Showing posts with label Bulgaria. Show all posts
Showing posts with label Bulgaria. Show all posts

Friday, 17 April 2026

Bulgaria Part 7 : Free Walking Tour Sofia City - My Last Moment (Final)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Bulgaria Part 6 : Misi Mencari Makanan Halal Di Central Market Hall

Hari terakhir aku di sini terasa seperti baru semalam sahaja kaki menjejaki bumi Sofia ini. Tiada rancangan awal yang dibuat sebelum terbang menyebabkan aku stuck di Bandar Sofia sahaja dan lebih kepada bersantai-santai dalam kawasan bandar. Dan memasang niat untuk datang sekali lagi untuk explore lebih banyak tempat menarik di seluruh Bulgaria.

My tour guide with semua yang join Free Walking Tour ini.
Disebabkan tiada rancangan lain maka aku memilih untuk join Free Walking Tour di awal pagi yang ada disediakan beberapa kali dalam sehari. Insyallah malam ini aku akan menaiki bas menuju ke Bucharest, Romania.

Jomlah kita join free walking tour ini untuk menambah ilmu pengetahuan dari segi sejarah, politik, geografi dan culture masyarakat tempatan. Nak join tour kita hanya perlu berkumpul di hadapan Sofia City Court yang berada di Vitosha Boulevard. Untuk masa berkumpul boleh check di official website atau boleh tanya dengan orang hotel jer.

Ketika era komunis di sinilah kawasan yang digeruni dan ditakuti oleh rakyat.
Sebab di sinilah tempat mereka menyoal siasat dan menyeksa para tahanan/rakyat.
Tour akan mengambil masa dari 1jam 30minit sehingga 3 jam. Boleh pilih yang mana pada pukul berapa dan ada juga walking tour yang perlu dibayar. So kalau nak selamat tanya dulu sebelum join samada kena bayar atau tidak.

Even kena bayar dalam 10 euro macam tu tapi aku rasa sangatlah berbaloi disebabkan explanation dia yang sangat panjang lebar dan sangatlah details. Oh ya tapi bergantung juga siapa guide kita ketika itu. Macam guide aku ni dia adalah student PHD university yang ingatan dan pengetahuan dia memang terbaik especially dalam politik dan sejarah. 

Ibu Pejabat Special Branch ketika era Pemerintahan Communist Party.
Knowledge dia memang tinggi - History, Politics, Geography, Culture 👍.
Lagi ada orang tanya sesuatu lagi seronok dia explain dan bercerita. By the way aku tak ingat nama dia cuma kalau korang boleh cam muka dia dalam gambar di sini. Aku suggest sangat untuk ikut walking tour dengan guide ini hahahaa 😉.

Bangunan Royal Palace yang telah dijadikan National Art Gallery Museum.
Dan English dia sangatlah baik dan mudah difahami. Walau ada sedikit sleng Bulgaria tapi tak ada la pekat sangat. Dan yang best dia akan cuba untuk berinteraksi dengan semua orang dalam group tak kira umur, bangsa, negara dan bahasa. Group yang aku join ni ada hampir 20 orang and mostly European dan juga dari Korea, Japan, China and Middle East.

Convenience Store K-Food menjual produk-produk dari South Korea.
Antara beberapa produk makanan yang mempunyai tanda halal di K-Food.
Di tengah perjalanan mengikuti walking tour ini secara tak sengaja terlihat kedai K-Food ini, sebuah kedai convenience dari Korea. Aku pun masuk la sekejap saja-saja nak tengok. Nak juga tengok produk Korea Selatan apa yang masuk ke sini.

Agak terkejut masa aku belek-belek few item di bahagian makanan sebab ada yang bertanda halal. Tahniah pada owner walau bukan islam. Makin mudah la lepas ni kalau nak cari makanan halal di Bandar Sofia ini. 

Dah check out kita lepak duduk di lobi hotel sebelum berjalan ke Bus Station.
Info: Pemerintahan kuku besi oleh Bulgarian Communist Party (BCP) yang memerintah dari 1944-1989 dengan 3 orang diktaktor iaitu Georgi Dimitrov (1946–1949), Valko Chervenkov a nickname "Little Stalin" (1950–1956) dan Todor Zhivkov (1954–1989) yang terakhir dan telah digulingkan oleh rakyat bersama jatuhnya Berlin Wall.

