Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
Alhamdulillah first at all bersyukur sangat bila tulisan aku diterima oleh Harian Metro pada keluaran Khamis 03/11/2016 - Permulaan yang baik aku rasa setelah sekian lama mendiamkan diri hehehee.. Apa pun jom baca tips ke Morocco yang disiarkan oleh Harian Metro ini.. if korang nak baca la.. tak paksa pun hehee.. :P
Jika bijak merancang, bajet sepanjang berada di negara itu lebih murah.
Morocco atau Maghribi bukanlah nama asing dalam dunia pelancongan kerana negara itu dikunjungi setiap masa sepanjang tahun.
Terdapat banyak lokasi prasejarah di Maghribi yang diiktiraf sebagai kawasan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (UNESCO) kerana keunikan seni bina dari permulaan Tamadun Rom yang bermula dari tahun 24 Sebelum Masihi hinggalah ke permulaan tamadun Islam Dinasti Al-Idrisiah pada tahun 800 Masihi.
Landskap Maghribi yang cukup indah dipandang selain keunikan budaya masyarakatnya terutama di Marrakech, Fes dan Meknes.
Keistimewaan makanannya juga menjadi antara penyebab mengapa Maghribi perlu diletakkan dalam senarai menjadi negara yang wajar dilawati.
Ramai yang beranggapan mengembara ke Maghribi sukar dan mahal kerana dari sudut geografi, ia terletak ribuan batu dari Malaysia, apatah lagi kos penerbangan pergi balik sekitar RM2,000 hingga RM3,500 seorang. Bagaimanapun, jika bijak membuat perancangan, anda mampu menjadikan bajet sepanjang berada di Maghribi lebih murah.
Berdasarkan pengalaman seorang rakyat Malaysia, Muhamad Afif Muhamad Salleh, dia hanya menggunakan kos tidak sampai RM1,000 selama sembilan hari di Maghribi untuk penginapan, perjalanan, makan minum dan tiket masuk ke tempat menarik tidak termasuk tiket penerbangan.
Berikut beberapa tip diberikan beliau yang pernah mengembara ke 36 negara di seluruh dunia, terutama di Afrika yang merancang menjelajah ke Maghribi yang boleh dibaca di timetravelafif.blogspot.com.
Me with family at Hassan II Mosque The Biggest Mosque in Morocco. |
Pemandangan Kota Qadim dari atas bukit "Tombe dei Merenidi" @ Fes. |
#Berkunjung pada masa bukan musim puncak (off peak season)
Waktu paling sejuk di Maghribi dari Disember hingga Mac manakala waktu popular pelancong dari permulaan Oktober hingga November dan awal April kerana suhu ketika itu tidak melebihi 30 darjah Celsius pada waktu siang dan dan boleh mencecah 14 darjah Celsius pada malam.
Jika tidak kisah dengan cuaca panas, anda boleh mengembara pada Mei hingga Jun kerana tidak ramai yang ingin bercuti pada waktu itu. Musim luruh pada Julai, Ogos dan September adalah waktu kemuncak pelancong di Maghribi. Jadi, jika anda datang pada waktu ini buat tempahan penginapan seawal mungkin bagi mengelak ketiadaan penginapan.
#Kembara berkumpulan dua hingga empat orang
Di kawasan luar bandar tiada kemudahan kereta api atau bas menyebabkan teksi menjadi menjadi pengangkutan awam utama bagi pelancong.
Hanya teksi di bandar utama seperti Casablanca dan Rabat menggunakan meter. Di bandar lain, tambang teksi hanya mengikut anggaran. Jadi, tawar dulu tambang sebelum menaiki teksi mereka.
Bayaran teksi berdasarkan satu perjalanan, bukannya kiraan mengikut penumpang. Teksi di Maghribi tidak membawa penumpang lebih daripada empat orang dan ada sesetengahnya hanya mengambil tidak lebih tiga penumpang.
# Elak makan dan minum di tempat mahal
Elak makan di restoran besar dan mahal termasuk restoran makanan segera. Cari kedai kecil untuk membeli makanan seperti kebab, sandwic dan kentang goreng.
Kedai makanan sedap yang murah biasanya berada di lorong Madina Qadim atau Kota Lama di setiap bandar. Walau di mana anda berjalan, ada kedai di kiri dan kanan. Cubalah makanan tradisional mereka seperti ‘tajin’ ayam atau daging terutama apabila berada di Marrakech.
