Thursday, 28 March 2024

Program Singgah Sahur - Edaran Juadah Sahur Sekitar Ampang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Kita keluar sekejap dari berkongsi cerita Umrah dengan Mantop Travel Agent yang dah masuk 10 part pun tak habis-habis lagi. Alhamdulillah berjaya juga update kisah umrah walaupun jalan ceritanya yang agak susah. Dan terima kasih pada semua yang telah membaca dan juga yang memberi comment di setiap part kisah umrah. Tu yang ada semangat nak update tu. Syukur Alhamdullillah :D

Serahan Juadah Sahur kepada Petugas Perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital Ampang.
Panjang lak intro kan. Okay malam tadi aku join satu aktiviti singgah sahur yang telah dianjurkan oleh beberapa buah pertubuhan antaranya Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Ampang, Persatuan Memanah Green Arrow, Department of Arts Culture and Sport (DACS) Ampang, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ampang dan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Ampang, Tahfiz Integrasi Ilmi Hulu Langat dan Dewan Pemuda PAS Ampang.

Membuat agihan pack mengikut tempat yang akan dihantar.
Alhamdulillah siap packing dan bahagi pack makanan mengikut team.
Actually singgah sahur adalah part dari satu program penuh. Program yang bermula pada pukul 6.45 petang di SRITI Al-Falah dimulai dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ust Hanif Jamaluddin Al-Hafiz dan kemudian berbuka puasa diikuti Solat Maghrib dan Solat Isya' berjemaah serta Taraweh yang diimamkan oleh pelajar-pelajar tahfiz dari Tahfiz Integrasi Ilmi Hulu Langat. 

Serahan kepada petugas keselamatan di bahagian Forensik dan Kecemasan Hospital Ampang.
Agihan kepada petuga-petugas keselamatan disekitar kawasan Hospital Ampang.
Selepas taraweh dan makan moreh acara seterusnya adalah aktiviti bertadarus beramai-ramai. Alhamdulillah nampak ramai anak muda dari kawasan sekitar hadir join program yang dianjurkan ini. Dari umur remaja belasan tahun sehingga ada yang berumur 40-an. Alhamdulillah aktiviti tadarus selesai hampir jam 12.00 malam.

Edaran Juadah Sahur di Balai Bomba Dan Penyelamat Pekan Ampang.
Jam 1.00 pagi kami telah berkumpul di bawah banguanan Sekolah SRITI Al-Falah untuk briefing acara seterusnya iaitu agihan juadah sahur kepada kakitangan awam yang sedang bertugas terutamanya. Kami telah dibahagikan kepada 3 buah kumpulan untuk membuat eadaran.

Serahan 30 pack makanan sahur kepada anggota polis di IPD Ampang.
Serahan Pack Makanan Sahur di Balai Polis Taman Bukit Indah.
Antara lokasi utama edaran adalah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, Hospital Ampang, Balai Bomba Pekan Ampang, Balai Polis Bukit Indah dan beberapa lagi tempah serahan yang telah dimuktamadkan. Dan team aku telah diarahkan untuk edaran di Hospital Ampang dan IPD Ampang. Maka bergeraklah kami dengan dua buah kereta.

Selesai edaran kita mengopi sebentar.
Sambil mengopi kena ada benda untuk mengunyah juga hahaha..
Di Hospital Ampang edaran dimulakan dengan agihan kepada para petugas keselamatan di seluruh hospital yang berada di beberapa lokasi. Dan kemudian kami ke Jabatan Forensik dan Jabatan Kecemasan untuk serahan makan sahur kepada petugas perubatan yang sedang bertugas. Alhamdulillah lebih 100 pack makanan dapat diedarkan.

Dan destinasi akhir kami menuju ke IPD Ampang dan membuat serahan sebanyak 30 pack makanan. Selesai edaran kami singgah minum di sebuah restoran sebelum pulang ke SRITI Al-Falah untuk tidur dan bangun untuk Qiamulail pada pukul 4.30 pagi. 

