Tuesday, 5 March 2024

Umrah Mantop Travel Part 4 : Check In Al Masa Hani Hotel - Menunaikan Umrah Pertama

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Dari Masjid Qarnul Manazil perjalanan mengambil masa lebih satu jam untuk sampai ke hotel kami di Kota Mekah faktor utama lambat adalah kesesakan lalu lintas. Dalam perjalanan Ust Atif telah meminta driver bas untuk berhenti di sebuah station minyak untuk kami bersolat jama Maghrib dan Isya'. Bagi memudahkan kami apabila sampai di Mekah nanti untuk hanya menunaikan ibadah umrah sahaja. 

Pembinaan untuk pembesaran di Masjidil Haram yang tidak pernah berhenti.
Di hentian kali kedua barulah kami dapat bersolat kerana station minyak tersebut menyediakan tempat solat yang selesa untuk jemaah lelaki dan wanita. Berbanding hentian pertama yang hanya menyediakan ruang solat untuk lelaki sahaja. Selesai solat kami meneruskan perjalanan ke hotel dan alhamdulillah kami selamat tiba di Hotel Al Masa Hani pada waktu Matahari telah pun terbenam sepenuhnya.

Di hentian pertama ada Musolla tapi tiada ruang solat untuk jemaah wanita.
Maka Ust Atif panggil semua naik bas kembali dan cari tempat solat di hentian lain.
Alhamdulillah di perhentian kedua disediakan musolla yang besar dan selesa untuk jemaah lelaki dan wanita. Dan hentian ini lengkap dengan kedai serbaneka dan beberapa buah cafe.
Alhamdulillah kami turun dari bas betul-betul dihadapan pintu masuk hotel dan terus diarahkan ke ruang makan di tingkat 2 dan pihak Mantop Travel Agensi menyelesaikan urusan check in billik hotel para jemaah seramai 44 orang. Selesai makan kami semua hanya perlu ambil bagasi di lobi hotel dan terus naik ke bilik yang telah ditetapkan 4 orang untuk satu bilik. Dan masa ni aku terpisah dengan abang ipar aku. Ok jer kita orang lelaki tiada masalah.

Makan malam citarasa tekak Melayu tapi first time makan Tom Yam Kambing :D
Alhamdulillah bilik yang amat selesa untuk 4 orang dan dilengkapi satu bilik air, Peti Ais, Tv dan Aircond. Shower ada air sejuk dan panas tapi sejuk dia macam suam-suam panas :P
Disebabkan aku antara yang terawal masuk bilik maka aku cop katil bucu tepi tingkap. Okay kita cerita keadaan bilik pulak. Setiap satu floor hanya ada 4 bilik dan 2 lift sahaja. Dua bilik di sebelah kanan untuk Jemaah Mantop dan dua bilik lagi di sebelah kiri untuk jemaah dari Bangladesh. Setiap kali kami bertembung masa nak tunggu lift macam ayam dengan itik hahahaa. 

Selepas selesai urusan pembahagian bilik, kami diberi masa untuk berehat lebih kurang satu jam dan kemudian barulah kami berkumpul semula di lobi hotel dan bergerak beramai-ramai ke Masjidil Haram. Pada pengalaman umrah pertama aku stay di Hotel Le Meridien hanya 50 meter sahaja dari pintu masuk masjid dan kali ini jarak hotel ke masjid adalah 800 meter atau lebih. Memang trip umrah kali ini kena mujahadah lebih tinggi ditambah dengan cuaca yang amat panas.

Setelah tamat masa rehat kami semua berjalan bersama-sama ke Masjidil Haram.
Walaupun ini pengalaman kali kedua untuk aku, still rasa teruja excited sangat-sangat.
Jika kita yang kali kedua hadir melihat Ka'bah pun sayu dan rindu apatah lagi buat mereka yang pertama kali. Untuk trip Umrah ni memang abang ipar aku jer la jadi model utama hahaha :D
Dan pada trip kali ini setiap jemaah diberi earphone bersama satu device bagi memudahkan Mutawwif berhubung dengan semua para jemaah. Maka Mutawwif tidak perlu membaca doa atau berzikir dengan nada yang kuat seperti trip umrah pertama aku dulu. Tak tahu samada ini adalah satu kelebihan umrah bersama Mantop Travel Agensi atau memang semua pihak agensi telah menggunakan cara yang sama.