NOTA: Jika tidak boleh meninggalkan nasi dalam diet anda, siap sedialah kerana tiada nasi di Maghribi. Makanan utama di sana ialah roti semata-mata. Sebenarnya nasi cuma ‘sayur’ dalam menu makanan mereka jika anda terjumpanya dalam sayuran anda. Jika mahukan juga, mintalah nasi putih yang berharga RM5 hingga RM8 sepinggan!
Sekiranya anda tidak boleh menerima makanan di negara orang, bawalah sedikit makanan segera seperti mi segera, sambal ikan bilis kering, peket makanan atau sardin. Ini bagi mengelak anda terpaksa membeli makanan mengikut selera anda dengan harga mahal.
NOTA: Makanan di Maghribi hampir semuanya halal termasuk restoran makanan segera seperti KFC, McDonald’s dan Pizza Hut. Banyakkan minum air bagi mengelak badan anda dehidrasi kerana cuaca kering dan panas serta berdebu.
# Tempah penginapan awal
Maghribi seperti negara lain menawarkan hotel murah serta hostel bagi mereka yang inginkan penginapan seperti itu. Dorm atau asrama rata-rata mengenakan caj di bawah 10 Euro seorang.
Jika datang berkumpulan tiga atau empat orang, lebih baik anda mengambil bilik peribadi berharga sekitar 20 hingga 30 Euro.
Harga bilik lebih mahal jika membuat tempahan pada tarikh hampir dengan ketibaan anda.
NOTA: Cukai penginapan 2 hingga 3 Euro dikenakan kepada setiap pelanggan setiap kali mendaftar masuk. Biasanya harga di dalam laman web tidak termasuk cukai penginapan.
Another historical structure at Tombe dei Merenidi - Fes @ Morocco |
At Fes Train Station - First trip with my beloved baby Afifa :D |
# Membeli barangan kraftangan Maghribi
Kraftangan Maghribi terkenal di seluruh dunia terutama piring hidangan berwarna-warni yang memiliki corak berukir dan periuk tajin yang dibuat daripada tanah liat.
Elak membeli di bandar besar kerana harganya berganda dari kawasan luar bandar. Meknes dan Fes adalah tempat yang murah untuk membeli barangan kraftangan Maghribi.
NOTA : Lapangan terbang di Casablanca tidak membenarkan anda membawa kraftangan diperbuat daripada tanah liat ini di dalam ‘hand luggage’. Oleh itu, sediakan beg atau kotak sesuai untuk membawanya pulang.
# Rancang perjalanan
Perancangan awal mengenai destinasi mahu dituju atau aktiviti ingin dilakukan sangat disarankan bagi mengelak anda terkejar-kejar sehingga membazirkan masa dan wang.
Jika tiada masalah tidur di dalam kereta api atau bas, ambillah perjalanan pada waktu malam kerana dapat menjimatkan kos penginapan.
NOTA: Pemegang Pasport Malaysia perlu memohon visa berharga RM90 sekali masuk atau RM130 dua kali masuk. Visa siap dalam tempoh tujuh hari pada ‘off season’ dan 14 hari jika ‘pick season’.
salam ziarah & follow..seronoknya dpt tgk tempat orang..jauh berjalan..luas pandangan..bertambah pengalaman... :)
ReplyDeletewslm.. thanks datang menziarah ke sini.. alhamdulillah sekadar berkongsi pengalaman di sini.. :D
Deletedah bertiga ya makan angin.
ReplyDeletebestnya afifa , kecil2 dah pergi oversea
Aah alhamdulillah dah bertiga sekarang nie :D terpaksa ikut ayah dia yg suka berjalan.. :D
Deleteziarah Jumaat ;)
ReplyDeleteThankss.. :D
DeleteWah ahli travel dah bertambah. Tahniah baby afifa.... comel je. Lama tak dengar cerita
ReplyDeleteHaruslah bertambah.. lama tak dgr sebab tgh beri komitmen pada si kecik nie.. hehehee..
Deleteafifa cute...
ReplyDeleteok tu je nak komen
hahahahahahahahahahahahahahahahah
afif afifa semua cute la hahaha... ok bye.. :P
Deleteafifa..travel partner yg cute...mak dia pun cute jg..