Walaupun mereka bukan di bawah Kesatuan Soviet tetapi hubungan rapat pemerintah Bulgaria dengan Soviet menjadikan mereka adalah sebahagian dari kesatuan. Dengan menggunakan sistem pemerintahan yang sama sehinggalah kepada sistem ketenteraan. Aku yang minat sejarah ni memang focus setiap apa yang dibicarakan oleh tour guide.

Antara kedai halal yang aku jumpa - Ikram Turkish Halal Food.
Rodi Fast Food Halal - Yang ini aku rasa owner dia bukan Arab.
Yang ini aku tak sure apa nama kedai dia tapi yang pasti ada tulis halal 😉.
Selesai tour aku terus ke hotel untuk mengemas dan bersiap untuk check out. Dan beg backpack aku tinggalkan di kaunter hotel, sama macam mana aku datang hari first day. Nanti 2-3 jam sebelum bas bertolak barulah aku amik beg. Sementara nak buang masa ni aku ke masjid untuk solat dan kemudian menuju ke kedai makan halal.

Tak sure sama ada manisan atau kek atau..? Nampak menarik untuk dicuba 😉
Kena makan sebelum naik bas dan nak kena beli something untuk bekal dalam bas nanti sebab perjalanan mengambil masa antara 6 ke 7 jam untuk sampai di Bucharest. Dan itu pun bergantung dengan keadaan jalan, weather dan keadaan di border nanti. Masa ni aku beli dua slices pizza satu makan satu lagi untuk dalam bas nanti.

Semua pastry berharga BGN3.00 dan ke bawah. Kita layan pizza jer time ni 😏.
Satu kita makan dan satu lagi buat bekal dalam perjalanan bas malam nanti.
Selama berada di sini aku spend dalam RM420.00 termasuk tiket bas dari Istanbul ke Sofia, penginapan, ada sekali dua makan di Muslim Restaurant, shopping di Central Market Hall dan souvenir paling banyak habiskan duit. Makan tak costly sangat sebab banyak makan ration yang dibawa dan sebab wife aku tak ada sekali hahahaha.. 😅.

Selepas makan dan merayau aku singgah Solat Jama Maghrib Isya' di Banya Bashi Mosque buat kali terakhir. Kemudian pulang ke hotel dan sempat aku duduk di lobi hotel sambil charge handphone seketika dan kemudian berjalan kaki ke arah bus station yang sama waktu aku datang dari Istanbul tempoh hari. Bas akan bertolak jam 11.00 malam 👋.

Monday, 13 April 2026

Bulgaria Part 6 : Misi Mencari Makanan Halal Di Central Market Hall

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Bulgaria Part 5 : Bertemu Traveler Melayu - Visit St Alexander Nevsky

Bangun seawal pagi namun tiada rutin harian seperti biasa. Tiada anak nak disiapkan untuk dihantar ke sekolah. Tak perlu buat breakfast untuk anak-anak. Rasa tenang tapi terlalu sunyi - itulah sympton kerinduan anak-anak di rumah 😂.

Terus aku bersiap-siap untuk solat subuh di Banya Bashi Mosque sebab dah tak rasa mengantuk. Terasa pula mudah nak ke masjid kalau kat rumah bukan main berat dan liat nak pergi solat subuh di masjid 😅 huhuu.

Ivan Vazov National Theatre juga adalah antara bangunan bersejarah.
Briswalk pagi-pagi di Bandar Sofia sambil mencari makanan halal.
Balik dari solat subuh aku bancuh coffee 3in1 dalam tumbler dan berjalan keluar dari hotel menuju ke Patriarchal Cathedral Saint Alexander Nevsky. Walau semalam dah datang tapi saja datang lagi nak tengok suasana pagi hari di sini.

Sekadar merakam keindahan suasana yang mungkin tiada lagi peluang kedua untuk ke sini. Selesai melayan perasaan aku berjalan pulang tapi menggunakan jalan jauh melalui Knyaz Alexender Dondukov Boulevard. Di sini terletaknya banyak bangunan kerajaan yang telah dibina dari era pemerintahan communist dan ia diguna pakai sehinggalah sekarang.

Independence Square berada di atas Ancient Serdica Cultural Complex.
Bangunan National Assembly of Bulgaria.
Warna putih itu adalah bangunan Council of Minister of Bulgaria.
Antara bangunan di sini adalah Council of Minister of Bulgaria, National Assembly of Bulgaria, Presidential Palace of Republic of Bulgaria dan Minister of Education & Science of Bulgaria. Dan ditengah-tengah ini terletaknya Independence Square of Bulgaria yang mana dibawahnya terdapat Ancient Serdica Cultural Complex yang aku post dalam Part 3.

