Pages

Tuesday, 26 March 2024

Umrah Mantop Travel Part 10 : Tawaf Wada' - Maqam Syuhada Badar - Jabal Malaikah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.


Masuk hari ke enam di Kota Mekah maka akhirnya tibalah saat yang menyedihkan buat kami kerana akan meninggalkan tempat kelahiran Nabi Muhammad saw. Ust Atif telah update dalam group whatsapp semua kena berkumpul di lobi pada pukul 10.00 pagi dan make sure semua barang telah dibawa turun ke lobi dan serahkan kad bilik di kaunter hotel.

Bismillah.. Jom kita mulakan tawaf wada - tawaf terakhir pada kali ini.
Pagi tu sempat lagi beberapa orang jemaah pergi membeli belah dan aku menjadi mangsa sebab kena ikut diorang membeli bagi membuat tawar menawar. Maklum la ramai Pakistani yang berniaga di sekitar masjdil haram ini. Dan bila bercukup bahasa urdu memang akan dapat extra diskaun. Selepas membantu mereka aku balik ke hotel menukar ihram dan terus membuat tawaf wada.

Alhamdulillah selesai Tawaf Wada dan solat 2 rakaat. Kita ambil pemandangan terakhir.
Sebelum menunaikan tawaf wada dipaksa ikut oleh beberapa jemaah pergi shopping.
Alhamdulillah menunaikan tawaf wada seorang diri agak mudah dan laju dan dalam setengah jam aku dah pulang semula bilik hotel. Mengemas beg dan turun ke tingkat 2 untuk lunch terakhir di hotel ini. Kelihatan ketika ini beberapa orang jemaah mula berkumpul di lobi hotel dan sementara menunggu bas sempat membeli makanan dan minumam untuk bekal dalam perjalanan ke Madinah. 

Pagi sebelum tu kita singgah di Perpustakaan Masjidil Haram yang berada di tingkat 2.
Last day baru jumpa library ni. Alhamdulillah duduk lama juga selepas solat subuh.
Pagi last day ni aku pergi solat subuh bersama Abang Yan. Dan time nak keluar dari masjid aku kata nak pi cari perputakaan besar dalam masjidil haram ini kalau nak ikut jom. So kami try cari dan alhamdulillah kami jumpa perpustakaan ini di pintu masuk no 80. Naik tangga terus ke tingkat 2. Direction agak mudah sebab signboard dan arah tuju memang banyak.

Ada beberapa replika quran dari ratusan tahun hingga ke seribu tahun ada dipamerkan di sini.
Ada juga lembaran Al Quran yang ditulis dari zaman para Tabi' dan Tabi'in.
Alhamdulillah ruang yang amat selesa dan sejuk. Buku-buku di sini ada lebih dari 35 bahasa.
Perjalanan mengambil masa 4 jam atau lebih bergantung kepada pemanduan dan kesesakan terutama ketika ingin masuk ke Kota Madinah. Once again mutawwif kami Ust Atif sekali lagi menggunakan kesempatan ini untuk singgah di Badar. Bagi menziarahi sebuah masjid yang telah dibina bersebelahan tempat berlakunya peperangan Badar 1400 tahun yang lepas. 

Alhamdulillah banyak kitab yang ada di sini. Rugi tak jumpa hari hari pertama lagi.
Dan kemudian kami telah menziarahi Maqam Syuhada Peperangan Badar dan kemudian ke Jabal Malaikah iaitu sebuah bukit yang mana dikatakan malaikat telah turun dan membantu pihak tentera islam ketika perang badar. Keadaan Bukit Malaikah ini agak lain dari bukit yang ada di sekitar kawasan ini. Kerana bukit lain berbatu-batu tapi Bukit Malaikah ini adalah pasir halus semata-mata.

Perjalanan sejauh 316 km dari Masjidil Haram ke Pekan Badar yang berhampiran Kota Madinah.
Semasa di Masjid Badar lagi Ust Atif telah memberitahu kepada siapa yang nak meluncur di Bukit Pasir nanti boleh la cari kotak siap-siap di sini. Maka ramailah yang mencari kotak dan membawa bersama-sama mereka sepanjang ziarah di Masjid Badar ini. Tapi masa ni aku lambat turun dari bas tiba-tiba pelik kenapa ada lebih kurang 15 orang jemaah memegang kotak di tangan mereka. 

Alhamdulillah setelah lebih 3 jam perjalanan kami tiba di Masjid Al Areesh atau Masjid Badar. 
Di kawasan lapang inilah terjadi Perang Badar - perang pertama dalam sejarah islam.
Selesai sesi penerangan berkenaan latar belakang Masjid Al-Areesh atau juga dikenali sebagai Masjid Badar ini dan kisah Perang Badar. Kami naik semula ke dalam bas dan menuju ke Maqam Syuhada Badar yang terletak 1 km dari masjid ini. Dan sekali lagi kami diberi sedikit tazkirah oleh Ust Atif. Di sini kami telah diberi sedikit masa untuk bergambar dan membaca beberapa info yang tertera especially mengenai nama-nama para syuhada yang telah gugur di medan perang Badar.

