Thursday, 26 March 2026

Cerita Kami Semalam Di Dukezong Ancient City - Shangri La, Yunnan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk hari ke-6 khas buat semua yang hadir ke blog ini. 

Hari ke-10 mengembara di bumi Yunnan, China. Apa yang kami rasa? First penatttt...!! ðŸĪĢ Hahaha..

Rasa macam menyesal kenapa lama sangat travel hahaha.. Dah tak sabar nak balik Malaysia 😅. Apatah lagi nak sambut raya dengan family, sanak saudara dan kenalan.. Nak makan lemang, ketupat, kuah kacang dan rendang bagai.

Malam tadi kenyang tapi sebab sejuk sangat, kami stop dan masuk
ke Lanzhou Ramen Muslim Restaurant. Hirup sup & makan skewer panas.
Pada empat hari pertama kami berpuasa di Kun Ming dan Da Li. Keadaan kami masih lagi bersemangat dengan perasaan excited untuk explore budaya, tempat-tempat yang menarik dan juga enjoy dengan cuaca yang kian sejuk apabila kami travel lebih jauh menuju ke arah utara. 

Rezeki dapat main snow fall second day in Dukezong Ancient City.
Menuju ke Li Jiang City (3H2M), Tiger Leaping Gorge (2H1M) dan Dukezong City (3H2M). Dari suhu 10 degree sehingga jatuh ke Minus -3. Dan bersyukur dapat merasa snow fall di Dukezong City pagi semalam bersama the kids. Tapi the kids tak tahan sejuk. Main dalam 20 minit sahaja pastu semua lari masuk hotel semula 😅.

Layan jer la the gurls nak pakai pakaian traditional tibet ni ☺️.
Lembu yang hidup di sini dipanggil Yak. Kalau ke sini wajib mencuba makan halal Yak Skewer, Yak Sup dan hirisan daging yak dalam mee tarik ☺️👍ðŸŧðŸĪĪ.
Malam tadi the gurls dengan si ibu sewa pakaian traditional Tibet. Puas mencari mana kedai yang beri harga murah dan berpatutan. Syukur at last dengan bantuan staf hotel kami dapat sewa pakaian dengan harga Yuan 115.00 seorang sekali makeup. Ada yang charge Yuan 189.00 sehingga Yuan 250.00 seorang. Harga include photographer adalah lebih mahal.

Pintu Gerbang Moonlit Light.
Entrance Youpin Fresh Life Supermarket yang agak tersembunyi.
Malam tadi sebelum pulang ke hotel kami singgah ke sebuah supermarket yang agak besar iaitu Youpin Fresh Life yang terletak di Moonlit Line. Tak jauh dari Dukezong Temple Square. Cuma entrance agak tersembunyi sedikit, kalau tak perasan memang tak nampak escalator nak turun ke bawah.

Agak menarik sebab ada banyak makanan yang bertanda halal terjual di sini. Dari mee segera, daging kering, yogurt, biskut dan nak beli buah adalah lebih murah di sini berbanding penjual di kaki lima di tepi jalan dan kedai-kedai biasa.

Antara beberapa produk yang mempunyai logo halal.
Pisang tu RM2.00 dan limau kecil manis tu RM8.00 dekat 3kg.
Antara mee segera yang halal di Yunnan. Jangan tanya apa brand sebab aku tak boleh baca chines word tu haha.. but ada tanda halal dan ada banyak perisa. So far dah rasa memang sedap especially yang warna hijau dan merah. Yang tiga warna dalam gambar ni baru nak cuba ☺️. Tengok gambar macam semua perisa daging ðŸĪĪ.

Naisnow Cafe. Lega bila masuk sebab ada panas heater.
Very Recommended place untuk mengopi. Masa ni kat luar suhu minus -3.
Terjumpa 3 orang Johor Bharu di Naisnow Cafe. Very friendly person. ☺️👍ðŸŧ
Malam tadi setelah pulangkan baju traditional tibet tu. Kami singgah di Naisnow Cafe on the way balik ke hotel. Tak sure only in Dukezong City atau ada banyak branch di seluruh China. Order Hot Chocolate Yuan 20.00, Jasmine Hot Tea Yuan 19.00 dan Hot Latte Yuan 20.00. Harga tidak terlalu mahal dan sedap 👍ðŸŧ.

