Showing posts with label Thoif. Show all posts
Showing posts with label Thoif. Show all posts

Sunday, 3 March 2024

Umrah Mantop Travel Part 3 : Thoif Ar Rasheed Rose Factory - Ihram Di Masjid Qarnul Manazil

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Selesai kami makan tengah hari Nasi Mandi yang sedap di Dapur Syu'lah sehingga ada yang meratah kepala kambing - Yang ratah tu pun dah selamat diijab kabul bulan Februari tahun 2024 ni Alhamdulillah Tahniah Tuan Ahnaf. Di restoran ini juga disediakan tandas dan ruang solat yang berada dalam keadaan yang amat baik dan bersih. Dan boleh dilihat mostly yang datang makan di sini ialah rombongan para jemaah umrah dari Malaysia.

Tiba di Ar Rasheed Rose Factory. Agak ramai pengujung di sini ketika kami sampai.
Setelah selesai makan, Ust Atif iaitu Mutawwif kami memanggil semua para jemaah untuk naik semula ke dalam bas bagi untuk menuju ke sebuah destinasi yang masih lagi di dalam Kota Thoif. Kami telah dibawa menuju ke Kilang Memproses Bunga Ros. Di sini kami diberi penerangan bagaimana mereka mendapatkan pati (extract) dari Bunga Ros. Dan dari situ mereka telah menghasilkan produk seperti Minyak Wangi, Sabun, Minuman dan pelbagai lagi.

Kami dibawa ke dewan utama dah diberi penerangan cara memproses bunga ros.
Bahagian atas rose factory ini terdapat cafe dan ruang anjung open air. Kalau winter seronok la.
Kilang Rose yang dimiliki oleh Keluarga Rashid Al Quraisy ini juga menjual barangan lain seperti souvenir, kekacang, buah-buahan, madu dan pelbagai lagi termasuklah IndoMie Cup. Mungkin juga mostly yang datang ialah para jemaah dari Malaysia dan Indonesia. Dan terdapat sebuah cafe di bahagian anjung atas yang menyajikan pandangan indah ke arah kawasan pergunungan dan Ladang Bunga Ros. Aku bersama beberapa orang jemaah layan coffee di sini.

Kita dibenarkan untuk masuk dan lihat kebahagian kilang bagaimana bunga ros di ekstrek.
Di bahagian lain terdapat kedai yang menjual beratus jenis perfume yang dibuat dari bunga ros.

Marina Café Garden

Oleh kerana tiada apa yang ingin dibeli maka aku berjalan kaki di tepi Kilang Rose ini dan ternampak entrance ke Marina Cafe Garden yang terletak kurang 15 meter dari Kilang Rose Rashid tadi dan beberapa orang jemaah lelaki turut ikut serta. Bayaran masuk adalah 5 Riyal seorang dan akan dapat secawan teh untuk diminum di mana sahaja di dalam garden ini. Alhamdulillah kami pilih duduk di bawah pepohon pokok yang redup. Mencari ketenangan melayan teh.

Okay dah bayar tiket masuk. Jom kita explore keindahan Marina Cafe Garden ini.
Memang tempat lepak jer dalam ini. Tiada juadah istimewa yang disediakan melainkan minuman.
Sedang melayan teh kami dimaklumkan di dalam group Whatsapp bahawa Ust Atif telah memanggil semua para jemaah menaiki bas secepat mungkin. Tiba-tiba kami rasa eh bukan ke ada masa lagi. Terus kalam kabut menghabiskan teh yang panas hahaha.. Dan menuju ke arah bas tiba-tiba aku rasa macam aku orang paling last naik bas. Aduhai terus nampak wajah Ust Atif yang comey sedang melihat hihii.

Antara dua orang besar dalam Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor. 
Walaupun cuaca agak panas ketika ini tetapi di dalam garden ini amatlah tenang. 
Seorang jemaah telah tertinggal pouch bag di Restoran Dapur Syu'lah tadi. Pada mulanya aku beranggapan bas akan berpatah balik ke tempat makan tengah hari tadi. Tapi alhamdulillah dengan kecekapan serta kebijaksanaan Ustaz Mutawwif kami. Beliau telah meng "arrange" kan pouch bag itu dibawa ke Masjid Qarnul Manazil. Dan telah selamat dikembalikan kepada owner tanpa sebarang kehilangan barang berharga di dalam pouch tersebut. Syukur alhamdulillah.

Kaunter untuk order minuman dan snack dan toilet juga disediakan di dalam garden ini.
Terdapat aliran air yang dibuat seperti sungai kecil mengelilingi seluruh taman ini. 
 
