Pages

Saturday, 23 March 2024

Umrah Mantop Travel Part 9 : Wadi Berkat Global Ikhwan - Miqat Masjid Hudaibiyah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Hari ke lima kami di Kota Mekah, Ust Atif telah membawa kami para jemaah semua untuk ziarah terakhir iaitu ke Hudaibiyah yang terletak jauh lebih kurang 22 km dari Masjidil Haram. Maka ini menjadikan ziarah ketiga kami di Kota Mekah selepas yang pertama ke Kota Thoif dan kedua Ziarah sekitar Mekah iaitu ke Jabal Thur, Jabal Rahmah Arafah, Mina dan Muzdalifah. 

Selamat Datang ke Wadi Berkat Dato' Ibu Hudaibiyah. Milik rakyat Malaysia.
Itu belum lagi kalau kita kira 2 short trip di waktu malam iaitu mendaki naik ke Gua Hira' dan trip makan malam di Muzdalifah. Alhamdulillah pakej yang disediakan oleh Mantop Travel ini memang tidak membosankan sentiasa ada sahaja aktiviti yang ingin mereka lakukan. Banyak perkara atau aktiviti yang tidak ada dalam itinerary secara tiba-tiba mutawwif telah adakan bagi mengisi ruang waktu kami.

Taklimat mengenai sejarah Wadi Berkat sebelum kami explore jauh ke dalam.
Semua staf di Wadi Berkat adalah orang Malaysia.
Jumlah keseluruhan hari kami di Mekah adalah 6 hari termasuk hari pertama ziarah di Kota Thoif dan hari keenam kami meninggalkan Kota Mekah menuju ke Kota Madinah. Dan insyallah kami akan berada di Kota Madinah selama 4 hari tidak termasuk hari perjalanan dari Mekah ke Madinah. Bagi aku Ust Atif memang pandai bahagi masa supaya kami tidak kalam kabut mengejar waktu solat ketika melakukan ziarah terutamanya.

Di hadapan pintu masuk Wadi Berkat 
Bagi yang pertama kali bertemu pasti akan berselfie bersama unta :D
Dan pada malam hari ke-4 di Kota Madinah kami bertolak pulang menaiki pesawat Saudi Airlines dari Prince Mohammad Bin Abdulaziz International Airport (Madinah Airport) ke Jeddah Airport. Maka kami berada dalam keadaan musafir sepanjang masa di Kota Madinah. Aku dah mula confius berapa hari dan pada hari apa kami buat aktiviti atau ziarah sebab tu aku kena buat intro pasal kiraan hari ini hihii.

Inilah rupa Keldai. Tak boleh lari macam kuda tapi boleh angkut beban melebihi berat sendiri.
Kuda - Mungkin jenis baka arab.
Kambing ini jenis telinga dia besar dan panjang.
Ok seawal pagi selepas breakfast di hotel kami telah menaiki bas menuju ke Hudaibiyah. Di sini berlakunya perjanjian Hudaibiyah di mana para sahabat telah berbai'ah kepada Nabi Muhamad saw ketika ingin hadir ke Mekah bagi mengerjakan Ibadah Umrah pertama umat islam pada tahun ke enam hijrah. Dan pelbagai peristiwa telah berlaku ketika ini. 

Sejenis kambing yang berbulu lebat. 
Unta jenis yang satu bonggol. Terdapat jenis yang mempunyai dua bonggol.
Boleh beli makanan rumput kering untuk diberi kepada unta.
Ok baik kita cerita pasal Wadi Berkat ini ianya dimiliki oleh orang melayu Malaysia dari Kumpulan Global Ikhwan. Kalau perasan di Malaysia ada Pasaraya, Kedai Runcit, Cafe atau Restaurant dengan signboard bernama Ikhwan yang berwarna biru dan putih kalau tak silap aku. Dan mereka mempunyai rangkaian perniagan hampir diseluruh dunia termasuk Eropah, Afrika, Timur Tengah dan juga di Asia Tengah seperti Uzbekistan, Kazakhstan dan Turkmenistan.

