Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Mood nak update blog seperti hilang di tengah lautan Maldives pulak hahaa. Kepenatan, jatuh sakit, soal kerja, keluarga samada ibu dan juga anak-anak semuanya ada. Apa pun moga kita semua diberikan kekuatan dan tenaga dalam meneruskan kehidupan dengan sempurna dalam keberkatan Insyallah.
Dari Botanical Garden kami menaiki bas percuma menuju semula ke area city center. Dan kami berhenti tak jauh dari Perth Central Park untuk menuju ke Hay Street Mall. Untuk kali ini adalah yang ketiga kami menjejakkan kaki di Hay Street Mall. Walau tadi dah berjalan jauh di Kings Park & Botanical Garden, kami meneruskan lagi berjalan di sini.
|
Bangunan Perth Town Hall berhadapan jalan masuk ke Hay Street Mall. |
|
Menaiki bas ke Blue Boat House dan dari Botanical Gardan ke City Center. |
Masa di Hay Street Mall ni Kak Ngah beli dua handbag. "Ni satu handbag kak ngah beli untuk mama" katanya. Kita pun layan jer lah. Yer lah last minit bagitahu mama dia nak ikut abang afif dengan kak mia ke Perth, Australia. Kenalah beli souvenir bawa balik hihii.
Seronok berjalan-jalan cuci mata di Hay Street Mall ni. Tapi tak seronok untuk duit dalam wallet yang tak begitu tebal haha.. Hanya Kak Ngah dan Abang Wan sahaja yang berbelanja di sini. Kata Abang Wan pulak "Kenalah beli something di sini sebagai kenangan bila pulang ke Malaysia". Baiklah Abang Wan. Nampak la sehelai dua pakaian yang dia beli kat sini.
|
Jalan di antara dua bangunan putih dibelakang tu adalah permulaan Hay Street Mall. |
|
Bangunan Wesley Uniting Church di penghujung Hay Street Mall. |
Sedikit fakta berkenaan Hay Street Mall yang diperkenalkan pada tahun 1972 ini. Ia diberi nama sempena Robert William Hay iaitu Secretary of State for The Colonies atau mudah kita kata Menteri yang menjaga jajahan di bawah The Colonies - Yang pada ketika itu gabungan di antara British & Dutch pada waktu menjajah kawasan dari India sehinggalah ke Australia.
|
Antara bebeapa buah bangunan yang unik di sekitar area sini. |
|
Aku pun dah lupa bangunan apa. Dah search pun tapi tak jumpa. |
Berkonsep open air pedestrian mall dengan panjang kurang dari 600 meter. Basically dari Perth Town Hall sehinggalah ke Perth Central Park di situlah letaknya Hay Street Mall dan satu blok ke hadapan anda akan jumpa Murray Street Mall. Segala yang berada di antara kedua street ini adalah tempat shopping yang menarik untuk kita berjalan-jalan.
|
Mula-mula nampak satu beg jer diorang beli. |
|
Lepas seketika Kak Ngah muncul penuh tangan kiri kanan beg dia shopping hahaha.. |
|
Even tak beli apa-apa di sini tapi memang recommended untuk take a walk di sini. |
Kami spend lebih hampir dua jam berjalan-jalan di Hay Street Mall sehinggalah ke penghujung di mana letaknya Perth Town Hall. Hampir segala branded store ada di sini. Dan beberapa convenience store serta pasaraya juga ada di sini termasuklah yang menjual barang basah halal seperti ayam.
|
Toilet untuk anak kecil ada disediakan microwave dan air panas. |
|
Antara restoran yang menjual makanan halal di area Hay Street Mall ini. |
Dan restoran makanan halal pun agak mudah untuk ditemui termasuklah yang diusahakan oleh rakyat Malaysia iaitu D'Angkasa Malaysia Restaurant dan Ikhwan Cafe. Hampir semua dari tukang serve sehingglah tukang masak adalah orang Malaysia. Ada juga seperti M&J Chicken mempunyai sijil halal dari Australia Federation of Muslim Council.
Info Bell Tower: Dikenali sebagai The Bell Tower atau Home of the Swan Bells. Dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin dari jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang dan last entry adalah pada pukul 3.45 petang. Terdapat 18 buah lonceng yang dipasang pada menara yang berketinggian 82.5 meter ini. Dibina dengan kos sebanyak $5.5 million Australian Dollar.
|
Dari Hay Street Mall kita berjalan kaki ke Bell Tower yang terletak hampir 500 meter. |
|
Jalan setiap 100 meter kita berhenti dan ambil gambar. Tak la penat sangat. |
|
The Bell Tower - Here we are :D |
Dari Hay Street Mall kami berjalan lagi ke arah The Bell Tower yang boleh dilihat dengan mudah dari Perth Town Hall dengan jarak 500 meter. Di sini tiada aktiviti yang boleh dilakukan kecuali layan pemandangan especially di area Barrack Street Jetty yang terletak 200 meter bersebelahan atau sekitar dengan Bell Tower.
Memang recommanded sangat untuk take a walk di sini sambil layan pemandangan dan layan perasaan sekali hahaha.. Lagi-lagi kalau korang datang waktu sunset di sini lagi cantik view. Dari sini juga adalah walking distance ke All Suite Perth - Apartment yang kami tinggal.
|
Pemandangan Bell Tower dari Barrack Street Jetty - Sumber Google Map. |
|
Pemandangn di Barrack Street Jetty - Sumber Google Map. |
Dari area Barrack Street Jetty ini kami berjalan kaki menuju ke Elizabeth Quay yang terletak kurang 250 meter. Tempat yang sama kami tuju pagi tadi bagi menaiki bas ke The Blue Boat House. Pagi tadi kalam kabut sebab nak kejar bas maka kita datang la semula sebab dah dekat kan.
Area di sini juga sama seperti di Barrack Street Jetty tadi. Memang best untuk take a walk di sini. Sometimes kalau ada even di sini lagi meriah. Pada pendapat aku kalau tak tahu buat apa di Perth maka boleh la datang ke sini especially kalau datang waktu winter lagi la best nak berjalan di sini.
|
Here we are at Barrack Street Jetty. Muka semua dah kepenatan. |
|
Layan view waktu awal pagi dan lewat petang di sini memang best :D |
|
Kita stop beli coffee tapi terbeli nachos sekali pulak hihii.. |
Disebabkan kami macam terlalu penat sangat maka kami pun stop at one cafe nak beli coffee sebelum berjalan kaki pulang ke apartment. Lagi pun nak kena balik sebelum Maghrib sebab tak solat Jama Zohor dan Asar lagi ni. Nak dijadikan cerita lagi, makcik yang jaga kaunter masa nak beli coffee ni baik sangat.
Macam-macam dia tanya dari mana dan halal food so on. Segala pastry dan sandwich yang dijual dia kata tak suggest untuk kita beli. Sebab ayam daging semua tu tak halal. But then dia kata "U can try our famous nachos". Dia kata jangan risau dia cuma letak sos dengan cheese sahaja. Kita pun layan jer lah :D