Gambar terakhir untuk jemaah lelaki sebelum kehilangan rambut hahahaa..
Mutawwif kami Ust Atif ajak bergambar sebelum masuk menunaikan ibadah umrah.
Alhamdulillah kami semua selamat menunaikan ibadah umrah setelah lebih 1jam membuat 7 pusingan Tawaf menggelilingi Ka'bah dan Saie di Safa Marwah secara berjemaah. Dan buat para jemaah yang ada keuzuran mereka telah menaiki Skuter Elektrik di tingkat atas dengan dua pilihan samada menyewa untuk Saie sahaja atau Tawaf dan Saie sekali.

Alhamdulillah selesai rukun ibadah umrah yang terakhir Tahallul iaitu memotong atau bercukur rambut. Masa ni jam dah menunjukkan hampir pukul 2 pagi.
Selesai menunaikan ibadah umrah kami semua berjalan pulang ke hotel sambil mencari tempat untuk mencukur rambut. Memang ramai yang akan approach kita menawarkan khidmat potongan atau cukur rambut. Harga yang ditawarkan bermula dari 20 Riyal sehingga 12 Riyal untuk satu orang. Namun Alhamdulillah disebabkan mostly yang approach tu adalah Pakistani. Maka aku meminta tawar dengan berbahasa Urdu.

Inilah hotel kami Al Masa Hani Hotel & Apartment Service.
Jarak Al Masa Hani Hotel ke Dataran Masjidil Haram adalah 750 meter.
Dan dari dataran nak ke pintu masuk is another 100 meter.
Dan another 100 meter berjalan kaki untuk ke Ka'bah.
So aku dapat harga 15 Riyal untuk dua orang. Dan disebabkan aku yang buat kerja menawar maka aku dengan abang ipar aku dapat harga 5 Riyal untuk dua orang hahahaa. Masa aku tengah tawar menawar tu ternampak Ust Atif melihat gelagat aku bercakap Urdu sambil dia senyum. Mungkin sama macam mana aku tersenyum dan terpegun tengok Ust Atif berbuih speaking Arab dengan orang-orang arab siap boleh marah-marah orang arab lagi.. Hebat hebat..

Inilah wajah-wajah sahabat yang baik sebilik dengan aku selama 4 hari di Mekah. 
Dapat rakan sebilik yang baik dan ahli ibadah itu memang satu nikmat yang besar. Oleh kerana mereka bertiga ini rajin ke masjid untuk setiap kali waktu solat maka aku yang agak pemalas ni pun terikut sama jadi rajin. Alhamdulillah selama di Mekah hanya 6 kali sahaja yang aku solat di bilik itu pun kerana demam dan sakit kaki yang teramat. 

Bersambung Umrah Mantop Travel Part 5 : Ziarah Sekitar Mekah - Jabal Thur - Jabal Rahmah Arafah - Mina - Muzdalifah - Miqat Di Masjid Ja'ranah

46 comments:

  1. Masyallah. Teringin nak pergi lagi..tapi niat dalam hati jer la honestly sebab tak doa sungguh2 pun pun serta tiada usaha ke arah itu....memikirkan tanggungjawab untuk membangunkan syarikat yang masih baru..(syarikat orang bukan syarikat akak..hehehehe).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan moga dipermudahkan urusan untuk menunaikan ibadah umrah sekali lagi. Insyallah buat usaha ke arah niat sikti demi sedikit dan moga Allah terima kita utk jadi tetamu-Nya sekali di tanah suci.