Sebelah meja kami ada 3 orang lelaki cina yang kami buat tak tahu sebab sini memang China. Sekali dia tegur "Orang Malaysia ke?". Aku pun gelak "Aah, Orang Selangor 😅.." Rupanya mereka bertiga dari Johor Bharu. Sempatlah kami berborak seketika. Nak borak lama tak boleh sebab dah lewat malam and the kids dah meragam 😅.

Monday, 23 March 2026

Pengalaman Solat Raya Aidilfitri Di Ancient Mosque Dali Old Town

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Syukur Alhamdulillah - Lebaran Hari Raya Aidilfitri menjelma jua pada 21 Mac 2026. Setelah teka teki bila raya Jumaat atau Sabtu. Namun bagi aku sekeluarga, raya kali ini dalam mencari pengalaman baru. Allah mengizinkan kami sekeluarga berada di satu kawasan yang terdapat komuniti muslim yang telah wujud seribu tahun yang lalu.

Bergambar sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri di Da Li Ancient Mosque.
Hari ini Isnin 23 Mac 2026 adalah hari ketujuh mengembara di bumi Yunnan, China. Dan kami berada di lokasi kelima iaitu di Tiger Leaping Gorge (TLG) yang berada di tengah-tengah antara Kota Li Jiang dan Kota Shangri-La. 

Tujuh hari lepas sampai di Kun Ming City dan kemudian menaiki high speed train ke Da Li City selama dua jam dengan kelajuan tertinggi 197km/j. Dan menuju ke Erhai Lake untuk penginapan satu malam. 

Bertakbir beramai-ramai di perkarangan masjid sebelum mula solat raya.
Dan kemudian menginap di Dali Ancient Town selama dua malam. Dan selamat tiba di Kota Li Jiang menaiki train biasa selama 4 jam setengah. Menginap selama dua malam di Kota Li Jiang. Apa pun yang boleh aku kongsikan Da Li lebih murah dari L Jiang dari segi harga makanan especially. 

Kaunter Zakat Fitrah di buka di entrance masjid.
Kagum mereka kira zakat fitrah guna congak. Memang bunyi ketak ketak 😅
Travel dengan the kids yang kian membesar. Si dua kakak yang makan agak banyak mungkin sebab sejuk cepat lapar dan si dua hero yang juga makan banyak. Pada kebiasaan di Da Li kami spend bawah 100 Yuan dan di Li Jiang kami spend lebih 100 Yuan untuk sekali makan. Untuk sekarang pertukaran adalah RM0.57 = 1.00 Yuan.

Berpeluang bersolat Hari Raya Aidilfitri di Ancient Mosque (Northeast Gate) bersama umat islam tempatan. Terdapat banyak kelainan solat raya di sini. Kalau kita bertakbir beramai dalam masjid ketika menunggu para jemaah hadir memenuhkan ruangan masjid. Tapi di sini bertakbir di luar masjid (berdiri) sehingga orang ramai hadir. 

Setelah sampai waktu barulah pintu masjid dibuka dan beberapa org sahaja yang masuk dan mereka duduk dalam bulatan dan membaca sesuatu dan bunyi seakan-akan membaca tahlil tapi bunyi bacaan memang jauh berbeza. Dan kemudian barulah seluruh jemaah masuk ke dalam ruangan dewan solat masjid. Time ni dah kesejukan 😅 hahaha..

At last selepas sejam di luar para jemaah mula dibenarkan masuk ke dalam.
Dan ada dua orang yang memberi ceramah yang memula aku assume adalah khutbah. Rasa pelik bukan ke patut solat dulu dan kemudian barulah mula khutbah. Rupanya yang tadi tu ceramah sebelum solat raya bukanlah khutbah (which aku assume). Ye lah satu apa perkataan pun tak faham hahahaa.

Curi-curi ambil gambar sebab dah kena tegur tak boleh ambil gambar.
Lepas khutbah raya, imam bangun dan bersolat dua rakaat dan jemaah pun bangun solat. Dalam hati aku "Ah solat apa pulak ni 😅". Tapi aku positif ini mesti solat duha. Dan aku pun bangun solat duha sebab nampak semua solat sendiri-sendiri. Dan kemudian barulah semua jemaah bangun dan berjalan keluar dari dewan solat.