Alhamdulillah sampai kami di Maqam Syuhada Badar.
Monument nama-nama para sahabat yang Syahid di Perang Badar.
Nama jalan juga diberi nama Shuhada Street.
Kejadian sebelum mengambil gambar beramai-ramai :D
Cuaca yang agak panas ketika ini namun terdapat 2 buah Van Aiskirm dan terdapat juga beberapa orang menjual kacang, gudapan, buah-buahan dan kurma. Macam biasa para jemaah dalam group aku ni memang pemurah. Ramai juga yang membeli dan kemudian offer kepada orang lain untuk makan sekali. Dan aku adalah antara yang di offer untuk makan sekali hahaha..

Jabal Malaikah. Terlihat di situ seorang jemaah sangkut tak boleh nak luncur ke bawah.
Semua bersemangat naik ke puncak Jabal Malaikah.
Kemudian kami telah menuju ke Jabal Malaikah yang berada 5.3 km dari Maqam Syuhada Badar tadi. Dan di sini kelihatan mereka yang dapat mencari kotak senyum panjang kegembiraan sebab sekejap lagi dapat la nak meluncur dari atas bukit turun ke bawah. Aku dan Abang Yan sekadar melihat dari bawah. 

Alhamdulillah berjaya sampai di puncak sebelum kecewa tak boleh luncur ke bawah hahaa.
Dan bernasib baik tak join sebab keadaan pasir yang panas dan perancangan nak meluncur menggunakan kotak menuruni bukit seperti tidak menjadi dan tidak semudah dari apa yang disangkakan. Maka jadilah keadaan haru biru hahaha.. Ada yang sampai bergolek-golek menuruni bukit. Okla terhibur sebentar meilhat gelagat mereka.


Selesai bergambar dan membuat aktiviti seakan-akan meluncur itu kami naik semula ke atas bas dan meneruskan perjalanan menuju ke Kota Madinah. Bagi yang bermain pasir tadi mereka menanggung keadaan tidak selesa sehingga dapat mandi di dalam hotel di Madinah. Namun sekali dalam seumur hidup merasai kan.. kenapa tidak ? :D

47 comments:

  1. Wah, saya pun baru tahu kewujudan library tu. Adeh terhibur tengok gelagat masing-masing. ingat sand dunes ke nak meluncur begitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya boleh jer nak meluncur sbb pasir tu halus cuma penggunaan kotak tu tak menjadi hahaha.. library tu tak ramai yg tahu tapi best kita dlm bahasa melayu pun ada..

      Delete
  2. Moga diizinkan ke Mekah Madinah dan lain2 nya lagi. Seronok baca trip Umrah dengan Mantop ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan juga moga Puan diberi rezeki lagi utk ke sana.. setuju tak rugi join pakej dgn Mantop ni..

      Delete
  3. Terima kasih atas maklumat itu.
    Gambar2 menarik.

    Bandar Sentosa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga sudi dtg ke sini memberi comment :D

      Delete
  4. Mungkin semua orang sedih saat meninggalkan kota Mekah dan Medinah. Saya juga begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedikit atau byk pasti akan terasa sedih apabila waktu utk meninggalkan dua kota suci ini .

      Delete
  5. Library dlm masjidil haram tu mmg ramai yg x tahu rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib kalau terserempak signboard library mmg untung la

      Delete
  6. oo naik bas dari mekah ke madinah ye bang., xnk try naik keretapi yg lagi laju dan selesa ke bang? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga pakej umrah murah wak.. so tak ada pakej naik kereta api tu.. kalau naik kereta api tak dpt la singgah ke badar ni :D

      Delete
  7. Alhamdulillah.. Teringin sangat nak ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan moga dipermudahkan urusan dan rezeki utk ke sana amin

      Delete
  8. ehhhhh haah lah ingatkan kalau guna kotak dpt meluncur dgn smooth rupanya tidak sama sekali ya tuan tuan ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kotak tu tak dpt tampung berat org yg di atas.. walau pun pasir halus tapi.. ntah la hahaha.. cuba lah try nanti kalau ada peluang..mg tak leh guna kotak.. :D

      Delete
  9. Wah...baru tau ada perpustakaan di Masjidil Haram.

    Lain macam trip ni ya, siap ada acara main pasir 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul ada.. dalam masjid nabawi pun ada library di tgh2 masjid.. berdekatan pintu saidina usman..
      Betul tu lain dari yg lain sebab ada ziarah ke badar dan main pasir di Jabal Malaikah..

      Delete
  10. Excited rupanya masing² nak meluncur ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg excited la klau di Malaysia tak boleh buat aktiviti ni..hihihii..

      Delete
  11. Tawaf wada' adalah tawaf yg paling menusuk kalbu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Sayu jer sebab itu penutup sebelum keluar dari Kota Mekah..

