Tuesday, 6 December 2016

Resorts World Langkawi FAM Trip With Media & Blogger

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..


First at all nak habaq betapa syukur rasa diri ini yang masih lagi bernyawa pada bulan yang terakhir pada tahun 2016 ini.. Moga kita semua sentiasa ceria, bahagia dan tenag dalam apa jua yang kita lakukan.. Dan aku doakan semoga tahun 2016 ini berlalu dengan penuh warna-warni keceriaan pada pembaca blog ini :D

Okay nak share my story about FAM Trip oleh Resorts World Langkawi yang baru tak baru jugak la.. Actually ini my first trip with them so memang aku banyak berdiam pada mulanya.. Lepas dah kenal habis riuh rendah ketawa terbahak terbehek hahaha.. ok jom sambung baca dan layan gambar :D 


With all the members FAM Trip Resorts World Langkawi

Belum sampai seminggu pulang dari Morroco tiba-tiba dapat satu email.. Actually email dah masuk masa aku kat Morocco lagi.. Ada invitation FAM Trip ke Resorts World Langkawi.. Hurmm rasa macam nak pergi sebab dah dekat 17 tahun tak jejak Pulau Langkawi.. Tapi penat Morocco belum reda lagi dan paling penting nak kene apply visa keluar rumah dari si isteri hahahaa..

Tetiba elok jer si isteri approve visa untuk aku pergi ke Fam Trip ni bila aku tanya hahahaa.. Memang senyum panjang tak terkira la panjang nyer.. Maka bermula pengalaman aku bersama FAM Trip ini ke Langkawi dengan menaiki pesawat Malindo di KLIA pada Hari Jumaat.. 


Breakfast Mcdonald sementara menunggu flight di KLIA..

Di sebabkan aku ni blogger yang dah tak berapa nak aktif sangat sekarang nie.. Boleh dikatakan hampir 95% Blogger lain memang aku tak kenal hahaha.. Kecuali seorang blogger ni Ramble And Wander atau Mr RaW.. Tapi bagus jugak la sebab yang lain pun tak kenal aku hahahaha.. so jangan bajet famous yer.. :P   Oh by the way pihak media selain blogger pun ada.. Tetiba terasa kecil sungguh :D

Tiba sahaja di Langkawi Airport shuttle bas membawa kami semua terus ke Resorts World Langkawi dan di sambut oleh Hotel General Manager Mr Yap .. Lunch atau makan tengah hari yang disediakan oleh pihak hotel di Seagull Coffee House amatlah menyelerakan bagi mereka yang sudah kelaparan hahaha.. Pihak kaunter hotel telah menyiapkan bilik untuk kami maka sesiapa yang telah selesai lunch maka boleh terus check in ke bilik..


So here we are.. Resorts World Langkawi..
Tak sempat nak amik gambar semua makanan.. Lapar sangat :P
Lepas makan jom check in, aku dapat bilik Sea View.. :D
Bilik aku Sea View with 2 Queen Bed, Toiletries, Iron, Fridge, Tv, Wifi, Aircond..

Info: Di sini terdapat 6 jenis bilik penginapan yang disediakan Garden View, Deluxe Sea View, Sea View, Premier Sea View, Premier Suite dan Presidential Suite.. Untuk Meeting & Event pihak hotel juga menyediakan The Grand Ballroom dan Function Rooms.. Dan antara kemudahan lain yang disediakan swimming pool, gym dan yang paling menarik spa treatment di Taman Sari Royal Heritage Spa.. 

Setelah rehat di bilik lebih kurang 30 minit kami dijemput ke salah satu Function Room untuk sesi overview briefing oleh Hotel Manager Mr Yap dan kemudian melawati keseluruh kawasan Resorts World Langkawi ini.. Di sini baru aku teruja dan kagum dengan keunikan bilik Presidential Suite dan Premier Suite..


Swimming pool yang terletak di "Garden View"..
Taman Sari Royal Heritage Spa.. 

Terdapat beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan di sini seperti JetSki, Canoeing and Kayaking, Fishing dan lain-lain lagi.. Dan lokasi Resorts World Langkawi yang terletak di Marina membolehkan anda mengambil shuttle resort pergi dan balik ke Pekan Pantai Cenang secara percuma dengan hanya kurang 10 minit perjalanan.. 

