Pages

Sunday, 29 September 2024

Aku Dulu Seorang Solo Backpacker - Namun Bukan Sekarang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Alhamdulillah syukur masih bernafas di muka bumi yang indah dari ciptaan kehebatan kekuasaan Allah Taala.

Baru jer selamat sampai di sebuah lagi negara baru pada pagi ini. Setelah menaiki bas lebih 9 jam. Maka menjadikan angka baru dalam senarai negara yang telah ku jejaki.

The Palace National Art Gallery @ Sofia, Bulgaria.
Saint George Rotunda Church @ Sofia Bulgaria.

Apa pun my feeling at this moment macam tak berapa nak seronok sangat. Why? Kalau di zaman student dulu, travel seorang diri itu menjadi kebanggaan pada diri sendiri namun tidak bagi sekarang.

Untuk pengetahuan semua. Ini adalah trip solo pertama aku selepas berkahwin.. Where is aku tak pernah tinggalkan wife aku ke mana sahaja aku travel. And there is few time where we travel with the kids.

Central Sofia Market Hall.
Regional History Museum of Sofia, Bulgaria.

So bila dah jadi seorang suami dan bergelar ayah. Tiba-tiba pergi travel solo, feeling dia memang lain sangat. Especially bila tempat yang ko pergi terlalu cantik but then ko rasa bersalah sebab your wife tak enjoy benda yang sama.

Banyak lagi la feeling dia.. but for me this will be my last ever travel seorang diri.  Is either travel dgn wife or dengan kids. Then you will be more enjoy. Lagi sedih bila wife bagitahu si bangsu Afnan demam panas. Lagi la hati seorang ayah ni tak tenteram huhu..

16th Century Central Mosque Of Bulgaria @ Banya Bashi Mosque.
Medieval Orthodox Temple of Saint Petka Samardjiyska @ Sofia, Bulgaria.

Update 02 Oktober 2024 - Alhamdulillah syukur diberi kesihatan yang baik dan sihat di kala masih lagi merantau dan pengembara di negara yang bermusim sejuk ini. Walau bukan musim winter tapi pagi kelmarin suhu mencecah minus. 

Insyallah balik Malaysia nanti akan tulis final part pengembaraan di Perth Australia. Dan kemudian akan mula penulisan backpack ke Bali, Indonesia sebelum kita tulis kisah di Central Asia iaitu Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan insyallah.

Thursday, 26 September 2024

A Little Story From Yesterday Picture

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Nothing much to share and to say about today. Only a few picture i like to share here in this entry for a memory and to be remember in future. And this memory i share here wil be number 45 in my list. 

The story of today start from KLIA
And we jumped into Boeing 777-300
They served us with lovely lunch in flight
After almost 7 hours flight. The pilot make an announcement preparing for landing.
Alhamdulillah safely arrived at our transit destination before we catch the connecting flight.
At this time we need to run fast as we have less then 40 minit to get to the connecting flight. And somehow we manage and catch the flight. We was the last passenger on board. 
This was the third and last menu in the flight for today and we almost reach our destination.
Finally after in total more then 13 hours journey we arrived at our final destination.

Tiba-tiba tulis english pulak dah kenapa kan hahaha.. Saja la mencuba menulis english nak belajar. Kalau salah boleh betulkan di ruang comment di bawah :D

Alhamdulillah syukur safely arrived petang semalam waktu sini atau lebih kurang pukul 11.30 malam waktu Malaysia. Cuaca tak berapa sejuk walau musim luruh ketika ini.

Hurmm ke mana pulak kali ini? Tak tahu nak cerita macam mana hihii. But today story is another story after the journey at Kepulauan Lautan Hindi early this month.

By the way 5 orang pertama yang boleh teka dengan betul di ruang comment - aku naik airlines apa, transit di mana dan mana destinasi aku ini. Insyallah aku akan bagi hadiah balik nanti. Semua clue ada dalam gambar-gambar di atas.

