Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Alhamdulillah sebelum kedatangan Bulan Ramadhan baru-baru ini aku bersama seisi keluarga sekali lagi ke Kuantan atas urusan kerja. Maka secara tak langsung aku bawa semua anak bersama untuk bercuti sekali alang-alang tengah cuti sekolah minggu akhir ini. Kita bagi mereka happy-happy sikit sebelum masuk sekolah.
|
Sumber gambar dari Pak Google |
Bandar Kuantan ni boleh dikatakan sebagai bandar yang paling banyak aku pergi atas faktor kerja. Pergi seorang diri atau kadang bersama wife dan kadang-kadang the kids pun ikut sekali. Balik hari pun ada, stay satu atau dua malam dan paling lama kena stay sampai seminggu.
|
Jarak antara Kuala Lumpur ke Kuantan, Pahang lebih kurang 250km. |
Okay cukuplah intro tu jom kita terus ke 10 destinasi menarik dan paling penting ia adalah percuma di Bandar Kuantan. Yang berbayar aku tak masukkan dalam list di sini korang jangan salah faham pulak tau. Dan aku boleh kategorikan Bandar Kuantan ini sebagai destinasi bajet keluarga untuk rakyat marhain B40 macam aku ni.
1. Masjid Negeri Pahang - Masjid Sultan Ahmad 1
Merupakan sebuah masjid terbesar di Negeri Pahang dan mampu memuatkan lebih 10,000 orang jemaah dalam satu-satu masa. Mempunyai 4 buah menara yag diperbuat dari marmar setinggi 180 kaki. Masjid ini terletak di tengah-tengah Bandar Kuantan di Jalan Mahkota. Masjid ini dirasmikan oleh Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada 21 Oktober 1994.
|
Masjid Negeri Pahang - Masjdi Sultan Ahmad 1 |
2. Laman Menara Kuantan 188Terletak di satu tempat yang mana orang tempatan menyebut sebagai Benteng Kuantan dan di situ juga terletaknya Menara 188 Kuantan. Sebuah taman yang cantik sesuai untuk membawa keluarga terutama yang mempunyai anak kecil. Antara tarikan utama adalah sebuah Kubah berwarna hijau yang dikelilingi oleh beberapa gerai jualan makanan dan minuman seperti aiskrim yogurt. Terdapat juga outlet Freshfarm di sini.
|
Laman Menara 188 Kuantan |
|
Ice Cream Berlemok Gula Apong memang terbaik :D |
|
Outlet Farm Fresh pun ada di sini. |
3. Kuantan Art StreetSuasana lebih indah apabila anda datang berkunjung ke sini pada waktu malam. Pencahayaan yang baik membolehkan anda mengambil gambar pada setiap lukisan rural dan 3 Demensi (3D) di semua dinding yang ada di jalan belakang bangunan ini. Jalan yang dihiasi seni lukisan ini adalah sepanjang 200 meter. Telah disiapkan oleh 6 orang anak jati Pahang pada tahun 2020.
|
Kuantan Art Street |
|
Lukisan Ikan Kelah adalah ikan termahal di Negeri Pahang. |
4. Pantai Teluk SisekKalau anda mencari pantai yang tenang dan tidak jauh dari kawasan bandar boleh la ke Pantai Teluk Sisek ini. Berpuluh kali aku ke sini memang boleh kira hanya beberapa orang sahaja yang berkunjung ke sini. Terletak berhampiran dengan Royal Pahang Golf Club dan paling menarik terdapat kewujudan "Dinosaur" kalau anda tak percaya boleh ke Zoo Teruntum bersebelahan dengan Pantai teluk Sisek ini.