Antara kawasan yang disarankan untuk dilawati ialah Kilim Geopark - Sebuah kawasan UNESCO di Pulau Langkawi di mana antara aktiviti yang anda boleh lakukan adalah Boat Touring menyusuri kawasan hutan paya bakau, Eagle Feeding, Fish Feeding, Melawat Gua Kelawar dan banyak lagi..


Signature Suite..

Signature Suite ni design untuk kesenangan bagi 4 - 6 orang.. sesuai untuk seisi keluarga dilengkapi 2 bilik ruang tamu berserta sofa dan tv.. bilik air berserta tub mandi.. Ruang yang luas sesuai dengan konsep resorts.. Ruang rehat di balkoni menghadap laut.. Oh by the way signature suite adalah yang terbaru di Resorts World Langkawi..

Presidential Suite ni pulak memang terlalu exclusive.. Memang dalam history yang check in hanya orang-orang kenamaan baik dari sultan hingga la orang kaya sahaja yang check in tempat nie.. Dilengkapi dengan dapur memasak, gym, ruang tamu, 2 bilik untuk staf orang gaji atau bodygurad gitu, bilik sauna, balkoni yang luas menghadap laut dan banyak lagi..


Presidential Suite..

Well pendapat aku tempat ni memang sesuai untuk mereka yang datang bersama seisi keluarga.. Pasangan Honeymoon.. Rombongan kecil mahu pun besar.. Quick escape holiday pun boleh.. Dan kalau datang untuk mencari ketenangan diri pun sangatlah suggested.. kann :P

Oh dan satu perkara lagi ialah jangan lupa untuk menikmati pemandangan matahari terbenam jika anda menginap di Resorts World Langkawi ini kerana lokasi di Marina ini yang menghadap ke arah barat Selat Melaka memberikan anda pemandangan yang cukup indah.. Ditambah dengan keenakan BBQ yang disediakan oleh pihak resorts menambahkan lagi keceriaan suasana malam kami :D

Will Continue Part 2 : Mangrove Safari Fam Trip at Kubang Badak - Langkawi Island


Friday, 4 November 2016

Jom Baca Tips Ke Morocco Mr Time Traveller Di Harian Metro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..


Alhamdulillah first at all bersyukur sangat bila tulisan aku diterima oleh Harian Metro pada keluaran Khamis 03/11/2016 - Permulaan yang baik aku rasa setelah sekian lama mendiamkan diri hehehee.. Apa pun jom baca tips ke Morocco yang disiarkan oleh Harian Metro ini.. if korang nak baca la.. tak paksa pun hehee.. :P

Keratan dari Harian Metro Khamis - 03/11/2016
Anda mahu ke Maghribi? 
Jika bijak merancang, bajet sepanjang berada di negara itu lebih murah.

Morocco atau Maghribi bukanlah nama asing dalam dunia pelancongan kerana negara itu dikunjungi setiap masa sepanjang tahun.

Terdapat banyak lokasi prasejarah di Maghribi yang diiktiraf sebagai kawasan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (UNESCO) kerana keunikan seni bina dari permulaan Tamadun Rom yang bermula dari tahun 24 Sebelum Masihi hinggalah ke permulaan tamadun Islam Dinasti Al-Idrisiah pada tahun 800 Masihi.

Landskap Maghribi yang cukup indah dipandang selain keunikan budaya masyarakatnya terutama di Marrakech, Fes dan Meknes.

Keistimewaan makanannya juga menjadi antara penyebab mengapa Maghribi perlu diletakkan dalam senarai menjadi negara yang wajar dilawati.

Ramai yang beranggapan mengembara ke Maghribi sukar dan mahal kerana dari sudut geografi, ia terletak ribuan batu dari Malaysia, apatah lagi kos penerbangan pergi balik sekitar RM2,000 hingga RM3,500 seorang. Bagaimanapun, jika bijak membuat perancangan, anda mampu menjadikan bajet sepanjang berada di Maghribi lebih murah.

Berdasarkan pengalaman seorang rakyat Malaysia, Muhamad Afif Muhamad Salleh, dia hanya menggunakan kos tidak sampai RM1,000 selama sembilan hari di Maghribi untuk penginapan, perjalanan, makan minum dan tiket masuk ke tempat menarik tidak termasuk tiket penerbangan.

