Sambungan Dari Umrah Mantop Travel Part 1 : Destinasi Pertama Masjid Abdullah Ibnu Abbas Di Kota Thoif
Alhamdulillah berjaya juga akhirnya memulakan penulisan pengalaman trip Umrah untuk kali kedua ini. So aku akan sedikit sebanyak akan campurkan gambar-gambar dari trip Umrah pertama pada tahun 2018 sebab keadaan persekitaran baik di Kota Mekah atau Madinah telah banyak berubah atau berbeza selepas 7 tahun kemudian iaitu pada trip Umrah kali kedua ini Oktober 2023.
Inilah bas yang membawa kami dari Jeddah Airport, Thoif dan Kota Mekah. |
Ada juga yang tanya kenapa tak update Trip Bali sebab baru update di entry yang lepas "Salam Dari Bali Yuk - Stay Tune".. Yer baru sahaja balik dari Bali selama 5 malam 4 hari di sana. Tapi kita update la dulu Trip Umrah ni sebab memang dah siap tulis 4 entry just nak kena edit gambar sahaja. Sebab nak tulis Trip Bali ni mau sebulan jugak ambil masa hahahaa.. Okay dah cukup intro moh kita sambung cerita di Trip Umrah.
Selepas menziarahi Masjid Ibnu Abbas r.a kami di bawa ke beberapa kawasan sejarah Nabi Muhamad s.a.w antaranya Kebun Addas di mana Nabi bersembunyi apabila di kejar oleh Bani Thaqif. Dan ada juga beberapa sejarah islam lain. Dan terdapat juga beberapa atau kebanyakan kawasan telah dipagar atau ditutup oleh pihak berkuasa kerana terdapat perbuatan syirik oleh orang ramai yang hadir berkunjung.
Pada tahun 2018 kami berpeluang masuk dan melihat sendiri dari dalam keadaan Kebun Addas ini. |
Telah dibina sebuah masjid di dalam Ladang atau Kebun Addas ini. Masa ini kami tak berpeluang solat di dalam kerana dimaklumkan penjaga kunci masjid telah keluar ke bandar. |
Untuk sekarang Kebun Addas, Masjid Al Ku' atau dikenali oleh orang melayu sebagai Masjid Siku juga telah di tutup daripada pelawat. Masjid Kuk ini mendapat nama disebabkan terdapat kesan lekuk pada batu ketika Rasulullah berteleku dengan siku Baginda disini. Masjid ini merupakan tempat Rasulullah berlindung ketika dikejar Bani Thaqif.
Masjid Kuk atau Masjid Siku yang terletak tidak jauh dari Ladang Addas. |
Masjid Al Madhun atau juga dikenali sebagai Masjid Al Qantarah yang dibina pada akhir Era Pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah dengan menara unik yang berbentuk silinder ini juga telah ditutup kepada orang ramai. Tapi Alhamdulillah aku berpeluang menziarahi ke semua tempat ini pada Trip umrah pertama pada tahun 2018 yang lepas.
Masjid Al Madhoon Atau juga dikenali sebagai Masjid Qantarah. Berusia hampir 200 tahun. |
Pada tahun 2018 ia masih dibuka kepada orang ramai. |
Masa aku datang pada tahun 2018 yang lepas alhamdulillah kami dapat masuk dan bersolat di dalam Masjid Al Madhun ini dan dapat naik ke atas menara masjid. Masa tu kami tak ikut trip yang disediakan oleh travel agent sebab bayaran untuk ke Thoif lebih kurang RM150.00 seorang. So kami amik private teksi lebih kurang SAR 85.00 per trip untuk aku, wife, baby dan mak mertua. Memang murah banyak la.
Di tingkat dua masjid ada ruang solat terbuka. |
Agak mencabar untuk memanjat menara masjid ini sebab anak tangga dia tinggi-tinggi |
Abdullah Ibnu Abbas r.a adalah seorang sahabat nabi yang juga merupakan sepupu kepada baginda dan Ali Bin Abi Talib r.a. Beliau telah menghembuskan nafasnya pada umur 71 tahun bersamaan 68 hijrah dan di maqamkan di Kota Thaif ini. Beliau telah menghabiskan masa hidup beliau berdakwah dan mengajari orang ramai tentang agama Islam di Kota Thoif ini oleh sebab itu beliau telah menjadi ikon kepada penduduk Thoif sehingga ke hari ini.
Keadaan di dalam Masjid Al Madhoon. |
Boleh memuatkan 50 orang jemaah dalam satu satu masa. |
Beliau dilahirkan 3 tahun sebelum hijrah nabi ke Madinah dan ditahnikkan sendiri oleh rasulullah. Hadis yang telah diriwayatkan oleh beliau adalah sebanyak 1660 buah hadis yang mana 120 darinya diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan 49 hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim dan 95 hadis diriwayatkan oleh kedua-duanya sekali.
Restoran Dapur Syu'lah
Selesai membuat ziarah di beberapa kawasan, kami bergerak ke sebuah restoran yang terletak out of no where macam di tengah gurun gitu hahaha.. Untuk makan tengah hari yang aku tak pasti samada masih berada dalam kawasan Thoif atau di luar. Cuaca yang agak panas ketika ini. Tiada air sejuk disediakan melainkan air mineral dan teh panas self service.
Alhamdulillah sampai kami di Restoran Dapur Syu'lah Mat'am (Tempat Makan) Wa (Dan) Matbakh (Dapur) Syu'lah (Nama brand dia kot). |
Selepas masuk entrance ada tempat buat teh self service. Cuaca panas air pun panas layan. |
Landscape dalam restoran ni cantik tempat makan outdoor dan juga indoor disediakan. |
Menu makanan adalah Nasi Arab Mandi ada kambing dan ayam diletakkan sekali di atas nasi yang terhidang dalam satu dulang yang boleh dimakan oleh 5 orang untuk setiap satu dulang. Alhamdulillah nothing much to complain makanan sedap walau nampak simple jer. Syukur ada rezeki yang boleh dimakan walau jauh dari dapur mak kan :D
Sebelum tunggu nasi masak kami dihidang dengan manisan ni apa ntah nama lupa sudah. |
Kami diberi untuk duduk di dalam khemah indoor yang ada aircond tapi tak function hahahah :P |
Ok the reason kenapa Mantop Travel Agent membawa kami ziarah ke Kota Thoif terlebih dahulu sebelum ke Kota Mekah adalah kerana pertama flight kami sampai awal pagi dan hotel hanya membenarkan check in selepas pukul 1.00 petang. Dan undang-undang di Mekah bas dan sebagainya tidak dibenarkan parking terlalu lama di hadapan hotel. Oleh itu lebih baik membawa para jemaah menziarahi Kota Thoif.
Inilah Nasi Mandi Ayam dan Kambing. Simple tapi Padu bhaii.. Tetiba lapar lak nak makan Nasi Mandi hihi :P |
Kedua dan juga kelebihanya adalah para jemaah tidak perlu berniat dan memakai ihram dari KLIA atau dari dalam kapal terbang sebab nait untuk berihram hanya selepas menziarahi Kota Thoif yang mana kami semua ke akan ke Masjid Qarnul Manazil untuk membersihkan diri dan berniat serta berihram. Dan itu juga kelebihan menggunakan Visa Tourist yang mana kita boleh ke mana sahaja selain Kota Mekah dan Madinah.