Sunday, 22 September 2024

Australia Perth Part 14 : Hay Street Mall - The Bell Tower - Elizabeth Quay

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Mood nak update blog seperti hilang di tengah lautan Maldives pulak hahaa. Kepenatan, jatuh sakit, soal kerja, keluarga samada ibu dan juga anak-anak semuanya ada. Apa pun moga kita semua diberikan kekuatan dan tenaga dalam meneruskan kehidupan dengan sempurna dalam keberkatan Insyallah.

Dari Botanical Garden kami menaiki bas percuma menuju semula ke area city center. Dan kami berhenti tak jauh dari Perth Central Park untuk menuju ke Hay Street Mall. Untuk kali ini adalah yang ketiga kami menjejakkan kaki di Hay Street Mall. Walau tadi dah berjalan jauh di Kings Park & Botanical Garden, kami meneruskan lagi berjalan di sini.

Bangunan Perth Town Hall berhadapan jalan masuk ke Hay Street Mall.
Menaiki bas ke Blue Boat House dan dari Botanical Gardan ke City Center.
Masa di Hay Street Mall ni Kak Ngah beli dua handbag. "Ni satu handbag kak ngah beli untuk mama" katanya. Kita pun layan jer lah. Yer lah last minit bagitahu mama dia nak ikut abang afif dengan kak mia ke Perth, Australia. Kenalah beli souvenir bawa balik hihii.

Seronok berjalan-jalan cuci mata di Hay Street Mall ni. Tapi tak seronok untuk duit dalam wallet yang tak begitu tebal haha.. Hanya Kak Ngah dan Abang Wan sahaja yang berbelanja di sini. Kata Abang Wan pulak "Kenalah beli something di sini sebagai kenangan bila pulang ke Malaysia". Baiklah Abang Wan. Nampak la sehelai dua pakaian yang dia beli kat sini.

Jalan di antara dua bangunan putih dibelakang tu adalah permulaan Hay Street Mall.
Bangunan Wesley Uniting Church di penghujung Hay Street Mall.
Sedikit fakta berkenaan Hay Street Mall yang diperkenalkan pada tahun 1972 ini. Ia diberi nama sempena Robert William Hay iaitu Secretary of State for The Colonies atau mudah kita kata Menteri yang menjaga jajahan di bawah The Colonies - Yang pada ketika itu gabungan di antara British & Dutch pada waktu menjajah kawasan dari India sehinggalah ke Australia.

Antara bebeapa buah bangunan yang unik di sekitar area sini.
Aku pun dah lupa bangunan apa. Dah search pun tapi tak jumpa.
Berkonsep open air pedestrian mall dengan panjang kurang dari 600 meter. Basically dari Perth Town Hall sehinggalah ke Perth Central Park di situlah letaknya Hay Street Mall dan satu blok ke hadapan anda akan jumpa Murray Street Mall. Segala yang berada di antara kedua street ini adalah tempat shopping yang menarik untuk kita berjalan-jalan.

Mula-mula nampak satu beg jer diorang beli.
Lepas seketika Kak Ngah muncul penuh tangan kiri kanan beg dia shopping hahaha..
Even tak beli apa-apa di sini tapi memang recommended untuk take a walk di sini.
Kami spend lebih hampir dua jam berjalan-jalan di Hay Street Mall sehinggalah ke penghujung di mana letaknya Perth Town Hall. Hampir segala branded store ada di sini. Dan beberapa convenience store serta pasaraya juga ada di sini termasuklah yang menjual barang basah halal seperti ayam.

Toilet untuk anak kecil ada disediakan microwave dan air panas.
Antara restoran yang menjual makanan halal di area Hay Street Mall ini.
Dan restoran makanan halal pun agak mudah untuk ditemui termasuklah yang diusahakan oleh rakyat Malaysia iaitu D'Angkasa Malaysia Restaurant dan Ikhwan Cafe. Hampir semua dari tukang serve sehingglah tukang masak adalah orang Malaysia. Ada juga seperti M&J Chicken mempunyai sijil halal dari Australia Federation of Muslim Council.

