Pages

Friday, 6 September 2024

Australia Perth Part 13 : The Blue Boat House - Kings Park & Botanical Garden

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Selesai sudah cerita di Fremantle dan sekarang kita kembali menyambung kisah di Bandar Perth. Tak sangka sampai 5 entry aku tulis untuk satu hari perjalanan ke Fremantle disebabkan banyak tempat menarik untuk dikongsikan. Make sure jangan lepaskan peluang jika anda ke sana nanti.

Okay.. Pengembaraan kami diteruskan lagi pada hari keempat bagi menjejakkan kaki ke tempat-tempat menarik di Bandar Perth ini. Hurmm baru hari keempat tapi dah 12 entry aku tulis. Harap-harap tak ada la yang boring membaca yer. Insyallah ada lagi dua tiga entry nak habis cerita di Perth ini.

Here we are at The Blue Boat House.
Untuk hari ini adalah hari pertama bagi kami menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Dan destinasi pertama kami adalah ke The Blue Bout House. Satu destinasi wajib kalau berkunjung ke Perth. Kami telah berjalan kaki dari apartment ke Elizabeth Quay Bus Station dan menaiki Bus 950 yang menuju ke arah Mount Bay. 

Untuk ke Blue Boat House kita akan berhenti di perhentian no 12215 atau once u all nampak Blue House tu terus jer tekan bell. Driver bas memang faham sangat lagi-lagi kalau nampak muka foreigner dalam bas. Jarak dari Elizabeth Quay ke Blue House adalah 3.7 km.

Perjalanan mengambil masa 10-15 minit bergantung kepada keadaan lalulintas untuk sampai dihadapan The Blue Boat House atau juga dikenali sebagai Perth Crawley Edge Boatshed. Dan untuk ke sini anda tidak boleh menggunakan Bas percuma Central Area Transit atau dikenali sebagai CAT Bus. Sebab ia terletak sedikit di luar kawasan.

Nasib la tak ada orang langsung time ni boleh la spend masa bergambar di sini :D
Pada waktu bas berhenti memang dah boleh nampak Blue Bout House ini di sebelah kiri so memang tak susah mana. Dan pada masa yang sama orang tempatan tak kesah pun pasal tempat ini. Kebiasaanya hanya pelancong sahaja yang nak bergambar di sini. 

The Blue Boat House telah dibina pada tahun 1930an dan kemudian telah dibeli oleh Nattress Family pada tahun 1940an. Kemudian ia silih berganti hak pemilikan selama hampir 70 tahun. Namun ia berjaya bertahan sehingga ke hari ini dan menjadi salah satu icon tarikan di Perth terutama bagi pelancong dari Asia.

Dari The Blue Boat House kita berjalan ke arah jalan Kings Park Avenue.
Kita mulakan trekking dari sini sampai la ke Botanical Garden.
Disebabkan kami sampai awal pagi dan di sini hanya untuk bergambar serta tiada aktiviti lain maka kami decide untuk berjalan kaki ke Kings Park & Botanical Garden. Alhamdulillah perjalanan sejauh 3.0 km tidaklah memenatkan. Ditambah dengan environment yang cantik serta laluan trek yang tidak sunyi, banyak kali kami berselisih dengan orang jogging atau berbasikal.

Belum start trekking si Atiyya dah tertidur dalam baby carrier.
Winter kan.. Seronok la melayan suasana yang tak berapa nak hijau di hutan kecil ini.
Antara tumbuhan hutan yang mengeluarkan bunga yang kami temui. :D
Sambil berjalan sambil bergambar dengan beberapa jenis tumbuhan yang aku sendiri tak pernah jumpa sebelum ini. Dengan cuaca yang agak sejuk kami jalan santai-santai sahaja sehingga sampai di beberapa check point yang ada di sini.

Hampir kesemua tumbuhan di sini diletakkan signboard nama scientific dan dari jenis apa dan ada yang diberitahu kelebihan kegunaannya especially pada orang zaman dahulu. Kalau jenis yang berbunga tu siap diberitahu pada waktu bila ia akan mengeluarkan bunga. 

Beware dengan beberapa arahan seperti jangan memijak atau jangan menyentuh tumbuhan yang sensetif atau juga tumbuhan yang merbahaya seperti ivy. Memandai lak aku hahaa.
Berjalan dan terus berjalan sehinggalah kami nampak bandar Perth dari jauh. Barulah lega sikit sebab bila dah penat tu mulalah ada sedikit perasaan menyesalkan hahahaha.. Dah la dengan tak prepare nak masuk trekking dalam hutan yang out off no where. Tapi somehow ia pengalaman yang menyeronokkan.

Si Atiyya ni  kejap bangun pastu penat tidur semula. Suh berjalan tak nak time ni.
Bila kita berjalan lagi seronok dia dalam carrier tu. Rasa macam dalam buai kot :D
Dari kawasan hutan tiba-tiba nampak park yang cantik dan orang yang agak ramai.
Area Kings Park ni macam di atas bukit patutlah penat benar kami berjalan tadi rupanya trek mendaki. Tapi syukur view dari atas bukit di Kings Park ni memang cantik. Ada bandar dan sungai besar yang macam lautan (Swan River).