Berikut beberapa tip diberikan beliau yang pernah mengembara ke 36 negara di seluruh dunia, terutama di Afrika yang merancang menjelajah ke Maghribi yang boleh dibaca di timetravelafif.blogspot.com.


Me with family at Hassan II Mosque The Biggest Mosque in Morocco.
Pemandangan Kota Qadim dari atas bukit "Tombe dei Merenidi" Fes.
Madrassa Ben Yusof @ Marrakech

#Berkunjung pada masa bukan musim puncak (off peak season) 

Waktu paling sejuk di Maghribi dari Disember hingga Mac manakala waktu popular pelancong dari permulaan Oktober hingga November dan awal April kerana suhu ketika itu tidak melebihi 30 darjah Celsius pada waktu siang dan dan boleh mencecah 14 darjah Celsius pada malam.

Jika tidak kisah dengan cuaca panas, anda boleh mengembara pada Mei hingga Jun kerana tidak ramai yang ingin bercuti pada waktu itu. Musim luruh pada Julai, Ogos dan September adalah waktu kemuncak pelancong di Maghribi. Jadi, jika anda datang pada waktu ini buat tempahan penginapan seawal mungkin bagi mengelak ketiadaan penginapan.


#Kembara berkumpulan dua hingga empat orang 

Di kawasan luar bandar tiada kemudahan kereta api atau bas menyebabkan teksi menjadi menjadi pengangkutan awam utama bagi pelancong.

Hanya teksi di bandar utama seperti Casablanca dan Rabat menggunakan meter. Di bandar lain, tambang teksi hanya mengikut anggaran. Jadi, tawar dulu tambang sebelum menaiki teksi mereka.

Bayaran teksi berdasarkan satu perjalanan, bukannya kiraan mengikut penumpang. Teksi di Maghribi tidak membawa penumpang lebih daripada empat orang dan ada sesetengahnya hanya mengambil tidak lebih tiga penumpang.


# Elak makan dan minum di tempat mahal 

Elak makan di restoran besar dan mahal termasuk restoran makanan segera. Cari kedai kecil untuk membeli makanan seperti kebab, sandwic dan kentang goreng.
Kedai makanan sedap yang murah biasanya berada di lorong Madina Qadim atau Kota Lama di setiap bandar. Walau di mana anda berjalan, ada kedai di kiri dan kanan. Cubalah makanan tradisional mereka seperti ‘tajin’ ayam atau daging terutama apabila berada di Marrakech.

NOTA: Jika tidak boleh meninggalkan nasi dalam diet anda, siap sedialah kerana tiada nasi di Maghribi. Makanan utama di sana ialah roti semata-mata. Sebenarnya nasi cuma ‘sayur’ dalam menu makanan mereka jika anda terjumpanya dalam sayuran anda. Jika mahukan juga, mintalah nasi putih yang berharga RM5 hingga RM8 sepinggan!


Archaeological Site of Volubilis - City of Roman @Near by Meknes City

# Bawa makanan dari Malaysia 

Sekiranya anda tidak boleh menerima makanan di negara orang, bawalah sedikit makanan segera seperti mi segera, sambal ikan bilis kering, peket makanan atau sardin. Ini bagi mengelak anda terpaksa membeli makanan mengikut selera anda dengan harga mahal.

NOTA: Makanan di Maghribi hampir semuanya halal termasuk restoran makanan segera seperti KFC, McDonald’s dan Pizza Hut. Banyakkan minum air bagi mengelak badan anda dehidrasi kerana cuaca kering dan panas serta berdebu.


# Tempah penginapan awal 

Maghribi seperti negara lain menawarkan hotel murah serta hostel bagi mereka yang inginkan penginapan seperti itu. Dorm atau asrama rata-rata mengenakan caj di bawah 10 Euro seorang.

Jika datang berkumpulan tiga atau empat orang, lebih baik anda mengambil bilik peribadi berharga sekitar 20 hingga 30 Euro.

Harga bilik lebih mahal jika membuat tempahan pada tarikh hampir dengan ketibaan anda.

NOTA: Cukai penginapan 2 hingga 3 Euro dikenakan kepada setiap pelanggan setiap kali mendaftar masuk. Biasanya harga di dalam laman web tidak termasuk cukai penginapan.