Info Bell Tower: Dikenali sebagai The Bell Tower atau Home of the Swan Bells. Dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin dari jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang dan last entry adalah pada pukul 3.45 petang. Terdapat 18 buah lonceng yang dipasang pada menara yang berketinggian 82.5 meter ini. Dibina dengan kos sebanyak $5.5 million Australian Dollar.

Dari Hay Street Mall kita berjalan kaki ke Bell Tower yang terletak hampir 500 meter.
Jalan setiap 100 meter kita berhenti dan ambil gambar. Tak la penat sangat.
The Bell Tower  -  Here we are :D
Dari Hay Street Mall kami berjalan lagi ke arah The Bell Tower yang boleh dilihat dengan mudah dari Perth Town Hall dengan jarak 500 meter. Di sini tiada aktiviti yang boleh dilakukan kecuali layan pemandangan especially di area Barrack Street Jetty yang terletak 200 meter bersebelahan atau sekitar dengan Bell Tower.

Memang recommanded sangat untuk take a walk di sini sambil layan pemandangan dan layan perasaan sekali hahaha.. Lagi-lagi kalau korang datang waktu sunset di sini lagi cantik view. Dari sini juga adalah walking distance ke All Suite Perth - Apartment yang kami tinggal.

Pemandangan Bell Tower dari Barrack Street Jetty - Sumber Google Map.
Pemandangn di Barrack Street Jetty - Sumber Google Map.
Dari area Barrack Street Jetty ini kami berjalan kaki menuju ke Elizabeth Quay yang terletak kurang 250 meter. Tempat yang sama kami tuju pagi tadi bagi menaiki bas ke The Blue Boat House. Pagi tadi kalam kabut sebab nak kejar bas maka kita datang la semula sebab dah dekat kan.

Area di sini juga sama seperti di Barrack Street Jetty tadi. Memang best untuk take a walk di sini. Sometimes kalau ada even di sini lagi meriah. Pada pendapat aku kalau tak tahu buat apa di Perth maka boleh la datang ke sini especially kalau datang waktu winter lagi la best nak berjalan di sini. 

Here we are at Barrack Street Jetty. Muka semua dah kepenatan.
Layan view waktu awal pagi dan lewat petang di sini memang best :D
Kita stop beli coffee tapi terbeli nachos sekali pulak hihii.. 
Disebabkan kami macam terlalu penat sangat maka kami pun stop at one cafe nak beli coffee sebelum berjalan kaki pulang ke apartment. Lagi pun nak kena balik sebelum Maghrib sebab tak solat Jama Zohor dan Asar lagi ni. Nak dijadikan cerita lagi, makcik yang jaga kaunter masa nak beli coffee ni baik sangat. 

Macam-macam dia tanya dari mana dan halal food so on. Segala pastry dan sandwich yang dijual dia kata tak suggest untuk kita beli. Sebab ayam daging semua tu tak halal. But then dia kata "U can try our famous nachos". Dia kata jangan risau dia cuma letak sos dengan cheese sahaja. Kita pun layan jer lah :D

Tuesday, 17 September 2024

Checkup Mak Di Klinik Onkologi HKL

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah today my turn bawa mak ke checkup di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Minggu lepas Along yang bawa mak.

Appointment pukul 8.00 pagi. Tapi kami sampai 8.15 pagi.

Terlewat sedikit sampai sebab mencari klinik Onkologi yang terpisah jauh dati klinik pakar lain.

Dapat nombor pukul 9.00 pagi..

Di panggil 9.15 pagi. Untuk check suhu, blood pressure, berat and so on..

Pukul 9.45 pagi dipanggil kaunter bayaran untuk buat bayaran RM2.00. And now kita tunggu doktor panggil masuk bilik. 

Ramainya orang.. Moga semuanya dipermudahkan urusan.
Orang makin bertambah. Harap semuanya berjalan lancar..

Nasib la hari ni tempat kerja declare cuti sempena Sambutan Maulidur Rasul. Boleh la bawa mak pergi checkup. 

