Pages

Thursday, 28 March 2024

Program Singgah Sahur - Edaran Juadah Sahur Sekitar Ampang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Kita keluar sekejap dari berkongsi cerita Umrah dengan Mantop Travel Agent yang dah masuk 10 part pun tak habis-habis lagi. Alhamdulillah berjaya juga update kisah umrah walaupun jalan ceritanya yang agak susah. Dan terima kasih pada semua yang telah membaca dan juga yang memberi comment di setiap part kisah umrah. Tu yang ada semangat nak update tu. Syukur Alhamdullillah :D

Serahan Juadah Sahur kepada Petugas Perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital Ampang.
Panjang lak intro kan. Okay malam tadi aku join satu aktiviti singgah sahur yang telah dianjurkan oleh beberapa buah pertubuhan antaranya Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Ampang, Persatuan Memanah Green Arrow, Department of Arts Culture and Sport (DACS) Ampang, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ampang dan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Ampang, Tahfiz Integrasi Ilmi Hulu Langat dan Dewan Pemuda PAS Ampang.

Membuat agihan pack mengikut tempat yang akan dihantar.
Alhamdulillah siap packing dan bahagi pack makanan mengikut team.
Actually singgah sahur adalah part dari satu program penuh. Program yang bermula pada pukul 6.45 petang di SRITI Al-Falah dimulai dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ust Hanif Jamaluddin Al-Hafiz dan kemudian berbuka puasa diikuti Solat Maghrib dan Solat Isya' berjemaah serta Taraweh yang diimamkan oleh pelajar-pelajar tahfiz dari Tahfiz Integrasi Ilmi Hulu Langat. 

Serahan kepada petugas keselamatan di bahagian Forensik dan Kecemasan Hospital Ampang.
Agihan kepada petuga-petugas keselamatan disekitar kawasan Hospital Ampang.
Selepas taraweh dan makan moreh acara seterusnya adalah aktiviti bertadarus beramai-ramai. Alhamdulillah nampak ramai anak muda dari kawasan sekitar hadir join program yang dianjurkan ini. Dari umur remaja belasan tahun sehingga ada yang berumur 40-an. Alhamdulillah aktiviti tadarus selesai hampir jam 12.00 malam.

Edaran Juadah Sahur di Balai Bomba Dan Penyelamat Pekan Ampang.
Jam 1.00 pagi kami telah berkumpul di bawah banguanan Sekolah SRITI Al-Falah untuk briefing acara seterusnya iaitu agihan juadah sahur kepada kakitangan awam yang sedang bertugas terutamanya. Kami telah dibahagikan kepada 3 buah kumpulan untuk membuat eadaran.

Serahan 30 pack makanan sahur kepada anggota polis di IPD Ampang.
Serahan Pack Makanan Sahur di Balai Polis Taman Bukit Indah.
Antara lokasi utama edaran adalah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, Hospital Ampang, Balai Bomba Pekan Ampang, Balai Polis Bukit Indah dan beberapa lagi tempah serahan yang telah dimuktamadkan. Dan team aku telah diarahkan untuk edaran di Hospital Ampang dan IPD Ampang. Maka bergeraklah kami dengan dua buah kereta.

Selesai edaran kita mengopi sebentar.
Sambil mengopi kena ada benda untuk mengunyah juga hahaha..
Di Hospital Ampang edaran dimulakan dengan agihan kepada para petugas keselamatan di seluruh hospital yang berada di beberapa lokasi. Dan kemudian kami ke Jabatan Forensik dan Jabatan Kecemasan untuk serahan makan sahur kepada petugas perubatan yang sedang bertugas. Alhamdulillah lebih 100 pack makanan dapat diedarkan.

Dan destinasi akhir kami menuju ke IPD Ampang dan membuat serahan sebanyak 30 pack makanan. Selesai edaran kami singgah minum di sebuah restoran sebelum pulang ke SRITI Al-Falah untuk tidur dan bangun untuk Qiamulail pada pukul 4.30 pagi. 

