Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Alhamdulillah today my turn bawa mak ke checkup di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Minggu lepas Along yang bawa mak.
Appointment pukul 8.00 pagi. Tapi kami sampai 8.15 pagi.
Terlewat sedikit sampai sebab mencari klinik Onkologi yang terpisah jauh dati klinik pakar lain.
Dapat nombor pukul 9.00 pagi..
Di panggil 9.15 pagi. Untuk check suhu, blood pressure, berat and so on..
Pukul 9.45 pagi dipanggil kaunter bayaran untuk buat bayaran RM2.00. And now kita tunggu doktor panggil masuk bilik.
Ramainya orang.. Moga semuanya dipermudahkan urusan. |
Orang makin bertambah. Harap semuanya berjalan lancar.. |
Nasib la hari ni tempat kerja declare cuti sempena Sambutan Maulidur Rasul. Boleh la bawa mak pergi checkup.
Dapat pula berita pagi ni, Hazil anak kepada adik yang berumur 3 tahun dimasukkan ke Hospital Seremban sebab keracunan makanan sehingga mengalami demam dan muntah-muntah. Semoga cepat sembuh Hazil.
Update Pukul 10.15 masih lagi menunggu doktor panggil. |
Masih lagi penat sebab baru jer sampai Malaysia semalam. Insyallah dalam minggu ni aku akan update next part untuk pengembaraan di Perth Australia.
Ada lagi dua part sahaja nak habiskan cerita di Perth. Moga diberi kekuatan untuk menulis dan menghabiskan cerita kembara Perth :D
Bagus saling sepakat ambil turn bawa bonda ke hospital π
ReplyDeleteSemoga anak saudara kembali sihat. Risau kalau ada anak kecil kena food poisoning :(
Alhamdulillah adik beradik semua ada masa utk Bonda.. Anak kecil kalau food poisoning mmg risau sgt2..
DeleteBerurusan dengan hospital kena banyak sabar.... semoga anak saudara kembali sihat
ReplyDeleteAlhamdulillah mmg tenang sahaja tunggu nombor giliran.. amin terima kasih doakan anak saudara..
DeleteKadang nampak begitu ramai di klinik atau hospital sebab pengiringnya ada yang lebih dari seorang walhal yang sakit seorang je.
ReplyDeleteBetul jugak tu.. smpai nurse kena buat announcementinta pengiring pesakit stay di luar..
DeletePengalaman saya di HKL nak jumpa doktor time miscarriage dulu, kena tunggu 6 jam sebab ramai orang. Lepas tu tunggu 3 jam lagi nak masuk wad. Sehari suntuk dihabiskan menunggu. Memang kena banyak2 bersabar.
ReplyDeleteTapi bagus di HKL sebab bayar tak sampai RM100 duduk 5 hari makan sedap, nurse baik, fasiliti pun ok. Cuma kena tahan je la doktor pelatih sekejap2 datang interview benda yg sama berulang2 kali lepas tu kena tadah tangan utk dicucuk berulang-ulang kali oleh doktor pelatih/junior sebab urat halus bebenor.
Mmg kalau ke Hospital Kerajaan kena byk bersabar bukan sbb service slow tapi sebab terlalu ramai pesakit yg ada.. Bab makan sedap dan nurse baik tu mmg betul.. Bab Dr praktikal tu mmg tak blh buat apa la..kalau diorng tak belajar tak ada doktor pakar pulak :D
DeleteSemoga ibunya dikurniakan kesihatan yang terbaik. Hospital Kerajaan memang kena extra bertabah menunggu giliran tetapi semua Dr Pakar ada di situ.
ReplyDeleteAmin semoga mak kita cpt sembuh.. betul lah mmg kena bersabar menunggu .. Dr pakarmg yg terbaik ada di hospital government..
DeleteMoga mak diberikan kesihatan yg baik sentiasa. Moga anak saudara sembuh secepatnya. Banyak pulak kes food poisoning lately ni.
ReplyDeleteInsyallah semoga mak kuat utk meneruskan rawatan dalam masa setahun ini.
DeleteAnak sedara masih lagi di hospital.. Moga cepat la discharge ..
Ramainya manusia...mana-mana tempat termasuk tempat saya juga ramai bila pergi klinik
ReplyDeleteOrg ramai yg bergantung pada perkhidmatan kesihatan kerajaan mmg ramai. semoga semua diberi kesabaran..
DeleteOnkologi? Saya doakan ibunya Abang kondisinya semakin membaik yaa.
ReplyDeleteKita sama2 punya parents yg sedang perawatan cancer. July lalu saya ke Penang, salah satunya nak bawa papa berobat di mount miriam cancer hospital. Alhamdulillah sukaaa sangat dengan perawatan di sana. Dokternya pun baik ramah, walaupun foreigners juga.
Dan kondisi papa pun semakin baik skr.
Saya doakan juga ibu Abang bisa sembuh seperti sedia kala.
Rawatan setelah pembedahan akan bermula minggu depan dan akan terus sehingga ke tahun hadapan. Semoganya akan baik-baik sahaja buat mak.
DeleteSemoga parent kita diberi kesembuhan dari cancer ini. amin ..
Semoga Mak sehat' selalu, di mudahkan segala urusan, di angkat segala penyakitnya..amiin π€²memang urusan ke rumah sakit itu harus banyak bersabar,apalagi kalau menunggu antrian.
ReplyDeleteTerima kasih atas doa nya.. Urusan ke rumah sakit harus mempunyai kesabaran yg tinggi.. Kerna ramai yg menanti utk dirawat..
Deletekat mana2 klinik or hospital pun memang ramai laaa..anyway, shafahallah utk ur mom
ReplyDeleteBetul tu kena bersabar ntuk mendapatkan sesuatu apatah lagi dalam soal rawatan dan kesihatan.. thanka for the dua MZ..
Deletetu diaaaa kemain ramaiiiii
ReplyDeletesyafakillah untuk bonda...
Memang ramai org tapi ok jer menunggu.. tak la sampai lebih setengah hari kan.. amin semoga mak cpt sembuh..
Deletekat negara lain mana laa nak dapat bayaran mcm tu...
ReplyDeletekdg tertanya juga KKM tak untung ke kenakan charge mcm tu
KKM mmg tak untung pun.. lagi banyak keluarkan duit ada la.. Tapi pada foreigner la kalau nak amik untung sebab mereka tiada subsidi..
DeleteAlhamdulillah.. Semoga terus diberikan kesempatan kepada kita semua untuk terus berbakti kpd kedua orang tua kita
ReplyDeleteAmin Amin... Semoga kesihatan yg diberi memberi kita peluang utk berbakti kepada kedua ibu bapa kita..
DeletePernah dulu masa mama masih ada berurusan dengan Klinik Kesihatan. Dengan parking penuh, orang pun ramai....jauh parkingnya tu. Moga urusan dipermudah ya.
ReplyDeleteitulah memang kena banyak bersabar.. kakitangan kesihatan pun sedaya upaya buat dgn cepat nak selesaikan setiap pesakit gn cepat tapi sebab ramai sgt kan.. mmg amik masa sedikit..
Deletemmg stress kalau ada appointment hospital/klinik kerajaan..tapi hospital kerajaan dah ok, check-up menyeluruh..
ReplyDeleteItulah tapi yg terbaik itulah ramai yg org nak dptkan perkhidmatan nya.. Hospital kerajaan mmg lama menunggu.. tapi alhamdulillah jumpa pakar.. berbaloi :D
Delete