Pages

Sunday, 22 September 2024

Australia Perth Part 14 : Hay Street Mall - The Bell Tower - Elizabeth Quay

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Mood nak update blog seperti hilang di tengah lautan Maldives pulak hahaa. Kepenatan, jatuh sakit, soal kerja, keluarga samada ibu dan juga anak-anak semuanya ada. Apa pun moga kita semua diberikan kekuatan dan tenaga dalam meneruskan kehidupan dengan sempurna dalam keberkatan Insyallah.

Dari Botanical Garden kami menaiki bas percuma menuju semula ke area city center. Dan kami berhenti tak jauh dari Perth Central Park untuk menuju ke Hay Street Mall. Untuk kali ini adalah yang ketiga kami menjejakkan kaki di Hay Street Mall. Walau tadi dah berjalan jauh di Kings Park & Botanical Garden, kami meneruskan lagi berjalan di sini.

Bangunan Perth Town Hall berhadapan jalan masuk ke Hay Street Mall.
Menaiki bas ke Blue Boat House dan dari Botanical Gardan ke City Center.
Masa di Hay Street Mall ni Kak Ngah beli dua handbag. "Ni satu handbag kak ngah beli untuk mama" katanya. Kita pun layan jer lah. Yer lah last minit bagitahu mama dia nak ikut abang afif dengan kak mia ke Perth, Australia. Kenalah beli souvenir bawa balik hihii.

Seronok berjalan-jalan cuci mata di Hay Street Mall ni. Tapi tak seronok untuk duit dalam wallet yang tak begitu tebal haha.. Hanya Kak Ngah dan Abang Wan sahaja yang berbelanja di sini. Kata Abang Wan pulak "Kenalah beli something di sini sebagai kenangan bila pulang ke Malaysia". Baiklah Abang Wan. Nampak la sehelai dua pakaian yang dia beli kat sini.

Jalan di antara dua bangunan putih dibelakang tu adalah permulaan Hay Street Mall.
Bangunan Wesley Uniting Church di penghujung Hay Street Mall.
Sedikit fakta berkenaan Hay Street Mall yang diperkenalkan pada tahun 1972 ini. Ia diberi nama sempena Robert William Hay iaitu Secretary of State for The Colonies atau mudah kita kata Menteri yang menjaga jajahan di bawah The Colonies - Yang pada ketika itu gabungan di antara British & Dutch pada waktu menjajah kawasan dari India sehinggalah ke Australia.

Antara bebeapa buah bangunan yang unik di sekitar area sini.
Aku pun dah lupa bangunan apa. Dah search pun tapi tak jumpa.
Berkonsep open air pedestrian mall dengan panjang kurang dari 600 meter. Basically dari Perth Town Hall sehinggalah ke Perth Central Park di situlah letaknya Hay Street Mall dan satu blok ke hadapan anda akan jumpa Murray Street Mall. Segala yang berada di antara kedua street ini adalah tempat shopping yang menarik untuk kita berjalan-jalan.

Mula-mula nampak satu beg jer diorang beli.
Lepas seketika Kak Ngah muncul penuh tangan kiri kanan beg dia shopping hahaha..
Even tak beli apa-apa di sini tapi memang recommended untuk take a walk di sini.
Kami spend lebih hampir dua jam berjalan-jalan di Hay Street Mall sehinggalah ke penghujung di mana letaknya Perth Town Hall. Hampir segala branded store ada di sini. Dan beberapa convenience store serta pasaraya juga ada di sini termasuklah yang menjual barang basah halal seperti ayam.

Toilet untuk anak kecil ada disediakan microwave dan air panas.
Antara restoran yang menjual makanan halal di area Hay Street Mall ini.
Dan restoran makanan halal pun agak mudah untuk ditemui termasuklah yang diusahakan oleh rakyat Malaysia iaitu D'Angkasa Malaysia Restaurant dan Ikhwan Cafe. Hampir semua dari tukang serve sehingglah tukang masak adalah orang Malaysia. Ada juga seperti M&J Chicken mempunyai sijil halal dari Australia Federation of Muslim Council.

Info Bell Tower: Dikenali sebagai The Bell Tower atau Home of the Swan Bells. Dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin dari jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang dan last entry adalah pada pukul 3.45 petang. Terdapat 18 buah lonceng yang dipasang pada menara yang berketinggian 82.5 meter ini. Dibina dengan kos sebanyak $5.5 million Australian Dollar.

