dia pulak.. nampak nyummy :D
DeleteSounds like an interesting trip to Temerloh, but it's unfortunate the food and hotel didn't quite live up to expectations. Hopefully, they'll improve! The kids seemed to have a good time, though, and it's great that you were able to explore some local spots. Thanks for sharing your honest review!
ReplyDeleteby the way, I'm your followers #728. I hope you can follow back. Thank you.
http://www.itsjulieann.com/
Its just a short unplanned vacation. Bringing the kids together while having a work somewhere far away for few days. The Kids enjoy even have yo skip the school hahaha.. by the way thanks for coming here and follow this blog. Will follow back but i didn't find any link to you blog..
DeleteTq share. Kami ada plan nak ke Temerloh so bole take out HA ni from our list. Tak suka kalau tmpt penginapan air slow :(
ReplyDeleteAir petang tu ok tapi bila malam balik dari jalan-jalan slow betul air shower nya.. macam air mata menangis hahaha.. Lagi better amik Hotel Jelai.. selasa dan baru renovate.. ada breakfast .
DeleteAmboi…dah pandai pilih jenis tudung ya anak-anak dara Afif ๐
ReplyDeleteMujur cuma stay 1 malam, stres jugak bila nak guna bilik air gitu.
Umur kecik lagi dah nak pandai melawa bagai.. boleh tak nak ini tak nak itu.. Mau kena tibai dgn ayahnya nanti hahaha.. itulah nasib stay satu malam sahaja.. streas nak mandi tak ada air huhuu..
DeleteMasa anak-anak sekolah rendah ni senang sikit nak cutikan bawa mereka outstation.
ReplyDeleteItulah... Cuti kan aja lah anak2.. Nak buat macam mana.. tapi tak selalu lah .. sekali sekala ok je.. :D
Delete