ReplyDeleteingatkan Morocco mcm negara arab jg, makan nasi..rupanya idok..huhu..
itu lah tak sangka sana nasi bukan mainan mereka.. huhuu.. nasib kami bukan jenis yg makan nasi hari2 hehee..
DeleteAyah dia tak cute ke? kahkahkahkahh :P
semuanya cute..hehe..
Deletehahahaa.. thanks mcm kene paksa lak kan :P
Deletenice bro..tgh plan jugak ni ke morocco....
ReplyDeleteWaaa terharu Tuan Faizal Fredly comment kat sini hehehe... pergi la morocco memang terbaik :D
Deletewah...menarik ni...salam ziarah.Ada masa lawat blog saya..Tq.
ReplyDeleteMenarik ker? thanks sudi ke sini Tuan Khairuddin Lim.. ok saya ke sana sat gi habis keje.. :D
DeleteAssalamualaikum,macam mana caranya nak mohon visa morocco ya? Terima lasih
DeleteWaalaikumsalam.. Boleh pergi ke kedutaan Morocco di KL berdekatan dgn KLCC. . Dtg amik borong isi dn lengkap kan kemudian dtg semula utk submit.. Dan selepas siap dtg utk collect.. The end. .
Deletewah...menarik ni...salam ziarah.Ada masa lawat blog saya..Tq.
ReplyDeleteyer yer... nanti habis keje saya ke sana hehehe.. :P
DeleteTqvm kerana lawat blog saya...menghargai kunjungan anda.
DeleteHehehee...skrg ni baru time sket nk blog walking.. :D
Delete9 hari tak sampai RM1k wow! jimatnya.
ReplyDeleteKat sana ada gst tak?
Mngkin sbb paling besar saya travel berkumpulan so byk benda harga kamk bahagikan so jadi murah :D
DeleteTahniah disiarkan dalam paper metro.. Bila saya baca Metro, saya teringat saudara Afif pernah bagi semangat untuk saya terus update blog..hehehe..
ReplyDeleteYeap alhamdulillah syukur sebab ada yg sudi amik tulisan kita hehehee.. oh ye ke... bagus2 teruskan berblogging :D
Deletesalam afif...baru teringat tentang blog time traveler ni...hari ni dah singgah ke blog saya...hehe
ReplyDeletelama juga tak singgah sini...masa tu baru afif kahwin...sekarang datang balik dah ada anak hehehe
apapun terbaik teruskan travel....tips yang baiikkkkk
Waalaikumsalam... Ye ke terharu sangat ingt kita lagi.. Itu lah mmg lama tak update.. Komitmen baru kawen pastu ada anak kan..
DeleteInsyallah akan terus kongsi pengalaman.. Travel selalu cuma jarang update hehee..
Morocco salah satu wish list jugak klu ada rezeki nti.. suka dengan keindahan seni bina nya..info2 kat sini memang sgt berguna klu nak travel nti...thanks :)
ReplyDeleteBetul tu setuju sgt seni bina dia memang awesome memukau.. Thanks for coming here.. :D
Deletebestnya travel bersama family.. inshaa Allah ada rezeki sy pun nak pergi travel :)
ReplyDeleteDari mula2 travel seorang diri.. Hingga berdua sampai lah ada baby hehehe.. Insyallah ada rezeki tu :D
Deleteheee, ns xpe yui leh tak mkn.. kira oklah klau dpt p sana.. heheh
ReplyDeleteBagus la kalau blh survive tak makan nasi.. Susah sana takde nasi hahahaa..
DeleteDatang bertandang dan follow. Tahniah! Tahniah! :)
ReplyDeleteWahhh terima kasih sudi bertandang ke sini.. kita follow balik yer
DeleteWuh....lama tak bersiaran, tau tau dah dekat Maghribi bersama insan tersayang!!!
ReplyDeleteApa khabar TT?
Tahniah ye, semakin hebat nampaknya sekarang dah masuk paper! Satu peningkatan gitu.
Alahai TT, Indon pun tak sampai lagi, entah bilalah pulak nak ke Maghribi
..
Itu lah lama tak bersiaran.. tgh bg full komitmen pada isteri dan anak.. insyallah lepas ni boleh aktif hehee..