      Delete
  12. Gurunnya bagus banget...jadi teringin tengok ke sana...suatu hati nanti..makasih dah dituliskan day ny day jadi seenggaknya aku ada gambaran tentang sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah moga dipermudahkan utk ke sana nanti.. kawasan padang pasir dan gurun di sana juga unik.. kerana negara kita hutan tebal . :D

      Delete
  13. Hari terakhir banyak juga aktivitinya. Rezeki dapat jugak jejak di Perpustakaan Masjidil Haram. Seronok pulak main gelonsor di pasir tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rasa beruntung sangat dapat pergi umran bersama Mantop Travel Agent.. Penuh dan padat aktiviti yg mereka sediakan.. syukur alhamdulillah..Seronok main pasir di Jabal Malaikah tu.. :D

      Delete
  14. Hehehee... kelebihan boleh berbahasa Urdu diambil kesempatan untuk tawar-menawar shopping ye. Tak apalah, sekurang-kurangnya boleh bantu dapat harga lebih murah. Saya pun gelak-gelak terhibur melihat gelagat menuruni bukit pasir itu.
    Aduhai... memang sayu meninggalkan kota Mekah, sudah sampai tanah air teringat-ingat selalu dan rindu untuk ke sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer betul.. boleh la dpt extra diskaun bila membeli tu.. betul tu sambil membantu mereka membeli dpt pahala kan.. Tapi penat la hahahaha..
      Perasaan sayu tu mmg semula jadi apabila meninggalkan kota Mekah.. sbb belum tentu ada rezeki lagi atau tidak utk melihat masjidil haram..

      Delete
  15. tumpang seronok bila baca pengalaman org, hati rasa hiba .. terasa ingin pergi sama.. doakan kami dpt ke sana juga yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih sudi membaca.. inshallah moga dipermudahkan utk ke sana.. boleh baca di sini utk tambah sedikit ilmu sblm ke sana :D

      Delete
  16. Oh seronok juga tu dapat melihat sekitar kawasan library ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang seronok.. ada few petugas yg boleh bercakap dlm beberapa bahasa.. mudah nak tanya apa sahaja.. :D

      Delete
  17. Saat2 hari terakhir memang selalu sedih kan, nak meninggalkan tanah suci 😅.

    Pasti happy para jemaah yg 1 grub dengan Abang, ada yg bantu mereka untuk menawar 😄👍. Saya dulu suami lah yang menawar dengan penjual, dia memang paling hobi bargaining saat belanja di manapun 😄.

    Baru tau loh tentang perpustakaan Masjidil haram ini. Kalo saya tahu dari awal, pasti teringin nak kesana juga.

    Membayangkan kalian ke tempat para syuhada badar, saya yg membaca ini saya macam ikut terharu. Bisa juga ziarah kesana. Sampai nama jalan pun dibuat sebagai syuhada street yaa 😍.

    Gelak baca yg meluncur dari bukit pasir 😄😂. Jadi ternyata tak selicin biasanya ya bang. Saya pikir bakal lancar meluncur sampai bawah kalo dah pakai kotak 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua kali pengalaman ke kota Mekah dan setiap kali mahu meninggalkan Mekah pasti akan terasa sayu dan sedih..kerana belum tentu Allah izinkan kita lgi utk menjadi tetamu-Nya..

      Saya dari kecil sudah melihat si ibu kalau mahu membeli pakaian terutama nya pasti akan buat tawar menawar maka saya sebagai anak terikut juga perangai meminta tawar itu hihii

      Delete
    2. Saya pun kali pertama dpt sampai ke Badar dan melihat kawasan peperangan dan maqam syuhada badar.. Alhamdulillah diberi izin oleh Allah Taala utk kali ini dpt pergi byk tmpt termasuk library di dalam masjidil haram..
      Pasir licin cuma harus pakai papan bukan kotak.. :D

      Delete
  18. Ternyata dalam masjid Nabawi pun ada perpustakaan ya..saya tak sempat perhatikan, pengalaman menarik saat meluncur dari bukit pasir hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya ada perpustakaan berdekatan dgn pintu saidina usman.. byk sejarah atau tmpt tersembunyi di dlm masjid Nabawi.. meluncur di pasir halus tidak semudah apa yg disangka .

      Delete
  19. fuyoooo
    dan lagi meluncur tu
    x dpt kat perth kat mekah pun boleh
    ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. dimana ada kemahuan di situ pasti ada aktiviti nya hahaha.. perth nanti boleh repeat lgi hihihii

      Delete
  20. ada library tu best nyaaaa
    daripada balik hotel tidur baik laa spend masa kat sini kan
    sblm tggu waktu azan masuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah silap nya.. last day baru jumpa library tu.. kalau jumpa dri awal mesti dah buang masa dlm tu membaca.. suka baca part tulisan mengenai sejarah islam..

      Delete
  21. Semoga kita semua berpeluang ke Mekah suatu hari nanti...amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya doakan utk Puan Suria.. moga dimurahkan rezeki utk menunaikan ibadah umrah amin

      Delete
  22. Semoga saya juga dikurniakan rezeki menjadi tetamu Allah satu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin saya doakan miga Kak Sue dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan utk ke sana .. Amin amin..

      Delete
  23. Cantiknya library tu dan saya suka entry ni, part yang last sekali.. kelakar pulak saya tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik dan agak luas dalam library itu... Benda tiada di Malaysia mestilah excited bermain hihi.. tak kira umur pun

      Delete