Lebih 50 anak muda yang hadir di waktu Qiamulail, Solat Subah dan Tazkirah Subuh.
Para pemuda pemudi yang hadir semasa kuliah subuh yang disampaikan oleh Ust Hamdi.
Selesai solat berjemaah program di akhiri dengan tazkirah subuh yang disampaikan oleh Ust Hamdi Mudir Maahad Tahfiz Integrasi Ilmi Hulu Langat. Alhamdulillah pada Hari Nuzul Quran ini dapatlah juga mengisi masa dengan Ibadah dan aktiviti yang baik. Kalau tak join any aktiviti macam mungkin Hari Nuzul Quran bagi aku akan berlalu begitu sahaja. Apa aktiviti di Hari Nuzul Quran korang pulak? 

58 comments:

  1. Alhamdulillah..Seronok dapat turut serta menyumbang dalam program macam ni. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kena gagahkan diri utk join kalau tidak mmg memerap di dalam rumah sahaja hahaha.. lagi2 Hari Nuzul Quran kan.. kena isikan masa dgn aktiviti berfaedah serta penuhi dgn ibadah..

      Delete
  2. Alhamdulillah.
    Penuh masa terisi dengan aktiviti keagamaan yang sangat bermanfaat ini dan mudah-mudahan akan berterusan. Semoga ukhuwah akan semakin erat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur juga dpt lapangkan masa utk join aktiviti yg bermanfaat sebegini.. lagi2 program khas utk anak muda.. semoga terus berkekalan :D

      Delete
  3. tuan sangat aktif.. seronok tengok bila byk aktiviti begini.. kami juga aktif, tetapi aktif di dapur shj..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la aktif mana sekali sekala kena juga aktifkan diri utk join aktiviti kebajikan kalau tidak kita hanya membuang masa berehat di rumah sahaja :D
      Okla tu aktif juga walau di dapur hihihi..

      Delete
  4. Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan & dilimpahkan rezeki melimpah ruah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin amin alhamdulillah terima kasih.. terima kasih atas doa :D

      Delete
  5. Alhamdulillah good job tuan & team 👍
    Semoga beroleh ganjaran yg besar hendaknya aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih.. sekadar bersama-sama membantu :D

      Delete
  6. waahhhh seronoknya! paling seronok fries tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berapa suka sebab masin dgn cheese hahahaha..

      Delete
  7. Aktiviti bermanfaat ni. Give back to the community terutama mereka yang bertugas di hospital dan balai polis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kita pun tak sangka boleh join this kind of opportunity.. feedback dri mereka pun susah nak cari makanan sbb malam tiada kedai yg buka melainkan bawa bekal..

      Delete
  8. Alhamdulillah rezeki dapat turut serta program macam ni semoga diberkati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Insyallah berazam utk join byk lagi this kind of kebajikan work :D

      Delete
  9. Seronoknya dapat sertai program macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mmg seronok.. lagi2 dpt melihat senyumna dari mereka yg menerima :D

      Delete
  10. Subahanallah..alhamdulillah sejuk hati membaca di blog tuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah terima kasih juga sudi datang ke sini :D

      Delete
  11. SOTR kalo di sini sebutnya, sahur on the road 😄. Tapi bedanya kalo di sini bagi2 makan sahur utk Orang2 jalanan, pemulung, dan
    homeless. Saya belum pernah dengar mereka bagi makanan utk polisi, tenaga kesehatan etc.

    Tapi considering masih banyak para homeless di Indonesia, makanya memang fokusnya kesana. Tapi apapun, niatnya adalah untuk berbagi kan. Apalagi kepada teman2 muslim yang saat sahur pun masih bekerja . 👍. Semoga makin banyak kegiatan seperti ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana di sini kalau di waktu lewat malam ngak ada byk kedai makan yg dibuka. maka agak susah jugak para petugas perubatan dan keselamatan mahu membeli makanan utk bersahur maka nya kita membantu mereka.. lagi2 mereka sudah memudahkan banyak org :D