Restoran yang dibuka kepada mengunjung bagi merasai hidangan tekak melayu.
Air Katira, Air Tembikai dengan Air Nescafe ni memang menguji iman betul lah.
Abang Yan tetap layan air panas walau cuaca panas masa ni.
Ayam Goreng Ikhwan ni sedap dimakan bersama Nasi Lemak.
Wadi Berkat Dato Ibu Hudaibiyah itulah nama penuh bagi sebuah penempatan orang melayu di sini dari pandangan aku. Wadi Berkat ini telah menjadi satu destinasi wajib bagi semua travel agent yang membawa jemaah umrah yang menziarahi Kota Hudaibiyah ini. Terutamanya untuk jemaah dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Cucur Udang dan Pau Sambal antara yang menarik di sini :D
Cekodok Pisang, French Fries, Ayam Goreng dan Sosej pun ada di sini.
So kita makan Roti Canai bersama Gulai Kawah Kambing.
Harga di sini bukan agak mahal juga yer hahaha.. Boleh la layan sekali in life time.
Kerana di sini juga disediakan sebuah restoran yang menyediakan makanan tekak orang Melayu. Seperti Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah, Bihun Sup, Mee Kari, Gulai Kawah Unta, Teh Tarik, Air Katira, Sirap Ais, Kuih Muih seperti Cucur Udang, Pau Sambal. Roti Canai & Roti Telur yang ditebar sendiri tau bukan yang datang frozen dari Malaysia. Dan terdapat banyak lagi juadah berasaskan makanan orang melayu di sini.

Ruang tempat makan di restoran ini. Ada juga kedai menjual souviner.
Keadaan suasana yang tenang sambil layan teh tarik dan roti canai.
Surau berkonsepkan open air. Waktu pagi ini belum terasa bahang panas lagi.
Sesiapa yang ingin menunaikan ibadah umrah boleh la terus bersiap menukar pakaian ihram
dan bersolat 2 rakaat. Tempat mandi dan tandas juga disediakan dalam keadaan baik.
Terdapat sebuah bangunan stable yang menempatkan puluhan ekor Kuda, Kandang Unta dan Kambing Biri-biri dan juga Kambing biasa. Terdapat juga beberapa ekor Keldai. Di sini kita diberi peluang jika ingin menaiki Kuda atau Unta dengan sedikit bayaran. Ada aktiviti memberi makan kepada haiwan ternakan Unta dan Kambing.

Kami adalah group atau pun bas pertama yang sampai diikuti oleh group kursus mutawwif.
Beberapa buah penginapan yang disediakan bagi yang ingin bermalam di sini.
Wadi Coffee House. Boleh layan coffee sambil duduak dalam aircond :D
Di sini juga disediakan bilik air dan bilik mandi bagi mereka yang ingin melakukan umrah selepas selesai membuat ziarah di sekitar Hudaibiayah. Tempat yang sesuaian untuk kita menukar pakaian ihram juga disediakan dan bersolat dua rakaat di sebuah surau terbuka juga disediakan. Terdapat juga beberapa buah penginapan disediakan jika ada yang ingin bermalam di sini. Sebuah cafe indoor, Kedai Souvenir, Taman Arnab, Istana Kucing dan tempat memanah juga disediakan.  

Boleh melakukan aktiviti memanah dengan percuma sambil dibimbing oleh staf Wadi Berkat.
Selesai tour keseluruhan tempat ini aku bersama abg yan lepak minum di restoran nak pekena air sebab cuaca yang agak panas ketika ini. Secara tak langsung aku telah bertemu dua orang juniar ketika belajar dulu dan terus mereka offer nak belanja makan. So kita try Gulai Kawah Unta bersama Roti Canai la. Gulai Kawah tu rasa biasa-biasa jer lagi pun daging unta tu liat juga hahahaa.

Ust Atif sedang memberi tazkirah dan sejarah mengenai perjanjian Hudaibiyah.
Belakang  Ust Atif disebalik dinding itulah berlaku bai'ah bersama Rasulullah.
Selesai kami di Wadi Berkat ini kami telah ke tempat di mana berlakunya perjanjian Hudaibiyah itu dan Ust Atif telah memberi tazkirah yang tidak ringkas dan bersemangat walau wajahnya berpeluh diserang oleh cahaya matahari. memang power Ust Atif ni hahaha.. Terdapat beberapa buah kedai yang menjual souvenir, pakaian dan makanan di sekitar kawasan bersejarah ini. Dan di ramai yang menjual hati unta yang dikeringkan ia dikata ubat untuk penyakit asma.