Dari Hay Street Mall kita berjalan kaki ke Bell Tower yang terletak hampir 500 meter.
Jalan setiap 100 meter kita berhenti dan ambil gambar. Tak la penat sangat.
The Bell Tower  -  Here we are :D
Dari Hay Street Mall kami berjalan lagi ke arah The Bell Tower yang boleh dilihat dengan mudah dari Perth Town Hall dengan jarak 500 meter. Di sini tiada aktiviti yang boleh dilakukan kecuali layan pemandangan especially di area Barrack Street Jetty yang terletak 200 meter bersebelahan atau sekitar dengan Bell Tower.

Memang recommanded sangat untuk take a walk di sini sambil layan pemandangan dan layan perasaan sekali hahaha.. Lagi-lagi kalau korang datang waktu sunset di sini lagi cantik view. Dari sini juga adalah walking distance ke All Suite Perth - Apartment yang kami tinggal.

Pemandangan Bell Tower dari Barrack Street Jetty - Sumber Google Map.
Pemandangn di Barrack Street Jetty - Sumber Google Map.
Dari area Barrack Street Jetty ini kami berjalan kaki menuju ke Elizabeth Quay yang terletak kurang 250 meter. Tempat yang sama kami tuju pagi tadi bagi menaiki bas ke The Blue Boat House. Pagi tadi kalam kabut sebab nak kejar bas maka kita datang la semula sebab dah dekat kan.

Area di sini juga sama seperti di Barrack Street Jetty tadi. Memang best untuk take a walk di sini. Sometimes kalau ada even di sini lagi meriah. Pada pendapat aku kalau tak tahu buat apa di Perth maka boleh la datang ke sini especially kalau datang waktu winter lagi la best nak berjalan di sini. 

Here we are at Barrack Street Jetty. Muka semua dah kepenatan.
Layan view waktu awal pagi dan lewat petang di sini memang best :D
Kita stop beli coffee tapi terbeli nachos sekali pulak hihii.. 
Disebabkan kami macam terlalu penat sangat maka kami pun stop at one cafe nak beli coffee sebelum berjalan kaki pulang ke apartment. Lagi pun nak kena balik sebelum Maghrib sebab tak solat Jama Zohor dan Asar lagi ni. Nak dijadikan cerita lagi, makcik yang jaga kaunter masa nak beli coffee ni baik sangat. 

Macam-macam dia tanya dari mana dan halal food so on. Segala pastry dan sandwich yang dijual dia kata tak suggest untuk kita beli. Sebab ayam daging semua tu tak halal. But then dia kata "U can try our famous nachos". Dia kata jangan risau dia cuma letak sos dengan cheese sahaja. Kita pun layan jer lah :D

35 comments:

  1. Tak perasan kewujudan air panas/microwave di tempat baby sbb dah tak de baby. Tempat baby dan fitting room adalah port muslimah2 Perth utk solat klu dah desperate. Bg pelancong mcm uollz tak pe la, boleh jamak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye la.. bawa baby kalau jumpa toilet khas baby utk tukar lampin mmg best.. Part boleh guna utk solat tu mmg betul.. itulah nasib kami blh jamak.. tak la terkejar nak cri tmpt solat..

      Delete
  2. Penatnya berjalan huhu ...
    Banyak Kak Ngah shopping, excited agaknya nampak branded stores here & there :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat berjalan tapi mmg puas hati.. nak travel backpack ni kena kuat berjalan huhuu.. Kak Ngah nk beli jiwa mama dia.. adik beradik dia hahaha..

      Delete
  3. Kalau keluar berjalan seharian mmg rasa nak putus pinggang bila balik ke apartment / airbnb kan hehe. Tapi seronok la puas berjalan2 tengok negara orang. Takkan pergi jauh2 nak lepak di apartment je kan? 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah betul sangat sangat tu... Berjalan jauh ke sana sini lepas tu malam di hotel habis sakit kaki bagai hahaha.. mula la cari minyak panas hahaha.. but then mmg puas hati hahaha sebab cover byk tempat gitu :D

      Delete
  4. Wahhh. ke sinun lak dia ye. tu diaa. dr satu jadi beribu2 bag ye. enjoy sgt cam tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah apa yg diorang beli sampai penuh kiri kanan tangan hahaha.. Sekali seumur hidup kan.. biar nyesal beli bukan nyesal tak beli gitu hahaha :D

      Delete
  5. Uish! Macam roket bell tower dia!