Dapat pula berita pagi ni, Hazil anak kepada adik yang berumur 3 tahun dimasukkan ke Hospital Seremban sebab keracunan makanan sehingga mengalami demam dan muntah-muntah. Semoga cepat sembuh Hazil.

Update Pukul 10.15 masih lagi menunggu doktor panggil.

Masih lagi penat sebab baru jer sampai Malaysia semalam. Insyallah dalam minggu ni aku akan update next part untuk pengembaraan di Perth Australia.

Ada lagi dua part sahaja nak habiskan cerita di Perth. Moga diberi kekuatan untuk menulis dan menghabiskan cerita kembara Perth :D

Friday, 13 September 2024

Salam Jumaat Dari Kepulauan Lautan Hindi

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah.. Salam Jumaat Dari Kepulauan Lautan Hindi..

Insyallah nanti aku update di mana keberadaan aku sekarang..

Just sharing few photo here..

Selamat tiba di sini setelah menaiki bot selama dua jam setengah dari pulau utama.
Pengangkutan utama di sini hanyalah bot dan ferry semata-mata.
Ni terserempak dengan sekumpulan dolphin semasa menuju ke Shark Garden.

Ada ketam main cak cak masa tengah layan sunset di tepi pantai.
Sebuah masjid di bandaraya utama yang dibina oleh negara dari timur tengah.
Laut yang bersih dan air yang terlalu jernih.
Sebuah masjid yang dibina pada kurun ke 16.
Update 20 September 2024 : Pengalaman berada selama 4 hari di sebuah negara kepulauan ini memang amat menerujakan. Syukur alhamdulillah diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke negara yang ke 44 dalam kehidupan kembara aku.

Apa pun aku bersyukur sebab berpeluang untuk menjejakkan kaki ke 7 buah pulau di negara ini dalam masa 4 hari 3 malam. Dan seperti biasa aku masih lagi dapat mengekalkan trip backpackers under budget all in ketika berada di pulau ini. Insyallah nantikan kisah penuhnya dalam entry yang akan datang :D

Tuesday, 10 September 2024

Terlalu Sibuk Dan Memenatkan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Hampir 4 hari sudah berlalu namun aku masih belum dapat menulis satu perenggan pun untuk update kisah sambungan perjalanan di Perth, Australia.

Mak jatuh sakit dan kemudian menjalani pembedahan. Tak smpai 3 minggu selepas itu anak jatuh sakit sehingga 7 hari berkampung di Hospital. 

Singgah di Kafe Kopiesatu di lobi Hospital Sungai Buloh 2 hari lepas.
Okay juga Ice Hazelnut Latte dan Ice Chocolate di sini.
Alhamdulillah mak semakin sembuh dan ceria.
Now abang pulak yang bawa mak balik jaga di rumah. 

Dan sekarang diri sendiri pula rasa macam lemah sebab keletihan. Namun letih seorang ayah tetap kena menjalankan tugas harian dengan menghantar dan mengambil anak ke sekolah. Dan bekerja.

Terasa macam nak kena pergi vacation untuk menenangkan diri. Namun realiti kerja yang banyak dan budget selalu tak mesra poket membataskan niat di hati.

Mak pun dah beransur baik. Kami adik beradik silih berganti menjaga mak yang tinggal seorang diri. Kadang-kadang ada yang jaga mak di rumah mak. Kadang-kadang ada yang bawa mak balik ke rumah masing-masing. Namun mak kan.. tetap selesa di rumah dia sendiri dari rumah anak-anak.


Terjumpa dengan Cola Turka ini di sebuah supermarket arab di Ampang.
Okla dah boleh ganti brand Israhell Coca Cola tu.
Anak sulung pula ada pertandingan sajak di sekolah. Hari-hari berlatih.. Semoga ada sinar untuk dia menang acara tersebut. Kesian pun ada sebab setiap hari berlatih kalau tak memang. Dapat no 3 pun jadi la. 