Bas kami berhenti di hadapan kedai-kedai sebelum berjalan kaki ke tapak Hudaibiyah.
Harga tak la mahal dan tak la jugak murah. Nampak seperti ada juga yang membeli.
Dan kemudian kami menaiki semula bas dan lalu di Miqat Masjid Hudaibiyah untuk berniat umrah untuk kali ketiga. Tapi masa ni aku tidak berniat sebab keadaan kesihatan yang demam on off dan sakit kaki yang agak kuat. Maka aku decide nak rehat di bilik sepeanjang petang sebab nak simpan tenaga untuk perjalanan ke Kota Madinah selepas ini.

41 comments:

  1. Kambing tu cantik dan kiut...dagingnya pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tak kisah sgt pasal dia kiut.. fikir daging dia yang sedap tu jer hahaha :D

      Delete
  2. Oh rombongan berarti dari Mekah dulu ya bang baru ke Madinah, saya masa itu dari Madinah dulu baru ke Mekah. Memang cukup banyak kegiatan dari travelnya,jadi gak jenuh ya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya.. Kami ke Mekah dulu baru kemudian ke Madinah.. lebih kurang 6 hari di Mekah.. aktiviti kalau byk mmg tidak bosan..

      Delete
  3. Alhamdulillah semakin berkembang bisnes Global Ikhwan ni.
    Comel nya kambing2 tu. Cantik perkarangan nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok bila tengok perniagaan orang melayu yg berjaya dan semakin berkembang ini.. kambing2 mcm kecik jer comey lak tu.. pasti daging lembut hahahaa..

      Delete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah tour travel agent bagus bangat :D

      Delete
  5. Dapat pekena teh tarik kan? Terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terbaik kena teh tarik selepas seminggu hahahaha.

      Delete
  6. Memang baguuus lah mantop travel ini bang 👍👍. Banyaak sangat acaranya. Tapi btw, ini tak ada jemaah wanita ikut kah? Saya rasanya hanya melihat peserta lelaki 😅.

    Hudaibiyah ini pun kami tak datangi dulu. Saya kalo ingat travel yg saya pakai, rasa nak marah lagi 🤣🤣. Ustad nya saja sempat pula kampanye hitam waktu itu, meminta kami utk tak memilih pak Jokowi, Krn saat itu tengah kampanye pemilihan presiden. Betul2 saya nak menyumpah tiap kali dia kampanye. Menyesaaaal ikut travel itu.

    Menariiik pula restoran makanan Melayu di sana. Tentang bang Yan yg selalu minum air panas walo cuaca panas, sebenarnya cara dia dah Benar 👍😄. Saya pernah diksh tau orang jepang, saat ke Osaka dulu, sebaiknya kalo saat winter minum yg dingin. Tapi saat summer minum yg panas. Itu akan bikin tenggorokan tak mudah kena radang.

    Berharap sangaaat saya bisa umroh lagi tapi dengan travel yg amanah dan bagus. Tak ada menyebarkan kebencian terhadap pemimpin negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada la jemaah wanita.. kalau tidak silap ada lebih kurang 8 atau 9 org jemaah wanita.. Kerna tidak diambil gmbr wanita nya.. kita selalu bergerak di antara jemaah laki laki sahaja..
      Kdg2 perlu lihat pada travel agent dan juga pada ustaz Mutawwif itu sendiri..kalau dpt yg pemalas dan tidak tahu banyak perkara maka suram suram aja lah keadaan jemaah nya.. dpt yg rajin cergas dan byk ilmu nya maka banyak la tmpt dn aktiviti yg di bawa..

      Delete
    2. Aduh sudah ke tanah suci di kempen pulak utk mengundi pilihan raya.. sudah jauh niat itu.. biarlah ke sana focus mahu ibadah sahaja..
      Hidaibiyah antara tmpt wajib dan di sana juga ada Miqat Utk berniat ihram.. oh begitukah kalau sejuk minum sejuk dn panas minum panas hahaha.. baik baik.. nanti boleh amalkan.. next time boleh amik travel agent dri Malaysia aja.. Mantop travel ini amat bagus sekali..

