Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Hari ke lima kami di Kota Mekah, Ust Atif telah membawa kami para jemaah semua untuk ziarah terakhir iaitu ke Hudaibiyah yang terletak jauh lebih kurang 22 km dari Masjidil Haram. Maka ini menjadikan ziarah ketiga kami di Kota Mekah selepas yang pertama ke Kota Thoif dan kedua Ziarah sekitar Mekah iaitu ke Jabal Thur, Jabal Rahmah Arafah, Mina dan Muzdalifah.
|
Selamat Datang ke Wadi Berkat Dato' Ibu Hudaibiyah. Milik rakyat Malaysia. |
Itu belum lagi kalau kita kira 2 short trip di waktu malam iaitu mendaki naik ke Gua Hira' dan trip makan malam di Muzdalifah. Alhamdulillah pakej yang disediakan oleh Mantop Travel ini memang tidak membosankan sentiasa ada sahaja aktiviti yang ingin mereka lakukan. Banyak perkara atau aktiviti yang tidak ada dalam itinerary secara tiba-tiba mutawwif telah adakan bagi mengisi ruang waktu kami.
|
Taklimat mengenai sejarah Wadi Berkat sebelum kami explore jauh ke dalam. |
|
Semua staf di Wadi Berkat adalah orang Malaysia. |
Jumlah keseluruhan hari kami di Mekah adalah 6 hari termasuk hari pertama ziarah di Kota Thoif dan hari keenam kami meninggalkan Kota Mekah menuju ke Kota Madinah. Dan insyallah kami akan berada di Kota Madinah selama 4 hari tidak termasuk hari perjalanan dari Mekah ke Madinah. Bagi aku Ust Atif memang pandai bahagi masa supaya kami tidak kalam kabut mengejar waktu solat ketika melakukan ziarah terutamanya.
|
Di hadapan pintu masuk Wadi Berkat |
|
Bagi yang pertama kali bertemu pasti akan berselfie bersama unta :D |
Dan pada malam hari ke-4 di Kota Madinah kami bertolak pulang menaiki pesawat Saudi Airlines dari Prince Mohammad Bin Abdulaziz International Airport (Madinah Airport) ke Jeddah Airport. Maka kami berada dalam keadaan musafir sepanjang masa di Kota Madinah. Aku dah mula confius berapa hari dan pada hari apa kami buat aktiviti atau ziarah sebab tu aku kena buat intro pasal kiraan hari ini hihii.
|
Inilah rupa Keldai. Tak boleh lari macam kuda tapi boleh angkut beban melebihi berat sendiri. |
|
Kuda - Mungkin jenis baka arab. |
|
Kambing ini jenis telinga dia besar dan panjang. |
Ok seawal pagi selepas breakfast di hotel kami telah menaiki bas menuju ke Hudaibiyah. Di sini berlakunya perjanjian Hudaibiyah di mana para sahabat telah berbai'ah kepada Nabi Muhamad saw ketika ingin hadir ke Mekah bagi mengerjakan Ibadah Umrah pertama umat islam pada tahun ke enam hijrah. Dan pelbagai peristiwa telah berlaku ketika ini.
|
Sejenis kambing yang berbulu lebat. |
|
Unta jenis yang satu bonggol. Terdapat jenis yang mempunyai dua bonggol. |
|
Boleh beli makanan rumput kering untuk diberi kepada unta. |
Ok baik kita cerita pasal Wadi Berkat ini ianya dimiliki oleh orang melayu Malaysia dari Kumpulan Global Ikhwan. Kalau perasan di Malaysia ada Pasaraya, Kedai Runcit, Cafe atau Restaurant dengan signboard bernama Ikhwan yang berwarna biru dan putih kalau tak silap aku. Dan mereka mempunyai rangkaian perniagan hampir diseluruh dunia termasuk Eropah, Afrika, Timur Tengah dan juga di Asia Tengah seperti Uzbekistan, Kazakhstan dan Turkmenistan.
|
Restoran yang dibuka kepada mengunjung bagi merasai hidangan tekak melayu. |
|
Air Katira, Air Tembikai dengan Air Nescafe ni memang menguji iman betul lah. |
|
Abang Yan tetap layan air panas walau cuaca panas masa ni. |
|
Ayam Goreng Ikhwan ni sedap dimakan bersama Nasi Lemak. |
Wadi Berkat Dato Ibu Hudaibiyah itulah nama penuh bagi sebuah penempatan orang melayu di sini dari pandangan aku. Wadi Berkat ini telah menjadi satu destinasi wajib bagi semua travel agent yang membawa jemaah umrah yang menziarahi Kota Hudaibiyah ini. Terutamanya untuk jemaah dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.