Once dah sampai area lapang dan kehadiran orang yang ramai di Botanical Garden. Kami pun berehat dan masa ni Atiyya mengamuk-ngamuk nak turun dari baby carrier. Dah nampak kawasan lapang dia nak main la apa lagi. Tadi masa dalam hutan suh jalan sikit pun tak nak huhu. 

Kak Ngah di sebalik rumput-rumput yang dipijak. Cantik view Bandar Perth dari sini.
Akhirnya kami berjaya mengharungi hutan yang tak rancang pada awalnya.
So here we are Western Australia Botanical Garden.
Time ni si Atiyya nak berjalan dan berlari sana sini. Lagi-lagi area tasik di taman ini.
Bila dah sampai sini adalah beberapa signboard besar yang menunjukkan beberapa tumbuhan dan bunga yang harus kita jumpa kalau masuk ke Kings Park (area hutan tadi tu). Syukur juga most of them kami ada jumpa tadi. Kira berbaloi jugak lah jalan-jalan dalam hutan.

Dan ramai yang datang dari main entrance, kemudian berjalan masuk ke arae hutan dalam Kings Park & Botanical Garden dan kemudian keluar semula ke entrance. So at least kami sehala sahaja tak ada la jalan berpatah balik. By the way kalau korang datang pada musim spring aku rasa tempat ni mesti lagi cantik.

At last kami sampai juga di State War Memorial. View Bandar Perth dari sini memang awesome.
Dalam perjalanan ke arah CAT Bus Stop. Ternampak pondok macam kemelayuan sikit.
Terus kami decide untuk berhenti sebab dah penat sangat ni jauh berjalan.
Dari Kings Park & Botanical Garden ni kita boleh naik free bus iaitu Blue Cat Bus 995 untuk balik semula ke area Elizabeth Quay tapi kena berjalan sedikit la sehingga ke bus stop yang CAT Bus berhenti. So basically plan kami just nice la sebab hanya keluarkan duit untuk naik bas ke Blue Boat House sahaja.

Sepatutnya aku tulis dua entry untuk dua tempat ini tapi sebab aku rasa dah panjang sangat cerita di Perth, Australia ini maka untuk nak mengurangkan entry part yang dah masuk part yang ke-13 ni maka aku sekalikan jer lah dua tajuk ni. So sorry la ayat semua macam berterabur hahaha :D

Bersambung Australia Perth Part 14 : Elizabeth Quay - The Bell Tower - Hay Street Mall (Under Construction)

47 comments:

  1. Bestnya. Tapi tak takut terjumpa binatang berbisa ke jalan2 dalam park kat sana? Selalu baca yang kat Australia ni byk ular dan labah2 berbisa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu tak terfikir langsung pasal benda berbahaya tu hahaha.. Sebab keliling hutan tu kawasan bandar dan perumahan.. Alhamdulillah syukur selamat jer :D

      Delete
  2. gambar kat blue boat house tu memang cun laaa!! kira gmbr wajib gitu utk cuti2 perth

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang wajib ke Blue Boat House tu.. Just semata-mata nak bergambar hihii.. View mmg cantik :D

      Delete
  3. cantiknya.. dia macam bila tgk gambar tu boleh terbayang bau fresh laut dan hutan. sangat damai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak tu tenang dan aman jer masa di park ni .. best layan view Perth dari sini :D

      Delete
  4. Cantik view kat tmpt ni. mpt pun nampak bersih jer. msti seronok kan layan view bndr perth tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur.. Mmg seronok jalan-jalan di park ni :D

      Delete
  5. Cantik view hutan banyak bunga2 liar n berdekatan taman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure hutan tu besar mana.. tapi dikelilingi kawasan pembangunan.. Seronok trekking dalam hutan tu :D

      Delete
  6. Assalammualaikum =) apa ada dalam blue boat house tu? bestnya jungle treckking lalu suasana pokok2 hijau semua... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... Apa yg ada di dlm..hurmm tak tahu pula.. seladar bergambar di situ sahaja hihii.. Hutan kecil mcm tu mmg seronok trekking santai2 jer..

      Delete
  7. waahhh mmg puasssss hati begambar time takda org.. itu tempat Anaaa yang punyaaa! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pun masa tu mmg kami santai2 jer bergambar.. tak ada org langsung huhuu.. syukur la tak spend byk masa :D

      Delete
  8. Saya memandu ke Blue Boat House tapi tempat parking agak jauh selepasnya. Masa tu ramai orang menunggu untuk mengambil foto.. bertabah je lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bawa kereta blh parking area perumahan di depan blue boat house tu.. oh ye ke ramai org.. bertabah la..