Lebih 50 anak muda yang hadir di waktu Qiamulail, Solat Subah dan Tazkirah Subuh.
Para pemuda pemudi yang hadir semasa kuliah subuh yang disampaikan oleh Ust Hamdi.
Selesai solat berjemaah program di akhiri dengan tazkirah subuh yang disampaikan oleh Ust Hamdi Mudir Maahad Tahfiz Integrasi Ilmi Hulu Langat. Alhamdulillah pada Hari Nuzul Quran ini dapatlah juga mengisi masa dengan Ibadah dan aktiviti yang baik. Kalau tak join any aktiviti macam mungkin Hari Nuzul Quran bagi aku akan berlalu begitu sahaja. Apa aktiviti di Hari Nuzul Quran korang pulak? 

Tuesday, 26 March 2024

Umrah Mantop Travel Part 10 : Tawaf Wada' - Maqam Syuhada Badar - Jabal Malaikah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.


Masuk hari ke enam di Kota Mekah maka akhirnya tibalah saat yang menyedihkan buat kami kerana akan meninggalkan tempat kelahiran Nabi Muhammad saw. Ust Atif telah update dalam group whatsapp semua kena berkumpul di lobi pada pukul 10.00 pagi dan make sure semua barang telah dibawa turun ke lobi dan serahkan kad bilik di kaunter hotel.

Bismillah.. Jom kita mulakan tawaf wada - tawaf terakhir pada kali ini.
Pagi tu sempat lagi beberapa orang jemaah pergi membeli belah dan aku menjadi mangsa sebab kena ikut diorang membeli bagi membuat tawar menawar. Maklum la ramai Pakistani yang berniaga di sekitar masjdil haram ini. Dan bila bercukup bahasa urdu memang akan dapat extra diskaun. Selepas membantu mereka aku balik ke hotel menukar ihram dan terus membuat tawaf wada.

Alhamdulillah selesai Tawaf Wada dan solat 2 rakaat. Kita ambil pemandangan terakhir.
Sebelum menunaikan tawaf wada dipaksa ikut oleh beberapa jemaah pergi shopping.
Alhamdulillah menunaikan tawaf wada seorang diri agak mudah dan laju dan dalam setengah jam aku dah pulang semula bilik hotel. Mengemas beg dan turun ke tingkat 2 untuk lunch terakhir di hotel ini. Kelihatan ketika ini beberapa orang jemaah mula berkumpul di lobi hotel dan sementara menunggu bas sempat membeli makanan dan minumam untuk bekal dalam perjalanan ke Madinah. 

Pagi sebelum tu kita singgah di Perpustakaan Masjidil Haram yang berada di tingkat 2.
Last day baru jumpa library ni. Alhamdulillah duduk lama juga selepas solat subuh.
Pagi last day ni aku pergi solat subuh bersama Abang Yan. Dan time nak keluar dari masjid aku kata nak pi cari perputakaan besar dalam masjidil haram ini kalau nak ikut jom. So kami try cari dan alhamdulillah kami jumpa perpustakaan ini di pintu masuk no 80. Naik tangga terus ke tingkat 2. Direction agak mudah sebab signboard dan arah tuju memang banyak.

Ada beberapa replika quran dari ratusan tahun hingga ke seribu tahun ada dipamerkan di sini.
Ada juga lembaran Al Quran yang ditulis dari zaman para Tabi' dan Tabi'in.
Alhamdulillah ruang yang amat selesa dan sejuk. Buku-buku di sini ada lebih dari 35 bahasa.
Perjalanan mengambil masa 4 jam atau lebih bergantung kepada pemanduan dan kesesakan terutama ketika ingin masuk ke Kota Madinah. Once again mutawwif kami Ust Atif sekali lagi menggunakan kesempatan ini untuk singgah di Badar. Bagi menziarahi sebuah masjid yang telah dibina bersebelahan tempat berlakunya peperangan Badar 1400 tahun yang lepas. 

Alhamdulillah banyak kitab yang ada di sini. Rugi tak jumpa hari hari pertama lagi.
Dan kemudian kami telah menziarahi Maqam Syuhada Peperangan Badar dan kemudian ke Jabal Malaikah iaitu sebuah bukit yang mana dikatakan malaikat telah turun dan membantu pihak tentera islam ketika perang badar. Keadaan Bukit Malaikah ini agak lain dari bukit yang ada di sekitar kawasan ini. Kerana bukit lain berbatu-batu tapi Bukit Malaikah ini adalah pasir halus semata-mata.