|
Cucur Udang dan Pau Sambal antara yang menarik di sini :D |
|
Cekodok Pisang, French Fries, Ayam Goreng dan Sosej pun ada di sini. |
|
So kita makan Roti Canai bersama Gulai Kawah Kambing. |
|
Harga di sini bukan agak mahal juga yer hahaha.. Boleh la layan sekali in life time. |
Kerana di sini juga disediakan sebuah restoran yang menyediakan makanan tekak orang Melayu. Seperti Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah, Bihun Sup, Mee Kari, Gulai Kawah Unta, Teh Tarik, Air Katira, Sirap Ais, Kuih Muih seperti Cucur Udang, Pau Sambal. Roti Canai & Roti Telur yang ditebar sendiri tau bukan yang datang frozen dari Malaysia. Dan terdapat banyak lagi juadah berasaskan makanan orang melayu di sini.
|
Ruang tempat makan di restoran ini. Ada juga kedai menjual souviner. |
|
Keadaan suasana yang tenang sambil layan teh tarik dan roti canai. |
|
Surau berkonsepkan open air. Waktu pagi ini belum terasa bahang panas lagi. |
|
Sesiapa yang ingin menunaikan ibadah umrah boleh la terus bersiap menukar pakaian ihram dan bersolat 2 rakaat. Tempat mandi dan tandas juga disediakan dalam keadaan baik. |
Terdapat sebuah bangunan stable yang menempatkan puluhan ekor Kuda, Kandang Unta dan Kambing Biri-biri dan juga Kambing biasa. Terdapat juga beberapa ekor Keldai. Di sini kita diberi peluang jika ingin menaiki Kuda atau Unta dengan sedikit bayaran. Ada aktiviti memberi makan kepada haiwan ternakan Unta dan Kambing.
|
Kami adalah group atau pun bas pertama yang sampai diikuti oleh group kursus mutawwif. |
|
Beberapa buah penginapan yang disediakan bagi yang ingin bermalam di sini. |
|
Wadi Coffee House. Boleh layan coffee sambil duduak dalam aircond :D |
Di sini juga disediakan bilik air dan bilik mandi bagi mereka yang ingin melakukan umrah selepas selesai membuat ziarah di sekitar Hudaibiayah. Tempat yang sesuaian untuk kita menukar pakaian ihram juga disediakan dan bersolat dua rakaat di sebuah surau terbuka juga disediakan. Terdapat juga beberapa buah penginapan disediakan jika ada yang ingin bermalam di sini. Sebuah cafe indoor, Kedai Souvenir, Taman Arnab, Istana Kucing dan tempat memanah juga disediakan.
|
Boleh melakukan aktiviti memanah dengan percuma sambil dibimbing oleh staf Wadi Berkat. |
Selesai tour keseluruhan tempat ini aku bersama abg yan lepak minum di restoran nak pekena air sebab cuaca yang agak panas ketika ini. Secara tak langsung aku telah bertemu dua orang juniar ketika belajar dulu dan terus mereka offer nak belanja makan. So kita try Gulai Kawah Unta bersama Roti Canai la. Gulai Kawah tu rasa biasa-biasa jer lagi pun daging unta tu liat juga hahahaa.
|
Ust Atif sedang memberi tazkirah dan sejarah mengenai perjanjian Hudaibiyah. Belakang Ust Atif disebalik dinding itulah berlaku bai'ah bersama Rasulullah. |
Selesai kami di Wadi Berkat ini kami telah ke tempat di mana berlakunya perjanjian Hudaibiyah itu dan Ust Atif telah memberi tazkirah yang tidak ringkas dan bersemangat walau wajahnya berpeluh diserang oleh cahaya matahari. memang power Ust Atif ni hahaha.. Terdapat beberapa buah kedai yang menjual souvenir, pakaian dan makanan di sekitar kawasan bersejarah ini. Dan di ramai yang menjual hati unta yang dikeringkan ia dikata ubat untuk penyakit asma.
|
Bas kami berhenti di hadapan kedai-kedai sebelum berjalan kaki ke tapak Hudaibiyah. |
|
Harga tak la mahal dan tak la jugak murah. Nampak seperti ada juga yang membeli.
|
Dan kemudian kami menaiki semula bas dan lalu di Miqat Masjid Hudaibiyah untuk berniat umrah untuk kali ketiga. Tapi masa ni aku tidak berniat sebab keadaan kesihatan yang demam on off dan sakit kaki yang agak kuat. Maka aku decide nak rehat di bilik sepeanjang petang sebab nak simpan tenaga untuk perjalanan ke Kota Madinah selepas ini.