Si Affan pulak hari ini akan ditemu bual dalam live podcast bersama PU Riz. Macam mana dia terpilih tu jangan tanyalah aku pun tak tahu. Tapi itulah sedikit update dari aku yang terlalu sibuk. Dan mungkin bulan ni blog ini tidak begitu meriah dengan update sebab terlalu sibuk. 

Friday, 6 September 2024

Australia Perth Part 13 : The Blue Boat House - Kings Park & Botanical Garden

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Selesai sudah cerita di Fremantle dan sekarang kita kembali menyambung kisah di Bandar Perth. Tak sangka sampai 5 entry aku tulis untuk satu hari perjalanan ke Fremantle disebabkan banyak tempat menarik untuk dikongsikan. Make sure jangan lepaskan peluang jika anda ke sana nanti.

Okay.. Pengembaraan kami diteruskan lagi pada hari keempat bagi menjejakkan kaki ke tempat-tempat menarik di Bandar Perth ini. Hurmm baru hari keempat tapi dah 12 entry aku tulis. Harap-harap tak ada la yang boring membaca yer. Insyallah ada lagi dua tiga entry nak habis cerita di Perth ini.

Here we are at The Blue Boat House.
Untuk hari ini adalah hari pertama bagi kami menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Dan destinasi pertama kami adalah ke The Blue Bout House. Satu destinasi wajib kalau berkunjung ke Perth. Kami telah berjalan kaki dari apartment ke Elizabeth Quay Bus Station dan menaiki Bus 950 yang menuju ke arah Mount Bay. 

Untuk ke Blue Boat House kita akan berhenti di perhentian no 12215 atau once u all nampak Blue House tu terus jer tekan bell. Driver bas memang faham sangat lagi-lagi kalau nampak muka foreigner dalam bas. Jarak dari Elizabeth Quay ke Blue House adalah 3.7 km.

Perjalanan mengambil masa 10-15 minit bergantung kepada keadaan lalulintas untuk sampai dihadapan The Blue Boat House atau juga dikenali sebagai Perth Crawley Edge Boatshed. Dan untuk ke sini anda tidak boleh menggunakan Bas percuma Central Area Transit atau dikenali sebagai CAT Bus. Sebab ia terletak sedikit di luar kawasan.

Nasib la tak ada orang langsung time ni boleh la spend masa bergambar di sini :D
Pada waktu bas berhenti memang dah boleh nampak Blue Bout House ini di sebelah kiri so memang tak susah mana. Dan pada masa yang sama orang tempatan tak kesah pun pasal tempat ini. Kebiasaanya hanya pelancong sahaja yang nak bergambar di sini. 

The Blue Boat House telah dibina pada tahun 1930an dan kemudian telah dibeli oleh Nattress Family pada tahun 1940an. Kemudian ia silih berganti hak pemilikan selama hampir 70 tahun. Namun ia berjaya bertahan sehingga ke hari ini dan menjadi salah satu icon tarikan di Perth terutama bagi pelancong dari Asia.

Dari The Blue Boat House kita berjalan ke arah jalan Kings Park Avenue.
Kita mulakan trekking dari sini sampai la ke Botanical Garden.
Disebabkan kami sampai awal pagi dan di sini hanya untuk bergambar serta tiada aktiviti lain maka kami decide untuk berjalan kaki ke Kings Park & Botanical Garden. Alhamdulillah perjalanan sejauh 3.0 km tidaklah memenatkan. Ditambah dengan environment yang cantik serta laluan trek yang tidak sunyi, banyak kali kami berselisih dengan orang jogging atau berbasikal.

Belum start trekking si Atiyya dah tertidur dalam baby carrier.
Winter kan.. Seronok la melayan suasana yang tak berapa nak hijau di hutan kecil ini.
Antara tumbuhan hutan yang mengeluarkan bunga yang kami temui. :D
Sambil berjalan sambil bergambar dengan beberapa jenis tumbuhan yang aku sendiri tak pernah jumpa sebelum ini. Dengan cuaca yang agak sejuk kami jalan santai-santai sahaja sehingga sampai di beberapa check point yang ada di sini.