Masjid Qarnul Manazil

Kami telah selamat sampai di Masjid Qarnul Manazil pada waktu asar. Perjalanan sejauh 63 km dari kilang memproses rose ke Masjid Qarnul Manazil menyebabkan hampir kesemuanya jemaah tertidur di dalam bas. Dan setelah sampai di masjid kami telah diarahkan oleh Ustaz Atif untuk mengeluarkan kain ihram bagi lelaki dari dalam beg dan menukar terus di dalam masjid.

Perjalanan sejauh 63km ke Masjid Qarnul Manazil dari Ar Rasheed Rose Factory.
Boleh dikatakan hampir kesemua para jemaah mengambil kesempatan ini untuk mandi dan membersihkan diri kerana dari semalam kami menaiki flight dari KLIA sehingga ke saat ini kami belum berkesempatan untuk mandi. Tapi ujian nak mandi di sini agak mencabar kerana air yang keluar dari shower adalah air panas hahaha..

Alhamdulillah safely arrived at Masjid Qarnul Manazil. Walau dah lewat petang tapi cuaca still panas. Bila bergambar semua mata sepet jer menahan terik matahari :P
Setelah mengambil kelengkapan mandi dan ihram kita berjalan ke arah masjid.
Namun kena mandi jugak sebab selepas ini akan ke Kota Mekah check in hotel dan makan malam dan hanya selepas itu kami akan ke Masjidil Haram untuk menunaikan Umrah. Dan cuaca ketika kami di sini dari hujung September sehingga awal Oktober adalah amat panas. Allahu hanya Allah yang tahu dugaan menahan panas matahari di siang hari dan menahan haba panas di malam hari.

Alhamdulillah setelah semua dah bersiap memakai ihram kita menuju ke dalam masjid untuk solat sunat ihram dua rakaat.
Pemandangan di dalam ruang solat utama Masjid Qarnul Manazil.
Selepas mandi dan memakai ihram kami masuk ke dalam masjid untuk bersolat jama' Zohor dan Asar dan terus menunaikan solat sunat ihram. Dan setelah selesai semua urusan masing-masing, para jemaah menaiki semula bas dan kami terus ke Kota Mekah. Di dalam bas Ust Atif telah memberi penerangan do and don't semasa di dalam keadaan ihram. 

Terlihat kecerian terpampang di wajah masing-masing setelah memakai ihram.
Menurut Ust Atif dibolehkan memakai wangi-wangian sebelum berniat ihram dan semasa mandi sebelum memakai ihram juga dibolehkan menggunakani sabun dan shampoo yang meninggalkan kesan wangian pada badan. Yang tidak boleh hanyalah selepas berniat ihram. Di dalam bas kami telah berniat dan bertalbiayah bersama-sama.

Perjalanan diteruskan lagi ke Kota Mekah sejauh 85km melintasan kawasan tandus yang kering.
Perjalanan dari Masjid Qarnul Manazil ke Kota Mekah sejauh hampir 85 km dan mengambil masa satu jam atau lebih bergantung kepada kesesakan lalu lintas. Bayangkan perjalanan Nabi Muhamad saw ke Thoif bersama Zaid Bin Harithah ra. untuk berdakwah 1400 tahun yang lalu pada Bulan Syawal tahun Ke10 kerasulan ketika cuaca yang amat panas.

Saturday, 24 February 2024

Umrah Mantop Travel Part 2 : Ziarah Sekitar Kota Thoif & Lunch Di Restoran Dapur Syu'lah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Alhamdulillah berjaya juga akhirnya memulakan penulisan pengalaman trip Umrah untuk kali kedua ini. So aku akan sedikit sebanyak akan campurkan gambar-gambar dari trip Umrah pertama pada tahun 2018 sebab keadaan persekitaran baik di Kota Mekah atau Madinah telah banyak berubah atau berbeza selepas 7 tahun kemudian iaitu pada trip Umrah kali kedua ini Oktober 2023.

Inilah bas yang membawa kami dari Jeddah Airport, Thoif dan Kota Mekah.
Ada juga yang tanya kenapa tak update Trip Bali sebab baru update di entry yang lepas "Salam Dari Bali Yuk - Stay Tune".. Yer baru sahaja balik dari Bali selama 5 malam 4 hari di sana. Tapi kita update la dulu Trip Umrah ni sebab memang dah siap tulis 4 entry just nak kena edit gambar sahaja. Sebab nak tulis Trip Bali ni mau sebulan jugak ambil masa hahahaa.. Okay dah cukup intro moh kita sambung cerita di Trip Umrah.