Alhamdulillah selesai Solat Raya Aidilfitri 1447 Hijrah.
Masa keluar tengok wife and kids dah tak ada di hadapan pintu masjid. Rupanya diarahkan keluar dari perkarangan masjid sebab kanak-kanak tidak dibenarkan hadir solat raya. Hurmm pelik sungguh.. Dan semua jemaah yang hadir dapat satu beg plastik makanan tapi kami tak dapat langsung, tak tahu la kenapa. Mungkin sebab kami foreigner kot ðŸŦĢ.

Terjumpa orang Malaysia datang solat raya. Ada yang kenal tak?
Tapi ada satu pakcik yang cam kami sebab semalam tu ada makan iftar di kedai makan dia. Dia beri makanan yang dia dapat tu pada kami sekeluarga. Dalam tu ada buah epal, oren, pisang, biskut, roti dan cookies. Syukur alhamdulillah dapat walau kami tak la kesah sangat ☺️. Tapi bila dapat tu rasa happy especially kids.

Friday, 20 March 2026

Last Day Ramadhan - Briswalk Catching Sunrise At Erhai Lake

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera 1Malaysia

Hari ini hari terakhir Ramadhan 1447 Hijrah. Didoakan moga semua yang hadir ke blog ini diberi kesihatan yang baik dengan kecerian yang penuh di wajah tatkala menanti 1 Syawal yang bakal menjelma.

Pada yang pulang ke kampung menyambut raya, aku doakan semoga selamat perjalanan pergi dan balik. Plan kami sekeluarga beraya tahun ini mencuba pengalaman baru dalam suasana sejuk.

Alhamdulillah hari ini masuk hari ke-4 berpuasa di perantauan. Ku sangkakan di sini raya pada jumaat 20/03/2026. Rupanya 1 Syawal jatuh pada Sabtu 21/03/2026 sama seperti di Malaysia 😅.

Dua entry sebelum memang lari tajuk dengan isi kandungan hihii. Biasalah bila hidup ini ada mata tak puas hati yang memerhati maka kita buatlah tajuk seperti itu. And yes betul, sebab management dengan HR marah bila dapat tahu keberadaan diri ini bukan di Malaysia tapi di perantauan. 

Dah apply cuti kan? and its approved. Its up on us la kan nak kena mana.. nak menyelam dalam laut ke.. nak terbang atas awan ke? Nak balik kampung tang mana pun. Masa approve senyap sunyi sepi tapi bila dapat tahu tiada di Malaysia habis bising hahaha.. kelakar juga manusia jenis macam ni 😅.

Ada seorang akak senior tu lagi la "Asal tak bagitau nak raya oversea?" Aku pun macam perlu ke aku nak bagitau kau. Nak kena update my life all the time ke?. Pastu mulut bising "pergi oversea bukan nak belikan souvenir". 

Saya travel backpack jer kak oii. Semua budget budget jer.. Makanan pun banyak bawa dari Malaysia. Jenuh mengumpul sampai ikat perut demi pengalaman dan kenangan bersama anak-anak. Nama pun souvenir, macam hadiah. If diberi maka bersyukur kalau tak dapat diam jer la. 

Wednesday, 18 March 2026

Pengalaman Transit 1 Malam Sebelum Menaiki Kereta Api Ke Perlis

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Salam Hari Ke-28 Ramadhan 1447 Hijrah.

Semalam hampir satu hari kami bermusafir bermula dengan flight jam 8.00 pagi dari KLIA dan kemudian transit 3 jam di Gaoqi International Airport. Dan kemudian barulah naik connecting flight pada pukul 3.55 petang.

My review for Xiamen Airlines - Service 5/5 - Keadaan dalaman Pesawat 5/5 - 😉👍ðŸŧ
Connecting flight jam 3.55 petang meninggalkan Bandar Gaoqi.
Alhamdulillah safely arrived di Changshui International Airport pada pukul 6.55 petang. By the time kami berjalan keluar dari pesawat, waktu berbuka pun masuk. Sempat minum air sahaja. Syukur si Kakak puasa penuh hari ini walau dalam keadaan bermusafir. Muslim Meal (MOML) kami dah tapau siap2 dari first flight dan second flight.