|
Pantai Teluk Sisek yang sentiasa tenang, aman dan bersih. |
|
Dinosaur Encounter at Teruntum Zoo. |
5. Taman Gelora Kuantan di Pantai Gelora
Di sini terdapat beberapa attraction yang menarik antaranya jambatan gantung, taman permainan kanak-kanak, trek jogging dan berbasikal, pelbagai jenis gerai jualan makanan, terdapat night market pada setiap hari Ahad dari jam 5.00 petang sehingga 9.00 malam. Amat sesuai jika datang untuk membuat aktiviti seisi keluarga. Di sini juga letaknya Masjid Tanjung Api yang indah di tepi pantai. Dan antara port mancing yang terbaik.
|
Cuba teka haiwan ini diperbuat dari bahan kitar semula apa?
|
|
Laman Kitar Semula di Taman Gelora. |
6. Air Terjun Sekilau di Bukit SekilauSiapa sangka terdapat air terjun di tengah Bandar Kuantan. Dengan hanya trekking tak sampai 40 minit anda sudah boleh membasahkan kaki di air terjun. Keadaan air terjun tidaklah begitu besar tapi memang cantik. Boleh mandi tapi tak boleh la nak terjun tiruk bagai. Jika anda meneruskan trekking ke atas air terjun anda akan sampai di Trek Pokok Balau yang membolehkan anda ke sebuah lagi air terjun di Bukit Galing.
|
Trek yang santai dari awal sehingga ke air terjun. |
7. Telok ChempedakPantai Telok Chempedak ini rasanya semua orang dah sedia maklum dan terlalu sangat famous sampai wujud dalam Permainan Saidina. Sebuah kawasan peranginan pantai yang terdapat banyak kedai menjual peralatan mandi dan souvenir. Dan terdapat beberapa restoran ternama yang wajib di boikot seperti Starbuck, McDonald dan KFC. Paling menarik ada jambatan kayu bagi menyusuri tebing di hujung pantai.
|
Teluk Cempedak |
|
Kawasan pantai berbatu yang amat cantik di Kuantan. |
8. Pantai Anak AirKawasan pantai yang kurang pengujung ini terletak tak jauh dari Tanjung Lumpur. Kawasan yang juga jauh dari orang ramai namun terdapat beberapa orang peniaga dan taman permainan serta bilik mandi yang disediakan bagi membersihkan diri selepas mandi laut. Uniknya di sini kerana jika bernasib baik kita akan dapat melihat orang-orang berlatih menunggang kuda. Dan di sini juga salah satu port baik untuk memancing pantai.
|
Pantai yang tenang sambil layan tengok orang memancing. |
|
Mostly yang berkuda di sini nampak macam semua perempuan jer. |
9. Pantai SepatSama seperti Pantai Anak Air dan tidak begitu jauh antara satu sama lain dan juga amat sesuai untuk aktiviti seisi keluarga seperti picnic, memancing dan sebagainya. Terdapat sebuah pusat penginapan berdekatan iaitu Swiss-Belhotel Kuantan. Cuma istimewa di sini anda boleh join melakukan aktiviti bersama orang kampung mencari Remis di saat air laut surut. Terlalu mudah untuk mendapat sekilo dua Remis di sini tau.
|
Hasil mencari Remis di Pantai Sepat, Kuantan. |
10. 12 Kubu Pertahanan British Perang Dunia KeduaOkay yang ini aku letak last sebab dia agak susah sedikit. Ada beberapa buah kubu yang agak mudah dijumpai dan ada yang agak susah sedikit untuk dijumpai namun kesemua kubu ini masih wujud sehingga ke hari ini. Bagi aku ia adalah satu destinasi yang amat menarik dah jadi macam permaian treasure hunter pulak bila nak cari kesemua 12 buah kubu ini.
|
Antara salah satu dari 12 Kubu British yang telah dibaik pulih di Kuantan. |
Antara lokasi 12 kubu ini adalah di Jeti Pasar Nelayan Balok, berdekatan Taman Gelora, di De Rhu Beach Resort, berdekatan Swiss Garden, berdekatan Timur Bay, bersebelahan perkuburan tak jauh dari Pantai Batu Hitam, di Pantai Pelindung berdekatan dengan Mee Calong, di Pantai teluk Cempedak 3 berdekatan dengan Bukit Pelindung. dan di Pantai Telak Cempedak.
