Thursday, 21 March 2024

Umrah Mantop Travel Part 8 : Dinner At Muzdalifah - Distribute 600 Food Pack

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Umrah Mantop Travel Part 7 : Mendaki Gua Hira' Jabal Al Nour Di Waktu Malam

Salam Ramadhan untuk hari ke 10 berpuasa. Alhamdulillah syukur masih diberi kekuatan oleh Allah Taala untuk meneruskan ibadah puasa. Dan antara dugaan berpuasa kali ini ialah Ramadhan jatuh pada musim panas ditambah pula dengan Fenomena Ekuinoks. Bak kata orang Perlis ini musim Buah Mangga Harum Manis. Insyallah kita sama-sama doakan moga cuaca panas ini cepat reda amin.

Nasi Arab - Ada ayam, kambing dan daging lengkap semuanya.
Untuk malam terakhir kami di Kota Mekah, Ust Atif telah mengajak kami semua untuk ke Muzdalifah. Kami akan bersolat Maghrib dan kemudan membaca tahlil dan doa selamat bersama-sama. Kemudian acara utama adalah makan malam Nasi Arab Kambing, Daging dan Ayam. Dan di akhiri dengan Solat Isya' berjemaah.

Carpet yang dibentang oleh para pekerja dari pihak restoran.
Ketika sampai masih lagi belum masuk waktu maghrib.
Dan yang seronoknya mengenai acara ini adalah kami akan berada di kawasan lapang terbuka dan akan beralaskan carpet yang tebal dan sejadah yang dibentangkan di atas tanah. Mutawwif Ust Atif kata kita amik feel Muzdalifah malam ni Insyallah. Alhamdulillah kami telah bertolak dari hotel dan telah sampai di lokasi beberapa minit sebelum masuk waktu maghrib. 

Azan dilaungkan dan bersiap sedia untuk solat Maghrib berjemaah.
Alhamdulillah selesai solat maghrib berjemaah sebelum tiba-tiba hujan datang dengan lebat.
Agak teruju setelah duduk dalam saf dan kemudian bersolat magrib berjemaah. Bila elok habis solat maghrib kami diberitahu telah berlaku hujan lebat di area Masjidil Haram. Dan boleh rasa angin yang agak kuat bertiup secara tiba-tiba dan kelihatan petir di langit. Ust Atif telah arahkan semua masuk ke dalam bas semula. Kami berteduh lebih kurang 25 minit di dalam bas. 

Alhamdulillah semua sempat masuk ke dalam bas sebelum hujan turun dengan lebat.
Alhamdulillah mereka tak biar kami kesejukan di dalam bas. Dapat teh herba ni memang padu.
Somehow bagi aku feeling yang agak excited jugak bila hujan di Kota Mekah ini. Lagi-lagi bila sekarang ni musim yang amat panas. Pihak restoran yang menguruskan tempat dan makan malam kami telah naik ke dalam bas bagi memberi teh susu herba panas kepada semua para jemaah. Alhamdulillah memang sedap dan layan. Selepas selesai hujan kami turun dari bas ready nak makan sebab semua dah kelaparan yang teramat.

Selesai hujan kami semua kembali membentangkan carpet dan makan malam :D
Allahu sedap makanan ni sampai tengok gambar ni boleh teringat feeling dia hahaha :P
Ust Atif kata makan malam ini secara tidak langsung telah di sponsor oleh beberapa individu. Dan juga dari semalam Ust Atif telah buka collection untuk sesiapa yang nak join acara sedekah atau distribute makanan kepada orang awam, jemaah umrah dan fakir miskin di sekitar area Masjdil Haram. Untuk satu pack makanan adalah berharga 7 Riyal.

Wajah masing-masing kegembiraan dengan bau nasi yang wangi :D
Pak arab bagitau kalau dah habis boleh tambah lagi sebab ada banyak lagi makanan :P
Kita biasa dengar kebanyakan travel agent hanya akan collect duit dari jemaah yang nak bersedekah pack makanan tapi kemudian mutawwif telah memberikan 100% kepada pihak restoran untuk uruskan sedekah makanan tersebut tapi bukan di Mantop Travel Agent yer. Kami diberi peluang untuk distribute sendiri pack makanan kepada orang ramai. Dan agak mengejutkan kami dapat collect lebih 600 pack makanan untuk diedarkan.

Setiap orang berpeluang merasai pengalaman memberi makanan kepada yang memerlukan.
Dan kesemua pack makanan itu telah disediakan oleh pihak restoran sama yang menyediakan tempat dan makan malam kami semasa acara di Muzdalifah. Selepas kami selesai program di Muzdalifah pihak restoran telah siap letak lebih 600 pack makanan yang dibungkus rapi di dalam ruang bagasi di dalam bas. Dan kami telah buat edaran sebaik sahaja pulang ke hotel. 