Katil King di tingkat bawah. Ada aircond yang boleh digunakan sebagai heater.
Terdapat sofa yang panjang boleh dijadikan katil kalau ramai.
Ada dua Katil Queen di tingkat atas.
Nampaknya masih lagi jauh perjalanan nak sampai Perlis. Tak apalah kita chill chill dulu. Sampai di Gaoqi suhu 14 degree dan ketika sampai di Changshui suhu jatuh ke 9 degree. Untuk malam tadi kami sewa hotel apartment yang berharga RM90.00 semalam via Agoda.com. Ada satu katil king di tangkat bawah dan dua katil queen di tingkat atas. 

Pemandangan jendela dari hotel apartment kami di tingkat dua.
Insyallah pagi ini kami akan check out awal untuk ke train station yang terletak lebih kurang 850 meter dari hotel ini. Harap weather tak la terlalu sejuk. Penat juga nak kena pakai tebal-tebal ni huhuu. Our connecting train insyallah jam 12.00 tengah hari nanti. It will be the first experience for the kids naik high speed train insyallah. ☺️

Tuesday, 17 March 2026

Perjalanan Kami Pulang Beraya Di Kampung - Kangar, Perlis

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Cerita ringkas kami hari ini - Perjalanan ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri - Tak jauh destinasi kami, hanyalah Bandar Kangar, Perlis. Doakan perjalanan kami sekeluarga selamat sampai ke destinasi Amin. Will see everyone back after two weeks. Alhamdulillah hari ini dah official cuti dan anak2 dicutikan sehari awal. 

Terpaksa ke office airlines di Menara OSK untuk request Muslim Halal Food
Last boarding check. Naik bas lambat kita naik kapal terbang kali ini.
Ternampak pesawat China Southern Airline di parking lot sebelah.
First experience flight with Xiamen Airlines

Saturday, 14 March 2026

Bulgaria Part 4 : Saint Nedelya Orthodox Cathedral - Vitosha Boulevard

 Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Bulgaria Part 3 : The History of Ancient Serdica City - 1st Century AD

Dah habiskan masa yang banyak melawat Kompleks Kota Serdica tapi waktu masih lagi jauh dari waktu check in. Aku pun teruskan berjalan kaki menuju sebuah bangunan bersejarah ratusan tahun yang terletak di seberang jalan raya besar.

Bangunan Saint Nedelya Orthodox Cathedral yang bersejarah.
Basically aku langsung tak study mana nak berjalan di Bandar Sofia ni. Semua yang aku buat adalah ad hoc sahaja. Buka map tengak if ada anything yang interesting terus aku berjalan. Or otherwise aku bergantung kepada any signboard yang menunjuk for any attraction place. Tapi apa yang boleh aku katakan Sofia City it self adalah interesting.

Kelihatan seperti sebuah masjid dengan seni bina Ottoman.
Main entrance Saint Nedelya Orthodox Cathedral.
Saint Nedelya Orthodox Cathedral adalah sebuah temple kecil yang mula dibina sekitar kurun ke-10. Ia telah banyak kali musnah atas beberapa sebab dan antaranya adalah peperangan. Ia telah dibina semula berkali-kali sepanjang hayatnya sehingga mencapai status Cathedral (Gereja Besar) pada kurun ke-18. Sehingga menjadi salah satu mercu tanda di Sofia.

Pemandangan unik bangunan bersejarah yang telah ratusan tahun.
On this side nampak sangat seni bina ala Ottoman.
Apa yang menarik antaranya adalah seni bina yang unik. Ia direka oleh pakar seni bina Bulgaria yang terkenal iaitu Vasilyov-Tsolov sekitar tahun 1927-1933. Dan lebih menarik ialah peninggalan Raja Serbia Stefan UroÅĄ II Milutin (1282-1321) ada disimpan di sini. Setelah dibawa ke Bulgaria pada tahun 1460 dan diletakkan di gereja ini pada kurun ke-18.

Keadaan dan pemandangan di dalam Saint Nedelya Orthodox Cathedral.
Terdapat kelainan di antara gereja Orthodox dan Catholics.
Terdapat lapan loceng yang diberikan kepada gereja ini sebagai hadiah oleh Knyaz (Putera) Rusia Alexander Mikhailovich Dondukov-Korsakov pada tahun 1879 dan kesemua loceng berkenaan terselamat ketika gereja ini musnah dalam serangan bom pada tahun 1925 yang meragut lebih 150 mangsa. Nama Sveta Nedelya bermaksud "The Holy Sunday".