      Delete
  2. Great Travel Blog and Awesome Post- If you want to know all about Airlines then Visit SkyshipTravel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much will have a visit to SkyShip Travel.. :D

      Delete
  3. Allahuakbar sayu nya baca cerita encik afif...doakan saya smpi ke sana suatu hari nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan moga Puan Anis dimurahkan rezeki utk menjadi tetamu bagi mengerjakan Umrah di tanah suci Amin.. :D

      Delete
  4. Parece que se divirtieron es un bello país,. Te mando un beso. Enamorada de las letras

    ReplyDelete
    Replies
    1. Everyone was enjoy the moment when we in Saudi Arabia.. :D

      Delete
  5. biliknya nampak sgt selesa...alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selesa jer.. Semua lengkap.. most of the time takde dalam bilik pun.. :D

      Delete
  6. Tom yam kambing....menu rare!

    Wah untunglah pandai berbahasa Urdu. Asyik dapat diskaun je. Syok sungguh 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah rare sgt2.. dah la first time makan masakan tu di Mekah pulak tu hihii.. alhamdulillah everything was nice and smooth sepanjang masa di sana..
      Boleh la sikit2 utk dpt diskaun tu hihii

      Delete
  7. video cium hajarul aswad takde ke? hehe. cakap Urdu tu macam cakap hindi ke? saya cakap hindi boleh la, sebab puas tgk filem hindustan. Mekah ni memang aura lain dari yang lain. pergi banyak kali pun still rasa sayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua kali saya buat umrah, sy tak pergi utk cium ke hajaratul aswad sebab org yg terlalu ramai dan berasak2.. sbb cium hukum sunat sahaja bukan wajib tapi kalau dh smpai bertolak2 mcm nk bergaduh than tak perlu la.. Dah jatuh hukum lain pulak.. huhuu

      Delete
    2. samalah. saya pun tak pergi sebab masa tu dengan mak ayah yang dah berusia. saya dan adik pulak saiz petite je, parents tak bagi sebab bahaya

      Delete
    3. Kan benda bukan wajib sampai nak kena bertolak bergaduh bagai.. semata2 nak cium hajratul aswad.. kalau tak ramai org.. mudah mmg dah berusaha utk cium insyallah

      Delete
  8. tom yam ada kambing tu memang unik haha..alhamdulillah tuan berpeluang diberikan rezeki kesihatan, rezeki belanja dan rezeki waktu untuk ke tempat istimewa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg Tomyam Kambing semata2 huhu.. Menarik la jugak sbb dh lebih sehari tak jumpa nasi putih hihii.. Alhamdulillah diberi izin Allah Taala utk menjadi tetamu di tanah suci..

      Delete
  9. Rasa selamat la kalau ada earphone setiap seorang.. bagus la travel agent nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah senang Mutawwif nak berkomunasi dgn para jemaah.. dan jemaah boleh dgr sahaja tak boleh reply.. senang dgr doa.. zikir2 sepanjang tawaf dan saie..

      Delete
  10. Setuju sgt bila dpt rakan sbilik yg alim ni kita pun terikut sama. Teringat masa belajar dulu kalau bukan sbb rakan sebilik mmg susah la nk ke masjid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu penting dpt rakan sebilik yang baik dan soleh ni :D

      Delete
  11. Rindunya nak buat umrah. Terubat rindu tgk gambar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yg tulis entry pasal umrah ni pun rindu dgn tanah suci.. semoga ada peluang utk ke sana lagi..

      Delete
  12. Alhamdullilah ibadah umrohnya berjalan lancar, soal pembangunan Masjidil Haram..memang dari dulu gak selesai "selalu ada pelebaran dan tambahan, mungkin karna yang datang semakin banyak ? Bahkan thn 2018 saat pertama kali datang ke sana depan clock tower tu masih lalu lalang kendaraan..sekarang semua sudah di lantai ya..semakin lebar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia dulu pertama kali masih ada jalan nya namun skrg sudah tiada.. setiap tahun akan dibesarkan kawasan masjidil haram.. saban tahun jemaah haji makin meningkat.

