Friday, 15 March 2024

Umrah Mantop Travel Part 7 : Mendaki Gua Hira' Jabal Al Nour Di Waktu Malam

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Umrah Mantop Travel Part 6 : Explore Sekitar Masjidil Haram Ketika Acara Bebas

Pada hari yang ke4 kami di Mekah. Mutawif Ust Atif telah bertanya di dalam group whatsapp "Kalau ada yang berminat untuk naik mendaki ke Gua Hira pada waktu malam selepas Solat Isya' dengan bayaran seorang 10 Riyal dengan minimum cukup untuk sebuah van Toyota Hi Ace". Alhamdulillah boleh dikatakan majoriti semua pergi kecuali yang ada keuzuran. 

Berada di puncak Gunung Al Nour. Dari puncak kita akan turun sedikit dalam 40 meter untuk ke Gua Hira'. Okay semua gambar di waktu malam so faham-faham la tak berapa nak cantik :D
Perjalanan dengan 3 buah Van Toyota Hi Ace yang memuatkan setiap van seramai 10 sehingga 12 orang jemaah. Gua Hira yang terletak 9.4km dari Kota Mekah ini (5km sekiranya berjalan kaki ketika zaman rasulullah) mempunyai 3.7 meter panjang dan 1.6 meter lebar. Dan mempunyai kira-kira 600 anak tangga yang tidak sama saiz dari segi besar dan tinggi untuk setiap anak tangga itu. Dan ketinggian Jabal Al-Nour adalah 642 meter. 

Keadaan kami yang bersemangat di dalam van menuju ke Gua Hira' 
Jarak antara Masjidil Haram ke Jabal Al Nour adalah sejauh 9.4km dengan menaiki kereta.
Letaknya pada tebing yang agak curam walaupun Jabal Al Nour tidaklah terlalu tinggi. Namun begitu, pendakian menuju ke Gua Hira melalui jalan lereng-lereng yang kering dan berbatu. Setiap orang haruslah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang kuat. Apatah lagi semasa pendakian terasa bahang haba yang panas dan berdebu sehingga perlu menutup mulut dan hidung dengan kain.

Dari bawah terlihat ada gerai di tengah pendakian tapi bila sampai dah tutup.
Alhamdulillah ada juga satu kedai menjual minuman dan souvenir di puncak.
Memang terus beli air gas nak tambah tenaga hahaa.. Tapi harga faham-faham la.
Kami memulakan langkah sejauh 50 meter dari pintu hotel ke tempat van menunggu kerana pada waktu itu tidak dibenarkan sebarang pengangkutan masuk ke kawasan berhampiran Masjidil Haram. Dan kami telah sampai di kawasan perumahan di tebing Jabal Al Nour selepas hampir 20 minit perjalanan. 

Jalan yang teramat curam untuk ke entrance. 
Van tidak berhenti di hadapan pintu masuk entrance pendakian kerana jalan yang teramat curam. Kami yang berjalan kaki beberapa meter untuk ke entrance pun rasa seram sehingga ada yang tiba-tiba hilang imbangan menyebabkan ada yang terduduk. Dan ada yang berpangku lengan sesama mereka kerana curam jalan yang teramat.

Ini gambar dari Iphone 15 plus Abg Yan. Dari malam boleh nampak macam siang tu.
Keadaan sepanjang pendakian. Berbatu dan berdebu. Aku terpaksa pakai facemask.
One thing nasihat yang aku boleh berikan di sini adalah di Tanah Suci ini kita kena jaga percakapan walau apa sekali pun. Especially janganlah nak berkata-kata membanggakan diri apatah lagi bersikap sombong dan sebagainya sebab balasan dia memang tunai Allah Taala bagi. Sebab tu juga sebelum pergi minta ampun dari Allah dan berdoa moga Allah terima Ibadah Umrah dan segala ibadah kita di tanah suci.

Kita akan naik dari arah depan dan Gua Hira' berada di bahagia belakang puncak.
Once berada di puncak kita akan nampak Gua Hira dan kawasan perumahan disebalik gunung.
Keadaan Gua Hira' yang hanya boleh memuatkan dua orang setiap satu masa. Jika anda berpeluang bersolat maka janganlah lama-lama, berilah peluang kepada yang lain yang sedang que.
Pada yang kaki hiking tu especially tenang-tenang sudah, banyakkan berzikir dari berkata-kata yang tidak seharusnya. Cuaca dan debu yang kuat di sini memang tak sama dengan keadaan hiking di Malaysia. Yang penting niat kita nak sampai di Gua Hira' dan berpeluang untuk solat 2 rakaat. Ramai juga yang tercundang di pertengahan pendakian. Mungkin kalau ketika musim sejuk tidak menjadi masalah besar tapi berjaga-jagalah ketika hadir di musin panas.