      Delete
  7. Kambing berbulu lebat tu comel!
    Sesuai dgn namanya yg global, merata² rangkaian perniagaannya alhamdulillah 👍
    Tinggalan Masjid Hudaibiyah yg asal tu masin ada? Suka dgn binaan batu batanya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan lebatkan... Comey mesti sedap hahaha..aah serata dunia rangkaian nya.. ada lebih 42 buah negara kalau tak silap.. aah ada lagi sedikit tinggalan masjid hudaibiyah itu.. cuma skrg ditutup sbb byk org buat khurafat..

      Delete
  8. "harga di sini bukan agak mahal..."
    maknanya memang mahallah ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha dapat tangkap jugak akhirnya.. Aah mahal la dah la Riyal lagi mahal dari Ringgit :P

      Delete
    2. fengsannn dulu
      then baru beli
      hahahah

      Delete
    3. Nasib dikelilingi jemaah yg rajin belikan.. gulai kawah unta tu ada org lanje hahaha :D

      Delete
    4. berapa harga riyal tiket masuk utk dewasa ya tuan?

      Delete
    5. Nak masuk ke Wadi Berkat tak perlu bayar tiket masuk.. Masuk adalah percuma cuma ada beberapa aktiviti di dalam dikenakan bayaran..

      Delete
  9. haah lah pernah ternampak Ikhwan Mart kalau tak silap masa lalu di kawasan Kulim Kedah dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap itulah Global Market mereka.. saya pernah nampak di Kuala Lipis, Pahang.

      Delete
  10. Replies
    1. Kaannn siapa sangka di tanah gersang arab ada pau sambal :D

      Delete
  11. terliur mat baca entry ni ni tengahari puasa ni. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf la tak dapat den nak nolong hahaha.. mohon maaf yer :D

      Delete
  12. Level kayangan tu roti canai cicah gulai kawah unta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi daging unta nya liat so tak la kayangan sgt. hahaha :D

      Delete
  13. Comel pulak kambing berbulu lebat tu. Eh baru tahu ada unta bonggol 1 bonggol 2. Memang menarik lah pau sambal dan cucur tu, rasa macam di Malaysia pulak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah rasa mcm di Perkampungan Malaysia pulak.. makan roti canai.. ada teh tarik.. kuih muih bagai.. mmg pandai marketing Global Ikhwan ni :D

      Delete
  14. Seronoknya kalau banyak aktiviti yang diatur. Terpulang pada diri samada hendak ikut semua atau sebaliknya. Mungkin ada yang hendak berehat sebab perjalanan jauh, dan mungkin ada yang tidak mahu lepaskan peluang sebab bukan selalu dapat bertandang ke tempat kelahiran Rasulullah SAW.
    Saya pun pernah dengar hati unta kering yang boleh dijadikan ubat athma. Teringat arwah kakak saya makan hati unta kering untuk ubati penyakit athmanya. Tapi, begitulah kita disuruh berusaha. Penyakit athma arwah tidak sembuh sehinggalah arwah meninggal.
    Sedapnya makan hati unta di Restoran Syariq Qurban Madinah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bagi saya lebih baik ikut pada kemampuan.. sbb kalau dah jatuh sakit lagi susah dan akan susah jemaah yg lain juga.. dan kita kalau boleh biarlah beribadah dgn tenang..

      Delete
    2. Abg ipar ada beli hati unta kering utk anak nya yg sakit asma.. tak tahu mcm mana berkesan atau tidak.. apa pun kita berusaha dan Allah jua yg menyembuhkan..

      Delete
  15. comelnya kambing tu...berbulu lebat pula..tengok x bulu mata dia..lentik tak? awak makan ke gulai kawah unta tu...kalau makan nak tanya sedap x daging unta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sedap sebab daging liat.. tapi kalau dpt yg lembut mesti sedap kot.. hahaha tak perasan lak bulu mata dia lentik ke idok hahaha.. yg pasti comey la kambing tu.

      Delete
  16. Seronoknya dapat ziarah ke sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time juga dpt ke Wadi Berkat ini.. First time umrah dulu tak berpeluang ke sini.

      Delete
  17. Tengok makanan ketika berpuasa ni rasa alahai.. sedapnya.

    Apa-apapun tak bosan baca setiap entry berkaitan umrah ni. Perlahan-lahan saya tinggalkan jejak di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf la yer tgk makanan di masa puasa.. alhamdulillah terima kasih sudi bertandang ke sini.. ribuan terima kasih sy ucapkan.. :D

      Delete