Pada trip Umrah kali ini kebanyakan kawasan ziarah di Thoif telah ditutup seperti Kebun Addas ini. Kami hanya berhenti dan melihat dari dalam bas sahaja dan kemudian Mutawwif memberi tazkirah ringkas dan sedikit penerangan berkenaan sejarah di kawasan ini.
Selepas menziarahi Masjid Ibnu Abbas r.a kami di bawa ke beberapa kawasan sejarah Nabi Muhamad s.a.w antaranya Kebun Addas di mana Nabi bersembunyi apabila di kejar oleh Bani Thaqif. Dan ada juga beberapa sejarah islam lain. Dan terdapat juga beberapa atau kebanyakan kawasan telah dipagar atau ditutup oleh pihak berkuasa kerana terdapat perbuatan syirik oleh orang ramai yang hadir berkunjung.

Pada tahun 2018 kami berpeluang masuk dan melihat sendiri dari dalam keadaan Kebun Addas ini.
Telah dibina sebuah masjid di dalam Ladang atau Kebun Addas ini. Masa ini kami tak berpeluang solat di dalam kerana dimaklumkan penjaga kunci masjid telah keluar ke bandar.
Antara sebahagian jalan yang kami lalui untuk masuk ke dalam kebun sehingga ke Masjid Addas yang terletak di tengah kebun. Dikatakan sewaktu Nabi berada di sini kebun ini dipenuhi oleh Pokok Anggur dan Delima. Dan ketika itulah Addas orang pertama di Thoif telah memeluk islam dan telah memberi Buah Anggur kepada Nabi.
Untuk sekarang Kebun Addas, Masjid Al Ku' atau dikenali oleh orang melayu sebagai Masjid Siku juga telah di tutup daripada pelawat. Masjid Kuk ini mendapat nama disebabkan terdapat kesan lekuk pada batu ketika Rasulullah berteleku dengan siku Baginda disini. Masjid ini merupakan tempat Rasulullah berlindung ketika dikejar Bani Thaqif. 

Masjid Kuk atau Masjid Siku yang terletak tidak jauh dari Ladang Addas.
Masjid Al Madhun atau juga dikenali sebagai Masjid Al Qantarah yang dibina pada akhir Era Pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah dengan menara unik yang berbentuk silinder ini juga telah ditutup kepada orang ramai. Tapi Alhamdulillah aku berpeluang menziarahi ke semua tempat ini pada Trip umrah pertama pada tahun 2018 yang lepas.

Masjid Al Madhoon Atau juga dikenali sebagai Masjid Qantarah. Berusia hampir 200 tahun.
Pada tahun 2018 ia masih dibuka kepada orang ramai.
Masa aku datang pada tahun 2018 yang lepas alhamdulillah kami dapat masuk dan bersolat di dalam Masjid Al Madhun ini dan dapat naik ke atas menara masjid. Masa tu kami tak ikut trip yang disediakan oleh travel agent sebab bayaran untuk ke Thoif lebih kurang RM150.00 seorang. So kami amik private teksi lebih kurang SAR 85.00 per trip untuk aku, wife, baby dan mak mertua. Memang murah banyak la.

Di tingkat dua masjid ada ruang solat terbuka.
Agak mencabar untuk memanjat menara masjid ini sebab anak tangga dia tinggi-tinggi
Abdullah Ibnu Abbas r.a adalah seorang sahabat nabi yang juga merupakan sepupu kepada baginda dan Ali Bin Abi Talib r.a. Beliau telah menghembuskan nafasnya pada umur 71 tahun bersamaan 68 hijrah dan di maqamkan di Kota Thaif ini. Beliau telah menghabiskan masa hidup beliau berdakwah dan mengajari orang ramai tentang agama Islam di Kota Thoif ini oleh sebab itu beliau telah menjadi ikon kepada penduduk Thoif sehingga ke hari ini. 

Keadaan di dalam Masjid Al Madhoon.
Boleh memuatkan 50 orang jemaah dalam satu satu masa.
Beliau dilahirkan 3 tahun sebelum hijrah nabi ke Madinah dan ditahnikkan sendiri oleh rasulullah. Hadis yang telah diriwayatkan oleh beliau adalah sebanyak 1660 buah hadis yang mana 120 darinya diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan 49 hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim dan 95 hadis diriwayatkan oleh kedua-duanya sekali.

Restoran Dapur Syu'lah

Selesai membuat ziarah di beberapa kawasan, kami bergerak ke sebuah restoran yang terletak out of no where macam di tengah gurun gitu hahaha.. Untuk makan tengah hari yang aku tak pasti samada masih berada dalam kawasan Thoif atau di luar. Cuaca yang agak panas ketika ini. Tiada air sejuk disediakan melainkan air mineral dan teh panas self service. 