      Delete
  9. Tersampai blog ni masa tgh search for hotel...saya pernah bagi komen disini 10 tahun yg lalu, masa tu terjumpa afif di Osaka masa sy sekeluarga travel kesana...masih ingat lg sebelum meneruskan perjalanan kami, afif mention nama blog ni terus saya baca penulisan afif..lepas tu tak jumpa dah blog ni..masa jumpa di Osaka , afif tegur kami sama ada kami malaysian or indonesian..tak silap.masa tu afif nak ke Nara atau Kyoto..Alhamdulillah tuan afif masih mengembara..seronok baca pengalaman yg dikongsi..saya tak.pandai menulis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah saya ingat lagi akak yg jumpa di Osaka ini.. walau dah lebih 10 tahun lepas.. hihihii terima kasih singgah ke sini.. dulu ada singgah sekali ke sini kan.. kalau ada masa nanti boleh la send email.. boleh la berhubung.. Hurmm Masa tu saya nak ke Nara kalau tak silap.. again terima kasih dtg semula ke sini.. hope blh jumpa lagi :D

      Delete
  10. pemandangannya khas kalau di luar negeri

    ReplyDelete
  11. Wah, hijau... banyak sekali pemandangan yang menyejukan mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sejuk pun ketika ini hihihi.. Seronok masuk ke hutan melihat tumbuhan hijau.. :D

      Delete
  12. JD sebenarnya blue boat house ini hanya utk menyimpan boat ya bang? Cantik sih memang tampilannya, menarik buat background foto 🤭🤭.

    Bab trekking ini kalo winter memang saya sukaaa. Tp kalo tak winter, minta maaf lah 🤣🤣.

    Hanya saja td baca komen Carneyz ada sebut ular dan laba2, langsung meremang pula 🤣😅. Tapi hrs nya kalo memang kawasan itu ada hewan buas, biasanya diksh warning sign kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa sebenarnya maksud pembinaan rumah bot ini masih saya blm ketahui hahaha.. Mungkin benar utk menyimpan boat sahaja.. Apa pun mmg cantik bergambar di sini..
      Sama juga disebabkan winter kami santai berjalan dalam hutan kecil ini..Kalau bukan winter mau berfikir byk kali..

      Delete
    2. Tahu pasal apa yg Carneyz sebut tu.. tapi hutan ini dikelilingi kawasan pembangunan bandar dan perumahan rasa nya tidak ada ular dna spider itu hihihii.. Namun ketika itu tidak terlintas di dalam fikiran hihiii

      Delete
  13. Ooh..inilah rumah biru yang terkenal tu 😁
    Warna birunya dah bertukar ya? sebelum ni biru gelap kalau tak silap.

    Seronok jugak jalan-jalan dalam hutan tengok tumbuhan yang tak dikenali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke dulu warna biru gelap .. mmg warna biru laut ni cantik sgt hihihi..
      Betul seronok jalan jalan dalam hutan yg berlainan dri negara kita :D

      Delete
  14. the blue house ni dah mcm trademark perth pula ya... dah smpi sini nak x nak mmg kena singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. jadi wajib kalau pergi ke Perth hihii... Nasib ia mudah utk dijejaki dan masih dlm kwsn bandar perth.

      Delete
  15. kat depan kings park tu kalau org x tau, mesti akan tgk je sbb mcm x ada apa2 kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dia macam satu park yg biasa tapi ada banyak monument dan beberapa view point utk kita jejaki..

      Delete
  16. kawasan tenang2 mcm ni mmg elok sgt utk org yg patah hati😁😁 tapi bkn saya laa... sy fattah hati je🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha fattah hati ... Fenomena baru ni hihii... Okla tempat tenangmg best nak chil chil kat sini..

      Delete
  17. Sronok bila tgk negara org lain bersih nyaman tak ada sampah satu pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok bila lihat rakyat di sesebuah negara yg begitu menjaga kebersihan :D

      Delete
  18. Menariknya sharing ni. Suka baca catatan perjalanan dengan family ni. Aman damai kawasan di Perth ni ye. Banyak tempat boleh dijelajahi dengan semangat berjalan kaki ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut nak buat dua entry tapi disebabkan dah panjang sangat cerita di perth ini maka kita pendek kan sedikit hihii.. Alhamdulillah musim sejuk mmg seronok berjalan kaki :D

      Delete
  19. Dekat area Memorial tu ada tulis Malay States. Masa kami pergi ke sini pula musim bunga jadi bunga2 liar banyak la tumbuh kat sini. Nak petik kena denda dalam AUD nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke kalau petik kena saman hahah nasib la tak petik pape hhuhuu.. :D
      Itulah dtg time ni pun dah cantik apatah lagi kalau dtg musi bunga :D

      Delete
  20. Salam nak tanya, sy baca if pakai CAT bus within perth city free kan? perlu register or beli smart rider card tak walaupun free?
    and if naik bus berbayar ke luar kawasan macam ke blue boat house ni, en bayar cash or pakai smart rider card?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. yer betul.. guna CAT Bus dalam laluan nya mmg free.. hurmm kami naik turun tanpa guna apa2 kad.. nama pun free mmg tak perlu guna kad and so on.. sy guna cash sebab darinawal tahu tak banyak penggunaan bas utk beli kad..

      Delete
  21. dari laut ke hutan ke taman ke laut kembali...seronok jln2 dlm cuaca sejuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time winter mmg seronok berjalan ke sana sini.. cuba kalau summer hahahah :D

      Delete