Another historical structure at Tombe dei Merenidi - Fes @ Morocco
At Fes Train Station - First trip with my beloved baby Afifa :D


# Membeli barangan kraftangan Maghribi 

Kraftangan Maghribi terkenal di seluruh dunia terutama piring hidangan berwarna-warni yang memiliki corak berukir dan periuk tajin yang dibuat daripada tanah liat.

Elak membeli di bandar besar kerana harganya berganda dari kawasan luar bandar. Meknes dan Fes adalah tempat yang murah untuk membeli barangan kraftangan Maghribi.

NOTA : Lapangan terbang di Casablanca tidak membenarkan anda membawa kraftangan diperbuat daripada tanah liat ini di dalam ‘hand luggage’. Oleh itu, sediakan beg atau kotak sesuai untuk membawanya pulang.


# Rancang perjalanan 

Perancangan awal mengenai destinasi mahu dituju atau aktiviti ingin dilakukan sangat disarankan bagi mengelak anda terkejar-kejar sehingga membazirkan masa dan wang.

Jika tiada masalah tidur di dalam kereta api atau bas, ambillah perjalanan pada waktu malam kerana dapat menjimatkan kos penginapan.

NOTA: Pemegang Pasport Malaysia perlu memohon visa berharga RM90 sekali masuk atau RM130 dua kali masuk. Visa siap dalam tempoh tujuh hari pada ‘off season’ dan 14 hari jika ‘pick season’.


Tuesday, 16 August 2016

Myanmar Part 3 : Journey To Country Side - Inle Lake Town

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia..

Sambungan dari Myanmar Part 2 : Bandar Yangon Menyambut Kehadiran Kami


Alhamdulillah at last dapat jugak update Myanmar Part 3 ni.. Banyak keadaan tak mengizinkan untuk berada depan laptop nak update.. Baby tak sihat kemudian mak baby pulak masuk hospital but alhamdulillah both of them dah nampak sihat.. huhuuu..

Okay back to my original plan ialah matlamat utama untuk ke Inle Lake Town yang terletak lebih 600 km dari Bandar Yangon.. Ada tiga cara untuk ke Inle Lake dari Yangon.. Pertama ialah dengan menaiki penerbangan dan (paling mahal).. Kedua ialah dengan menaiki kereta api dan cara terakhir ialah dengan menaiki bas paling (paling murah huhuuu)..


Inle Lake - The Beautiful Countryside of Myanmar..

Banyak review yang mengatakan adalah lebih baik menaiki train kerana bas agak berisiko tinggi sebab melalui kawasan gunung-ganang dan lembah gaung etc.. But sometimes once u travel kita tak boleh menjangkakan apa akan berlaku.. Insyallah banyakan bertawakal.. Dan alhamdulillah kami memilih untuk menaiki bas VIP perjalanan malam.. boleh la save bajet untuk accommodation sket kan.. :D

Kami naik VIP Sleeper Bus dengan harga 18,500.00 Kyat seorang (seat 2-1) tapi kalau naik bas biasa 14,000.00 Kyat seorang (Seat 2-2).. Yang best nyer bas di Myanmar memang 5 star aku bagi.. Bersih, Stewardess ada, Aircond sejuk terbaik, toiletries pun kasi, selimut, bantal kepala, ada tandas, roti dan mineral, pepagi dapat coffee atau tea lagi tu.. dan paling best dia kasi panadol takut kita pening sebab nanti akan lalu kawasan jalan ular kat lereng bukit..


Keadaan bas yang dilengkapi tv dan stewardess..  Dan budak yang comel :P
Suasana meriah dalam keselesaan bas ke Inle Lake Town..

Perjalanan mengambil masa sepanjang malam.. Kami mula bertolak dari terminal bas pada pukul 8.00 malam dan selamat tiba di perhentian Inle Lake pada pukul 7.15 pagi kesokan harinya.. Apa yang aku perasan bas ini akan stop hampir setiap 3 jam di perhentian mahu pun di restoran.. So tak ada masalah la kami nak solat magrib isya'..