DeleteKabar baik jer..alhamdulillah ada yg sudi berkongsi pengalaman kita hehee.. :D
tahniah afif ! cuba hntr di kosmo pulak. hehe setiap ahad ad ruangan travel. nina suka bca pengalaman org. morocco salah 1 negara yg teringin nk jejak.
ReplyDeletennt smbung bca ye. drop komen kejap ni hehe
Terima kasih.. kosmo? Hurmm ok gak will try soon.. by the way thanks dtg sini hehee.. :D
DeleteSalammmm..
ReplyDeleteya allahhh. dah lama tak dengar cerita..
tup2 dari satu jadi 3.
nyampah4 tauuu..
senyap2 terus ke Morocco.
this country pun i really wanna go.
thanks for sharing the tips. nnt akak nak refer ke sini lah.
doakan akak ye..
Waalaikumsalam.. kan.. lama tak dgr cerita.. itu lah sebab nyer.. sebab dah bertiga hahaha.. tgh bagi komitmen pd family gitu..
DeleteAla sampai morocco jer pun bukan USA hahaha.. insyallah saya doakan akak sampai sana.. :D
Saya tag anda untuk contest JM dan SS. Sorry.
ReplyDeleteHah ada contest? Biar betul huhuu.. ok ok noted
Deletecantik tempatnya, how i wish could travel there too
ReplyDeleteMemng cantik tmpt2 di morocco.. insyallah ada rezeki ke sana..
DeletemasyaAllah...cantiknyaaaaa...
ReplyDeleteseronoknya berjalan serata dunia...
alhamdulillah ada rezeki boleh nak share dekat blig pengalaman travel :D
DeleteBestnyaaa pergi Morocco.
ReplyDeleteHahahaa.. tempat bersejarah mmg best.. :D
DeleteAgak-agak bila nak buat contest bercuti bersama Time Travel Afif? Huhu xD
DeleteHahahaaa contest..?? Boleh nak bercuti bersama tapi duit semua sendiri hahaha :P
DeleteLama menyepi tetiba masuk paper... hebat TT Afif...
ReplyDeleteAlaahh dia lagi hebat terbang sana sini.. hehe.. kita sepi dekat blog tapi aktif travel sana sini.. :D
DeleteAfif! Patut lah seri sis JM komen kat sini rupanya artikel masuk berita harian. Dah lama x baca paper, kalau bg tahu awal mesti beli paper tu simpan buat kenangan
ReplyDeleteYe Kak JM.. Aah artikel masuk paper metro la bukan berita harian.. hehehee.. tak pe saya ada beli extra paper.. nak? :D
DeleteKah kah kah baca laju2 nampak harian terus assume berita harian 😬
DeleteHehehee.. tak pe faham.. akak eksited kan hahaha..
DeleteTiket retun pun cdcah rm2k ke 3.5k? Baik g london ehehe eh rm1k je utk 9 hari? Bertiga? Wahhh kos murah sgt ke kat sana pesal tiket mahal sgt
ReplyDeleteAah memang mahal nak ke morocco penghujung negara benua afrika huhu.. tapi nak ke sana.. seorang 830 je sorang bajet.. ground bajet mmg murah :D
DeletePatutlah blog sunyi je rupanya ligat melancong ngan family...rupanta ada musim sejuk dan luruh..musim bunga asa tak?
ReplyDeleteHehehee... Yg tak aktif blog jer. Tapi travel tetap aktif walau dah bertiga.. jgn kata berdua huhuu..:D sana negara 4 musim..
DeleteKiranya afif bwk bekal dari msia ke tu sbb budget murah utk 9 hari
ReplyDeleteTak jugak.. kami benda basic jer.. mi segera sket.. sambal ikan bilis.. nak alas perut kat hotel jer.. yg lain makan luar.. :D
DeleteDorang x mkn nasi? Mak aih boleh kurus kalau sis JM ke sana sbb roti ni leh la mkntp kalau hari2 roti naik muak la
ReplyDeleteAah bg diorng nasi ni mcm sayur jer.. bukan diet utk dimkn setiap hari.. sebab tu kene bawa smbl ikan blis kering.. :D
DeleteKalau ke sana perlu pandai cakap arab lah ye 😁
ReplyDeleteAda la sket sgt org boleh ckp english.. other kene ckp arab atau france. Huhuu..