Perjalanan sejauh 316 km dari Masjidil Haram ke Pekan Badar yang berhampiran Kota Madinah.
Semasa di Masjid Badar lagi Ust Atif telah memberitahu kepada siapa yang nak meluncur di Bukit Pasir nanti boleh la cari kotak siap-siap di sini. Maka ramailah yang mencari kotak dan membawa bersama-sama mereka sepanjang ziarah di Masjid Badar ini. Tapi masa ni aku lambat turun dari bas tiba-tiba pelik kenapa ada lebih kurang 15 orang jemaah memegang kotak di tangan mereka. 

Alhamdulillah setelah lebih 3 jam perjalanan kami tiba di Masjid Al Areesh atau Masjid Badar. 
Di kawasan lapang inilah terjadi Perang Badar - perang pertama dalam sejarah islam.
Selesai sesi penerangan berkenaan latar belakang Masjid Al-Areesh atau juga dikenali sebagai Masjid Badar ini dan kisah Perang Badar. Kami naik semula ke dalam bas dan menuju ke Maqam Syuhada Badar yang terletak 1 km dari masjid ini. Dan sekali lagi kami diberi sedikit tazkirah oleh Ust Atif. Di sini kami telah diberi sedikit masa untuk bergambar dan membaca beberapa info yang tertera especially mengenai nama-nama para syuhada yang telah gugur di medan perang Badar.

Alhamdulillah sampai kami di Maqam Syuhada Badar.
Monument nama-nama para sahabat yang Syahid di Perang Badar.
Nama jalan juga diberi nama Shuhada Street.
Kejadian sebelum mengambil gambar beramai-ramai :D
Cuaca yang agak panas ketika ini namun terdapat 2 buah Van Aiskirm dan terdapat juga beberapa orang menjual kacang, gudapan, buah-buahan dan kurma. Macam biasa para jemaah dalam group aku ni memang pemurah. Ramai juga yang membeli dan kemudian offer kepada orang lain untuk makan sekali. Dan aku adalah antara yang di offer untuk makan sekali hahaha..

Jabal Malaikah. Terlihat di situ seorang jemaah sangkut tak boleh nak luncur ke bawah.
Semua bersemangat naik ke puncak Jabal Malaikah.
Kemudian kami telah menuju ke Jabal Malaikah yang berada 5.3 km dari Maqam Syuhada Badar tadi. Dan di sini kelihatan mereka yang dapat mencari kotak senyum panjang kegembiraan sebab sekejap lagi dapat la nak meluncur dari atas bukit turun ke bawah. Aku dan Abang Yan sekadar melihat dari bawah. 

Alhamdulillah berjaya sampai di puncak sebelum kecewa tak boleh luncur ke bawah hahaa.
Dan bernasib baik tak join sebab keadaan pasir yang panas dan perancangan nak meluncur menggunakan kotak menuruni bukit seperti tidak menjadi dan tidak semudah dari apa yang disangkakan. Maka jadilah keadaan haru biru hahaha.. Ada yang sampai bergolek-golek menuruni bukit. Okla terhibur sebentar meilhat gelagat mereka.


Selesai bergambar dan membuat aktiviti seakan-akan meluncur itu kami naik semula ke atas bas dan meneruskan perjalanan menuju ke Kota Madinah. Bagi yang bermain pasir tadi mereka menanggung keadaan tidak selesa sehingga dapat mandi di dalam hotel di Madinah. Namun sekali dalam seumur hidup merasai kan.. kenapa tidak ? :D

Saturday, 23 March 2024

Umrah Mantop Travel Part 9 : Wadi Berkat Global Ikhwan - Miqat Masjid Hudaibiyah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Hari ke lima kami di Kota Mekah, Ust Atif telah membawa kami para jemaah semua untuk ziarah terakhir iaitu ke Hudaibiyah yang terletak jauh lebih kurang 22 km dari Masjidil Haram. Maka ini menjadikan ziarah ketiga kami di Kota Mekah selepas yang pertama ke Kota Thoif dan kedua Ziarah sekitar Mekah iaitu ke Jabal Thur, Jabal Rahmah Arafah, Mina dan Muzdalifah. 