Antara Bacaan Yang Menarik Di Negeri Pahang :-
I dh byk kali repeat kuantan ni sbb my zharfan kat CFS gambang tu..tinggal lg 1 sem jer nak abih tu
ReplyDeleteAlhamdulillah lagi satu sem jer nak habis tak ada la mak pak nya nak kena pi Kuantan selalu.. Mesti dah tahu semua tempat menarik di Kuantan ni :D
DeleteTerima kasih kongsi info tempat menarik di Kuantan.
ReplyDeleteCuti baru-baru ini sempat singgah Kuantan tapi hanya untuk makan tengah hari di Akop House Patin. Kami dalam perjalanan dari Kuala Terengganu hendak balik Selangor. In syaa Allah lain kali kalau datang ke sana, bolehlah jadikan entri ini sebagai rujukan.
Sekadar berkongsi pengalaman beberapa kali dpt ke Kuantan. Akop House Patin tu belum dpt pergi lagi.. Insyallah next time.. Byk lagi tempat menarik yg ada di Kuantan..
DeletePernah sampai Teluk Cempedak & Pantai Balok ja..
ReplyDeleteFarm Fresh tu bentuk dia sama la macam kat Serdang ni
Fresh Farm di Serdang belum sampai lagi.. Ntah bila dapat pergi..
DeleteTempat" yang menarik buat di kunjungi, masjid nya cantik bernuansa biru dan putih, pantainya pun cantik, bersih ,mungkin karena belum banyak pengunjung ya..jadi masih terlihat alami👍
ReplyDeleteMungkin juga masih belum diketahui oleh org ramai.. tempatnya masih suci setakat sekarang.. hihihii.. masjid negeri pahang mmg tersergam indah di tgh bandar kuantan..
Deleteoh, banyak tempat best kat kuantan rupanya. tempat kitorang selalu pi bila sampai kuantan cuma teluk cempedak, zoo dan benteng tu je. pastu next time pergi lagi, repeat balik tempat sama haha
ReplyDeleteYeap banyak kali juga datang baru discover sedikit demi sedikit.. so kita mudahkan pembaca utk tahu tempat2 menarik di Kuantan.. samalah mula2 dulu repeat tempat yg sama..:D
DeleteSalam Ramadhan tuan. Terima kasih atas perkongsiannya. Udah lama berhajat nak bawa anak-anak tengok dinosaurs di Zoo Teruntum tuh. Banyak rupanya tempat menarik di Kuantan ni. Belum cerita cafe hipsternya lagi ye
ReplyDeleteZoo Teruntum tu seronok la juga especially bila bawa anak-anak mmg excited diorg ..staff siap pesan jgn bagi makan pada dinasour tau hahaha .
DeleteSeronok kan berjalan-jalan di Kuantan
ReplyDeleteBetul.. mmg suka kalau jalan jalan di Kuantan ni.. bandar nya tenang sahaja :D
Deletesila jadi tour guide kita nanti eh kalau sampai Kuantan..hahaha...plan nak cuti ke Kuantan..tapi x tau la bila dua beranak ni free..suami sure susah nak freekan diri dia..sebab dia keja Spore
ReplyDeleteSesuai nak cuti cuti keluarga di Kuantan tempatnya tenang.. tempat makan banyak.. Kalau kena timing kita ada di Kuantan boleh jadi guide.. tapi Kuantan ni senang je tak la besar mana :D
DeleteBoleh tolong perkenalkan tempat sesuai utk lawatan murid?
DeleteBoleh Ke Zoo Dinosaur Teruntum, Menara Kuantan 188 & Berjalan sepanjang Benteng Kuantan, Art Street, Masjid Negeri Pahang, Beli Keropok ikan dan kopok lekor.. Teluk Cempedak.. Pantai Gelora.. Ziarah di salah satu 12 kubu pertahan askar British semasa WW2..