Alhamdulillah sampai kami di Restoran Dapur Syu'lah
 Mat'am (Tempat Makan) Wa (Dan) Matbakh (Dapur) Syu'lah (Nama brand dia kot).
Selepas masuk entrance ada tempat buat teh self service. Cuaca panas air pun panas layan.
Landscape dalam restoran ni cantik tempat makan outdoor dan juga indoor disediakan. 
Menu makanan adalah Nasi Arab Mandi ada kambing dan ayam diletakkan sekali di atas nasi yang terhidang dalam satu dulang yang boleh dimakan oleh 5 orang untuk setiap satu dulang. Alhamdulillah nothing much to complain makanan sedap walau nampak simple jer. Syukur ada rezeki yang boleh dimakan walau jauh dari dapur mak kan :D

Sebelum tunggu nasi masak kami dihidang dengan manisan ni apa ntah nama lupa sudah.
Kami diberi untuk duduk di dalam khemah indoor yang ada aircond tapi tak function hahahah :P
Ok the reason kenapa Mantop Travel Agent membawa kami ziarah ke Kota Thoif terlebih dahulu sebelum ke Kota Mekah adalah kerana pertama flight kami sampai awal pagi dan hotel hanya membenarkan check in selepas pukul 1.00 petang. Dan undang-undang di Mekah bas dan sebagainya tidak dibenarkan parking terlalu lama di hadapan hotel. Oleh itu lebih baik membawa para jemaah menziarahi Kota Thoif.

Inilah Nasi Mandi Ayam dan Kambing. Simple tapi Padu bhaii..
Tetiba lapar lak nak makan Nasi Mandi hihi :P
Kedua dan juga kelebihanya adalah para jemaah tidak perlu berniat dan memakai ihram dari KLIA atau dari dalam kapal terbang sebab nait untuk berihram hanya selepas menziarahi Kota Thoif yang mana kami semua ke akan ke Masjid Qarnul Manazil untuk membersihkan diri dan berniat serta berihram. Dan itu juga kelebihan menggunakan Visa Tourist yang mana kita boleh ke mana sahaja selain Kota Mekah dan Madinah.

Thursday, 22 February 2024

Umrah Mantop Travel Part 1 : Destinasi Pertama Masjid Abdullah Ibnu Abbas Di Kota Thoif

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah pada akhir tahun lepas aku sekali lagi diizinkan Allah Taala untuk menjadi tetamu di dua tanah haram dan mengerjakan Umrah buat kali kedua. Dulu pertama kali pada tahun 2018 bersama Tiram Travel Agent dan pada kali ini bersama Mantop Travel Agent. Dan kali ini pengalaman agak berbeza kerana pergi dengan abang ipar berbanding pada tahun 2018 pergi bersama wife dengan ibu mertua dan anak kedua yang berumur 8 bulan pada ketika itu.

Just before take off dapat pembuka selera ni - Soft, Creamy, Chocolate and Peanuts.
Untuk kali ini pengalaman agak berbeza dari segi cuaca yang panas berbanding dulu menunaikan umrah ketika musim sejuk. Dan kali ini kami ke Mekah menunaikan Umrah terlebih dahulu sebelum membuat ziarah ke Madinah. Dan pada pendapat aku adalah lebih baik ke Mekah menunaikan Umrah terlebih dahulu dan selesaikan ibadah yang menjadi asbab utama kita ke tanah suci.

Dua kali makan sepanjang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah. 
Ok masuk bilik air untuk berwudhu - Make sure sapukan air di anggota wudhu sahaja dan bukan basuh anggota wudhu sampai basah lantai dengan dinding toilet.
Specialnya di dalam aircraft Saudi Airlines ni ada ruang Musolla siap ada digital Qiblat lagi.
Dan pada kali ini travel agent menggunakan Visa Tourist yang mana sebelum ini pada tahun 2018 adalah Visa Umrah. Ada yang mengatakan Visa Tourist tidak dibenarkan membawa pulang Air Zam-Zam tapi kumpulan kami dari Mantop Travel Agent yang kesemuanya menggunakan Visa Tourist dapat membawa pulang setiap orang satu botol 5 Liter Air Zam-Zam.

