Tuesday, 27 August 2013

Zimbabwe Part 3 : Keajaiban Air Terjun Terlebar Di Dunia "Victoria Falls"


10 November 2011 - Aku yang tidur sekhemah dengan khalid.. Selepas berjemaah solat subuh, mandi dan sarapan kami terus kemas barang sebab nak kene check out pukul 10.00 pagi.. dan ikutkan review dan suggestion yang aku baca dari internet.. if nak tengak victoria water fall kene pergi seawal pagi.. sebab tengah hari nanti panas.. tapi disebabkan kami dah bayar mahal untuk khemah ni.. maka decide kita akan checkout tepat pukul 10.00 pagi.

Pagi tu sempatlah nak charge semua peralatan - hand phone, camera digital dan Mp4. Charge di restoran sebab pagi2 tak buka lagi dan 10.00 am kami checkout.. Okay satu info nak share di Victoria Falls Restcamp & lodges ni ada loker berkunci.. kalau orang yang tak ada kene mengena dengan lodge ni dia kene bayar.. but macam kami pelanggan malam tadi free je untuk guna loker berkunci ni.. simpan semua barang just bawa barang penting ke Victoria Water Falls..

Berjalan kaki ke Victoria Water Fall mengambil masa lebih 15 minit.. nak jimat punya pasal.. cuaca dah mula panas.. on the way tu kami singgah train station.. beli tiket malam ni pukul 7.00 pm.. setiap hari hanya ada satu train ke Bulawayo.. ada 3 option nak beli tiket.. sila rujuk entry Ghost Train in Victoria Fall..

Di hadapan pintu masuk Victoria Fall National Park

 Bersama statue Dr David Livingstone.. Orang pertama yang discover..

Pemandangan dari sudut pertama apa bila masuk dari entrance

Di separuh bahagian pertama air terjun masih penuh..

Separuh bahagian terakhir agak kering.. Sebab Summer Session..

Even hanya separuh pertama yang penuh dengan air.. tetap cantik ..

Victoria Water Falls ni telah di declared sebagai World Heritage Site.. bayaran masuk seorang berharga USD25.00 but student dapat diskaun jadi USD10.00 seorang.. student tunjuk visa je.. dan map di jual dengan harga USD1.00..

First bila dah masuk.. amik gambar dengan patung Dr. David Livingstone.. orang yang pertama discovered.. Pada tahun 1860's.. Victoria falls ni 1,708 meters wide, maka ia menjadi the largest curtain of water in the world.. It drops between 90 meter up to 107 meter into the Zambezi Gorge and an average of 550,000 cubic meters of water plummet over the edge every minute..

The spray from the falls typically rises to a height of over 400 meters (1,300 feet).. and sometimes even twice as high, and is visible from up to 50 km (30 miles) away.


Jom jelajah air terjun melebihi 100 meter

Tempat ni tempias macam hujan 

Caution..!!! Tak ada penghalang tu..

Ada pelangi di situ.. :D

Point 14 adalah view yang terakhir..

Jom pi dekat dengan "Victoria Fall"

Air terjun pertama dari arah tepi

Air terjun pertama dari arah depan 110 meter

115 meter Water Fall

Apabila kita masuk diVictoria Falls Natural Reserve ini.. Kita akan perasan beberapa perkara pelik antaranya pokok2 yang berada di sini kebanyakan pokok seperti di negara tropika.. satu sebab dek kerana tempias air terjun vistocia fall itu sendiri yang naik begitu tinggi hingga membasahi tanah di arah depan air terjun..

Aku terlihat 2 orang pemuda jepun yang datang melihat keajaiban di sini memakai baju hujan pada mula memikir kenapa?? tapi bila sampai di beberapa view check point kita akan rasa seperti hujan.. kerana tempias air yang begitu kuat..

Tapi bagi kami ketika ini tempias itu bagaikan satu rahmat.. sebab keadaan summer yang agak panas menlebihi 35 darjah celsius.. ada sesetangah pelancong lain membawa payung bagi mengelak hujan tempian ini.. kami pulak loncat keriangan hahahahaa..  :D


Ada berani meh kita loncat ke bawah hahahaa..  :P

Pemandangan bila musim air di sungai Zambezi River penuh
World Largest Water Falls @ Victoria Falls, Zimbabwe.. 
Credit to Uncle Google..

Banyak view air terjun ni.. maka kami jalan dari starting smpailah ke hujung.. orang tempatan menamakan air terjun ni "Mosi-oa-Tunya" bermaksud "The Smoke That Thunders and The Falls are remarkable.. "

Air sungai zambezi ni bila penuh.. time tu lah view paling cantik.. biasanya dari bulan February hingga May.. macam gambar last kat atas ni.. Aku tak bernasib baik sebab datang pada bulan November.. sebab time ni je aku tengah cuti Continue Keajaiban Air Terjun Victoria Part 3..

Thursday, 22 August 2013

Raya Bersama Bekas Pelajar Malaysia South Africa


Assalamulaikum..
Salam Hari Raya -  Salam 16 Syawal 1434 H

Hampir 9 tahun aku berada di afika selatan.. alhamdulillah setiap tahun ada pelajar Malaysia yang grad.. even 3 hingga 6 orang jer setahun.. dan di sebabkan pelajar Malaysia di South Africa tak ramai.. maka abang2 senior yang grad masa first year aku kat sana - Tahun 2004.. kami tetap selalu berhubung.. Alhamdulillah ukhwah di antara pelajar Darul Uloom Zakariya ( DUZ ) tetap kuat..

Baru2 ni aku berkesempatan menghadiri kenduri kawen seorang sahabat yang juga lulusan dari DUZ.. Ustaz Fikri Jamil bersama pasanganya Awatif di Shah Alam.. alhamdulillah seronok sangat.. sebab dapat berjumpa ramai geng afrika selatan even yang grad masa first year aku kat sana.. 

Walimatus Urus Ustaz Fikri & Awatif..
Bersama mereka yang pernah belajar di Afrika Selatan..
Ramai dari ustaz2 ni dah kawen..
Dan ramai yang dah berisi.. Alhamdulillah rezeki murah tu :D
Aku antara yang maintain lagi kurus hahahaa.. ( kan..? kan..? )

Tak clear sebab camera lupa buka flash.. :P
Empat dari tujuh dah kawen Alhamdulillah..
Moga semua kekal ceria.. :D

Ustaz Karmini bersama anak kedua beliau..
Ustaz Muhamad Zaid hanya membilang hari menanti kelahiran anak pertama beliau..

Dari kiri Ibrahim, Amin ( membelakangkan camera), Imran, Ilyas dan Mad Zaid..
Chit Chat bersama sampai habis majlis :P

Aku bersama Ustaz Karmini dan anak comey nyer :D

Beberapa hari kemudian seorang abang senior aku Ustaz Marwan ajak aku lunch
sebab classmate dia Ustaz Mahdi dari aceh datang berkunjung ke Malaysia..
Classmate dia which mean senior aku juga la ..

Tapi yang best nyerr... nak tahu apa??

Dia bawa aku dan Ustaz Mahdi makan di  Al-Rawsha Restaurant Middle Eastern Cuisines
Aku senyum je la hahahaa.. rezeki  :D

Dari Kiri Ustaz Mahdi, aku dan Ustaz Marwan bersama isteri..
Thanks a lot for that lunch :D

 2 hari pastu dapat satu call yang menarik..
sebab orang yang call aku tu selebriti.. dia adalah Imam Muda Adan.. 
atau nama sebenarnya Mohamad Ramadhan..

Eh! selebriti ker?
ala masuk AF or mentor tak menang pun boleh jadi selebriti..
tak kan masuk imam muda tak boleh panggil selebriti kot hahaa.. 

Alhamdulillah walau dah jadi orang yang sibuk dengan banyak program tapi 
still datang beraya rumah kawan geng arika selatan macam aku ni..

Imam Muda Adan with me..
Ni antara sahabat baik aku masa di DUZ South Africa dulu.. Alhamdulillah.. berjumpa kembali selepas 3 tahun lebih tak jumpa.. Still cool kan?? hehehe.. :D

Monday, 19 August 2013

Konvoi Raya With My Ex-Sekolah Rendah

Trip konvoi ni aku memang rasa happy and best sangat.. sebab pi beraya rumah kengkawan sekolah rendah aku.. Sekolah kebangsaan Ampang - SKA dari tahun 1994 - 1999.. ada yang tak jumpa 3 tahun lebih sebab aku pun tak balik Malaysia 3 tahun lebih.. dan ada yang tak pernah jumpa langsung lepas habis sekolah rendah dulu huhuu..

Cadangan berkumpul di depan SKA pukul 10.00 pagi.. Hari Raya ke 4.. dan aku lah insan paling lambat sampai 10.35 pagi.. sebab terlanggar eh silap..  di langgar la lebih tepat.. aku tak ada pape.. just hp Nokia 100 touch light aku la yang melambung dan berkecai.. nasib baik aku tak kene tinggal sebab lewat.. thanks la korang..

Di hadapan rumah Shazmin Yusuff - Baju Purple..
Bergambar sebelum memulakan juadah di rumah Shazmin
Nasi Lemak.. bersama rendang daging yang amat lembut :D
Aku with Mr Farani
Aku, Fareez and Hadri
Asma, Farani, Suhana, Farhan, Hadri dan Fareez dah menunggu dengan kereta Waja dan Saga.. so first kami menuju ke rumah Shazmin di Sri Kembangan..13 tahun tak jumpa.. last jumpa masa kelas 6 Gigih SKA.. Nasi lemak dan Italio Macaroni menjadi juadah kami dipagi hari.. sedap giler.. :D Boleh le kami datang selalu hehee..

Haslina, Rahmah, Sumarni dan Adilah sampai selepas 10 minit kami sampai.. 4 orang ni memang tak jumpa 13 tahun jugak.. :P then kami ke Putrajaya rumah Adilah.. Asma tanya aku nak drive tak kereta dia.. ok gak sebab dah lama tak bawa right hand nie hehee.. selepas solat zohor kami beransur..

Beraya di rumah Adilah @ Putrajaya
Di hadapan rumah Farani @ Hulu Langat
Ada jambatan gantung :P
Aku pun nak bergambar kat jambatan gantung ni hahahaa.. :P
Fareez & Shazmin
Farani membawa kami menuju kerumah beliau :D
Mamat ni pun nyibuk nak posing gak..
Gaya YB turun padang.. nak baiki jambatan usang hahaha..
Dari Putrajaya kami ke rumah Farani a.k.a Bam.. di Hulu Langat.. rumah nie best sebab macam kawasan pendalaman.. ada sungai, jambatan gantung, ayam kampung berkeliaran.. di kelilingi hutan.. memang best :D sempat jugak bergambar beramai2 di atas jambatan gantung yang uzur nie hahahaa..

Spaghetti, Roti Jala, Sambal Sotong, Kari Ayam, Rendang antara hidangan di rumah Faraani
Hidangan roti jala yang gebu dan sambal sotong yang menarik mak farani masak memang terbaik.. selepas kenyang dan berehat kami bertolak terus ke Ampang.. bersolat asar di Masjid Al- Azim dan menuju ke rumah Farhan a.k.a Paan di Kampung Melayu Ampang.. kat rumah ni semua layan match badminton Lee Chong Wei vs Lin Dan..

Layan match Lee Chong Wei di rumah Paan @ Ampang
Lepas solat maghrib bertolak ke rumah Asma.. rumah terakhir.. tak jauh.. still dalam ampang lagi.. perut pun lapar jugak sebab dah malam kot hehehee.. hidangan cukup baik di rumah Asma.. Lagsana Daging, Ayam Smoke Blackpapper, Kari Ayam, Nasi kukus, Puding Blueberry, Chocolate Cake, Mash Potato, Karipap Ayam, Donuts etc..

Aku with Paan.. 13 tahun tak jumpa :D
Rumah Asma yang terakhir.. muka dah letih lesu hehehee.. :D
Selepas makan, berborak dan berehat.. kami beransur pulang.. jam pun dah pukul 10.00 lewat malam.. dulu semua rumah kat ampang.. boleh la nak lepak sampai lewat malam.. sekarang ramai yang dah pindah luar ampang.. malam tu shazmin dengan baik hati hantar aku balik rumah.. alhamdulillah konvoi sepanjang hari ni semua selamat.. :D

Pape pun nak bagitahu.. Sahabat tu memang penting dalam dunia nie.. hubungan silaturrahim kena di titik beratkan.. jangan bila dah susah baru nak cari kawan.. well.. friend forever.. selamat hari raya.. maaf zahir dan batin to all my ex -Ska 99''..

Friday, 9 August 2013

Raya.. Raya.. Raya 1434 Hijrah..

Assalamualaikum.. salam sejahtera kepada semua.. fuh!! lama jugak tak sentuh blog nie.. agak bersarang blog nie  memang bersarang sangat pun hahahaa.. Masa macam tak mengizinkan untuk mengarang.. Ceh padahal malas nak update.. by the way aku dah sampai Malaysia beberapa hari lepas.. untuk menyambut hari raya bersama keluarga. setelah 3 tahun lebih tak balik Malaysia..


Kebiasaan nya aku yang selalu tak ada waktu raya sebab ada di perantauan.. tapi kali ni aku balik rumah.. Abang aku pulak yang tak ada sebab sambung belajar di UK dengan wife dia sekali.. akak pulak akan beraya di rumah mertua dia.. so this year mak kata " Kita Sambut Raya KL jer.. tahun depan baru kita bakar line '' ..

Dan yang best nyer 2 hari sebelum raya -  6 august.. it was my birthday... first time untuk 9 tahun ni.. sambut birthday kat Malaysia dengan family.. tapi buat biasa je lah.. sebab dah biasa tak celebrate.. so hari tu pun puasa.. sibuk masak untuk berbuka jer.. tak ada nak tiup lilin bagai nyer.. 


Okay raya nie.. banyak mission nak buat.. nak ziarah semua saudara mara.. jumpa kawan2.. maklumlah lama sangat tak jenguk mereka semua.. dan paling best nak makan semua jenis makanan yang ada raya nie hahaha.. dah lama tak balik kan.. by the way jika ada sesiapa nak buat open house tu.. sila la jemput saya yer hahahaa..  Ceh tak malu giler..

Okla aku nak mohon maaf zahir dan batin pada semua yang mengenali aku dari kengkawan Blogger's, Follower, Pembaca, Saudara mara dan Sahabat handai semua.. sebagai insan memang tak dapat lari dari membuat kesalahan.. insyallah niat kali ni harap boleh menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ni.. Dan aku tak ada lah buat rumah terbuka.. but rumah aku selalu terbuka.. 

Specially nak mohon maaf bagi semua kenalan yang banyak menolong aku pada trip aku baru ni.. 

Abg Eddie, Pakcik Syahreem Tan, Puan Liza, Abg Raphy dan yang lain - South Africa
Dr Swee Kheng - Dubai
My Brother Adi & Kak Sophia - London
Mohd Helmi - Dublin
Mursyid, Arif Amin, Abd Hakim & Farid - Amman, Jordan
Thaqif, Nur Hakiki, Aiman & Anas - Cairo, Egypt
Papa Wan Yusuff & Mummy Rozilawati - Doha, Qatar
Dan semua yang lain di Namibia, Lesotho, Northern Ireland, Oman & Thailand.. :D

Selamat Hari Raya AidilFitri 1434 H.. Maaf Zahir Dan Batin :D
Salam Lebaran Dari Saya Time Traveller - 2013..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...