DeleteBelum berkesempatan jalan-jalan di Kuantan..
ReplyDeleteInsyallah boleh dah plan jalan -jalan di Kuantan.. insyallah tak la mahal kalau bercutu ke Kuantan :D
DeleteSONOKNYA JALAN2 kONTAN..DAH LAMA TAK BALIK SANA
ReplyDeleteKuantan sekarang dah banyak perubahan compare dgn 5-10 tahun lepas tau.. :D
DeleteEhhh next time datang Kuantan, roger2 ya. Ya Kuantan banyak tempat riadah jalan2 yang free especially tepi laut. Healing sehabisnya, Alhamdulillah.
ReplyDeleteOk baik nanti kita roger kalau ke Kuantan lagi Insyallah.. tapi bulan puasa ni mungkin tak kot outstation ke Kuantan.. tapi tak tau jugak :D
DeleteSetuju Kuantan mmg byk tmpt healing :D
Lepas bulan puasa la :) boleh makan2 Insyaa Allah
DeleteOk ok insyallah boleh jer.. nanti kita roger di email yer.. :D
DeleteCantiknya Laman Menara Kuantan tu....
ReplyDeleteBudak2 boleh main kat taman dan ayah nya boleh mancing di Benteng Kuantan hihii..
Deletenanti bolehlah ke kuantan.. kdg2 kalau ke kuantan kami buntu nak ke mana.. last sekali terus maju ke kl..
ReplyDeleteMula2 mcm tu jugak tapi sbb dh banyak kali dtg panjang la kaki merayau hahaha... Insyallah Kuantan ok jer nice place..
DeleteKami dah sampai dah kat Kuantan... Ade tempat belum sempat cover lagi... Ade air terjun jugakkk
ReplyDeleteKuantan mmg best jalan jalan bawa keluarga.. destinasi yg tak begitu mahal nak bercuti.. :D
DeleteKami dah sampai dah kat Kuantan... Ade tempat belum sempat cover lagi... Ade air terjun jugakkk
ReplyDeleteYes ada air terjun juga di Kuantan siapa sangka kan.. :D
DeleteTengok semua gambar ni teruja jadinya. Mungkin akan sampai ke sana satu hari nanti walau en. Hb kerap ke Kuantan atas urusan kerja.. hehehe..
ReplyDeleteAtas urusan kerja sama macam saya la .. cuma kena pandai atur masa utk bawa family jadikan percutian sambil bekerja hahahah :D
DeletePernah sekali ke Kuantan balik hari (2007), ziarah sepupu. Lepas baca entri ni, macam perlu lagi ke sana.
ReplyDeleteUishhh 2007 hampir 20 tahun lepas.. Memang 300% landskap dah berubah tu.. wajib kena repeat Kuantan hahaha .. insyallah moga ada rezeki utk ke sana lagi. :D
DeleteAamiin
DeleteAminnnn.. moga makbul doa di bulan ramadhan ni :D
Deletecuaca panas skarang dpt mandi air terjun tu syok btul...lama tk pi kuantan...byk tmpt menarik tu
ReplyDeleteTau tak pe hahaha.. Musim panas ni kalau dapat mandi air terjun mmg best :D
DeleteAlhamdulillah Kuantan sekarang dah banyak berubah dan maju dari dulu..
seingat sy, seumur hidup baru 3 kali ke kuantan
ReplyDeletetp bkn kat bandar
sekali ke teluk cempedak
2x kat cherating
nak explore kuantan betul2 belum berkesempatan (tp g obersi sempat pulak ya!🤭)
Kannnn sembang obersea jebat segala ceruk dah smpai dear anise kita ni hahahha... Insyallah perlahan-lahan lepas ni cuti-vuti Malaysia pulak :D
Delete11. Kula Cake
ReplyDelete🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
lama tau ngidam nak mkn cheese cake dia
smpi laa x dpt2
🤣🤣🤣
Kan tajuk tulis menarik dan percuma.. kalau kula cake tu kena spend duit hahaha.. so tak boleh senaraikan di sini :D
DeleteHari tu ada jiran bagi kek dari kula cake utk berbuka.. senyum smpai belakang rambut tau hahaha.. :P
thn ni tak berbuka kt padang dpn masjid tu?