Kedudukan Rotunda Church yang berada di tengah complex Presidential Palace.
Di sini juga terdapat satu Anceint Orthodox Rotunda Church dikenali sebagai Saint George. Telah dibina sekitar kurun ke-4 Masihi. Dan yang menariknya ialah walau pembangunan di sekeliling telah naik namun struktur gereja ini masih dijaga baik. Terletak di tengah-tengah compound Presidential Palace. Pernah dijadikan sebagai masjid ketika era Ottomaniyah.

Anceint Orthodox Rotunda Church yang telah dibina seawal kurun ke-4 Masihi.
Dan secara tak langsung aku berkesempatan melihat changing guard ceremony di hadapan Presidential Palace. Walau tak semegah di Buckingham Palace di London tapi is still something interesting to be watch. Pertukaran berlaku setiap satu jam dan ceremony besar akan berlaku pada setiap hari Rabu pertama dalam setiap bulan pada pukul 12.00 tengah hari.

Ingat tak boleh ambil gambar sebelah guard tu rupanya boleh.
Sebab tengok orang lain ambil gambar sebelah sebelah National Guard ni.
Jom la kita layan sekejap Changing Guard Ceremony ini.
Jauh pulak aku berjalan pagi ini, asal niat nak cari stock makanan sebab ration yang dibawa macam tak cukup nak bertahan sampai balik ke Istanbul semula. Dari area Presidential Palace sehingga ke Independence Square aku memulakan langkah pulang ke arah hotel. Kang lagi jauh, lagi banyak aku discover tempat menarik, hilang pulak motif nak cari makan.

National Archeological Museum of the Bulgarian Academy of Sciences.
Terletak berhadapan seberang jalan dengan Presidential Palace.
Maka berjalanlah aku ke The Central Sofia Market Hall yang terletak di Marie Louise Boulevard atau di hadapan Banya Bashi Mosque. Sebuah bangunan yang telah dibina pada tahun 1911 juga dikenali sebagai The Market Hall. Mula dibina pada 1907 oleh Naum Torbov seorang architecture tempatan yang terkenal.

The Central Sofia Market Hall.
Pada 100 tahun dahulu ketika baru dibuka ia menempatkan lebih dari 170 kedai dan sekarang ia hanya mempunya satu pasaraya yang besar sahaja. Maka aku masuk ke dalam dengan harapan ada la beberapa makanan halal yang terjual. Dan betul sangkaan aku sebab Bulgaria ini berjiran dengan Turkiye maka banyak makanan Turkiye yang dijual di sini.

Keadaan di dalam The Central Sofia Market Hall.
Antara cookies dan chocolate yang ada tanda Bulgarian Halal Authorities.
Walaupun nilai duit di sini lebih tinggi dari Ringgit Malaysia tapi harga di sini jauh lebih murah. Aku ambil beberapa biji buah oren, epal dan pear, 2 kotak biskut, 1 buku roti, 1 botol jus buah dan sepotong keju. Total lebih kurang BGN15.00 atau bersamaan RM35.00. Rasa murah tak? Bagi aku murah sebab kalau dilihat minimum gaji orang-orang di sini.

Gaji minimum di Bulgaria adalah BGN1,300.00 bersamaan RM3,100.00. Tapi kalau boleh spend untuk beli barang keperluan di bawah BGN50.00 untuk seorang bujang maka sudah dikira sangat murah. Ada yang nak pindah duduk sini ke? 😁.

Mencari roti buku benda paling mudah di makan dan cepat kenyang.
Dan semestinya makanan yang paling murah hahahaa .. 😁
Dah pilih roti kat gambar atas sekali nampak roti yang tengah promo ni 😁.
Indo Mee juga ada dijual banyak di sini dengan tanda Halal.
Kenapa la mi segera Malaysia yang banyak brand tu tak boleh ada di sini.
Masa aku masuk pasaraya di sini mata melihat mana makanan yang halal dan mana yang murah atau tengah promo. Agak terkejut banyak makanan yang tengah promo tu ada tanda halal. Termasuklah beberapa makanan berunsurkan ayam dan daging. Disebabkan ada yang bahan-bahan atau produk itu sendiri diimport dari Turkiye.