Suasana tempat makan di salah satu tempat perhentian..
Lengkap dan Bersih - Mutu utama mereka di sini.. 
Salah satu tempat perhentian di kedai kopi.. Minum layan kopi memalam.. Layan beb :D

Perjalanan sepanjang malam tak terasa kami berada di dalam bas.. Memang tidur senyenyak la kata orang hahaha.. Okay bila sampai jer di persimpangan Inle Lake anda perlu mengambil teksi untuk ke Pekan sejauh lebih 9.0 km.. Masa ni kene pandai buat tawar menawar.. Kami dapat teksi 6500.00 Kyat bahagi 4 orang maka 1625.00 Kyat seorang..

Memang kene naik teksi sebab agak jauh.. Dan satu tips di sini ialah make sure kautim dengan pemandu teksi sebab anda sebagai pelancong kene membayar cukai 10 USD seorang untuk memasuki Pekan Inle Lake.. So bayar lebih pada orang teksi tak lah serugi bayar 10 USD tu.. mean jangan bayar 10 USD tu la hahahaa :P ..


Bergambar dengan pemandu2 teksi yang menunggu pelancong turun bas..
Perjalanan dan suasana ketika menuju ke Pekan Inle Lake..
Suatu keadaan yang memukau pemandangan aku :D

So korang kene beringatlah.. Jangan nak tawar sangat dengan driver teksi tu.. Tawar sket lepas tu try kautim dengan dia.. Sebab kalau 4 org dah kene bagi 40 USD.. Bukan sket tu.. Banyak ooo.. So make sure always travel smart, safe and cheap hahahaa.. :D

So once korang dah dapat naik teksi ni legalah hati.. Dan perkara yang aku tak lupa nak bagitau korang ialah pemandu teksi ni akan tanya "hotel mana yang korang booking?"so macam kitorang yang walk in ni, tak booking mana2 hotel.. Teksi ni akan bawa kami pergi survey hotel sampai la kita jumpa hotel yang sesuai..


Aku tak bernasib baik kene bayar pulak.. so korang jangan terbayar lak yer..
Terserempak dengan kanak2 pulang dari sekolah..
Menuju masuk ke Pekan Innley Lake.. dan terus mencari hotel yang sesuai :D

Selepas selesai membayar cukai yang tak patut untuk masuk ke Innley Lake ini.. Perjalanan kami di teruskan ke Pekan Innley Lake.. Suasana yang tak jauh dari sebuah perkampungan di Pekan Pontian Kecil, Johor huhuhuuu.. Aman, tenteram dan nyaman sekali.. (Pontian tu kampung arwah ayah aku so aku tau la yer ..)

Driver teksi bertanya dengan kami berapa bajet harga hotel yang kami nak mampu or boleh bayar.. Sebab mudah bagi driver teksi ni nak carikan.. Kalau mampu yang mahal akan terus di bawa kami ke hotel-hotel 3 bintang ke atas.. Kalau bajet bawah sket so direct jer terus ke hotel-hotel bawah 3 bintang gitu..


Antara beberapa buah accommodation yang di suggestkan oleh driver teksi..
Dan akhirnya kami dapat jugak accommodation bajet kami.. Lady Princess Hotel
Okay satu lagi peringatan untuk korang yang datang ke Innley Lake ni.. Kalau nak walk in make sure bukan dalam pick season.. Sebab agak susah bagi kami untuk mendapatkan accommodation.. sebab kami berempat perlukan dua buah bilik..  Ada hotel yang full.. ada yang remain cuma satu bilik available.. Lebih 7 buah hotel dan homestay kami bertanya.. (Lagi pun bila dah travel dengan orang perempuan ni - Diorang nak Wifi tu wajib dan aircond to compulsory huhuhuuu... :P )

At last kami dapat jugak tempat penginapan di Lady Princess Hotel.. Dua standart room dengan kemudahan aircond dan wifi - walau tak kuat huhuu.. Dan lagi bila best dapat sekali dengan private bathroom with toiletries.. Dan harga bilik include breakfast.. Harga bilik USD 25.00 per night.. okla bila dah travel dengan ladies kan :P

Peringatan untuk korang nak cari accommodation di Pekan Innley Lake ni.. First kene make sure tempat tinggal korang tu mestilah dekat dengan jeti Innley Lake itu sendiri that is the main attraction.. Second is mestilah tak jauh dari main street yang mana di situlah tempat kalau nak shopping atau nak mudah cari makanan..

Will Continue Part 4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...