Dari puncak Jabal Al Nour boleh kelihatan Makkah Clock Tower.
Keadaan anak tangga tidaklah diselia baik oleh pihak bertanggungjawap tapi kita akan terjumpa di pertengahan pendakian ada beberapa orang awam membaikinya dengan initiative sendiri. Maka hulurkanlah sekeping dinar untuk usaha mereka kerana keadaan anak tangga yang elok  dan memudahkan anda pergi ke Gua Hira adalah kerana usaha mereka jua. 

Muka bahagia selepas berjaya ke Gua Hira' dan antara yang awal turun semula ke bawah.
Gua ini terkenal sebagai tempat di mana Nabi Muhammad menerima wahyu yang pertama daripada Allah melalui Malaikat Jibril. Gua Hira adalah tempat di mana Nabi Muhammad selalu menyendiri dan bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah selama tiga tahun. Baginda juga selalu ke situ bagi menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar.

Wajah-wajah mereka yang telah berjaya ke Gua Hira dan pulang je entrance.
Selepas turun dari pendakian terdapat sebuah kedai runcit di sebelah kiri entrance yang menjual minuman dan di situlah para pendaki tadi akan melepaskan lelah penat dahaga mereka. Nak minta air panas seperti teh dan kopi pun ada malah owner kedai juga boleh bercakap beberapa perkataan dalam bahasa Melayu. Boleh tahu dari situ betapa ramainya umat melayu singgah di situ :D

51 comments:

  1. jauh juga ya jaraknya
    bayangkan dulu nabi ke sini
    tanpa sebarang pengangkutan
    berseorangan pula tu
    allahu...
    bila kenang balik...
    memang tak tergambar kepayahan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah terasa jauh nya.. Bagaimana lah selama 3 tahun Nabi ulang alik ke sini pada waktu musim panas. Allahu kita yang naik ni pun menahan batuk sebab debu dan cuaca kering. memang tidak terbayanglah kepayahan itu..

      Delete
    2. tu laa kita rasa mcm dah susah
      pada hal apa yang nabi lalui jauh lagiiiii susah
      betullah...
      nabi itu hanya insan terpilih sahaja....

      Delete
    3. Sebab Nabi itu sendiri adalah pengajar terbaik dan contoh terbaik utk kita ikuti.. susah kita susah lagi Nabi pada zaman beliau.. Allahu

      Delete
    4. Walau baru 6 bulan lepas pergi dah pun terasa rindu utk kembali ke tanah suci .. Allahu..

      Delete
    5. tu laa kelebihan tanah suci. pegi sekali mmg rs nak repeat byk kali...

      Delete
    6. Insyallah selagi ada kemampuan mesti kena berusaha utk pergi lagi dan lagi ke tanah suci..

      Delete
  2. semoga saya masih bertenaga untuk mendaki gua hira' nanti. Aamiin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan.. Kena training selalu supaya tak cepat mengah abam kie ..

      Delete
  3. memang sempit sangat tu
    cuma 2 org je yang muat
    tapi ya laa
    rasulullah dulu tinggal seorang je...

    mana2 jualan atas tempat tinggi mmg mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawa sebotol air dlm beg.. dan kalau tak cukup beli je kat atas tu.. dgn bahang panas angin lalu pun panas.. berdebu bagai . Mmg menguji keimanan sungguh huhuu

      Delete
    2. mmg x ckp sbotol tu
      ;-)
      tp tu laa nak mendaki
      berat pula bawa air banyak2

      Delete
    3. Kita bawa satu 500ml satu lagi 1.5L pun tak cukup ooo.. sampai atas terus beli air gas hahaha.. nak turun pun kena ada air jugak.. tekak ni asyik batuk sebab berdebu .

      Delete
    4. laa x bawa mask ke masa tu?
      ke mmg x jangka akan berdebu?

      Delete
    5. Nasib simpan satu mask dlm beg silang.. allahu at first mmg batuk2.. once dh pakai baru lah lega... Tak jangka la akan berdebu cenggitu huhuu

      Delete
  4. Memang nampak curam dan licin jalan tu, boleh tergelincir masa mendaki.
    Alhamdulillah dan tahniah dah berjaya sampai atas tu. Tak mudah dengan keadaan berbatu, berdebu dan waktu gelap malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah org kata kena banyak bersabar dan mental kena kuat nak naik ke Gua Hira'. Saya pun macam nk give up sebab asyik nak batuk sebab berdebu.. lepas pakai facemask baru tak batuk.

      Delete
  5. Replies
    1. Lepas ni nak try musim sejuk pulak ... Mcm tak sanggup pulak menahan kepanasan di musim panas :D

      Delete
  6. Moga saya dan keluarga berpeluang untuk ke sana nanti...