ReplyDeletemana tau boleh jumpa sultan & family
Tak la kot sebab bila ada anak kecil ni kita berbuka di dalam bilik hotel jer la.. kang hilang ke mana pulak diorng bermain.. :D
DeleteSaya tuh suka keliru antara kuantan dan kelantan 🤣🤣. Kdg pikir lama dulu, kuantan ini yg daerah mana yaa 😅
ReplyDeleteTapi memang 2-2 nya pun belum saya visit lagi.
Harap2 bisa kalo nanti ke Malaysia. Juli padahal saya ke KL dan Penang tp tujuan nak bawa papa medical checkup di Penang. Jadi rasanya tak sempat lah kalo harus ke kuantan.
Sukaaa lihat pantai yg berbatu di teluk cempedak itu ❤️❤️
Kuantan sebuah bandar di Negeri Pahang. Dan Kelantan adalah sebuah negeri di utara pantai timur Malaysia yg bersebelah dgn Thailand.
DeleteKalau ke Kuantan hanya kurang 3 jam drive dari Kuala Lumpur.
Juli kalau dtg KL boleh inform nanti blh makan ramai2 :D
Wah ini bagus sekali Mas, sambil urusan kerja sambil bawa keluarga jalan-jalan. Senang sekali pasti keluarganya...
ReplyDeleteSaya terpesona dengan bangunan Masjid Pahang yang dapat menanpung jamaah lebih dari 10.000 orang. Bangunan masjidnya tampak indah sekali...
Pantai yang berbatu itu indah dan terawat... Jadi ingat sudah lama saya tak berkunjung main ke pantai.
Salam,
Waalaikumsalam..
DeleteKalau sudah kerja dikejauhan maka bawa aja family nya sekali.. terus bercuti..
Di Pahang keadaan nya agak aman dan tenteram tidak banyak gangguan.. mmg seronok ke sana :D
Menarik juga Kuantan ni. Bila last dtg kuantan pun tak ingt dah
ReplyDeleteBoleh pergi lagi.. insyallah kuantan tidak membosankan.. :D
DeleteTeringat memori masa ke Kuantan tau..bestnya..
ReplyDeleteDari 10 tahun saya turun naik kuantan kerana kerja.. mmg dah banyak perubahan dulu dan sekarang :D
Delete12 Kubu Pertahanan British Perang Dunia Kedua - ini nampak menarik.
ReplyDeleteKan... Ramai yg tak tahu akan kewujudan nya.. make sure kalau ke Kuantan pi cari 12 kubu tu tau..
DeleteTkasih atas semua info. Byk dah perbezaan dari thn 90an dulu. Lama sgt tak kekuantan. Sy suka ketenangan yg ada di kuantan. Pernah kerja di Astec kuantan dulu. Skrg dah tiada dah Astec. Moga perjalanan esok dipermudahkan. Aamin.
ReplyDeleteSy yg mula travel ke Kuantan disebabkan kerja pada awal tahun 2012 pun dah blh rasa perubahan slps 12 tahun kemudian.. Mmg byk yg tlh berubah.
DeleteMemang menarik...boleh recommend hotel, chalet atau homestay yg harga berpatutan di kuantan...yg dekat dengan pantai...😆
ReplyDeleteKalau di kuantan sy byk kali check in di Classic Hotel.. harga murah dan breakfast buffet yg agak mewah.. Dan walking distance to Menara 188 dan Art street..
DeleteSelalu ingat kuantan ni macam tiada apa yang menarik. Thanks atas perkongsian.
ReplyDeleteKuantan bagi sy sgt sesuai utk destinasi bercuti budget bersama keluarga.. Tmpt pun tenang dan aman jer..
Delete