      Delete
  12. Wah... penuh aktiviti macam ni dalam bulan ramadan...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah banyak juga aktiviti sepanjang bulan ramadhan ini :D

      Delete
  13. Alhamdulillah..pengisian yang baik di bulan Ramadan :)

    ReplyDelete
  14. Alhamdullilah kegiatan Ramadhan sangat banyak ya, aktifitas yang menyenangkan,lelah menjadi lilah,..bertambah banyak pahala di bulan yg suci ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdulillah dapat berbuat aktiviti yg baik dan membantu org lain.. kerana itu harus join dgn volunteer jika bersendirian blm tentu dpt lakukan nya

      Delete
  15. Rasa sejuk di hati baca entri ni. Alhamdulillah. Happy tengok para petugas keselamatan terima juadah sahur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. masa bagi tu diorang pun berterima kasih sangat.. sbb ada yg sudi nak bgi juadah sahur utk mereka.. :D

      Delete
  16. Alhamdulillah...hari cuti Nuzul Quran dipenuhi dengan aktiviti2 yg bermanfaat...menyantuni frontliner...nampak ramai pelanggan di restoran tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib ada program sebegini baru lah dpt buat pengisian sedikit sempena nuzul quran kan.. alhamdulillah harap dpt join lagi aktiviti mcm ni

      Delete
  17. alhamdulillah aktiviti yg bagus di bulan ramadhan..terliur tgk fries tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru nak berjinak-jinak ni.. moga istiqomah la dlm kerja kerja kebajikan .. kita tak suka sgt fries yg byk cheese mcm tu hihii

      Delete
  18. kalau turun belah2 bkt jalil panggil laa sy
    mana tau boleh join sekaki
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orait no problem... Bukit Jalil dekat dah tu .. insyallah ada program asnaf sambut raya nanti.. insyallah boleh la join..

      Delete
    2. tapiiii bkt jalil ni kaw org have have
      tak ada asnaf kot kecuali sy
      hahahahahaha

      Delete
    3. Sape suh buat program di situ..kena join program di tempat lain hahaha.. kita ni berjalan jauh sampai ke utara selatan join volunteer tau :D

      Delete
  19. p/s nanti respon ya:
    https://aniesandyou.blogspot.com/2024/04/march-for-blogger-time-traveller.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah respon tapi tdi tgh masak berbuka..kang lepas isya kita tinggalkan lagi komen yer hihii.. :D

      Delete
    2. sy igt nak pos hari ni
      tp td baca en afif mungkin skrg tak ada kat rumah
      kalau gitu sy pos mggu dpn laa yaa...

      Delete
    3. Aah pos minggu depan pun ok sgt.. tak la terkejut sgt dpt parcel bila balik rumah hahaha.. apa pun terima kasih..

      Delete
  20. Alhamdulillah
    Pengisian ramadan yang berkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih . Semoga istiqomah bersama :D

      Delete
  21. Alhamdulilah moga pahalanya berlipat ganda dan menerbitkan senyuman bagi setiap penerima sedekah tu.
    Keep it up! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. sekadar membantu para frontliner yg sedang bertugas moga2 sedikit sebanyak memudahan kerja mereka..

      Delete
  22. alhamdulillah. barakallah fiik

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah diberi kemudahan dengan program yang memberi manfaat pada yang lain, moga diberi keberkatan selamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena lapangkan masa utk join aktiviti sukarelawan mcm ni.. alhamdulillah byk yg dpt kita belajar :D

      Delete
  24. Tahniah buat semua yang terlibat...perlu di kekalkan aktiviti ini di masa akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah program yg melibatkan anak muda mcm ni kena ada selalu dan berterusan..

      Delete
  25. Alhamdullilah, seronok dapat join aiktiviti macam nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul seronok sgt dpt join aktiviti sambil memenuhkan amalan di Hari Nuzul Quran..

      Delete
  26. Alhamdulillah.. program yang menarik, boleh diteruskan pada masa hadapan dan moga urusan dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..semoga diri ini istiqomah dlm membuat kerja2 kebajikan :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...