    Tuan sekarang ni berada di sana ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin amin .. saya doakan miga dipermudahkan urusan dan rezeki utk mengerjakan Ibadah Umrah bersama keluarga..
      Bukan.. ini few months ago masa hujung tahun lepas.. :D

      Delete
  7. adventurousnyaa !! cantikk betul pemandangan dari gua hira' tu kann ! selamat menyambut ramadhan !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang cantik pemandangan dari atas Jabal Al Nour ni.. Boleh nampak Makkah Clock Tower.. :D
      Selamat Menyambut Ramadhan juga ZatyRose

      Delete
  8. Alhamdulillah sampai ke tempat Rasulullah SAW menerima wahyu. Mutawwif ada bercerita, katanya Saidatina Khadijah yang ketika itu usianya mencecah 60 tahun setiap hari akan mendaki bukit itu untuk menghantar makanan kepada Baginda Rasulullah SAW.
    Saya duduk sahaja di bawah menunggu suami naik dan turun dari Gua Hira'.
    Tak dapat dilupakan van yang membawa kami ke sini dipandu oleh orang Arab Badui. Aduhai... brutal sungguh gaya pemanduannya sampai kami berteriak ketakutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur sgt dpt naik ke Gua Hira pada mula nak pi naik sendiri tapi ust kata sabar nanti kita naik ramai2.. Sbb masa first time umrah tak pergi Gua Hira ni.. Itulah kalau tak kuat mental susah nak smpai atas..org arab bawa kete mmg ganas jugak huhuu..

      Delete
  9. Alhamdulillah...dapat tengok orang lain pergi hati digamit rindu ingin menjadi tetamu Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah moga dipanggil lagi menjadi tetamu Allah di tanah suci.. Saya pun berazam nak pergi lagi jika diizinkan..

      Delete
  10. alhamdulillah :) menggamit memori sendiri bila tgk gmbr dan kisah ur travel ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sebab tu nak sgt tulis trip umrah ni supaya menjadi memori utk diri sendiri dan boleh beri sedikit sebanyak gmbaran pada mereka yg blm pergi..

      Delete
  11. alhamdulillah, bestnya pengalaman jadi tetamu Allah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semoga Puan Rini Ismail juga dipanggil Allah Talla menjadi tetamu-Nya di Tanah Suci amin..

      Delete
  12. Terima kasih di atas perkongsiannya tuan. Semoga saya ada rezeki menunaikan umrah nanti. Suka tengok perkongsian orang pergi umrah atau haji. Tumpang happy untuk mereka yang dijemput ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih juga audi membaca perkongsian saya.. :D
      Insyallah saya doakan moga Puan DH juga dimurahkan rezeki menjadi tetamu di tanah suci amin..

      Delete
  13. Cantik sangat gambar pertama tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puncak Jabal Al Nour.. Alhamdulillah sampai juga walau perit nak sampai atas :D

      Delete
  14. bertuah ada pengalaman solat dalam tu..just kena sabar tunggu que la kan...tahniah awak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sabar tunggu giliran sebab katanya mmg sini sentiasa ramai org ziarah.. lagi2 kalau musim sejuk lagi la ramai org..

      Delete
  15. Cantiknya permandangan kat atas Gua Hira' tu. Pengalaman solat di situ memang tak boleh dilupakan la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul somehow mmg cantik pemandangan Kota Mekah dari atas puncak Jabal Al Nour ni.. Moga ada rezeki lagi berkunjung ke sini Amin..

      Delete
  16. Aisssh so lucky abang bisa kesana. Tapi ini hanya utk jemaah lelaki saja yaa? Dulu itu suami saya tak ada ditawarkan ke sini oleh guide kami. Jadi tak tahu juga , kalo dioffer, dah pastilah kami nak kesana .

    Memang ya, di tanah suci, jgn terpikir utk bicara kasar atau berpikiran sombong. Baru di pikir saja terkadang langsung dibalas tunai oleh Allah. Apalagi terucap pula perkataan tak bagus. Seraam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di umrah pertama juga tidak di offer utk ke sini.. tapi kali ini Ust Mutawwif yg menjadi guide itu membuat offer utk naik ke Gua Hira.. Alhamdulillah lelaki sama perempuan dibenarkan utk naik ke tas sehingga ke Gua Hira..

      Delete
    2. Mmg kalau di tanah suci itukan apa jua kata2 itu akan menjadi doa.. dan kalau percakapan tidak elok itu terus dibalas tunai oleh Allah.. Harusnya dijaga percakapan sebaik-baik.

      Delete
  17. Baca entri ni, mengingatkan kenangan saya ke Gua Hira. Dapat menunaikan solat Subuh berjemaah di kawasan lapang di puncak bukit. Waktu turun menikmati warna alam ketika sunrise. Allah Maha Besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa seronok dpt solat subuh di atas puncak alhamdulillah kenangan terindah di gua hira tu.. mesti cantik sunrise di Jabal Nour tu.. :D

      Delete
  18. Seronoknya baca pengalaman ni..
    Moga saya dan keluarga diberikan peluang untuk ke sana satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin saya doakan moga dipermudahkan rezeki utk ke sana menunaikan ibadah umrah amin...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...