Ada juga salami halal yang diimport dari Turkiye.
Tak semua tanda Halal itu ada di depan produk maka kena rajin la untuk membelek semua produk yang kita nampak menarik untuk dibeli. Namun apa yang perasan kalau nama produk tu ada tulisan Turkiye 90% mesti ada tanda halal or else boleh juga untuk memilih makanan vegan.

Penat membeli beberapa stok makanan dan aku terus berjalan pulang ke hotel. Dari subuh tadi dah keluar sampai sekarang dah hampir tengah hari. Balik tu ingat nak minta guna kettle di kaunter. Sekali tengok makcik racist tu ada. Terbantut niat dan terus naik bilik dan tidur 😅.

Friday, 10 April 2026

Bulgaria Part 5 : Ketemu Solo Traveler Serumpun & Visit St Alex Nevsky

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Bulgaria Part 4 : Saint Nedelya Orthodox Cathedral - Vitosha Boulevard

Lama sangat berhenti sebab focus trip raya ke Yunnan. Moh ler kita sambung cerita travel solo backpackers di Bulgaria ini.

Alhamdulillah dapat juga solat jumaat walau sebenarnya plan nak terus ke hotel untuk check in. Namun Allah permudahkan segalanya. Semasa memberi salam terakhir aku sempat tengok orang sebelah dan dalam hati terus berkata confirm orang Malaysia. Dan selesai solat sunat dan berdoa kami bersalam dan terus aku tegur "Orang Malaysia ke?"

Bersama traveler hebat Yulianto Nadir dari Indonesia (check IG beliau).
Gambar diambil sebelum berpisah selepas solat maghrib di masjid.
Terus dia kata "Bukan, Saya orang Indonesia". Dan kami berdua terus bersembang sehingga pekerja masjid meminta kami bangun sebab nak kemas tikar yang dibentang di luar kawasan masjid ini. Dan kami ke sebuah restoran halal yang berdekatan untuk menyambung perbualan. Dapatlah kenalan baru yang bernama Yulianto Nadir dari Parigi, Indonesia.

Seorang traveler yang hebat dalam dunia pengembaraan beliau yang hampir mencecah 70 negara di seluruh dunia. Seorang yang soft spoken dan pemurah.. Masa berbual di kedai makan pun tiba-tiba Anto yang bayarkan hahaha.. Memang baik dan sopan orang nya. By the way orang nya masih single 😅.

Sebuah restoran halal yang kami singgah untuk sambung berborak.
Seriously makanan di sini semua nampak sedap dan aroma bau yang menyelerakan.
Dan yang lebih menarik kami berdua adalah solo traveler. Kata Anto dia baru sampai dua hari lepas dan malam ini akan berangkat Bucharest, Romania. Terus aku decide my next destination ialah Romania sebab macam senang ada member yang lebih awal sampai. Nanti boleh korek info sahaja 😅.

Masa di kedai makan ni pun ada cerita aku nak kongsi. Dah la dari semalam tak makan proper dan kali ini jumpa nasi dengan few lauk yang buatkan aku bertambah kelaparan. Masa order dengan bantuan isyarat tangan aku order nasi putih dengan lauk ayam yang macam kari. Tapi bila dapat hanya nasi putih dengan sejenis bijiran berwarna kuning sahaja.

Nak pilih makanan yang grill pun ada. 
Nasi putih dengan bijiran apa aku tak sure tapi sedap.
Bila aku tanya "Only rice?" staff reply "U only order rice so i give you rice". dengan slang Bulgaria dia. Aku dengan Anto terus gelak. Tak apa lah ratah nasi pun dah cukup. Berborak la kami sampai nasi habis. Dan kemudian kami take away slice pizza yang berharga BGN3.00/RM7.00 macam dalam gambar di atas sebelum keluar dari kedai makan ni.

Patriarchal Cathedral Saint Alexander Nevsky - One of Iconic in Sofia City.
Selesai berborak dan bersalam, Anto tanya aku apa plan hari ini dan aku kata " Tak ada lagi sebab baru nak pergi check in hotel" dan selepas Anto check dalam google map dia kata nak ikut sekali sebab hotel aku dah half way ke Patriarchal Cathedral Saint Alexander Nevsky. Dan aku pun sambut okay kita pergi sekali tapi bagi 10 minit untuk aku nak check in.