Hampir kesemua tumbuhan di sini diletakkan signboard nama scientific dan dari jenis apa dan ada yang diberitahu kelebihan kegunaannya especially pada orang zaman dahulu. Kalau jenis yang berbunga tu siap diberitahu pada waktu bila ia akan mengeluarkan bunga. 

Beware dengan beberapa arahan seperti jangan memijak atau jangan menyentuh tumbuhan yang sensetif atau juga tumbuhan yang merbahaya seperti ivy. Memandai lak aku hahaa.
Berjalan dan terus berjalan sehinggalah kami nampak bandar Perth dari jauh. Barulah lega sikit sebab bila dah penat tu mulalah ada sedikit perasaan menyesalkan hahahaha.. Dah la dengan tak prepare nak masuk trekking dalam hutan yang out off no where. Tapi somehow ia pengalaman yang menyeronokkan.

Si Atiyya ni  kejap bangun pastu penat tidur semula. Suh berjalan tak nak time ni.
Bila kita berjalan lagi seronok dia dalam carrier tu. Rasa macam dalam buai kot :D
Dari kawasan hutan tiba-tiba nampak park yang cantik dan orang yang agak ramai.
Area Kings Park ni macam di atas bukit patutlah penat benar kami berjalan tadi rupanya trek mendaki. Tapi syukur view dari atas bukit di Kings Park ni memang cantik. Ada bandar dan sungai besar yang macam lautan (Swan River).

Once dah sampai area lapang dan kehadiran orang yang ramai di Botanical Garden. Kami pun berehat dan masa ni Atiyya mengamuk-ngamuk nak turun dari baby carrier. Dah nampak kawasan lapang dia nak main la apa lagi. Tadi masa dalam hutan suh jalan sikit pun tak nak huhu. 

Kak Ngah di sebalik rumput-rumput yang dipijak. Cantik view Bandar Perth dari sini.
Akhirnya kami berjaya mengharungi hutan yang tak rancang pada awalnya.
So here we are Western Australia Botanical Garden.
Time ni si Atiyya nak berjalan dan berlari sana sini. Lagi-lagi area tasik di taman ini.
Bila dah sampai sini adalah beberapa signboard besar yang menunjukkan beberapa tumbuhan dan bunga yang harus kita jumpa kalau masuk ke Kings Park (area hutan tadi tu). Syukur juga most of them kami ada jumpa tadi. Kira berbaloi jugak lah jalan-jalan dalam hutan.

Dan ramai yang datang dari main entrance, kemudian berjalan masuk ke arae hutan dalam Kings Park & Botanical Garden dan kemudian keluar semula ke entrance. So at least kami sehala sahaja tak ada la jalan berpatah balik. By the way kalau korang datang pada musim spring aku rasa tempat ni mesti lagi cantik.

At last kami sampai juga di State War Memorial. View Bandar Perth dari sini memang awesome.
Dalam perjalanan ke arah CAT Bus Stop. Ternampak pondok macam kemelayuan sikit.
Terus kami decide untuk berhenti sebab dah penat sangat ni jauh berjalan.
Dari Kings Park & Botanical Garden ni kita boleh naik free bus iaitu Blue Cat Bus 995 untuk balik semula ke area Elizabeth Quay tapi kena berjalan sedikit la sehingga ke bus stop yang CAT Bus berhenti. So basically plan kami just nice la sebab hanya keluarkan duit untuk naik bas ke Blue Boat House sahaja.

Sepatutnya aku tulis dua entry untuk dua tempat ini tapi sebab aku rasa dah panjang sangat cerita di Perth, Australia ini maka untuk nak mengurangkan entry part yang dah masuk part yang ke-13 ni maka aku sekalikan jer lah dua tajuk ni. So sorry la ayat semua macam berterabur hahaha :D

Bersambung Australia Perth Part 14 : Elizabeth Quay - The Bell Tower - Hay Street Mall (Under Construction)