DeleteAfifa? X jauh ngan afif senang kan nk ingat 😬
ReplyDeleteHahahaa.. mak nyer yg pilih nama saya ok jer..
DeletePerlu ada visa ke? Lama sgt nk siap visanya compare to visa ke china. Proses nk buat visa tu complicated cam nk buat visa china x
ReplyDeleteAah kene apply visa mcm nk ke china.. tapi lagi murah.. tak lah biasa je lebih kurang.. gambar.. tiket flight. Dah la.. oh dgn duit.. :D
Deleteamboii JM berminat nampaknyertu.. nanti ku tunggu entri dari JM di Morocco pulak yer...
DeleteKak Jm.. apa yg dia tak minat selagi nama nyer travel kan hahaha.. moga semua dpt ke Morocco yer amin..
DeleteJgn lupa share tempat menarik di morroco selain tempat bersejarah ti sbb sis JM suka pilih tempat sigthseeing yg memikat hati 😜
ReplyDeleteOh semestinya.. tmpt yg memikat hati terlalu byk di Morocco.. habis fall la hati ni .. k nanti kan entry morocco yer..
DeleteHambek! Seru lg..baca a to z so byk plak nk komen 😬
ReplyDeleteAlaahh.. kak jm dtg memeriahkan keadaan nak komen seratus kali pun tak pe la.. :D thanks sudi dtg..
DeleteBaby Afifa dah jalan2! Seronoknya dia.. Nasib baik mak ngan ayahnya kaki jalan. Nanti Afifa boleh geng dengan Uncle kaki jalans jugak. hahaha
ReplyDeleteMesti la boleh kalau nak ikut uncle khai jenjalan.. nak rasa cara uncle khai travel pulak huhuu.. :D
Deletehahaah uncle khai jalan cara biasa2 ajeee la uncle afif.. heheeh
DeleteAfifa sedia menanti uncle bawa jenjalan huhuu.. :P
DeleteWaaa seronok nyer travel dgn baby.. untung la dpt mak ayah suka travel :D
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih.. anak tetap kene belajar susah payah mm mak ayah dia.. :D
Deletebest nya travel dengan baby :) kalau dapat cuti lame boleh jugak nak travel :( btw tq for the tips ��
ReplyDeleteAah mmg best travel dgn baby.. semua ragam tu menjadi kenangan :D
DeleteInsya ALLAH nak try someday :)
DeletePlanning nak travel jalan darat je Disember ni from Kuching to KK :D
Ade tips x?
Huhuhuu.. kalau dpt spend 2 minggu on that trip memang baloi jalan dri Kuchin ke KK.. byk tmpt boleh singgah :D
Delete2 Minggu eh? Planning gerak from Sabtu 24.12 and bermalam di Miri 25.12 aft that 26.12 gerak ke KK :) it takes dalam 2 hari nak sampai from Kuching to KK
DeleteMmg la it take two days nak sampai KK.. but there is so many thing on the way there.. and u should see it.. haiyyaa
DeleteHello ! But just an invitation to join us on "Directory Blogspot" to make your blog in 200 Countries
ReplyDeleteRegister in comments: blog name; blog address; and country
All entries will receive awards for your blog
cordially
Chris
http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
++++++
Hello! hanya jemputan untuk menyertai kami di "Direktori Blogspot" untuk membuat blog anda di 200 Negara
Mendaftar dalam komen: Nama blog; alamat blog; dan negara
Semua penyertaan akan menerima anugerah untuk blog anda
hormatnya
Chris
http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
Apakah.. ok nanti saya dtg visit yer.. :D
DeleteOoh kne apply visa eh g sini.. Tapi worth it sbb byk tempt cantik
ReplyDeletehttp://www.fatindays.com
Yeap kene apply visa bagi Pemegang Passport Malaysia.. sebab tu la nak sgt ke Morocco.. tmpt dia mmg cantik..
Deleteterbaikler ... best2... tahniah sekarang gambar dah bertiga yer...cantik2 gambar nyer..
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur sgt dah bertiga .. harap berempat cepat sket hahaha.. :D
Deletenice share.. saya ada kawan, tahun ni dia rancang nk ke morocco..