Nak ambil gambar full kena berjalan jauh dari church. Memang besar sangat.
Okay lepas puas tengok dan amik gambar dari luar. Moh ler kita masuk.
Selepas urusan check in selesai dan letak beg backpack yang aku simpan di kaunter hotel dari pagi tadi dalam bilik. Terus kami berjalan ke our next destination yang terletak 800 meter sahaja dari Stivan Iskar Hotel. Oh by the way my review hotel ini sangatlah teruk, nak bagi 1 star pun tak ikhlas. Kalau korang tidur hostel is much more better kot.

Nampak macam tak sama dengan church lain yang ada banyak kerusi yang disusun.
Kagum dengan seni hiasan dalaman yang cukup cantik, kemas dan ?? 😅
Architecture ada sedikit kelihatan seperti Blue Mosque dan Hagia Sophia.
Tiada bayaran masuk dikenakan kepada setiap pengunjung.
Info: Sebuah Gereja Ortodoks Neo-Byzantine yang dibina antara 1882-1912 untuk menghormati lebih 200,000 askar Rusia yang terkorban dalam Perang Russia-Turkey. Ia menjadi antara cathedral orthodox terbesar di dunia. Mempunyai kubah emas dan menara loceng setinggi 52 meter dan ia menjadi simbol terkemuka dalam sejarah dan budaya Bulgaria.

Terletak berdekatan The National Assembly and Sofia University. Designed by Russian architect Alexander Pomerantsev menggunakan batu marmar dari Italy dan mozek dari Venice. Mempunyai 12 buah loceng yang ditempah khas dari Moscow, Russia dan diletakkan setinggi 150 kaki di dalam gereja ini sehingga boleh didengari sejauh 30km.

Another view of Patriarchal Cathedral Saint Alexander Nevsky.
Antara bangunan peninggalan pemerintahan communist.
Di sekeliling area church ini terdapat banyak kawasan yang menarik seperti bangunan bersejarah dan juga beberapa tugu atau statue yang dibina. Dan bila waktu petang akan ada ramai remaja yang datang di kawasan lapang berhadapan pintu church ini untuk bermain dan lepak bersama kawan-kawan. Dan terdapat juga gereja yang lain di sini.

Terdapat beberapa attraction lain di kawasan sekitar St Alexander Nevsky.
Keesokan pagi aku datang lagi ke sini untuk ambil gambar waktu pagi (konon nak amik gambar sunrise) tapi masa datang dah agak lewat dan aku dapati terdapat orang-orang berniaga macam pasar karat. Dan mostly adalah barang-barang peninggalan askar perang dunia kedua. Agak menarik untuk dilihat dan dibeli tapi harga tak begitu murah 😅.

Kamera lama, topi dan helmet askar, lencana atau pingat askar, pisau atau boyonet, kelongsong peluru sehinggalah topeng gas dan kasut askar dari perang dunia kedua mostly dari pihak Russia dan Nazi. Takut kalau beli ada badi pulak hahaha..

Ada pasar karat setiap pagi sabtu. Banyak barang peninggalan perang dunia yang dijual.
Selesai jalan-jalan area Patriarchal Cathedral St Alexander Nevsky, kami beransur pulang sebab Anto nak ke bus station malam nanti dan kami berjalan sehingga ke Basya Bashi Mosque untuk bersolat maghrib. Selepas selesai solat kami bersalam dan berkata Insyallah jumpa nanti di Bucharest, Romania dan aku terus balik ke Hotel.

Sebuah bangunan hotel yang lama dan keadaan di dalam semuanya basic.
Katil yang simple selimut nipis dan tiada aircond atau kipas yang disediakan.
Sampai di hotel aku tengok makcik racist pagi dah tak ada and now staff lain yang jaga kaunter, terus aku minta nak guna kettle. So easy dia kata nanti lepas air masak bawalah naik bilik dan habis guna sila bawa turun ke kaunter semula sebab takut ada orang lain nak guna. Oh ya bilik single aku berharga BGN45.00 bersamaan RM107.00 semalam.

 Harga Single Room BGN45.00 bersamaan RM107.00 - Book by Agoda.com.
Antara bekalan makanan yang masih berbaki malam ni. Kita layan Mamee Lontong.
Bancuh Coffee 3in1 dan Mamee Lontong terus aku pulangkan kettle. Lepas makan ingat nak baring sekejap tapi terus terlelap dan terjaga pukul 2.00 pagi. Mau tak kepenatan dari sebelum subuh sampai malam ke hulu hilir merayau hahaha.. But syukur alhamdulillah dapat banyak cover today dan syukur dapat kawan baru 😉.