Selamat Datang ke Wadi Berkat Dato' Ibu Hudaibiyah. Milik rakyat Malaysia.
Itu belum lagi kalau kita kira 2 short trip di waktu malam iaitu mendaki naik ke Gua Hira' dan trip makan malam di Muzdalifah. Alhamdulillah pakej yang disediakan oleh Mantop Travel ini memang tidak membosankan sentiasa ada sahaja aktiviti yang ingin mereka lakukan. Banyak perkara atau aktiviti yang tidak ada dalam itinerary secara tiba-tiba mutawwif telah adakan bagi mengisi ruang waktu kami.

Taklimat mengenai sejarah Wadi Berkat sebelum kami explore jauh ke dalam.
Semua staf di Wadi Berkat adalah orang Malaysia.
Jumlah keseluruhan hari kami di Mekah adalah 6 hari termasuk hari pertama ziarah di Kota Thoif dan hari keenam kami meninggalkan Kota Mekah menuju ke Kota Madinah. Dan insyallah kami akan berada di Kota Madinah selama 4 hari tidak termasuk hari perjalanan dari Mekah ke Madinah. Bagi aku Ust Atif memang pandai bahagi masa supaya kami tidak kalam kabut mengejar waktu solat ketika melakukan ziarah terutamanya.

Di hadapan pintu masuk Wadi Berkat 
Bagi yang pertama kali bertemu pasti akan berselfie bersama unta :D
Dan pada malam hari ke-4 di Kota Madinah kami bertolak pulang menaiki pesawat Saudi Airlines dari Prince Mohammad Bin Abdulaziz International Airport (Madinah Airport) ke Jeddah Airport. Maka kami berada dalam keadaan musafir sepanjang masa di Kota Madinah. Aku dah mula confius berapa hari dan pada hari apa kami buat aktiviti atau ziarah sebab tu aku kena buat intro pasal kiraan hari ini hihii.

Inilah rupa Keldai. Tak boleh lari macam kuda tapi boleh angkut beban melebihi berat sendiri.
Kuda - Mungkin jenis baka arab.
Kambing ini jenis telinga dia besar dan panjang.
Ok seawal pagi selepas breakfast di hotel kami telah menaiki bas menuju ke Hudaibiyah. Di sini berlakunya perjanjian Hudaibiyah di mana para sahabat telah berbai'ah kepada Nabi Muhamad saw ketika ingin hadir ke Mekah bagi mengerjakan Ibadah Umrah pertama umat islam pada tahun ke enam hijrah. Dan pelbagai peristiwa telah berlaku ketika ini. 

Sejenis kambing yang berbulu lebat. 
Unta jenis yang satu bonggol. Terdapat jenis yang mempunyai dua bonggol.
Boleh beli makanan rumput kering untuk diberi kepada unta.
Ok baik kita cerita pasal Wadi Berkat ini ianya dimiliki oleh orang melayu Malaysia dari Kumpulan Global Ikhwan. Kalau perasan di Malaysia ada Pasaraya, Kedai Runcit, Cafe atau Restaurant dengan signboard bernama Ikhwan yang berwarna biru dan putih kalau tak silap aku. Dan mereka mempunyai rangkaian perniagan hampir diseluruh dunia termasuk Eropah, Afrika, Timur Tengah dan juga di Asia Tengah seperti Uzbekistan, Kazakhstan dan Turkmenistan.

Restoran yang dibuka kepada mengunjung bagi merasai hidangan tekak melayu.
Air Katira, Air Tembikai dengan Air Nescafe ni memang menguji iman betul lah.
Abang Yan tetap layan air panas walau cuaca panas masa ni.
Ayam Goreng Ikhwan ni sedap dimakan bersama Nasi Lemak.
Wadi Berkat Dato Ibu Hudaibiyah itulah nama penuh bagi sebuah penempatan orang melayu di sini dari pandangan aku. Wadi Berkat ini telah menjadi satu destinasi wajib bagi semua travel agent yang membawa jemaah umrah yang menziarahi Kota Hudaibiyah ini. Terutamanya untuk jemaah dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Cucur Udang dan Pau Sambal antara yang menarik di sini :D
Cekodok Pisang, French Fries, Ayam Goreng dan Sosej pun ada di sini.
So kita makan Roti Canai bersama Gulai Kawah Kambing.
Harga di sini bukan agak mahal juga yer hahaha.. Boleh la layan sekali in life time.
Kerana di sini juga disediakan sebuah restoran yang menyediakan makanan tekak orang Melayu. Seperti Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah, Bihun Sup, Mee Kari, Gulai Kawah Unta, Teh Tarik, Air Katira, Sirap Ais, Kuih Muih seperti Cucur Udang, Pau Sambal. Roti Canai & Roti Telur yang ditebar sendiri tau bukan yang datang frozen dari Malaysia. Dan terdapat banyak lagi juadah berasaskan makanan orang melayu di sini.