Keadaan tram di Bandar Sofia ini. Murah dan mudah untuk digunakan.
St Nedelya Square di hadapan Saint Nedelya Orthodox Cathedral.
Bagi aku hampir kesemua gereja orthodox yang bersejarah adalah sangat unit dengan seni bina baik luaran atau dalaman. Especially kalau kita ke negara-negara yang pernah berada di bawah jajahan Russia suatu ketika dahulu. And somehow seni architecture macam sama ke arah Turkey. By the way penggunaan binaan Khubah adalah berasal dari Parsi.

Umat Islam mengambil atau mengguna pakai gaya kubah dari seni Parsi dan Bizantium ini ke dalam seni bina pembinaan masjid selepas penaklukan wilayah-wilayah dari dua tamadun kuasa besar ini. Kubah dianggap sebagai elemen seni bina universal yang digunakan oleh pelbagai tamadun, bukan terhad kepada satu budaya atau agama sahaja - Ulasan Chat GPT.

Vitosha Boulevard - main pedestrian commercial street in Sofia City.
Antara kedai kedai dan cafÃĐ serta restaurant yang ada di sini.
Maka tidak hairanlah terdapat gereja-gereja terutama gereja orthodox yang kelihatan seperti masjid di beberapa tempat. Dan Kuil Api Zoroaster di Parsi (Iran) sering dibina dengan bentuk segiempat berkubah yang dipanggil Chahartaq. Kalau kita tak tahu dan nampak Chachartaq, confirm akan kata itu adalah masjid.

Kalau ke sini make sure cari kedai ini sebab souvenir dia paling murah di seluruh Sofia City.
Dari hadapan Saint Nedelya Orthodox Cathedral ini, jika kita ke arah kiri maka kita akan bertemu Vitosha Boulevard. Vitosha diberi nama kerana apabila kita mula berjalan di sini kita akan nampak pemandangan indah Gunung Vitosha yang berada di hadapan. Pedestrian commercial street yang dikatakan mewah ini mempunyai panjang sejauh 2.7 km.

Miral Foods antara restaurant halal yang ada di Vitosha Boulevard ini.
Bermula dari Dataran St Nedelya hingga ke South Park. Terkenal dengan suasana yang meriah dan menjadi tarikan utama pelancong dan warga tempatan. Terdapat banyak kedai jenama mewah dan antarabangsa, kafe, butik dan restoran.

Kalau nak beli souvenir boleh cari area sini, murah dan lebih banyak pilihan. Di sini juga terdapat beberapa kedai makan yang tertulis halal. Kalau dah penat jauh berjalan, boleh la berehat seketika makan di sini sambil layan view Gunung Vitosha yang indah. If ada sediakan tempat duduk outdoor la - Where is banyak kedai yang sediakan kerusi meja outdoor.

 Pemandangan sebahagian jalan dari Vitosha Boulevard.
Tram yang telah puluhan tahun juga masih digunakan. Comel jer 😊.
Bangunan Sofia City Court ini juga adalah peninggalan dari era pemerintah Komunis.
Agak jauh kalau nak jalan sampai ke hujung Vitosha Boulevard ini. Maka aku u turn semula ke arah St Nedelya Square tadi dan berjalan semua ke arah Banya Bashi Mosque. Sebab waktu nak check in pun dah makin dekat. Dan cuba melihat kalau sempat untuk join solat jumaat di masjid sebab nak guna alasan musafir nak terus balik hotel, kepenatan nak rehat 😅.

Sampai masjid sahaja kelihatan orang ramai telah memenuhi ruangan masjid.
Duduk dengar khutab tak sampai 5 minit terus mula solat jumaat.
Rupanya waktu zohor awal sebelum pukul 1.00 petang kalau tak silap. Masa aku sampai kelihatan umat islam dah pun memenuhi ruang di dalam dan di luar masjid. Kelihatan juga beberapa anggota polis mengawal keadaan dan lalu lintas terutama bagi yang bersolat di atas tikar di luar masjid. Dan aku pun terus amik wudhu dan duduk di bahagian luar. 

Tak sampai 5 minit duduk terus iqomah dilaungkan. Aku pun terus berdiri penuhkan saf dan rapatkan saft untuk bersolat dan tiba-tiba kelihatan yang berdiri sebelah aku seorang lelaki berbangsa melayu. Tapi dah nak solat terus aku simpan niat kang lepas solat nak tegur dia dari mana 😊.

Bersambung Bulgaria Part 5 : (Under Construction)