Ust Atif telah memberi sedikit penerangan mengenai cara bagaimana nak edarkan makanan dan telah bahagikan kepada beberapa kumpulan untuk buat edaran dan hanya jemaah lelaki sahaja yang Ust Atif benarkan. Sebab kemungkinan besar akan berlaku perebutan oleh orang ramai so macam tak sesuai kalau orang wanita yang buat distribution. Dan lagi pun area hotel kami ni ramai orang dari area Bangladesh, India, Pakistan dan Afghanistan.

Tuan Toha antara orang kuat Jabatan Amal Negeri Selangor.
Alhamdulillah lebih 600 pack makanan dapat diedarkan kurang dari 10 minit. Memang ramai orang yang nak makanan ni siap ada pak guard hotel warga Bangladesh pun minta. Dan yang aku puji kebijaksanaan Ust Atif ni adalah edaran yang kami buat ni bukan di area dataran Masjidil Haram seperti yang pada kebiasaanya. Hotel kami jauh hampir 1km dari Masjdi Haram.

Tuan Awang Pengarah Jabatan Amal Negeri Selangor mengedar makanan.
So keadaan menjadi seperti yang hanya memerlukan makanan sahaja yang ambil pack makanan tersebut dari pemberian kami. Dan yang tidak memerlukan akan menolak dari mengambil makanan tersebut. Oh ya eadaran yang kami beri adalah Nasi Arab Ayam Mandi bersama Air Botol Mineral.


Lupa nak cerita pasal makanan kami di Muzdalifah. Kami makan duduk di atas carpet dan makan menggunakan talam yang diperuntukkan untuk 5 orang sahaja sau talam tapi makanan yang diberi terlalu banyak sesuai untuk lebih 6 orang. Hanya ada satu group dapat menghabiskan makanan di atas talam tersebut. Yang lain semua surrender sebab hidangan untuk satu talam penuh dengan nasi yang membukit dan kambing, daging serta ayam yang tak kedekut. Dan nasi malam tu memang padu sedap yang amat.

Bersambung Umrah Mantop Travel Part 9 : Wadi Berkat Global Ikhwan - Miqat Masjid Hudaibiyah

38 comments:

  1. wahhh mcm feeling tikar terbang zam zam alakazammmmmm hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... memang ada feeling macam naik tikar terbang :D

      Delete
  2. Replies
    1. Di arab begitulah culture pada kebiasaanya :D

      Delete
  3. Eh…tersedak orang di Perlis ni ada yang sebut Harumanis 😂

    Wah….seronoknya solat dan makan di ruang terbuka. Memang lain suasananya.
    Banyak sungguh tu boleh dapat 600 pek. Tak terbayang macam mana boleh siap edar dalam masa singkat kurang 10 minit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha untung lah dia harum manis tumbuh belakang rumah je.. 600 pack bahagi kepada beberapa kumpulan sekejap jer.. org mmg terlalu ramai di Kota Mekah ketika tu..

      Delete
  4. Saya pun terliur sama tengok gambar tu, termasuklah tengok teh herba tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teh herba tu katanya pakai air sikit sgt.. yg lain mmg guna susu semata2 huhu.. tiba2 mcm nak cari nasi arab utk berbuka hahaha..

      Delete
  5. best nyaaaa dpt makan ramai2 mcm tu...
    dah la makan kat luar.. hidngan pun boleh tahan sedap juga tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah mmg lain suasana nya makan di tgh gurun gitu hahaha.. hidangan dia mmg tak kedekut penuh je sentiasa.. best sgt :D

      Delete
  6. laku keras ya😁
    dlm masa 10 min je
    600 pack selesai!
    fuhhh!!
    terbaikkkk👍👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami kan ramai.. pecah kepada few group and different places.. mmg laju la habis and org mmg tgh ramai sgt2.. tiba ada yg kata kalau dpt 1000 pack kan best hahaha

      Delete
  7. wahhh dpt laa merasa tgk hujan yaa
    pengalaman umrah sy dulu
    tgh tawaf hujan lebat mencurah2
    ms tu baru 2nd round
    kami x peduli. kami teruskan juga
    memang lencun habis baju dgn telekung
    kuasa Allah selesai tawaf baru kami perasan baju dan telekung kami kering!
    sama mcm sblm hujan turun!
    hebat betul kuasa Allah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya sebab keadaan tanah dan cuaca yg kering bila hujan lebat sekali pun kami keluar dari bas tgk tanah mcm tak hujan pun tadi.. sama mcm sblm hujan kan..:D

      Delete
  8. Alhamdulillah satu pengalaman yg cukup manis utk dikenang 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kenangan dan pengalaman utk kami satu jemaah.. :D

      Delete
  9. Syok juga pengalaman solat di luar, kena pula nasi arab yang tak kedekut. Memang mantop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg syok.. begitulah di zaman dahulu ketika mereka bermusafir berhenti dan solat di tgh gurun..