    Toilet baby ada microwave, Tepat sekali . clever kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin betul roket kot.. boleh guna bila emergency nanti hahaha.. Kalau semua toilet baby mcm ni di Malaysia mmg bagus la.. clever sgt..

      Delete
  6. Bestnya changing room baby siap ada microwave lg.. boleh panaskan mknn budak kalau bawak bekal dr umh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya mmg perlu ada microwave dgn air panas di toilet baby.. senang nak buat susu dan panas kan baby food.

      Delete
  7. Steady lah Kak Ngah hehe beg kiri kanan. Lumrah lah travel kan. Tak pulak tau ada Ikhwan Cafe di sana. Lagipun kami byk masak sendiri sebelum keluar. Lawa lah Bell Tower. Moga ada rezeki ke sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kami pun terkejut amboii bnyk na kak ngah membeli hahaha.. tak apa la nak reward diri sendiri.. Bell Tower tu mmg cantik.. insyallah moga kita ada rezeki nak repeat ke sana.. :D

      Delete
  8. part shopping tu paling best laaa...for my family's trip, shopping tu is a must dan semua pun beria la beli mcm2 ;) asalkan masih within budget

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg best siapa jer yg tak suka shopping hihii.. Yeap betul within budget kan.. ada la kenangan di hari esok gitu :D

      Delete
  9. Replies
    1. Alhamdulillah... Kita kongsi cerita dan gambar di sini :D

      Delete
  10. unik betul bell tower...
    jgn pelakon Bell tu g claim ni tower dia udah ler hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kalau dia claim jadi tower chak chak yeiii hahahaa..

      Delete
  11. tgk jalan raya tu tenang je...
    best nya tak hiruk pikuk mcm kat kl ni
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Once if the government can provide very good and easy public transport and some other thing as well.. Ramai jer org tak perlu membeli kereta..

      Delete
  12. Kak Ngah ini mirip saya nampaknya kalo shopping . Awalnya beli 1, atau cakap tak nak shopping. Pas keluar bisa paling banyak barang yg dibawa 🤣.

    Tapi memang shopping is a must bagi saya tiap traveling 😁

    Tempat2 macam city centre dari kota yg memang ramai turis, biasanya tak susah cari halal foods. Saya pun kalo memang banyaak halal foods, pasti memilih itu. Lain cerita kalo memang tak ada.

    Semoga bisa visit Australia juga dlm waktu dekat. JD tertarik nak eksplor Aussie 😄👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan mirip tapi semua kaum hawa ada kesefahaman begitu hahaha.. tau tau aja sudah penuh beg shopping di tangan :P
      Siapa saja ngak mahu shopping ketika travelling.. buat buat kenangan katanya :D

      Delete
    2. Bila ngak ada langsung halal food nya maka harus dimulakan dgn cara lain.. tapi selagi ada harus utama yg halal..
      Moga dipermudahkan urusan utk visit Aussie dlm masa terdekat ya.

      Delete
  13. Pandai kak ngah gunakan alasan mak dia untuk shopping... Kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha no comment... Tapi itulah yg diberitahu pada kami hahaha.. tak apa asal bahagia..

      Delete
  14. Dulu masa anak kecik, pernah ke Perth dan hotel pun berdepan dengan Bell Tower ni. Rupanya nak pergi Fremantle pun naik feri berdekatan kat sini. Jalan2 kat bandar Perth ni tenang je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap.. Boleh guna ferry, bus dan tren utk ke fremantle... Bandar Perth ni memang tenang aman damai sahaja.. ada org kata bandar utk org pencen.. :D

      Delete
  15. Ada pilihan kedai makan halal dari Malaysia, mudah sungguh.
    Perut kenyang, baru syok nak berjalan.

    Menarik dan unik seni bina Bell Tower tu. Rupa macam kapal angkasa nak berlepas 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul.. nak berjalan perut kena jaga.. supaya tak masuk angin.. dan nak kena bertenaga sbb nk berjalan banyak huhuu.. Kan unik bell tower tu.. kapal angkasa alien hahahah :D

      Delete
  16. bagus makcik yg jual coffee tu...sungguh memahami....Bell Tower yg unik senibina nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Somehow and somewhere mesti ada org yg baik akan ada utk membantu bila mengembara ni.. memang unik seni bina bell tower ni :D

      Delete