      Delete
  13. W'salam..
    Terima kasih atas perkongsian bermakna ini.. Jujur saya kata, bila baca pengalaman orang ke tanah suci, perasaan saya jadi sebak dan teruja nak tahu cerita sepanjang berada di sana. Mungkin perasaan orang yg x pernah ke sana spt saya. Apa pun saya sentiasa berdoa semoga suatu hari nanti saya sekeluarga berpeluang juga menjejakkan kaki ke sana dan dipermudah segalanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama sekali saya mendoakan moga Puan LZ dipermudahkan urusan utk menunaikan Umrah bersama seisi keluarga.. Sekadar berkongsi pengalaman semoga boleh memberi sedikit sebanyak gambaran buat mereka yg blm ke sana :D

      Delete
  14. Baru tau kambing boleh buat tomyam...sedap tak? kalau sedap SA nak cuba buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far saya makan mmg sedap.. lagi2 kambing biri biri arab tu bukan kambing kg tu hihihii.. okla lembut sedap dan boleh tambah dua kali nasi hihihii..

      Delete
  15. Alhamdulillah. Seronok baca pengalaman orang mengerjakan umrah ni. Rezeki juga tu, dapat roomate yang baik. Bagusnya, pandai berbahasa urdu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga sudi membaca alhamdulillah Allah beri roommate yg baik2 .. senang sepanjang masa di sana..

      Delete
  16. Dapat rakan sebilik yang baik2 pun rezeki juga tu. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur sgt.. pasal mereka kita pun jadi rajin nak ke masjid selalu :D

      Delete
  17. Cerita yang sangat menarik...saya akan sambung bacaan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih sudi membaca.. bertambah sangat sya nak teruskan :D

      Delete
  18. Rata2 memang sudah pakai earphone antara peserta umroh bang, soalnya banyak travel umroh di sini sudah pakai metode itu. Waktu saya dulu belum. Semoga nanti kalo umroh lagi dapatlah yg begitu ☺️

    Agak jauh hotel yaa, tapi tak apalah, ada yg bilang, makin jauh langkah kaki beribadah, makin besar juga pahalanya 😄

    Memang kalau dpt teman sekamar yg alim dan ahli ibadah, kita pun pasti terikut. Penting jadi mendapat teman sekamar yg seperti itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah rasanya semua agent dah pakai earphone senang Mutawwif nak berkomunasi dgn para jemaah.. Kali ini mmg jauh sedikit hotel tapi lebih rajin ke masjid berbanding dulu hihihii..
      Alhamdulillah dpt teman yg rajin kita ikut rajin ke masjid..

      Delete
  19. jauh juga tu jarak
    hotel ke masjid...
    tak apa laa... kita datang pun memang nak ibadah kan...
    nanti selesa sangat
    lain pula jadinya
    ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time umrah dlu hotel tak smpai 100 meter tapi byk kali solat dlm bilik.. antara malas dan juga penat tapi bila jauh sepuluh kali ganda rajin pula ke masjid.. biar susah sedikit supaya kita amik iktibar dari terlalu selesa byk complain..

      Delete
  20. sempat lagi ya balik hotel lepas tahallul
    tak stay pula kat masjid smpi subuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg nak.. tapi dah penat dua hari perjalanan dri KLIA dan Thoif. Mmg lega dpt tidur sebelum subuh dan kembali semula pd waktu subuh Alhamdulillah.. :D

      Delete
  21. Sempat ye tuan cop katil hehhehee. Alhamdulillah rezeki dapat roomate yang molek-molek. In sya Allah bila ada rezeki saya menunaikan umrah satu hari nanti, saya harap dapat roomate yang rajin juga heret saya ke masjid dan buat ibadah lain sebab saya punya malas tuh memang agak gegak gempita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah dah masuk awal ke bilik kan hihihi.. siapa jer tak nak dpt sudut yg baik hahaha.. itulah rakan sebilik akan mempengaruhi kita sepanjang masa di sana.. moga2 kita jadi teladan pada yg lain dan yg lain juga jadi teladan baik utk kita..

      Delete
  22. Singgah lagi di sini, belum habis lagi untuk saya baca tiap entry umrah kali ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih sudi dtg membaca di sini.. nanti sy juga membalas kenjungan yer :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...