Alhamdulillah safely arrived at Jeddah International Airport selepas lebih 9 jam penerbangan.
Dan juga kali ini rezeki dapat merasa naik Saudi Airlines pergi balik berbanding dulu menaiki Airasia. Okla basically Trip Umrah kali ini aku bersyukur banyak sebab dapat melakukan dengan lebih baik dari yang sebelum ini. Lagi pun ini kali kedua so ada banyak benda kita dah tahu dan try to avoid buat salah seperti trip umrah pertama. Dan rezeki juga trip kali ini lebih murah dari yang sebelum ini. 

Makanan yang disediakan di dalam bas Hurmm macam Nasi Goreng.  Second picture tu hamba Allah yang jual SimCard. Bagus service ni tak ada lagi so far di travel agent lain.
Sesampai di Airport Jeddah pada waktu awal pagi dan staf Mantop Travel Agent bersama Mutawwif kami Ust Atif telah pun menunggu di balai ketibaan dan terus membawa kami menaiki bas di bahagian bawah. Dan sebelum bertolak dari airport Pihak Mantop telah menyediakan seorang penjual simkad dan mengaktifkan terus kepada sesiapa yang membeli di dalam bas. Makanan juga telah disediakan di dalam bas untuk kami semua.

Mosque of King Abdul Aziz International Airport.
Bas berhenti untuk isi minyak maka para jemaah berpeluang menggunakan duit Riyal mereka buat kali pertama. Thanks to Tuan Toha belanja air masa ni.. :D
Destinasi pertama kami tuju adalah Masjid Abdullah Ibnu Abbas di Kota Thoif yang menjadi tumpuan utama untuk mereka yang menziarhi Kota Thoif. Dan kami telah diberikan penerangan dan juga sejarah mengenai masjid ini dan Kota Thaif ini. Alhamdulillah kami diberikan sedikit masa untuk melihat sendiri masjid ini dan membeli apa sahaja yang dijual oleh ramai peniaga disekitar kawasan masjid ini. 

Alhamdulillah safely arrived di Masjid Abdullah Ibnu Abbas di Kota Thoif.
Tazkirah ringkas daripada Mutawwif mengenai Masjid Abdullah Ibnu Abbas R.A.
Harga yang dijual boleh ditawar menawar. So far buah-buahan mereka memang segar dari ladang.
Maka aku ajak siapa yang nak ikut untuk bersolat dua rakaat di dalam masjid. Alhamdulilah keadaan dalam masjid amat cantik dan tenang. Bagi yang belum menjejakkan kaki ke Masjidil Haram atau Masjid Nabawi pasti akan terasa auranya sebab design di dalam masjid ini kelihatan seperti dua masjid agung itu. 

Ruang dewan solat di dalam masjid Abdullah Ibnu Abbas R.A.
Orang agak ramai ketika ini dan kelihatan ada kumpulan manusia yang kurang cerdik berdiri seolah-olah berdoa sambil menangis dan ada yang sampai menjerit dengan memegang atau menepuk-nepuk dinding di bahagian luar masjid. Hurmm.. kan bagus kalau masuk dalam masjid untuk bersolat dan berdoa dari buat benda yang mengarut. Nasib baiklah yang buat tu bukan orang Malaysia. Rasa-rasa korang pasti boleh agak orang dari negara mana yang buat tu kan :P

Seronok tengok kanak-kanak yang berniaga di sekitar kawasan masjid.
Lepas solat aku ajak yang lain makan aiskrim yang dijual berhampiran pintu masuk Masjid Ibnu Abbas ni. Disebabkan yang jual aiskrim tu orang yang bertutur bahasa urdu maka aku pun speaking urdu dengan dia sambil tolong orderkan untuk para jemaah yang lain. Satu aiskrim SAR5.00/RM6.28 tapi bila sampai turn aku dia kasi SAR2.00/RM2.51 sahaja. Time ni Abang Yan (Abg Ipar) dah pelik dengan aku "Kat sini ni pun ko dapat diskaun". Aku gelak jer.

Mungkin sebab waktu pagi maka ramai orang datang menziarahi masjid ini. First time datang dulu waktu petang memang orang tak ada sangat. Orang yang jual aiskrim ni tetap sama masa 2018 dulu.
Bila berjalan ke bas aku nampak Mutawwif Ust Atif dah berkemut dahi nampak macam marah hahaha.. Ye la dia kata 15 minit jer acara bebas tapi para jemaah lenjan lebih setengah jam. Bila masuk dalam bas memang nampak ramai yang bershopping sakan especially yang first time la. Habis segala jenis buah denga kacang dibelinya. Mutawwif pun pegang mic semua kena ceramah hahaha. "Saya ni bab masa memang saya jaga betul kalau tuan-tuan puan-puan tak boleh jaga masa, Saya tinggal jer"