Showing posts with label Part 2 : Tour Historical National Museum of Namibia. Show all posts
Showing posts with label Part 2 : Tour Historical National Museum of Namibia. Show all posts

Monday, 21 October 2013

Namibia Part 2 : Tour National Historical Museum of Namibia

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Namibia Part 1 : Our Journey Stuck In Windhoek - Train Museum

Di sebabkan kami tak boleh nak ke Swakpmund dan Walvis Bay.. maka kami just stay di Windhoek selama 3 Hari 2 Malam.. kat bandar ni memang tiada apa yang menarik.. ia nya dari sebuah kawasan gurun yang di bangunkan menjadi pekan koboi dan menjadi sebuah bandar pada masa kini.. aku rasa la.. hahaa :P

Semalam kami sampai Windhoek pagi dan selepas check in kat Chameleon City Bacpackers Hostel sempat jugak la nak merayau2 kawasan bandar ni.. tapi tak ada la hebat macam Shanghai, Beijing, Bangkok or even Kuala Lumpur.. tak ada bangunan canggih.. dan tak banyak tempat menarik yang boleh kita lihat..

Jom masuk..
Dengan population di Windhoek lebih sket dari angka 300,00 orang.. maka cukup la sekadar bangunan 5 - 10 tingkat.. dan bangunan paling tinggi di seluruh negara ni berketinggian 100 meter /330 ft - 21 floor.. Old Mutual Namibia Headquarters..


Gambaran keadaan purba di satu ketika dahulu..
Antara pakaian traditional orang2 Namibia..
Tulang gajah afrika.. besar tak?? huhuu..
Seekor Leopard yang telah di awet kan.. 
Peralatan memburu orang-orang terdahulu..
Anak panah pelbagai jenis untuk pelbagai jenis binatang dan keadaan..
Kereta kuda..
Kaum wanita menyediakan makanan
Sampan lama yang dijumpai ahli sejarah
Antara jenis rumah zaman purba
Mus'ab cuba untuk memahami design :P
Jom move next section.. 

Yang bagus pasal semua National Museum Of Namibia nie.. tidak di kenakan sebarang bayaran masuk.. siap ada tulis kami tidak akan menerima sebarang bayaran termasuk lah sumbangan dan sebagai nyer.. menggunakan bangunan lama sekitar bandar Windhoek ni.. termasuk pejabat pos lama, penjara lama dan station kereta api lama..

Semalam kami sempat jalan2 di Muzium Station Kereta Api Lama.. Hari ni kami dapat masuk Muzium Penjara Lama dan Muzium Pejabat Pos Lama.. tapi nama semua tetap sama National Museum of Namibia.. Menarik jugak la muzium kat sini.. sebab sejarah yang amat berbeza dengan kita di nusantara.. atleast ada jugak something nak buat kat Windhoek.. dari datang tak buat apa2 seteah kecewa tak dapat ke Walvis Bay..


Muzium di bangunan penjara lama..
Muzium di pejabat pos lama..
Siapa yang faham bahasa
Afrikaans, Dutch atau Germany mesti boleh baca :P
Tetiba aku pelik..
Kenapa ada Bendera Malaysia kat dalam Muzium nie..
Rupa2 nyer pada zaman kemerdekaan mereka..
Tentera Malaysia ada join misi dengan UNTAG - PBB..

Bangga sungguh aku sebagai seorang rakyat Malaysia :D
Jom Layan Barang - Barang Antik 
Barang2 dapur yang antik..
Iron baju baju antik yang menggunakan arang.. susah jugak zaman dulu iron baju..
Teropong?? Telescope?? sape tahu sila bagitau..
Mus'ab cuba untuk menghidupkan lagu :D





Penjagaan muzium oleh pihak berkuasa Namibia memang terbaik.. semua barang di jaga dengan elok.. even satu hari tak sampai 20 orang datang melawat.. sejarah kehiduapan awal di Namibia di kesan seawal 25,000 BC.. di kenali " The First Human In The Hun Mountains ".. terbukti dengan penemuan lukisan dan peralatan memburu zaman stone age di Hun Mountains.. kalau nak tahu lebih lanjut sejarah yang unik ni.. sila klik sini.. Continue Part 3