ReplyDeleteThanks for coming.. morocco tmpt yg patut di lawati.. tak rugi..
DeleteNk tanya, kat casablanca, stay kat mana? Saya xjumpa tempat murah. Huhuhu btw saya solo je nnt.
ReplyDeleteCasablanca.. boleh stay dekat area Medina Qadim.. tapi kalau bagus boleh cari any yg dekat dgn mana2 station.. mmg mahal sket compare dgn bandar lain..
DeleteSalam boleh emailkan itinerary ke haysiarauna@gmail.com tak
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. insyallah saya cuba ya.. :£D
DeleteI love traveling too, but just wondering... how do you travel with a toddler? Sorry, baru dapat anak bulan Mac yang lalu and I'm thinking about going back to Istanbul by next year. My baby is going to be one year next year... any tips?
ReplyDeleteFor me lot of thing i learn from my own experience.. And we as a parent kene tahu baby kita tu senang tak di bawa travel if not lebih baik jgn bawa.. And should learn the country kita nak pergi tu friendly baby or not.. If not tinggal lbh baik dri bawa..
DeleteCari negara atau season yg sesuai utk baby.. Jgn terlalu panas or terlalu sejuk.. Lagi pun baby bukan fhm pergi travel tu.. :D
Kene lupakan byk style backpackers tu bila bawa baby.. Tak boleh nak jimat sgt hihihii.. Keperluan dan kepentingan baby kene diutamakan..
DeletePampers kene bawa yg mahal so tak perlu selalu tukar or bocor sbb kita kan byk berjalan dan bergerak.. Mcm sy akan bawa mamypoko..
Susu pula beli plastik aiskrim panjang tu.. Ikat2 siap utk 5, 6 atau 7 sudu.. Senang tak payah nak sukat2 susu huhuu..
Asslm, semasa di morocco nak pakai matawang morocco dirham atau euro.tq
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. Bawa duit euro.. Sampai sana boleh draw duit dri local bank atau tukar mata wang di money changer.. Lebihkan cash dirham dri euro..
DeleteBila membeli atau membayar sesuatu tanya kedua2 mata wang.. Sbb akan ada salah satu yg menguntungkn kita :D
terima kasih atas tipnya, insyaallah akan ke moroco disember ni
ReplyDeleteSama-sama... Moga perjalanan anda di sana dipermudahkan :D
DeleteAssalamualaikum.. saya ade beberapa persoalan.
ReplyDelete1. Untuk ke morocco bulan 2 2018 perlukan visa ke? Sebab saya dapat info tak perlukan visa lagi.
2. Perlu tukar rm ke dolar atau euro?
3. Saya pelajar UA dan dijangka akan pergi morocco bersama 22 orang pelajar (termasuk 2 orang pensyarah). Apakah nasihat untuk kami semasa disana nanti?
Terima kasih admin blogger.
Waalaikumsalam..
Delete1. Start 2018 - Malaysian Passport Holder tak perlu apply visa ke Morocco.
2. Tukar Euro jgn tukar Dollar sebab di sana boleh guna dua matawang euro dgn morocco dirham..
3. Nasihat ..? insyallah dalam artikel dah cukup kot :D
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya bercadang untuk ke Fes morocco pd october 2019. Boleh guide macamana untuk ke Fes.
ReplyDeleteSaya pergi naik kereta api.. Basically.. Kalau nak berjalan naik train dah cukup enough sbb byk destinasi dah ada train station.. Murah pun iyer juga
DeleteAssalamualaikum. Dari satu kempat ke tempat lain travel sendiri, sewa kereta atau pengangkutan awam, atau gunakan local guide?
ReplyDeleteSy tak pernah guna guide bila travel.. Alhamdulillah move one to another place gun public transport je.. Sy guna train dari satu ke bandar yg lain..
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam, Saya nak ke morocco pada 22hb ni selama 10 hari. agak agak berapa usd yng perlu dibawa untuk tempoh tersebut. hotel dan ticket penerbangan dah bayar cuma untuk makan and shooping.
ReplyDeleteOk tips bijak nk travel ialah.. Kurangkan bawa duit.. Hotel kebiasanya sy dah book dan bayar awal2 di booking.com hurmm then.. Tgk la how your style bola travel.. Saya rasa spend RM1000 seorang dh cukup mewah
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete