Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Pulau Pinang : Part 1 - Bercuti Bersama Kawan2
Selepas perjalanan yang jauh atas highway plus.. akhir nya kami sampai di Seberang Perai.. Plan kat sini ialah makan tengah hari Nasi kandar di Restoran Kopitan Seberang Perai dan bersolat jumaat.. Restoran ni kalau tak silap aku atas cadangan Shazmin dan Suma.. dioroang kata kat sini makanan memang sedap..
Tapi yang tak best.. perut aku buat hal.. sebab loya dan muak giler lepas makan roti canai subuh tadi kat Restoran Kayu Ampang.. hurmm tak tahu pehal.. so aku just minum air.. tak makan pape.. lagi pun kat R&R Bukit Gantang tadi aku dah ratah sayur sepinggan untuk hilangkan loya.. perut ku masih kenyang..
![]() |
| Time : 12: 20 pm.. Well.. Everyone knows.. Nikmat makan di Pulau Pinang.. Makan jangan tak Makan.. |
| Beratur dulu.. Sabar menanti giliran demi Nasi Kandar.. |
| Encik Hadri - Ini lah kitorang nyer Photographer.. Merangkap Ketua Pasukan.. Ketua GPS.. Ketua Arah Tuju.. |
| Tajuk : Semua Lupa Kawan.. Sebab masing-masing dah dapat makanan hahahaa.. :P |
Selepas selesai makan tengah hari dan solat jumaat.. kami meneruskan perjalanan ke Jeti.. lebih kurang 20 minit perjalanan untuk ke Jeti dari Seberang Perai.. naik ferry ke Pulau Pinang.. ianya biasa jer.. but bila dah beramai satu geng macam ni naik ferry maka suasana jadi kecoh dengan suara kami..
| We Here.. ( Foursquare : tiba - tiba.. ) Solat Jumaat di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah |
| Time : 13:20 pm.. Jejaka - jejaka Solat tak tinggal even jauh berholiday.. |
Sedikit Info - Pengakalan Sultan Abdul Halim Ferry Terminal di Butterworth.. atau lebih di kenali sebagai Butterworth Ferry Terminal.. ia pernah di kenali sebagai Mitchell Pier sempena nama The Crown Colony of The Straits Settlements : Sir Charles Mitchell yang berkhidmat pada tahun 1894 - 1899..
| Time : 15:15 pm.. Menghampiri Mini Jambatan Pulau Pinang |
| Memang sama je bentuk jambatan mini ni |
Selepas kemerdekaan dan reconstruction ia di beri nama baru sempena Sultan Kedah Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mua'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badli Shah.. dan beliau juga adalah Yang Di Pertuan Agong Ke-5 dari
21 September 1970 - 20 September 1975..
Terminal bersebelahan di bahagian pulau di kenali sebagai Pangkalan Raja Tun Uda Ferry Terminal di Pelabuhan Quay - George Town.. Dari Terminal Sultan Abdul Halim ke Terminal Raja Tun Uda perkhidmatan bermula dari 06:00 - 00:30.. dan dari Terminal Raja Tun Uda 05:30 - 01:00..
Suasana Ceria Kami Di Atas Ferry
| Nama Ferry ni Pulau Angsa.. Passanger - Upper Deck.. Vehicle - Lower Deck Dead Weight Tonnage : 100 tan.. |
| Form 2 student's - Fareez and Shazmin.. |
| No komen.. |
| All gegurlzz.. edisi Malay Spicy Gurl hahahaa.. |
| Wajah-wajah ceria yang di tiup angin.. |
| 15 minit perjalan cukup untuk kami mengambil |
Laluan Untuk Naik Ferry Ke Pulau Pinang -
Dari Lebuhraya selatan.. Ambil laluan ke Butterwort selepas Tol Juru.. Secara tak langsung akan berada di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth.. Bayaran Tol sebanyak RM 1.30 di Plaza Tol Perai..
Secara tak langsung juga orang dalam kereta akan kata.. " eh.. kita atas Jambatan Pulau Pinang la".. sebenarnya itu adalah Mini Jambatan Pulau Pinang jer.. so jangan tertipu.. macam aku hehehee..
Time kat atas jambatan tu jangan leka pulak.. cari signboard " Terminal Ferry ".. Keluar di Exit 1703.. ikut arah tu.. dan akan nampak signboard Penang Port / Pelabuhan Penang Pengakalan Sultan Abdul Halim.. Sebelum masuk ferry ada bayaran di kenekan setiap kenderaan ialah RM 7.70.. Continue Part 3