Ruang tempat makan di restoran ini. Ada juga kedai menjual souviner.
Keadaan suasana yang tenang sambil layan teh tarik dan roti canai.
Surau berkonsepkan open air. Waktu pagi ini belum terasa bahang panas lagi.
Sesiapa yang ingin menunaikan ibadah umrah boleh la terus bersiap menukar pakaian ihram
dan bersolat 2 rakaat. Tempat mandi dan tandas juga disediakan dalam keadaan baik.
Terdapat sebuah bangunan stable yang menempatkan puluhan ekor Kuda, Kandang Unta dan Kambing Biri-biri dan juga Kambing biasa. Terdapat juga beberapa ekor Keldai. Di sini kita diberi peluang jika ingin menaiki Kuda atau Unta dengan sedikit bayaran. Ada aktiviti memberi makan kepada haiwan ternakan Unta dan Kambing.

Kami adalah group atau pun bas pertama yang sampai diikuti oleh group kursus mutawwif.
Beberapa buah penginapan yang disediakan bagi yang ingin bermalam di sini.
Wadi Coffee House. Boleh layan coffee sambil duduak dalam aircond :D
Di sini juga disediakan bilik air dan bilik mandi bagi mereka yang ingin melakukan umrah selepas selesai membuat ziarah di sekitar Hudaibiayah. Tempat yang sesuaian untuk kita menukar pakaian ihram juga disediakan dan bersolat dua rakaat di sebuah surau terbuka juga disediakan. Terdapat juga beberapa buah penginapan disediakan jika ada yang ingin bermalam di sini. Sebuah cafe indoor, Kedai Souvenir, Taman Arnab, Istana Kucing dan tempat memanah juga disediakan.  

Boleh melakukan aktiviti memanah dengan percuma sambil dibimbing oleh staf Wadi Berkat.
Selesai tour keseluruhan tempat ini aku bersama abg yan lepak minum di restoran nak pekena air sebab cuaca yang agak panas ketika ini. Secara tak langsung aku telah bertemu dua orang juniar ketika belajar dulu dan terus mereka offer nak belanja makan. So kita try Gulai Kawah Unta bersama Roti Canai la. Gulai Kawah tu rasa biasa-biasa jer lagi pun daging unta tu liat juga hahahaa.

Ust Atif sedang memberi tazkirah dan sejarah mengenai perjanjian Hudaibiyah.
Belakang  Ust Atif disebalik dinding itulah berlaku bai'ah bersama Rasulullah.
Selesai kami di Wadi Berkat ini kami telah ke tempat di mana berlakunya perjanjian Hudaibiyah itu dan Ust Atif telah memberi tazkirah yang tidak ringkas dan bersemangat walau wajahnya berpeluh diserang oleh cahaya matahari. memang power Ust Atif ni hahaha.. Terdapat beberapa buah kedai yang menjual souvenir, pakaian dan makanan di sekitar kawasan bersejarah ini. Dan di ramai yang menjual hati unta yang dikeringkan ia dikata ubat untuk penyakit asma.

Bas kami berhenti di hadapan kedai-kedai sebelum berjalan kaki ke tapak Hudaibiyah.
Harga tak la mahal dan tak la jugak murah. Nampak seperti ada juga yang membeli.
Dan kemudian kami menaiki semula bas dan lalu di Miqat Masjid Hudaibiyah untuk berniat umrah untuk kali ketiga. Tapi masa ni aku tidak berniat sebab keadaan kesihatan yang demam on off dan sakit kaki yang agak kuat. Maka aku decide nak rehat di bilik sepeanjang petang sebab nak simpan tenaga untuk perjalanan ke Kota Madinah selepas ini.