      Delete
  10. Nampak sedap la nasi dengan lauk kambing, ayam apa bagai tu...leka SA negok video..seronoknya sedakah makanan kat orang ramai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy yang pernah makan ni pun terliur tgk hahaha..

      Delete
  11. 600 dlm10 minit. Woahhhh syok tengok trip ni. Nasi dgn lauk semua tu sedap sangat tengok. Rindu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org mmg ramai sgt..sekejap jer habis.. Di sana masakan nasi arab mereka rasa lain.. sedapp :D

      Delete
  12. Mesti seronok bagi makanan pada orang awam.
    Harap yang tidak dapat habis makan itu lebihannya dapat dibungkus untuk makan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan lebihan memang dibungkus dan juga diberi kepada pekerja pembersih yang ramai ada di sekitar program kami ini. Alhamdulillah tiada yang membazir :D

      Delete
  13. Disana makan nasi sama daging kambimg biasa2 ya, kalau saya makan nasi sama daging kambimg langsung kumat kolesterol hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngak tahu mengapa tapi kalau dimakan kambing hari-hari pun tiada masalah :D

      Delete
  14. Lagi bergelar karpet tetiba hujan deras..asiknya di dalam bus dapat teh hangat..gelar karpet lagi gak basah bang ? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah petugas menyimpan carpet sebelum hujan turun dgn lebat.. tapi lepas turun hujan keadaan seperti tidak hujan.. tanah nya tetap kering mngkin bahang panas yg kuat

      Delete
  15. Itulah yg selalu buat rindu dengan tanah suci. Banyaaak sekali orang berlomba2 nak bagi sedekah di sana. ❤️❤️. Semoga banyak ditiru juga oleh negara Islam lainnya.

    Makanan nasi arab ini memang sedap. Saya saja msh teringat saat makan nasi Mandhi di sana 🤤🤤👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sahabat yang pergi haji ke sana tanpa agent.. hanya mengharapkan sedekah makanan setiap hari.. Alhamdulillah mmg ramai yg bersedekah di sana..
      Nasi Arab Mandhi di sana lain dari di sini.. Sedapnya smpai sekarang terasa :D

      Delete
  16. Luar biasa ini Mas, membagikan 600 pack makanan dalam 10 menit. Rupanya banyak juga yang membutuhkan disana ya.
    Shalat di ruang terbuka kemudian makan bersama...wah ini suasana yang indah sekali. Betapa asyik dan lebih merapatkan tali silaturahmi.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami berpecah kepada beberapa group dan mengedar di lokasi yg berjarak antara satu sama lain.. mmg ramai yg memerlukan makanan di sana.

      Solat di ruang terbuka itu mmg pengalaman yg indah.. dan makan bersama begitu mmg seronok..makin rapat gitu..

      Delete
  17. seronok makan atas tikar macam tu kan? teringat masa haji 2018 dulu kami makan nasi dulang kat atas tikar camni, awal awl lagi LM dah baa tipuware sebab tau tak akan habis.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah seronok dan satu pengalaman baru makan di atas kawasan tandus kering mcm tu hahaha.. itulah tak tahu pulak di serve banyak .. if tahu boleh bawa bekas simpan kan.. :D

      Delete
  18. Rezeki sangat tu sampai boleh edarkan 600 pack makanan! Rezeki pemberi dan rezeki penerima. Allahu Akbar!
    Saya rasa macam teringin pula hendak menyertai pakej umrah Mantop Travel. Penuh aktiviti lawatan, makan pun sedap-sedap hehehee... Saya sudah intai-intai, rupanya Mantop Travel & Tours ni banyak tawarkan pakej kembara yang lain selain umrah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat pengalaman buat edaran di Kota Mekah.. dan tak sangka juga dpt kumpul sampai 600 pack makanan.. bukan apa tapi sy amat mencadangkan utk amik pakej dri Mantop.. alhamdulillah mmg seronok penuh aktiviti.. oh ada buat pakej kembara ke tempat lain.. itu saya tak tahu juga hahaha..

      Delete
  19. Mesti sejuk berangin waktu makan tu kan sebab baru lepas hujan.
    Nasi tu nampak sedap. Mahu tersandar kekenyangan macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga.. sebab lepas hujan tu kami keluar dri bas tanah kering mcm tak hujan dek panas nya ketika itu :P
      Mmg bersandar kekenyangan mlm tu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...